.:Assalamualaikum:.
From Fan Si Pan With love |
Okey oul, sebelum 2025 memunculkan diri, adalah ini saya kena siapkan post mengenai penjelajahan kita di Fan Si Pan Sapa Vietnam.
Bukan apa.. hampir separuh tahun dah tertinggal, sekurang-kurangnya ada jejak untuk di throwback. Hiks.
Highlight sebenar untuk ke Vietnam kali ni adalah untuk naik ke gunung dimana terletaknya Fan Si Pan.
Eh. Buat apa ke Fan Si Pan. Eheks.
Ekceli Fan Si Pan ni puncak Gunung tertinggi di Vietnam. Roof of Indo China.Katanya biasa orang amik masa 2 hari nak sampai ke puncak, tapi sekarang.. 15 minit pun boleh!
Tak payah nak mendaki bak pendaki amatur bila nak merasa puncak gunung ini sebab...
Kita naek pakai cable car. hikhikhik!
Jadi, dressing pun boleh la ala-ala Emily at Paris. Tak lecak dan trailnya adalah smooth ajer. Ahaks.
OOTD depan cermin sebelom mendaki |
Hari ni semua berperangai elok. Boleh bangun awal, lepas subuh teros bersosial. Sebabnya, hari ni last day dan untuk ke puncak Fan Si Fan ni agak take time. Jadi automatik berbehave. Hahhaha
Tapi sebelum tu, breakfast is must!
Masih lagi bersama travel food di selang dengan buah-buahan Sapa |
Last day kat Liberty Hotel harus bergambar dekat pintu masuk |
Hari ni jugak kitorang gi Sapa Station dengan tuktuk aje. Dah tak sewa motor. Tunggu depan hotel dan terus dapat naik tuktuk. Tambang dia 50k dong je sorang.
Cantek la station ni. Dah la kaler kuning camtu |
Heading to furnicular |
Pemandangan dari furnicular. Kalau 2 hari lepas boleh tgk furnicular ni gerak, rini kita naek |
Ini lah Furnicular itu. |
Lawa sangat bangunan sini. Ni baru sampai kat Fan Si Pan World. Kena berjalan dalam 1 KM untuk ke stesen cable car pulak. Tapi dalam 1 km ni dia ade la taman bunga yang cantik
Hai gajah |
Masuk dalam bangunan cable car tgk ada iklan buffet makanan halal. Ok gak tu. |
10 tahun kawan baru aku tau dua2 nih gayat tempat tinggi 😂 |
Cable car memang besar dan stable. rasa max boleh muat 20 orang kalau tak silap. Dia punya besar tu memang ngam la. Kalau penah naik yang Langkawi atau yang Genting tu paling ramai 6-8 orang dan memang goyang dik. Hahaha. Yang ni fully furnish. Yang Langkawi punya aku penah rasa cuak jugak bila sayup2 tengok dari kejauhan nampak lautan je.
Masih boleh tersenyum. hahaha |
Yang ni hutan belantara sayup-sayup kat bawah. Jangan imagine ape-apa takut menikus pulak nanti. Jauh lagi perjalanan ni..
Lereng gunung |
Bila da Ok feeling tu, boleh la jenjalan selangkah dua |
Yeahh.. Dah Sampai kat Stesen Cable Car atas Fan Si Pan. |
Feeling dia macamkita naek Genting gitu. Kat atas ni aku tak leh imagine la camane diorang boleh buat bangunan memang torrbaek la. Tak rasa seram pun walaupun dah berapa meter dari atas laut. Tanah bawah memang tak nampak ape dah diselaputi kabus tebal.
Sejukkkkk.. Dah cam puncak gunung Kinabalu dah.. Tapi pengalaman mengajar. Nampak nipis je dressing aku tapi percayalah ia berjaya memanaskan badanku. Siap cardigan tu jarang-jarang baru aku sauk.
Bila sampai atas ni baruku sedar, Puncak Fan Si Pan dia simbolik kepada tempat keagamaan masyarakat Budha 😅😅😅.
Penuh dengan Pagoda dan tokong. Aku dah rasa jadi Biduanda Layang dalam komik Hongkong Alam Perwira bila tiba kat atas ni. Ape taknya. Monumen kat sini memang estatik. Dan pemandangan pula indah.
Sekali lagi untuk betul-betul tiba ke puncak Fan Si Pan ni jauh lagi perjalanannya. Naseb baek Fara dah beli sekali tiket kereta api (macam bukit bendera) masa dia amik pakej ke Fan Si Pan ni kat Klook. So, tak payah nak bazir tenaga dalam kesejukan ini.
Naik keta api |
Lebih jimat masa dan tenaga bila naek train ni sebab dari atas boleh tengok betapa bengkang bengkok perjalanan dan tangga dia usah dikira. Tangga everywhere.
Nanti turun nanti baru jalan kaki. So, save time and save energy. Ni dah pukul 11pagi lebih dah ni. Kabus pun dah tak beragak dah.
Yeaaaa.. Dah sampai.. |
Keluar aje train, panjat tangga dan tibalah kita di check point Fan Si Pan ini. Teros aku nampak Jalur Gemilang tak beragak terus amik dan merakam memori. Kat area sini orang masih tak ramai, so marilah kita menggila. Dia ade 2 area untuk bergambr kat sini.
Bila orang da start membanjiri area ni, kitorang pun tukar area. Yeah!
Kami dah sampai. Anda bila lagi? |
Naseb baik kat area sini mentari masih bagi peluang untuk kitorang bergambar dengan awan membiru. Susah nak dapat cuaca cenggini ni. Dah la jam nak hmpir tgh hari ni biasa kabus dah tebal. Lebih-lebih lagi Sapa dua tiga hari ni asek hujan je.
Selepas pelbagai adegan berjaya dirakamkan masanya untuk turun. Ni kalau duk main lagi atas ni tak tau pukul berapa akan tiba kat Sapa. Dah la nak kejar sleeper bas nanti.
Barang-barang belom kemas and kitorang lewatkan waktu check out dan bayaran dia just tambah extra je.
Sebelum turun kita isi perot dulu. Sejuk-sejuk ni memang lapar sis! |
Da check danish pastrini halal, ape lagi order la dengan coconut latte. Sodaaaap! |
Lama juga la melepak kat sini sementelaah tak ramai orang masuk dalam cafe. Hari ni tak de la bersumbat sangat puncak Fan Si Pan ni. Maybe hari biasa. Kalau weekend ni rasanya penuh ni.
Disebabkan tak ramai orang, kita pun lepak la lama sikit menghilangkan lelah berjalan. Lagipun kejap lagi ni rasanya boleh tahan trail untuk turun ni.
Alang-alang tu kita solat jamak zuhur asar la. |
Cuaca dah tak main-main dah. Kabus dia tu dah macam fogging dah. Maka dah rasa cukup energy ni.. Let's turun anak-anak
Looong way to go~ |
Best katanyaa~ |
Tiba-tiba jumpa taman larangan bunga kuning. Tanpa berlengah masa
Tak de dah penat turun tangga tu. |
LOooove Sangat.. Rasa nak buat balik pokok2 ni |
"Yee keee penat. Macam tak puuunn kalau tengok muka tu~"
In case korang tak caya memang tempat ni tinggi dan perjalanan sangat panjang.~
That's me guys.. That's me. |
Aku sorang je.. hahahaha |
My friends tak larat nak melayan aku berlari sana sini dengan dressing Emily tu. So aku jalan dulu nnti aku tunggu diorang kat depan. Tu selalu ayat aku memujuk kanak-kanak dua orang itu. Diorang dah tahu aku nih species hyperactive, "so suka ati kok da lah, asal bahagia"
Macam dah nak masuk umah Ji Fatt dah lalu area ni |
Ada uncle tegur dan baik hati nak tolong amik gambar. |
Tangga paling tinggi. Sayup2 kat atas tu ada monumen Sitting buddha |
Yeaa.. Berjaya turun ke bawah. |
Tiba kat Fan Si Pan World iaitu stesen antara cable car dan Furnicular. Memang sorang-sorang dah lembik dah. Hahahha.
Ape taknya. Longgar dah skru lutut ni asek berjalan dan turun tangga. Keluar stesen cable car sebenarnya kena menempuh dalam 1KM perjalanan ke Furnicular pulak.
But~~~
Ntah camane sedang duk bergurau senda sambil berjalan, kitorang sesat kat bangunan yang menjadikan perjalanan 1KM td dapat dipendekkan. Shortcut terus. Mula-mula macam takut-takut nak lalu tapi nampak macam okey je untuk lalu so kitorang lalu kat situ ahaksss. Hepi kepalang.
Rupanya laluan tu for Staf Only. Opss~
Sebab masa dah tak cemburu langsung dan dapat jalan shortcut (baru pukul 4.30 petang) dan depan kitorang ni taman seindah sekebun bunga dengan tak ade orangnya. ape lagi...
Perut berkeroncong kasih sayang tak ku peduli. Hahahaha.
Salam perantauan dari saya buat semua |
Puas hati AAB dapat bergambar dalam taman lavender. |
Me is tak nak kalah..Hikhikhik |
Emilda at Sapa |
Puas hati bermain di Fan Si Pan World, kitorang pun sedar diri dan beransur menuju ke Furnicular Stesen. Hepi kepalang.
Pukul 5.30 ptg camtu kitorang selamat tiba kat Kedai makan Hajah Hawa. Tuk Lunch & dinner kita makan steamboat halal. Hahahahha. Dah berapa hari dah nak merasa steamboat lantaran duk tengok orang Vietnam duk makan kat kaki 5 jalan. Kita pun nak merasa.
Tak ingat set ni harga berapa. Tapi memang waktu ni dah lapar benar. Tak peduli dah benda lain |
Selesai makan, kitorang pun balik ke Liberty Hotel. Pukul 7.30 malam camtu kitorang sampai dan berkemas untuk balik ke Hanoi. Malam ni naik sleeper bus lagi dan bertambahlah diri ini.
Sempat mengira baki duet untuk survive esok |
Bas ni dari luar normal je.. |
Dari dalam aje. Lain maciam sikit. Ahaks. |
Bertabahlah daku untuk tiba di Old Quarter nanti. Harap tak muntah. Hohoho
Nak selami pengalaman berjalan kat Vietnam lagi? Baca entri ni tau^^ :
JALAN-JALAN 2024 : Vietnam, Hanoi | Jalan-Jalan 2024 : Hanoi, Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Ha Long Bay, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Moana - Sapa, Vietnam | Jalan- Jalan 2024 : Catcat Village, Sapa, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Fan Si Pan, Sapa Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Kembali ke Hanoi dan pulang ke tanah air | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 1 | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 2 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan