marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 20 Julai 2024

Jalan-Jalan 2024: Ha Long Bay, Vietnam


.: Assalamualaikum:.

Kembali lagi kita dalam rancangaaaan~. Ahaks.

ke Halong, ayuhh!

Jom kita sambung hari ke 2 di bumi Vietnam. Kalau makin diperam takut terkubur begitu aje. So tanpa mukadimah yang meleret, ayuh la kita.

Di hari ke 2 ini, lepas subuh kitorang bersiap-siap la sementara yang tu iron baju, yang tu duk mandi dan yang tu duk buat breakfast. Kitorang ni memang alumni ISDEV jadi time management tu memang A lah. Hahaha. 

Breakfast citarasa Vietnam tapi stok makanan Malaysia

 Hari ni kita breakfast pho instant dari Malaysia iaitu Mihun Sup Pama, Megi goreng mee sedap & Tomyam Nona ke ape benda si AAB ni bawak dari Malaysia. Breakfast pulak ditemani oleh lagu background Alif Aziz la, lagu Vietnam la, sampai lagi Cinta setandang pisang Bey soba Bey pun kedengaran dari bilik 501 ni.. Happening. Mentang-mentang la TV kat situ dapat access YT. 

Malam nanti baru amek

Selesai kemas-kemas semua, kitorang turun ke kaunter untuk check out and tinggal luggage kat situ. Malam karang kita amik. Baik hotel ni. Hospitality dia baguussss. Sementara menunggu kedatangan bas, aku merayap la dulu kat lorong-lorong area dekat-dekat ni. 

Recommended!

Saje nak test camera katanya. Tapi aku ni memang fail la dari camerawoman, tak pndai nak tengok art sekeliling, so aku lupakan hasrat tu dan yang keluar adalah flipz 3 jugak. Aku tak berkenan la gmbar yang orang amek macam profesional photographer tu. Gambar camtu amik kat google je la. Hahahhaha

Kedai ni rare, jual buluh

Bas persiaran pun tiba di depan hotel. Sistem jalan kat sini memang kontra dgn kita, jadi nak naik tangga bas pun 'mutar itik' x tau duk belah mana 😂. Padahal salah diri sdiri, bajet bas datang dari arah seberang, kan terpaksa melintas jalan di Vietnam sorang-sorang. 

Bas udah sampai

Kalau kat sini kau hanya perlukan confident level yang tinggi utk melintas. Tapi sebab aku rakyat Malaysia memang kus semangat la untuk ada confident yang tinggi melintas jalan raya Vietnam yang hanya 2 lane sahaja tapi feeling macam melintas highway.

Selamat memboloi perut bas persiaran, pemandu pelancong mula memperkenalkan dirinya sebagai Alex atau nama Vietnamnyaa...Hmm okey aku x tahu sebab bukan setakat x dengar tapi tak dapat tangkap jua ape yang dia ckp. 

Hello eberibadi, This is my tour guide for today named Alex~

Bas Vietnam ni pun cute juga. Seat dia macam seat AA je. Muat-muat je untuk duduk dan bila aku tengok omputih sebelah kesian pulak kat diorang pasal kaki diorang kan panjang.

Alex pun bagitau la tentatif program hari ni dan siap bgtau lagi bas ni dicipta untuk orang Vietnam sbb tu sempit dan kecik ruangannya.

Eh. Membaca isi hati aku lah pulak si Alex ni.

Sebelum tiba di Ha long Bay, bas berhenti dulu di RnR kot-kot ade yang nak gi tunaikan hajat. Selepas tu bas bergerak. Kira-kira sejam kemudian, bas berhenti di tempat pembiakan mutiara di Ha Long. Kat sini kita boleh tengok lah cara orang Vietnam membuat pembiakan mutiara tu step by step. 

cantek sis

Menarik juga untuk ditontonkan. Ada pulak tourist guide yang semangat membuat penerangan, lagi best untuk didengari kan. Selepas berlegar-legar di tempat pembiakan mutiara, bas pun bergerak ke destinasi yang utama iaitu naik cruise. Sekejap aje kitorang kat situ.

Pantang jumpa cermin dan tandas

Tepat jam 12.30 ptg, kami tiba di cruise bay dan dijemput naik oleh anak-anak kapal. Kapal persiaran itu macam yang pernah naik kat Pulau Nami tapi yang dilengkapi dengan 10 set dining table untuk pelancong menjamu selera di atas kapal sambil makan-makan gittew sebab, sepanjang hari kita akan belayar menyusuri Ha Long Islands. 

Halong Trip

Kalau tak silap ada 200 buah pulau di Ha Long ini. Sayup-sayup boleh lihat batuan yang tinggi-tinggi membentuk pulau sebiji-sebiji kat situ. Sekali lagi Alex memberi taklimat untuk keselamatan semasa berada dalam kapal dan pulau nanti. Aku ditempatkan semeja dengan minah-minah saleh 3 orang. Semeja ada 6 orang. 

Adik beradik dari Australia

Dua beradik lain mak ayah dari Malaysia

Berkenalan dengan minah-minah saleh. 2 beradik dari Australia dan sorang dari Itali. Emma & Effa & Areana nama diberi. Diorang ni muda-muda dah travel eh. umur diorang ni dalam lingkungan 23-20 tahun ajer. Areana tu lagi lah, baru abes high school dah berani solo travel eh.

Dalam kapal itu, menu lunch dihidangkan. Makanan kitorang of coz la vegitarian. Mee goreng, wanton goreng, sayur goreng, popia vege. Sadis makanannya.. hahahaha. 

Okey la ni kan..

Tapi makan aje tanpa was was sebab kita dah check yang diorang masak tak buh benda shubhah.

Selesai makan-makan, kitorang naik atas dek nak fefeeling Jack & Rose sikit. Tapi tak sempat la sbb semua serbu naik atas. Hahahaha. Jadi lepak la situ sampai cuaca panas terik maka marilah kita turun duk bawah.

Tunggu jack mari tok mari mari, doh la panas ceng ceng


Mace ni dah macam main kerusi beracun, sape cpt dia dpt

Beberapa seketika, tibalah kita di check point pertama selepas 1 jam duk  atas kapal. Di pulau pertama ni, aktiviti yang boleh dibuat adalah berenang & mendaki. Disebabkan pilihan yang kitorang yang ada adalah mendaki aje sebab kitorang memang tak bercadang untuk berenang pun. Memang idok le aku nak berenang dikalayak ramai ini. Lagipun masa agak singkat. 

Alex kata kita ada 1 jam aje kat pulau ni. Kalau nak buat 2-2 aktiviti silakan tapi kena folo time la. 

Waktu mendaki ke puncak bulih dikira akan slow jugak la sebab time tu banyak kapal yang tiba kat pulau ni, jadi orang ramai berpusu-pusu naik ke bukit. Bukitnya agak senang untuk didaki sebab tangga batu dah disediakan. Kita hanya perlu melangkah naik dan melangkah turun.

Separuh jalan dah lencun. cuaca panas, pakai knitted cardigan mmg mencarik

Turun dari mendaki, rasa penat so, marilah kita tgk apa yang boleh dibeli. AAB & Fara sekali lagi beli air kosong. BTW bila naik cruise kat sini, korang tak boleh bawak air sendiri tau. Kena beli kat sana dan harga dia agak pricey walaupun air kosong. 

Botol yang digunakan bukan plastik ok, tapi kaca. Tu la mahal jadinya kot. Menjaga kebersihan alam dan dilarang menggunakan plastik untuk tidak merosakkan penyu. (ade penyu ke kat sini? idono)

Cintailah sungai kita

Selain tu jugak, aku beli buah mangga rasa macam best je kalau boleh makan buah gituu~. Sempat juga beli aiskrim. Teruja bila jumpa tanda halal kat plastik aiskrim siap AAB bagitau penjual tu kalau nampak species kitorang ni (pakai tudung) promote la jual aiskrim yang ada tanda ni. hahaha.

Layan aje la bang.. ~

Siap membeli-belah, kitorang cari port untuk lepak sambil makan aiskrim sambil mencari kelibat geng-geng cruise serta Alex. Kot la tak perasan kitorang, naya berumah kat sini nanti.

Sempat la jugak bergambar kenangan dengan monumen pengasas tempat ni lah kot. Not sure~

Beberapa detik seketika, Alex pun panggil- panggil ahli cruise dia dan kitorang pun bergegas naik ke cruise dan perjalanan menuju ke check point ke 2 diteruskan.

Untuk check point kedua ni kitorang tak turun cruise. Duduk je dalam tu dengan orang-orang tua. Firstly sebab tak nak buat aktiviti basah la. Secondly energy mintak power bank dah. Hahaha. So melepak lah kami dalam cruise itu sementelaah itu, jom la kita cari port untuk solat. Mujurlah crew kapal tu paham yang kitorang nak solat, so dia pun offer bilik capten kat atas dek untuk solat. 

Siap solat kitorang duk berbual-bual kat meja pastu ahkak crew cruise td datang bawak 2 dulang gelang mutiara untuk dijual. 

Eh ahkak. Hmmm.. Jangan la menggoda saya. 

Since ahkak tu yang allow kitorang pegi solat kat atas dalam bilik capten tu rasa it not too hurt if aku beli one of those gelang mutiara. Ahkak tu beria gile suruh aku beli aku jadi cair. 

Ahaks. Cantik kot.

Mula-mula dia offer 300k dong, aku tak nak. Fara pulak duk suruh aku beli. 

Isk. Jangan~~~

Ahkak tu offer lagi 250k dong.. hmm.. aku mintak 200k dong. ahkak tu bagi 220k dong. Sebab aku pun macam malas dah duk berinteraksi banyak-banyak.. Dengan si Fara ni duk suruh try la try la.. aku pun beli la. Hahahaha.

1-0. Ahkak hepi kemain umpan mengena. Dan bertambahlah aksesori kat tangan aku dengan adanya gelang mutiara tersebut. Hahahhaa.

Fara kata ahkak tu aim aku dari awal lagi sbb kalau jual kat AAB dia tak layan. Aku je yang layan jadi tu dia aim tu, tambah-tambah aksesori penuh tangan. Takkan nak jual kat bebudak mat saleh yang dah berbikini mandi laut tu. 

Tak ape la ahkak. Asal ahkak hepi, saya ade lagi duit baki untuk meneruskan journey kat sini nanti.. Kekekeke.

Bertambah aksesori

Sejam dah berlalu, maka orang-orang yang duk seronok beraktiviti kat pulau tadi dah pun naik bila Alex panggil naik dan perjalanan diteruskan ke check point ke 3, iaitu sebuah pulau yang mempunyai gua seluas pulau itu.

Waktu kat sini dalam dua jugak nak naik ke pulau atau nak stay kat cruise. Kalau stay kat cruise apakah kegunaan kita datang tapi tak buat aktiviti? Dalam duk berfikir-fikir tapi kaki dah mencecah tanah, dan cruise dah pun bergerak ke jeti balik, memang tak perlu berfikir dan marilah kita menghadap liku-liku masuk ke gua yang panjangnya 1.8 km. Whaaat?? ahaks betul.

Tu la, Alex bagi taklimat dalam cruise tadi duk main. Kan kena merentas desa dalam gua sepanjang 1.8km. Dah la tu memang tak de shortcut selain kena daki, jalan menyusuri laluan berbatu 1.8km barulah tiba di jeti tempat parking cruise tu.

Ramai gile orang yang tiba time tu menyebabkan jem di tengah-tengah jalan. Jalan yang dibuat cukup selamat, tak macam kat gua di Dabung, so, masuk dalam ni macam jenjalan makan angin la sambil dengar cerita-cerita hikayat dan lagenda dari guide. Kadang-kadang dengar cerita dari Alex, lepas boring dengar Alex kitorang jauh berjalan meninggalkan dia pastu terpesong dengar cerita dari guide cruise lain pulak.. Pastu duk bermain-main sambil mengenangkan bila lah nak jumpa jeti ni. 

Gua ni tak kosong guys. Yang best adalah walaupun dia gua tapi dingin angin tu terasa macam dalam aircond. Nak kata dia install aircond tak de nampak pulak. Yang ada lampu-lampu malap yang menerangi di sudut-sudut tertentu. Jalan yang di buat tu memang tak lecak, sesuai untuk bersiar-siar. 

Dalam duk berjalan-jalan, ada orang menegur. Bangladeshi. 2 orang. Kitorang just sembang-sembang dan dah tarik muka pelik sebab dia kalau boleh nak ikut ouls kot. Biasanya kalau kita menyembang dgn tourist lain, sembang kejap-kejap just tanya dari mana dan buat lawak bersama aje. Tapi dengan bangladeshi ni dia macam attach la pulak even kita dah macam tak berapa nak melayan. 

Naseb baek, waktu tengah jalan-jalan tu Alex nampak 3 dara pingitan ini dan panggil pakai mic dia, " you three ladies come take picture here".. Kata Alex menggunakan nada english Vietnam yang cute itu tanpa bersungguh pun dia mengajak tu tapi nasib baik aku sempat tangkap kata-kata Alex lantas kitorang laju join Alex untuk tangkap gambar. 

Ouls dengan harapan bangladeshi itu akan blah la mengusuri laluan itu, tapi dia tunggu beb!

Eh.. This is so dangareus. Adakah Alex sebenarnya mengajak kami bergambar disebabkan hal ini? Gue berfikir sendiri. Lama kitorang duk kat situ siap ajak Alex untuk bergambar sekali dan akhirnya bayya itu blah disebabkan dia buat perjalanan tadi stuck.

Legaaa.. So, kitorang pun malas-malas berjalan dengan harapan tak bertembung dengan beliau lagi. Aku respek kat Alex what ever dia fikir or buat, tapi bagi aku tu rahmat yang besar la. 

Bayangkan, baru bersembang 3 saat dengan bangleshi tu waktu menyusuri jalan dalam gua tu dan dia tau ouls dari Malaysia pastu tetiba nak get close dgn kitorang siap ada attachment issue lagi. Dah la kitorang ni spesies bila tak selesa dengan orang, muka sorang-sorang memang macam ayam berak kapur lah. 

Alex is penyelamat! Paling tak boley blah bila dia berdengus sambil menanti kitorang kat denai yang sempit itu bila Alex ajak kitorang bergambar tu . Yela kan Alex dah potong line. Hmmm.. cheq takuddd. Entah datang dengan tourist guide mane ntah, tolong datang amik bayya ini encik tourist guide~

Three ladies from Malaysiaa. Taken by Alex

Selepas peristiwa tersebut, kitorang masih lagi menjadi kitorang yang dimana perangai tetap onz walaupun debaran di jiwa masih membara. Tapi kali ini lebih berhati-hatilah untuk bersembang, tak pasal kitorang just nak santai-santai tiba-tiba ade yang catch feeling, kami tak bertanggungjawab. 

Tadi pun Fara ada gitau yang sorang uncle India ke kapal dengan ouls duk usha nak berkawan dengan aku. Tapi tak la pulak aku perasan. Fara kata td dia dapat courtesy reminder dari minah saleh yang duk kat meja sekali dengan uncle India ni supaya not to friendly dengan that guys. 

actually uncle tu aku tegur dia masa kat Pulau Titok waktu tengah makan aiskrim dia datang duduk tepi aku kat monumen tu. Dah aku nampak dia lonely aku berbasi-basi la tanya dari mana. Siap offer meh la saya tangkap gambr kenang-kenangan untuk anak. 

Lepas Fara gitau baru aku sedar yang uncle India tu solo traveler. Aduuuh. Salah tempat buat baik. Huuuuu.

Abaikan segerembolan geng SRK, kita datang kat Vietnam adalah untuk florishing, bukan untuk benda-benda yang tidak berfaedah. Jaga keselamatan diri adalah yang paling utama bila berada jauh dari keluarga. 

Sekali lagi kita tiba dipuncak tertinggi di dalam gua tersebut. Jom kita bergambar. sakan. Sambil perhati bayya-bayya masih menunggu atau tak. Actually memang menunggulah. Selagi dia tak bergerak turun, selagi tu lah ouls duk situ bergambar dan tangkap gambar orang lain juga.

Bila segala-galanya dah ok dan reda, jom kita turunlah. Jalan ni last adalah menuju ke jeti tempat parking cruise semua dan masa bila tiba di cruise. Legaaaanyaaaa sebab 1.8 km berjalan tanpa henti ni memang mencabar juga hahahha. Actually aku tak tau pun yang kat sini cam ni aktivitinya. But worth sebab keadaan gua tu sejuk dan dingin. Okey la kan.

Sekarang perjalanan adalah balik menuju ke Ha Long Bay tempat kitorang mula-mula naik cruise. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah dan kitorang pun boleh la rehat-rehat sambil menikmati matahari terbenam dalam kapal ni. 

Pah ceroh Jack tok sapa sapa

Kami turut dijamu sponge cake dan teh panas. 

Tiba di Ha Long Bay dalam lebih kurang 7 petang. Naik je bas, masing-masing senyap bertafakur meniti gelap jalan selepas diberi taklimat oleh Alex. Kami dijangka tiba di Old Quarter dalam jam 9.00 malam. 

Sleeper bus kami pula akan bergerak ke Sapa 9.30 malam. Oh No!.. Memang rushing la nanti. Fara dah bagitau driver sleeper bus pasal hal ni jadi tambahan 10 minit diberikan. Kami tiba di depan Keypad hotel jam 9.15 malam. Thanx to Alex and crew for the amazing experience in Ha Long Bay Cruise!

Ambil luggage terus naik texi yang ditempah oleh Keypad hotel untuk ke tempat Sleeper bus. Nasib kami baik, everything happened smoothly. Kitorang tiba tepat pada masanya. Nampak ramai orang lain pun sedang menunggu sleeper bus untuk ke Sapa.

Tengok tiket ngeri pulak rasanya. Jangan buat hal kat tempat orangg~

Sleeper bus ini sangat unik ya. Apabila luggage dah dimasukkan ke dalam area bagasi, ouls kena bukak kasut untuk naik ke dalam bas. Plastik disediakan. Bila naik, dalam bas tu dia macam ada cabin 2 tingkat macam bilik yang didalamnya lengkap kerusi ala katil yang tak boleh laras, tirai langsir untuk privasi dan boleh pilih sama ada untuk 1 cabin tu untuk 1 atau 2 orang. Nasib baik Fara book untuk sorang satu cabin so, at least tak ade lah sempit. 

Dia pilih bas yang ade character dia.. Apukk si doraemon
Sorang dah dressing macam budak sekolah pg Koko, sorang lagi masih jangok ya

Duk dalam tu macam kita duk dalam contena, bas goyang, maka goyanglah anda. tiada aktiviti yang mampu dibuat selain rebahkan badan dan berdoa agar sampai di Sapa dengan selamat.

bayangkan, kena baring sepanjang perjalanan. Tingkat atas

Aku to be honest tak suka sleeper bus ni. Aku ni bukan jenis mabuk kenderaan tau, tapi untuk sleeper bus ni memang kepala aku musing deh. Aku prefer bas express Mutiara lagi. Hohoho~

Tamat Day 2 di Vietnam.

Nak selami pengalaman berjalan kat Vietnam lagi? Baca entri ni tau^^ :

 JALAN-JALAN 2024 : Vietnam, Hanoi | Jalan-Jalan 2024 : Hanoi, Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Ha Long Bay, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Moana - Sapa, Vietnam | Jalan- Jalan 2024 : Catcat Village, Sapa, Vietnam | Jalan-Jalan 2024 : Fan Si Pan, Sapa Vietnam | Jalan-Jalan 2024: Kembali ke Hanoi dan pulang ke tanah air | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 1 | Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 2 |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...