marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 7 Oktober 2019

Jalan-jalan-jalan :Ayuh Ke Ho Chi Minh, Vietnam Kita! Part 2

.: Assalamualaikum:.


Anyeong!




So..meh kita sambung entri tak siap travelog ke Ho Chi Minh ni. Selagi tak post selagi tu lah duk bermimpi-mimpi. hahahhaa..

So..mari kita mulakan..

Hari Ketiga

Untuk hari ke 3, kitorang pilih untuk bersantai-santai sahaja sebab penat semalam tu boleh tahan jugak. Datang untuk bercuti kenapa perlu rushing kan?..Sementelaah itu, hari ketiga ni jatuh hari Jumaat.

Sepagi tu kitorang habis masa duduk kat apartment je. Yang mana nak sambung tidur sambung tido, sape yang nak tengok TV tengok lah netflick kan ado..Breakfast makan nasik lemak dan rendang thanks to adik ipar yang bawak bekalan travel untuk dihabiskan. Hahahaha. Siyes adik ipar aku nih spesies masuk air jugak. Dia punya perangai memang same je dengan adik beradik aku ni. so memang boleh buat genglah. 

Sementelaah yang lain sambung tido, aku, kimah, iwa and abe E layan saja TV. Lepas habis Mael Totey, layan lagu-lagu melayu kat youtube, abes tu layan pulak 3 Idiots. Layan 3 Idiots tu memang naseb la memasing tak berganjak dari kerusi. Abes 3 Idiots baru lah semua bergerak nak iron baju lah, nak mandi lah, nak bersiap lah. Nak jemur bajulah. Suka atilah. 

Dalam kul 11.30 pagi memasing dah ready nak keluar amik grab untuk ke area Chu Ben Thanh. Nak gi Masjid Musulmane katanya. Nak semayang jumaat katenya. Sejuk perut mak aku mengandung abang adik aku kalau camni selalu..kuikuikui.
Sampai je area Masjid, tak ramai lagi orang kat situ, so minum-minum kopi vietnam lah dulu sebab ade ahkak duk menjual kat dalam masjid ni. Tak sure tok imam ke tok siak ke greeting kiotrang. terharu kot pelancong luar datang masjid awal-awal camni.. hikhikhik. 

Kopi Vietnam. Sedap.

Ni first time aku merasa kopi vietnam. MasyaAllah. Ah kak ni bancuh macam tak nak kasi aku tido 10 hari sepuluh malam sebab pekat dia memang tahap ape dah. Aku suka coffee tapi memang KO la klu minum pekat cenggini. Nescaffe pun yang mild kaler kuning tu je aku minum. yang lain aku akan modified sampai kena dengan taste aku..hahahaha

Anyway, kopi vietnam memang rasa dia lain dari yang lain.

Dah nak masuk waktu, orang pun makin berpusu-pusu masuk ke dalam Masjid. We ouls pun ambil tempat jugaklah. Sof orang pompuan tak ramai, tapi ade juga dua tiga orang nenek-nenek tua of course la warga Vietnam yang dah ready dengan telekong. Bagus juga diorang ni. Sof lelaki dari pintu aku nampak ramai jugak . Penuh la satu masjid ruang muslimin tu. Klu ramai camtu orang bermukim memang hebat la. kire x janggal la kalau kat tengah-tengah city ni ade Masjid sbb orang Islam pun ramai. 

So, ni second time lah kot aku solat jumaat. First time kat Madinah ritu. Yang best isi khutbah tu aku dapat tangkap walaupun dibaca dalam bahasa Vietnam. Sebab dalil-dalil dibaca dalam bahasa arab hikhikhik. Bahasa arab dia langsung tak pelat jd dapatlah pahamkan kan kan..So ku inginkan memori ni terus dalam ingatan supaya aku sedar seksok mana aku pegi, di mana bumi dipijak di mana langit dijunjung tauhidnya adalah Allah swt.

jumpa sedara
Oh ya. Kat sini kitorang jumpa remaja Vietnam muslim. perempuan umur dalam 20 something tahun kot. Lupa dah. Dia dari kampung balik ke HCM kejap sebab apa lupa dah. Yang penting dia pun join solat jumaat so aku rasa wah wonderful jugak ye. Actually dia boleh je tak solat or what so ever sebab dari segi rupa orang akan kata dia Vietnam. Tapi tu lah. Kita tak tahu keimanan dia tu kukuh.

So kita ni.. kita ni yang orang melayu lahir dah dalam perut mak dodoi dengar selawat & zikir, khatam satu quran mengandung kita 9 bulan boleh bila dah besar boleh kata, hidup mati aku biar aku uruskan, kubur masing-masing. Haa.. memain la bab ni. Tuhan bila Dia nak tunjuk takde tangguh-tangguh dah k. Dia bagi cash!

Opss.. Sorry teremosi lak.

Lepas solat jumaat + jamak qasar asar, we ouls berhajat untuk sightseeing sekitar bandar Ho Chi Minh nih. Nak tengok post office lah, bangunan ape lah. Tak pe kita layan saja itinerary adik aku nih. Jalan-jalan sekitar bandar HCM ni memang adventurous jugak.

Comel kad 3G yang dijual kat kaki 5
 Apa taknya. Dengan deruan motor  yang berpusu-pusu ni boleh-boleh pulak dibagi idea mari kita amik gambar macam The Beatle pulak. Memang lah. Pastu diorang rasa hui menarik jalan raya kat sini. Sebab orang sini tak langgar pun kalau melintas, lantas mereka main melintas jalan macam budak-budak.

Diorang kat sini adalah abe E and NajaE. =.="

So, kami berjalan sehingga ke utara selatan timur dan barat. Akibat sesat. Hahaha. Tapi x ape kalau sesat pun sebab cabang mane-mane pun sampai je tempat yang dituju. Cam klu korang nak gi Masjid Muhammadi jalan kaki dari station bas. Korang lalu je jalan memane janji tau lokasi kat mane.

Buu Dien atau Post Office Centre
memang kitorang dah janji nak pakai baju sesame =.=
katenya nak hantar poskad ke kampung halaman.
beta pun nak jugak.
jumpa kembar tapi dia tak layan titeww..
Selepas penat bergambar dan berjalan dan bergurau senda. Perut haruslah berkeroncong untuk diisi. Maka, Marilah kita kembali ke Malaysia Street untuk makan. Kononnya. Tapi hala tuju terus ke tempat lain pulak. Diorang nak shopping telekung katanya. Layan saja. Lepas shopping makaaaan. Lepas tu gi sekali lagi Bismillah Tour & Agency untuk beli pakej Chuchi Tunnel.

Yang ni pon dapat free satu pax mujur Syifa' ade kat situ sebab dia ingat lagi muka segerombolan ni yang dia dah janji nak bg free satu pax. Sebab orang yang incharge time tu orang lain. hikhikhik.

Maka, jom lah pulang, mata dah separuh terbukak I need some 9 hours sleep to recharge my energy..hahaha.

Done Hari 3.

HARI KEEMPAT

Tanah Tumpah Darahku walau dimana berada
Pagi-pagi dah kena ready gerak sebab bas pergi Chuchi Tunnel tak datang amik kitorang kat depan apartment sebab bas tu x lalu area situ + traffic pepagi ni agak mencabar. Oh ya. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 62. Elok sangatlah tu sebab hari ni kita bakal menjelajah area  hutan Chuchi  untuk tengok kebijaksanaan orang Vietnam Utara melawan tentera Jepun suatu masa dahulu. 

Tapi sebelum tu, 3 jam perjalanan pergi dan 3 jam perjalanan balik so please embrace yourself dengan kelajuan bas maksima 60km/j. Sana memang syarat kenderaan bas kereta kena bawak 30 km/j dalam bandar dan 60 km/j untuk luar bandar. Dah 10 kali tido dalam bas x sampai-sampai lagi =.=''

Chuchi Tunnel ni terletak bahagian utara Vietnam. Dalam hutan. Tapi hutan ni pun dah diorang buat kawasan pelancongan so, no worries. Berjalan masuk hutan sambil tourist guard bagitau lah benda-benda penting kat sini macam terowong diorang ade 3 jenis untuk larikan diri daripada musuh.

Lorong tu sempit nak mati no wonderlah orang vietnam ni kalau tengok rata-rata laki pompuan ke slim melim semuanya. ade jenis perangkap, ade jenis bom ade selipar trick dan macam-macam cara lah idea orang Vietnam dulu nak survive dalam perang.

camni cara orang buat kepingan beras pembalut tu

Nak abes jelajah hutan tu memang lencunlah. So kalau nak gi sini korang pakai lah jeans n t-shirt je. Tinggallah dress dress bagai sebab nnti korang jugak yang akan feeling whatever. ahaha. kat sini klu nak test menembak silakan. ade service tu tapi tak tahu la pulak berapa bayaran dia.

Lepas penat masuk tunnel diorang menjamu kita dengan makanan zaman jepun iaitu ubi kayu + teh vietnam. Lapar oh. memang masyuuuuuuuuuk. Licin piring kena baham kat diorang (termasuk kah aku? kekeke)

masuk terowong. dah la sempit, gelap gulita. naseb bek pakai torchlight hp baru nampak jalan
Lepas makan tengok dokumentari sekejap dan balik ke bandar. Sebelum tu singgah dulu kat kilang kain kot-kot ade yang nak bershopping. Dak-dak ni pilih untuk duk dalam bas je. Hahaha. Not interested dah dengan shopping. Sampai kat Bandar memang kedai makan lah tempat pertama yang di tuju. Pilih paling dekat dengan Bismillah tu sebab tak larat nak jalan dah.

Kedai makan Aisyah rasa namanya. Lepas makan baru lah dah macam normal semuanya.. kekeke. So, pakat amik keputusan nak gi solat kat somewhere Masjid lain pulak. Sebab menurut adik aku ade 2 masjid kat bandar ni. Mencarilah kami Masjid tersebut. Macam semalam tu, lalu je deretan kedai-kedai tepi jalan so jumpalah. Jamak qasar zuhur asar situ terus lega. Abe e kata jom nak shopping beli telekung lagi sebab tetiba ramai pulak yang nak order dengan dia. ok finee~.

Masjid al-Rahim adalah hasil kerjasama Malaysia-Indonesia
Malam masih lagi muda. Tapi semua dah penat nak balik rumah. Pagi tadi adik ipar kata kat bawah rumah kitorang tu ade mall. Alah.. mall yang kalau koranng penah stay kat Sunway Purta Hotel tu dia attach sekali dengan mall.. Wow sangat. Penat. tapi malam masih muda, so conclusionnya kitorang pun nak merasa jugak ada apa dengan mall itu. So, naek bilik jap. pastu turun bawah. Tak disangka-sangka menara famous kat CHM ni.

Landmark 81 duk belakang rumah kitorang je..hohoho. ini betul2 jackpot. punyalah susah payah nak amik gmbr tower ni time dalam grab rupanya duk belakang rumah je. Naik area rekreasi taman nampaklah tower tu. sekali dengan mall semua. Perghh.. tempat tinggal kita nih bukan biashe-biashe ghupanya. Ok sangatlah. Kalau lah tahu dari hari first main kat sini je.

Landmark 81
So, sempatlah tengok benda ape boleh dibeli dan di masak kat dapur rumah ni. kot la ade magi yang halalan toyyiba boleh la gak buat supper ke breakfast ke esok. Esok dah last day nek flight dalam kul 4 something kot. Betul kata diha kat sini ade megi indo mee. so mari kita borong. haha. tak nak buh lauk ke nampak kat area frozen tadi ade je isi katak.. eyyeww.. 

So, habis memborong megi dan air mineral. (katak tu sesape nak order bagtau k) we ouls nek rumah lah. nak kemas-kemas barang. nak prepare ape yang patut. nak mandi. nak tido. nak pape je la. So hari keempat tamat dengan sibuk duk berebut megi hahahhaa.

HARI KELIMA

Hari kelima ni tak de aktiviti luar pun. We just nak kemas bengbarang yang tak habis. Luggage abe E beranak satu. Luggage tangan tiba-tiba bertambah. hahaha.Lepas subuh sempat lagi lah pulak jom kita amik gambar pakai kain semayang. MOTIF? sebab ade tertgok gambar family sape ntah post gambar camtu masa gi bercuti. Ye. barang rare kena tiru awak. Sementelaah hari ni jatuh pulak Awal Muharam. Boleh lah buat gambar ucapan Maal Hijrah. Gitew.

motif sesangat
So, Selain dari duk mengemas bengbarang, ssempat jugak diorang layan cite hindustan tajuk hape hentah lupa. Ari ni jugak kitorang rancang nak makan nasi ulam budu dulu before gerak ke airport. Susah payah bawak budu haruslah tuan dan puan.

jeliro
Ingat senang-senang nak makan cenggini kat negara orang. Hahahahaha. Yang penting ulam tu kita beli siap-siap kat pasar Ben Tenh semalam. Orang pelik duk tengok aku mengangkut ulam pergi mari semalam. rare. haha.

simple simple tapi nasik habis. dudu licin k
Selesai menjamu selera. masing-masing pun dah bersiap. Barang pun dah masuk beg semua. Masanya untuk say goodbye to this house. Owner dia suh tinggal je access card to kat dalam umah. Umah pun kitorang kemas sama cam mula-mula masuk ritu. Sebagai rakyat Malaysia kita kena lah seperti perumpamaan "Orang berbudi kita berbahasa". Rumah tu selesa sangat. Owner pun baik.
 
Pergi lah kami ke aiport dengan tenang. Masa untuk kembali ke alam realiti. Sampai Malaysia lencun malam dah. Lapar haha. So lepak kat Kaizon dan solat kat surau gilir-gilir. Time ni memang jadi gelandangan pasal abe kata x yah lah amik accomodation untuk malam ni sbb takut tak sempat nak kejar flight pagi esok.

Maka malam menjadi zombi lah kitorang mencari tempat nak duk melepak. Kul 3 pagi dah start check in luggage. kul 5 boarding. masuk perut airasia, ZZzZZzZZZzzZzzz.

Selamat tiba di airport kota Bharu kul 6.30 pagi. Solat subuh dan sempat lagi breakfast kat kedai selalu.

Tamat Siri Penjelajahan ke Ho Chi Min, Vietnam 28 Ogos- 1Sept 2019.

Yeaa..siap travel log. Rasa gi Vietnam je yang complete. Yang lain separuh separuh je. Korea pun tak siap-siap ke sudah. ehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...