marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 12 Jun 2024

Jalan-Jalan 2024 : Hanoi, Vietnam

 .: Assalamualaikum:.

xinxau.

Test airport Sultan Yahya Petra baru sikit~

Aku tak tau bila post ni akan dipost kan (sewaktu ditulis mungkin bulan 5 lagi) tapi demi memberi jiwa kepada kehidupan ku di atas bumi ini, adalah sangat baik kiranya aku start memanjakan jariku di atas keypad tab S7+ ku ini untuk menguntai memori sewaktu di Vietnam seminggu yang lalu (sejak post ditulis).. Eh ke dah dua minggu selepas post isi ditulis. 

Sebenarnya tahun ni aku dah banyak mencipta memori di tempat orang namun dek kerana kemalasanku, makanya cerita itu telah terkubur bersama masa yang lalu dan ke-excited-an untuk menguntai cerita pun menjadi kendur dek dah lama berlalu.

Jadi, nak tak nak aku harap aku dapat siap kan travellog selama 6 hari di Vietnam ini secepatnya. 

Harap la.

Solo Traveler??

Macam biasa, mukadimah kena 3 perenggan..hehehehe

Aku berangkat untuk musafir kali ni of coz lah bersama 2 ketul The Sarangahae Cingguya; Athirah & Fara. Kat sini kalau aku tetiba bahasakan Athirah @ AAB @Nara Shi @ Kak Nara, yang sebenarnya she is the same person. 

Kenapa atas dia sorang nama panggilan ade 4? Ade citenya. 

Tapi posting ini adalah berkisar kepada jenjalan ke Vietnam, maka kita skip ajerr persoalan mengenai nama timangan beliau. Ngeee

Sebab aku seketul yang dari kelantan, maka musafir aku kali ni berlebih-lebihan la masanya. Diorang 6 hari jenjalan menjadikan aku 8 hari jenjalan campur 2 hari yang transit tu. Aku bertolak malam khamis (hari rabu) dan journey to the west dijadualkan pada hari khamis.

Sampai kat KLIA2, aku naik KLIA transit train untuk bermalam rumah Tikah, adikku yang ke 13 untuk malam ni. Esoknya kitorang rancang jumpa kat KLIA2 teruslah kalau diorang naik KLIA express dari KL. 

TQ aseeh sebab bagi cikda tumpang tido umah aseeh

 Namun, kita selalu merancang tapi rancangan selalunya akan melencong sikit, so pagi yang terang, terjumpalah kitorang kat stesen Putrajaya Central 😂

glow up nampak guys skrg😁

Flight boarding jam 12.40 ptg, kitorang tiba di KLIA2 jam 10 pagi cenggitu, maka lepas print ticket kat mesin, kitorang gi breakfast (kali ke 2 untuk aku) kat Serai.

Hmm.. setahun tak bersua. 

Tahun lepas diorang ade datang Kota Bharu untuk jenjalan dan lepas tu kitorang hanya berjumpa kat wasap atau fb atau video wasap je. Tapi tiada apa yang berubah, perangai masih aje sama dengan waktu first time aku jumpa diorang kat USM dulu.

To be exact, 10 tahun yang lalu. Yang berubah hanyalah masing-masing dah berkerjaya dan berfulusss..

Maka boleh la berjenjalan macam tak ade hari esok. Ngeee~

Siap aje melepak kat Serai tu, kitorang terus masuk ke Pelepasan Antarabangsa. 

Okey aku silap. Kitorang tak terus pun masuk, tapi buat aktiviti gile-gile dulu sambil buat video-video travel yang paling senang dan paling trendy kat Tiktok. 

Ngeeehh. 

Masa langsung tak mencemburui kami dan kami berfoya-foyalah (baca:bermain-main) dulu sebab kejap lagi dalam flight aku kena letak kat seat yang jauh daripada diorang. Mestilah tak dapat nak menggila dengan jayanya.

Bagus ada adik2 ni. dia tolong bawak beg titew

Maybe AA tak nak turbulent terjadik bila 3 ketul budak ni berkumpul dan excited 😂. Aku cuba berhusnuzon. Ye la. Hyperactive nauzubillah kalau 3 ketul ni berkumpul. 

Sampai kat depan gate masuk, AAB kata buat aksi behave sikit sebab nak hantar gambar kat umi dia
Mini love untuk umi~

Cakap bahasa alien tu satu hal. Tang perangai tuu.. hahaha.. malas la nak bukak aib sendiri.

Selamat masuk perut kapal terbang AK0512, aku ditempatkan di seat 23C. Seat diorang duk jauh kat depan. 

Kat tepi seat aku dua-dua budak Malaysia jugak.  dua-dua adalah lelaki. Aku duk kat belah aisle. Kira okey lah. Jangan letak aku kat tengah sudah. Klu tak memang aku lantik diri aku jadi stewardess la nanti~

 Mula-mula cuba berlagak cool, tak yah terujua jangan nak berbasi-basi dengan kanak-kanak ditepi ini. Pesanku dalam hati~ difikirnya jap lagi tido je la sampai tiba kat Hanoi.

But no way. 

5 minit je senyap lepas pilot umumkan yang flight tengah isi minyak n blablabla, my curiosity is on mode. 

Tak jadi tido la dan mulalah berkenalan dengan kanak-kanak tepi aku ni. Hikhikhik~ Mana yang nak berlagak cool tadi?

Ice breaking tanya benda basic, rupa-rupanya dia pun ada trip ke Vietnam macam ouls. Siap itinerary pun lebih kurang sama kitorang punya aje. Tapi dia berempat. Lelaki tepi dia kat tepi jendela tu kawan se-office dan 2 lagi kat sebelah aku tepi aisle ni. 

Aku pun berkira-kira AA memang sengaja pisahkan aku dengan 2 ketul budak kat depan tu  dan group ini selama 3 jam supaya flight boleh tiba dengan selamat, pada hematku yang bijaksana ini. 

Bayangkan bebudak ni tgh excited dan hyper sakan dlm flight sbb ade geng, mau tak pening para pramugari dan pramugaranya nak melayan. Kang peramugari-peramugara suruh main kat luar kang nanyaa~  Huhuhu.

Memang tak jadi tidolah jawabnya

Bosan dan tak tido, kita koya-koya membacalah

Bebudak ni ajak borak boleh tahan layan jugak. Sejenis friendly, dua-dua pandai borak. Macam dah jadi group icebreaking dah 3 jam dalam flight ni. Tak pasal-pasal berkenalan dengan bebudak Johor. 

Luaskan kuasamu. Yang bestnya diorang ingat aku ni  tua setahun 2 je dari diorang. Dia tak tau beza 7-8 tahun kot adik-adik ooi. Ngee.

Sampai je Noi Bai International Airport dan lepas imegresen check, benda pertama yang dibuat adalah beli sim card. Diorang la. Fara & AAB. Aku dah langgan data roaming Digi awal-awal lagi kat Malaysia. Untuk 7 hari RM54 camtu lebih kurang. Diorang amik eSim untuk 6 hari dalam 220k dong. Unlimited data. Aku fikir lagi murah kot beli kat sini dari Digi. Ngam-ngam dengan waktu kitorang kat sini untuk kegunaan 6 hari. 

Oh ya, kalau korang nak dapat eSim dengan rega yang camni, jangan beli sim card kedai money exchanger dalam airport tu tau, beli kat kedai sim card betul. Harga dia tu beza. Memang berbeza. 

Kedai sim card ni belakang sikit dalam deretan kedai kedai yang ada. Kedai akak ni dia dekat dengan mesin ATM.

Selesai je xpdc tukar sim, sempat lagi tukar duit kecik dong dengan ahkak kedai tu. Money exchanger kan bila kita tukar dia bg duet tu mmg paling besar. Jadi bila ada duet kecik ni senang sikit nak buat tambang bas nanti.

Kepala otak ligat buat calculation sebab duit dong ni lagi banyak zero dari duit rupiah atau won. Huhuhu. Nanges la klu buat silap.

Dalam reramai makhluk, 3 budak pingitan ni memang energy tak abes. Mencari-carik mana bas shuttle ke Old Quarter yang kaler oren akhirnya jumpa. Orang lain tak de pun lagi, kitorang dah excited nak naik. Berkali-kali tanya orang, ni ke basnya?, ni ke basnya?

Soalan dia senang je. "Old Quarter??? "sambil tunjuk bas. Kitakan backpacker berjaya. 

Dah macam main saidina pegang duit asing ni

Camtu je soalan dia kalau nak tanya local people sementelaah tu perkataan yang aku tahu adalah 'xin xau' iaitu Hello! dan 'kam en' iaitu tima kasih. Tapi cara pronounce tu susah sikit. Kena dengar selalu baru boleh sebut dengan betul. Aku awal-awal tu dok sebut come on (pronouce bunyi macam bahasa Inggeris) asek kena betulkan kat local aje.. ngeee

xin xau pulak prononce dia macam cincau. Haa gitu lah.. tapi ade lenggok sebutan dia. Aku tak abes belajar. Aku pun tak tahu. Hahahaha

Bosan duduk kitorang pun jenguk2 la kat depan. Mujur pakcik tak marah. Ingat ni bas SKMK ke?

Dari Noi Bai International Airport amik masa dalam 40-60 minit nak sampai ke Old Quarter. Depends on traffic. Tapi waktu kitorang sampai tu macam dah nak dekat pukul 5 petang so traffic biasa-biasa je tapi motor, scooter memang memenuhi jalan. 

Jalan kat Hanoi tak se-compact Ho Chinh Minh kalau ikutkan jumlah kenderaan di atas jalan raya so, boleh bernafas lega. Tapi jarang-jarang kita boleh tengok la keunikan pengguna jalan raya Hanoi. Ade yang bergendong 3, ada yang gendong anak sambil ride. Tapi diorang tak bawak laju la.

Tersepit dicelah uncle. Kalau tak, maunya kecoh depan ni jugak

 Kalau kena hon tu maksud dia nak laluan atau jaga-jaga. Jarang bunyi motor yang hon biasa bas atau lori yang kuat hon. Diorang orang Hanoi ni tak de ekspresi muka, tak boleh nak kata ramah atau tak. 

Tapi kalau terbuat lawak tu dia sengih la sekejap. Bagi aku diorang ni jujur juga tambah-tambah bila berlaku pertukaran duit. Kalau tak paham cakap BI diorang tunjuk aje duit mana yang perlu bagi.

Kalau kita wak mistake diorang tunggu je kita betulkan. Diorang macam lali la dengan kerenah pelancong ni. Nampak ekspresi 'kuk mung' je kalau kita buat silly mistake gitu. 

Kekekeke.

Sampai di bus stop Old Quarter kitorang turun reramai. Kat sini kita boleh la jumpa dengan sedara mara dari Malaysia yang dalam flight tadi kita tak jumpa tapi kat sini kita akan jumpa. 

Berbasi-basi tanya dari mana nak kemana dan kebanyakannya nak gi Sleeper Bus Interstation untuk naik ke Sapa malam ni. 

Kita & bebudak Johor tu je ke yang stay kat Hanoi untuk trip ni malam ni? Ngee.

Sedara mara dari Malaysia aku kira budak-budak bawah umur aku rasanya kalau tengok dari segi keramahan dia. Orang malaysia ni bila jumpa oversea sama ada acik-acik atau adik-adik je yang reti nak bertegur sapa dan beramah mesra di jalanan asing ini. 

Kalau kakak-kakak yang dua tiga tahun beza dengan aku, nauzubillah, kita try nak tegur dia dah jeling sebatu. 

Ingat aku keja ngan kau ke kak? Tak tau la dia datang bulan atau dah nak monopos. Kakak-kakak la biasanya cenggitu perangai. Expresi tu macam orang lain tak leh travel, bagi diorang je yang terpaling travel

Klu jumpa abang-abang pulak dah jadi cerita lain. Dah jadi macam monyet dapat bunga kalau jumpa girls satu negara dia di tanah asing ni. Dia kata nak mengorat tak juga tapi macam duk mengacau dari jauh camtu. Aneh betul~

Macam-macam ragam kan? 

Aku bercakap berdasarkan pengalaman okeey~

So, kalau aku prefer jumpa adik-adik la. Tak de la nak menyombong tak bertempat. Ngeee~

So, dah tiba di Old Quarter ni terpinga-pinga jugalah ke mana harus dituju. Google Maps menunjukkan 15 minit perjalanan secara jalan kaki ke Keypad Hotel, tempat menginap kitorang untuk malam pertama di Hanoi. 

So, berjalanlah kami membelah bayu. Laluan dia tak heavy mana, yang heavy ni luggage plus backpack kat belakang dengan motor dan kenderaan lain yang memenuhi jalan. 

Lorong demi lorong kami lalui, simpang demi simpang kami lalui, deretan kedai demi deretan kedai kami lalui maka sampailah ke tempat yang dituju.

Jalan dia ni sebenarnya 2 lane je, tapi yang kompius itu bila motor-motor yang lalu tak tau dari arah mana.

Sebagai rakyat Malaysia agaklah membuntang mata terkejut tambah-tambah lagi kena hon dari jauh 😂. Benda terkutuk tu bila kena honn kalau kat Malaysia. Macam satu kesalahan yang tiada jalan taubat. Tapi selepas beberapa seketika tgk local people guna instinct diorang je masa melintas maka kita pun perlu berfikiran seperti local dan alhamdulillah, vibenya menjadik! Datang melintas jalan dengan jayanya tanpa kena hon. Huhuhu~

Tiba di Keypad Hotel yang comel itu, maka sesi check in berjalan. Tugasan ini adalah job scope AAB maka ouls berdua santai-santai ajer. Actually Keypad Hotel ni dah pun book & pay waktu duk di Malaysia lagi so, should be no problem lah untuk check in.

Key card bertukar tangan dan kitorang menuju ke bilik iaitu di tingkat 5. Naik lift belok kiri maka, Yea beda beduuuu selepas berhempas pulas membawa luggage dan backpacker ini. 

Hotel yang best! Highly recomended!

Penat ohh! Kalu jalan lenggang kangkung maybe masih lagi hyper. Ngee.

Sampai kat bilik masing-masing unbox luggage memasing sambil aku buat inspection bilik terutamanya jns makanan & minuman yang disediakan. Hihiho. Biasalah. Curiousity tu kan mestilah tinggi. Alhamdulillah. Segalanya halalan tiyyiba.

Snek yang ada siap ada cop halal Malaysia kot. Hahahha. Tiada alcohol yang disediakan. 

5 bintang untuk Keypad Hotel.

Jam lebih kurang menghampiri 6 petang so cepat-cepat solat jamak qasar untuk zhr-asr. Kalau ikutkan itinerari ni patut kitorang boleh sight seeing area sekitar atau ke tasik Hoan Kiem tapi memandangkan masa mencemburui kita, maka kita cancelkan ajerr. 

Amik nafas dulu, penat mencari Keypad Hotel pun tak abes lagi. Ngee.

Aktiviti Malam ni sepatutnya tgk persembahan water puppet  & sightseeing area Train Street. Tapi memandangkan masa mencemburui kita maka kita pilih yang low risk je la dan menjimatkan iaitu Sightseeing di Train Street. Ngee. 

Kita tak payah push diri sementelaah itu ouls ni 30an dah semua kita kena rilex. Pujuk diri.

Lepas siap solat jamak qasar magrib-isyak, barulah rancangan xpdc ke Train Street diteruskan. Tapi sebelum boleh gerak tu sempat lagi AAB bertanya itu ini dengan receptionist kat kaunter. 

Padahal last-last tgk Google Maps je. Lebih kurang dalam 20 minit perjalanan, maka sampailah kitorang kat Train Street itu. 

Disepanjang jalan boleh la kita tengok peel dan culture orang Hanoi ni. Yang paling diingati adalah sepanjang perjalanan tu memang kedai Pho is everywhere. Pho (cara baca: Fer) tu macam makanan ruji dioranglah. Kalau kat Kelantan is Mee Celup.

Oh lazatt.

Diorang makan pho ni ada yang cicah dengan ca kue. pastu ade la ulam-ulam yang disajikan sekali. Paling syok tengok adalah di deretan kaki lima jalan ni diorang akan letak meja plastik rendah dengan bangku plastik untuk pengunjung kedai makan. 

Kenit-kenit je semua orang Vietnam ni. Aku tak pernah jumpa orang vietnam yang gemuk & tinggi. Obes tu maybe tak de dalam senarai. Comel je semua dengan mata macam kucing.. Ngee.

Tak tahannya dengan cuaca yang panas ni boleh pulak diorang duk makan steamboat. Ramai yang macam baru balik kerja kalau tengok cara dressing tu. Kadang-kadang macam canggung pun adebila tengok keadaan tu. Apa taknya. 

Bayangkan kau pakai kemain cantik dengan dressing office, handbag pun bukan main lagi, tapi kau duduk atas bangku plastik yang kita guna buat membasuh baju tu sambil makan steamboat kat meja plastik rendah dalam cuaca panas-panas ni. Dah macam main pondok-pondok pun ade gayanya sambil mendakap handbag dan berkasut tumit tinggi.

Eh aku ni.. Banyak la dia punya judging. Hahaahha

Sampai je kat situ rupanya area street train (which aku tak tau pun yang aku duk atas rel train sbb tu kan jalan raya), tiba-tiba local people suruh masuk dlm cafe dia kalau tak, tak boleh duduk dalam area rel kereta api.

Aku pun.. Eh ape ni. (Ingat nak kena scam 😃😂)

Tak expect waktu kitorang tiba tu sesaat dua memang ade gerabak train tengah gerak dan aku berdiri betul-betul kat pagar di atas jalan raya rel train lalu. Ramai orang kena halau keluar tapi nasib aku baik sebab kakak tu pelawa aku duk lepak kedai dia sambil amik gambar kat situ baru lawa katanya. 

Dia ketepi ketepikan badan aku supaya tak jejak atas rel train tu.

Tengah akak tu duk nego dengan aku sambil pakcik gate nak tutup gate yang mana akhirnya aku tak sempat keluar gate pun, train dah sampai dan aku sempat tangkap video moment train tu gerak (cuma tak magistik macam dalam tiktok orang la),  siap aku sempat imagine, 'lah macam duk kat Pasir Pekan je'. 

Ujar aku dalam hati sambil tangan duk pegang flipz 3 dengan kemas supaya tak bergegar buat video dan sebelah aku akak kedai cafe pasrah sebab tak berjaya pujuk potential customer untuk masuk ke kedai dia sebab train baru je lalu. Dalam 30 saat tu banyak benda terjadi dan aku fokus untuk amik video walaupun pakcik gate suruh keluar 😂

Usai gerabak train yang cinonet (aku fikir ni gerabak barang kot) meluncur pergi, aku dengan perasaan baiknya nak pujuk kakak tu balik sebab dia, aku kira bersusah payah terangkan kat aku tentang bahaya aku tadi duk kat tgh rel sebelum train sampai walaupun aku tau dia sebenarnya suruh aku ke cafe dia, maka aku pun ajak 2 ketul budak ni untuk melepak kat kedai dia sambil mengusha-usha laluan yang berjaya menjadi tarikan pelancong  untuk datang kat sini. 

Aku kira tempat ni jadi live and happening juga sebab deretan kedai-kedai menawarkan perkhidmatan yang sama, iaitu lepak sambil minum-minum dan tunggu train sampai. 

Jarak antara kedai dengan rel tu dalam 2 kaki je tau. Memang nahas laaa kalau tak berhati-hati. Dan tentu saja lampu-lampu neon yang begemerlapan menjadikan suasana tu tak suram dan meriah!

Since dah sampai marilah kita melepak menikmati secangkir kopi. 

Katanya datang sini kena pekena Egg Coffee yang aku sangat septikal. Like, seriously kopi buh telur?

Disebabkan itu, aku tak berani nak order  kopi itu. Kang salah beli kang trauma menjadikan tripku ini trip sia-sia... 

Heee.. tapi untuk tidak mensia-siakan suasana maka aku pun order la cold strawbery tea sementelaah Hanoi is quite hot yaa~

Amik suasana orang kata

Tengok-tengok Fara berkenan nak try Egg Coffee. Oh reaally?? haa.. Bagus. 

Nanti boleh la pau rasa & judge, kekekeke.

Siap je order maka tak boleh jadi ni. 

Datang dah, kena paksa masuk cafe dah, jumpa ngan train sudah, apa lagi marilah kita bergambar dan berOOTD dengan bergaya. 

Emilda at Hanoi

Actually next train akan ada tapi lewat la dalam pukul 9.30 mlm dan tak kuase ouls nak menunggu. Yang tadi mujur sempat je dapat tengok walaupun aku boleh je tengok kat Jalan Pasir Mas atau Jalan Bukit Panau atau Jalan kat Tanah Merah. 

Kat sini jugak yang diburunya. Ahaks. 

Menikmati secangkir egg coffee di tepi rel ketapi

Duk bersembang-sembang santai tetiba AAB menegur budak Malaysia yang lalu kat kaki kedai kopi kami sedang duduk tu..

 Ehh.. Korangg~~~

Bertemu lagi kita dalam rancangan korang buat apa kat sini?

Tapi memandangkan diorang adalah bebudak yang aku duk sembang 3 jam dalam flight tadi, tetiba kitorang jadi close gitu. 

Ni naseb baek AAB yang tegur, sebab aku lupa nak cakap detail pasal aku sembang dgn diorang dalam flight tadi. Aku gtau kat situ la kat diorang yang kitorang kenal kat flight tadi terus pakat jadi geng semua. 

geng adik-adik. Yang duk tepi aku waktu dlm flight yang pakai baju putih

Tanya diorang dah ke mana dari mana dan semua soalan yang sama aku tanya dalam flight tu kira di-interview balik dek AAB dan yang peliknya separuh dari soalan tu tukang jawab adalah aku... Hahahahha

Buat macam kita ni geng2 la guyss~

Air sampai. Naseb baik sampai sebab memang berkira-kira nak lari dah sebab lama jugak duk tunggu bila air sampai ni. 

Cold Egg Coffee is not bad. Recommended. Rupanya dia pukul telur tu sampai jadi creama. Tapi aku kira dia pakai putih telur je kot. kuning tak sbb cream tu putih dan kopi yang dipakai adalah kopi vietnem la of coz. Tak kan kopi cap gantang pulak.

Tak sangka sedap.. Sambil habiskan egg cofee cold fara

 Dan Cold Strewbery tea pun sedap juga.

Bermain-main kat sini maka, maaflah Athirah Abu Bakar, memang terkubur dah hasratmu untuk menonton persembahan water puppet sementelaah last showing pukul 8.30 malam. 

water puppet kat sini je la ek

Kita tiba kat sini pun dah pkl 7.30 malam (waktu train lalu)

So, begitulah.

Water Puppet show tu aku lupa dia cerita pasal benda ape tp nak masuk kena byr entrance fee dalam RM44 camtu. Klu ticket dah beli harus kita pergi tapi memandangkan kita belom beli. Kat sini lah kita ye. 

memory with saranghae cinguya

Koya-koya di rel keretapi ni.

like a tourist
Hai awak tengah wat pe tuu?
Sis is teruja tgh hasil kait kat kedai dia

Lepas siap bermain-main di kawasan Train Street dan menikmati secangkir kopi, jam menunjukkan pukul 9 lebih-lebih gitu. Dan tak kuasa ouls nak tunggu train lagi so kitorang pun say baibai kat train street sambil berjalan kaki kembali ke Keypad Hotel. 

Paksa kanak-kanak amik nama market ni sbb ade perkataan Da

Eh dah nak balik ke? Malam masih muda tapi mostly orang local dah berkemas-kemas barang dan perut berkecorong sayang. Lapar rupanya. Nasi last makan dalam flight tadi. Nasi Lemak Pak Nasser dah selamat dah diproses oleh yang perut dan maybe bakal untuk menjadi nyah tinja ~

The reason kitorang balik ke Hotel tu sebab kitorang nak gi cari kedai makan halal area Masjid al-Noor. Katanya kat situ ada kedai pho halal. Tapi bila tengok balik review orang ramai kata kedai tu bukak sampai magrib je. So, kempunan la pho di hari pertama di bumi Hanoi. Tapi perut tengah berdondang sayang ni.

Jadi kita ubah planning untuk ke restaurant halal yang lain. Ada kedai arab jual kebab katanya. 5 minit je dari hotel. Pergh. memang sekejap je dah sampai kat kedai kebab ya habibi lupa dah nama apa. Ok. dah google. Nama kedai Nan & kabab. 

Kat sini memang berasap la dapur dia sementelaah sesampainya kitorang kat sini asap kebab memang menyelubungi hidup. Kitorang amik meja kat atas dan orderlah makanan yang sesuai untuk dimakan. Peminat makanan mamak dua ketl kat depan aku ni lah. Datang je KL ajak aku pegi makan mamak. Tapi datang sini malu-malu pulak nak order dengan bhai pakistan. Kitorang intai-intai jugak menu orang meja sebelah. nak tengok portion sesuai ke tak. 

Muka lapar dan mengantuk

So, untuk dinner ni aku pakat dengan Fara untuk order ayam masala with nan dan AAB order kebab. Makan ni je pun dah kenyang. Portion dia sesuailah dengan harganya. Semua dalam 330k dong klu tak silap. Makanan halal agak pricey kat sini tapi takpe la. Boleh makan dengan bahagia. Hahahaha

Sedaap
makan besaq nampak sis

Siap makan maka kembalilah kitorang dengan hepi ke Keypad Hotel. Jam pun dah menunjukkan pkl 11 malam. Jalan pun dah makin lengang. 

Esok ni berpagi-pagian lagi ouls kena check out. Sebabnya esok adalah trip yang diambil asing untuk ke Ha Long Bay, jauh dari Old Quarter. Perjalanan lebih kurang 3 jam dan esok pukul 8 pagi kita kena tunggu bus datang menjemput kitorang depan hotel.

Pkl 11.30 malam lampu bilik 501 dipadamkan. Kalau waktu Malaysia ni pukul 12.30 malam lah lebih kurang. 

Overall, jenjalan day 1 ke Vietnam is soooo refreshing dengan kanak-kanak 2 ketul ini. Yang best tak rasa janggal even setahun tak jumpa secara fizikal dan vibe bergurau tu memang still ada sebatian kimia lagi. 

Masih. 

Kalau dulu randy yang jadi mangsa untuk refer kepada sesuatu situasi, tapi kali ni rahul pulak yang jadi mangsa. Refer kepada sweater yang AAB dia letak kat atas bahu ala-ala Shah Rukh Khan dalam cerita Mohabbatien.

Sebagai contoh, "Kokda tolong pegang rahul ni jap,saya nak amik barang". 

Berdekah pecah ketawa bagi orang yang paham.

12k steps.. Hmm. not bad!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...