Tak jawab dosa, jawab tanda sayang..hiks.
Hiks, tahun ni jarang sangat ada masa nak berblog bagai. Busy dengan pelbagai urusan. Biasalah tu kan. Kesempatan yang ada ini, I dengan penuh rasa rendah diri nak umumkan bahawa ATAS LOTENG PRODUCTION kembali aktif selepas beberapa tahun senyap.
Keputusan ni diambil selepas setahun berfikir (pergh lama beno). Lepas amik master hari tu, penah fikir untuk aktifkan kembali ber-crochet, tapi time tu tak sangka bertali arus rezeki ikut cabang lain. Jadi terpaksa tanggung seketika untuk projek kait-mengait ni.
Buat keputusan ni bukan satu keputusan yang senang tau memandangkan kerja dengan orang paling senang untuk mendapat sesuap nasikan. Tapi kerja dengan orang ni apabila semua kerja nak dilepaskan kat kita, dia nampak sangaaat tak adil kat situ. Dari terus menjadi kuli orang yang suka ekploitasi kan kita, why not kita sendiri exploitasi diri sendiri (=.="). Ada rezeki lebih boleh bagi reward kepada diri sendiri..kekekkeke.. Lagipun bab reseki ni, Allah swt yang tentukan. Yang penting ada ikhtiar nak buat apa selepas berdoa. InsyaAllah, rezeki Allah itu luas.
Jadi, before anything else, since dah lama tinggalkan fans of Atas Loteng kesepian, aku rasa aku perlukan kembali semangat lama yang memeriahkan Page Atas Loteng Production. So, daku nak buat GIVE AWAY sempena comeback ni. Hee..
Bila fikir je terus rasa excited sorang. Tak zabar nak awardkan beberapa jenis hadiah untuk Fans of Atas Loteng..
Korang rasa untuk gift tu korang nak ape ek? ada beberapa gifts nak di offerkan. Antaranya, top up, crochet tools, crochet product, multipurpose purse dan shawl.
Haaaa.. korang tulun pikei dan suggest boleh tak, pleasssseee???
BTW, sekarang Atas Loteng Production dengan bangganya nak war-warkan Kelas Asas Mengait yang bakal dibuat nanti.
untuk Lebih lanjut layari Fan Page Atas Loteng :)
Dulu pernah belajar crochet.. tapi separuh jalan je..
BalasPadamhttp://ceritaaisyaismail.blogspot.my/
Thanks for coming. Oh ye ke penah blaja. kenape separuh jalan tu. Nak sambung blaja lagi meh la join kelas crochet tu ^^
Padam