Annyeong cingu..
No No No *gerakjaritelunjukkiridankanan*
YES, aku cakap sekali lagi, FREE OF CHARGE.
bukan je korang tak caya aku pun awal-awal tak caya. Tapi aku yakin Allah memudahkan jalan untuk aku. Belajarkan satu jihad jugak. So, no wonder Allah bukakan jalan. kan.
Kat mana aku belajar Bahasa Korea secara FREE tu. Ni nak cite.
Korang ade dengar tak pasal Plaza Korea kat menara Hap Seng, KL. Alah. Dulu aku penah cite kan. Tula cite yang aku dapatkan kupon percuma & diskaun masa nak gi Korea tahun lepas tu. Discover Korea on Your Way 2016 tu. Haa..tahun ni pun ade gak. Pun aku dah grab DKYW 2017 awal-awal lagi untuk ku and adik-beradikku untuk trip Autumn nanti. Teruja tak. Haha.
Ok,aku lari tajuk. Sekarang baru nak sebenar-benar cerita.
Time tu kan aku duk tgh usha-usha kat mana boley aku teruskan semangat bertekad cemerlang aku untuk memperkasakan BK aku ni. So, last-last aku jumpa website KTO yang telah buka registration untuk belajar BK. Memang KTO ade buat kelas ni, tapi tak sangka pulak time tu ngam pulak dengan aku yang tengah mencari ni. 2 hari lagi tak silap aku registration nak tutup so, aku dengan tak berlengah terus nak register. Harap-harap nasib mengena. Satu kelas at least full 30 orang, maybe aku masih berpeluang memandangkan kelas yang ditawarkan banyak. Ade 4 level. Level 1 untuk beginner. Level 2 intermediate beginner. Level 3 Intermediate. Level 4 advance. Kalau tak silap aku camtu la.
So, aku yang teruja ni register untuk level 1. Tapi time tu aku rasa cam membazir lak kalau register level 1 sebab aku dah ade basic sikit-sikit kan. End up aku register 2 kelas. kekeke. Level 1 & Level 2. Masa dia pun ngam time abes kerja. Berharap lepas la. Aku nak sangat-sangat ni. Tambah lagi free. Kalau tak dapat, aku usaha untuk kelas berbayarlah. Tapi memang naaaak sangat yang ni.Huhuhu.
Berdebar-debar jantungku menunggu result macam tunggu UPU you. Hohoho. Hari-hari berdoa moga-moga terpilih. Hari yang ditunggu telah tiba, so aku tak zabarrr check website KTO untuk tengok nama aku terlist ke tak dalam kelas. Check punya check.. Urmm.. Level 1 cam tak de je nama aku. Ngam-ngam cukup 30 orang. Tak de rezeki ke ni. Lepas tu check lagi Level 2.. Nak nanges dah tak de jugak. Tapi yang peliknya, apsal dalam kelas level 2 nama yang dalam list tu ade dalam lima orang je. sebab katanya at least 30 orang. Hmmmm..
Maka tanpa berlengah aku mencoba nasib lagi dengan menghantar email kepada KTO agar bagi aku enrole masuk Kelas Level 2 sebab banyak kosong lagi.Atk setakat tu je aku siap bagi sebab-sebab lagi yang aku ni memang nak gile-gile enrole kelas tu. Dah macam masuk contest dah gayanya bagi sebab, karang berbunga-bunga lagi.
Tak sampai sehari email aku dibalas dengan ayat "Congratulation you are selected to enrole in Sejong 2B class blablabla..". Lepas tu dapat call dari KTO kate yang aku boleh enrole masuk kelas BK. Wah. Wah. Wah. Aku teruja terharu terkesima! Aku rasa nak muah muah akak KTO tu boleh? ahahaha.. Tima kasih Allah sebab lembutkan hati pengurusan KTO untuk terima aku belajar BK. heee.. Cakap kat Boss belum lagi ni nak dismiss keja awal nanti.
Hai oppa, tiap-tiap minggukita jumpa pun oppa still pilih kakak Song jugak. Sob Sob |
Maka bermula dengan itu, setiap hari Rabu,aku akan make sure everything related dengan kerja settle before benda-benda mengarut timbul. Yang dapatku tangkis dapatlah. Bos pun baik hati bagi aku ubah time keja aku dari kul 9pagi-5.30ptg ke 8.30pg-5ptg.Yes!! Bagus Boss aku ni siap kata 'saya tak halang pekerja saya untuk tambah ilmu'.. Gitteww
Bermulanya sesi pembelajaran BK aku secara official. Ke kelas pertama yang penuh mengujakan ever terlewat 5 minit akibat kesesakan jalan raya (KL what do you expect~). Masa kelas pertama, bertemu dengan classmates dan seongsengnim rasa janggal la jugak.
Ape taknya sebab aku sorang je tak amik level 1 kat sini. Rata-rata memang students yang lulus level 1. Rasa berdebar tu wajiblah. Lebih-lebih lagi seongsengnim bertutur 90% dalam BK . English berapa kerat je. Matilah aku. Hoho.Ottokaji? Bolos sajaaaaaa. Yang herannya aku boleh dikatakan paham la apa yang seongsengnim aku cakap. Cuma nak reply tu OOoo..Ne.. je yang spontan kuar. HAHAHA.
Me and Classmates |
Uri saranghaneun Park Seongsengnim immida |
Dalam kelas tu, I ouls diberikan BUKU TEKS secara PERCUMA (lagi). Aku ni berapa kali dalam hati betul ke ape yang aku dengar ni? Kalau bayar pun aku rasa aku tak berkira.
Belek buku teks, mak aiii. Buya igo (tetiba kuar cakap korea dalam ati)..tulisan dalam buku tu 100% dalam character Hangul. Adakah aku tersilap perkiraan dengan enrole masuk kelas ini?? sob sob sob dalam hati. Seongsengnim siap brief lagi exam besar akan diadakan apabila tamat silibus. Dalam bulan 5. Masa aku enrole ni bulan 1.
Ni lah buku teks Korea yang 99.9% adalah dalam Hangul dari Sejung Hakdang |
Tajuk chapter 1 pun nasib baik aku penah study dalam buku BK yang aku beli tu. So, tak susah la untuk aku kenal character huruf dan baca even tergagap-gagap. Haruslah.Huhu. Yelah sendiri baca bunyi konfident betul sekali dengan sekalian kelas baca bunyi macam mualaf masuk Islam duk mengaji. kekeke.
uri cingu |
Seronok tak terkira dengan enrole kelas ni. Tak timbul rasa menyesal langsung even pernah masuk kelas kul 6.30 ptg sebab jalan jem. Dari PJ nak masuk KL what do you expect?
Hari Rabu adalah hari membahagiakan aku biarpun orang lain wordless wednesday. THis one is not applicable to me. Sebab rasa terharu dengan KTO, setiap Rabu aku make sure kelas boleh hadir sbb tak nak take for granted. Free kot. Lagi aku double appreciate. Kalau tak dapat hadir sebab urusan keja (ade time tu aku kena gi site kat Gurun, Kedah) aku akan bagi email siap-siap kat KTO. Pastu sedih sorang diri sebab tak masuk kelas. HAHAHA.
Kelas terakhir Park Seongsengnim belanje Big Apple |
First homework.Not bad for beginner though |
Sehingga 5 bulan, aku bertahan. Dari bab 1 sampai bab 12 berjaya dihabiskan sehingga exam berjalan. Pengurusan kelas aku smooth thanks to pengurusan KTO. Yang aku kenal Kak Munirah yang comel dan Hazim yang banyak membantu kitorang.Diorang spoting moting kot.
Ala-ala Tour Guide da aku nih |
Untuk kelas Korea ni, registration maybe dalam bulan 11, so korang be alerted la ye. Ritu aku dapat offer untuk level 3 tapi dek kekangan kerja (sebab aku dah bertukar tempat kerja), aku terpaksa tolak offer tu dengan hati bagaikan dicarik-carik oleh pisau yang tajam..huuu..
Saranghea KTO |
p/s: tak sure kenape setiap kali entri panjang berjela =.='' Harap korang terima seadanya..huhuhu
wah..bolehlah cakap korea dengan jejaka kacak korea pas ni :P
BalasPadamkalau jadi kenyataan tu memang best la kan..kekekeke
Padamformat exam dia cmna? bole share tak? :)
BalasPadamformat exam dia macam bi.. ada listening ngan writing.
Padamperformance untuk dapat sijil based on overall attendance,final exam and dalam kelas.
saya nk join kto ni tp saya student kt perak,kalau cuti sem pon 5 minggu je , macam mn dgn kelas di kto ye ?
BalasPadamBila lagi TKO bukak untuk belajar bahasa korea ni
BalasPadamsaya boleh belajar kah kak,, ini tempat kat mana
BalasPadamsaya boleh belajar kah kak,, ini tempat kat mana
BalasPadamAsalammualaikum sis Ada,maaf gangu nak tanya sikit boleh agak2nya sis ada simpan tak lagi nota2 kelas bahasa korea yg pernah sis pelajari dulu...rasa2nya nk pinjam boleh?tq sis
BalasPadam