Annyeong cingu..
Hmm..
oppa saranghea. |
Aku lah heroin yang selalu berjaya conquer tempat paling depan..kuikuikui..Kalau tak caye betapa citer hindustan ni memberi impak maksima, tanya la kengkawan or sedara korang yg lahir tahun 80-90 an. Kompem eh semua cenggitu.
All time favourite. Skrip dia lekat kat kepaladahcite Hum Sath Sath Hai ni |
Tak kire, cite Shah Rukh Khan ke, Ameer Khan ke, Salman Khan ke, Karisma Kapoor ke, Karena Kapoor, Pretty Zinta, Aisywaria Rai, Tabbu dan ramai lagi , semua memang laku keras la. Tu tak lagi dengar lagu diorang, satu persatu perkataan fasih meniti kat bibir mendendangkan lagu hindi.
'Boley curiyaaa..Boley kang gena~'..ehem..ehem..test suara..
huhuhu.. Kerlas kau jah. Nasib baik time tu tak jatuh hati dengan actor bollywood, kalau tak jumpa Bangla tepi jalan pun jadi nih. hahaha.
Tapi pada aku pengaruh cite Bollywood tu biase-biase je. Sebabnya time tu minat aku lebih kepada drama historical Cina. Alah yang petang-petang kul 6 kat TV3 tu. Cite yang beratus episod amik masa 2 tahun nak habis. 2 tahun baru tahu konspirasi yang berlaku. 2 tahun baru dapat jumpa penjenayah yang terulung. Hahaha. Suka sangat. Cite cina petang-petang ni satu family aku jugak yang layan. Antaranya macam Secret Battle of The Majesty, Supreme Master, My Fair Princess 1, My Fair Princess 2, Crushing Tiger Hidden Dragon, Master Ma, The Lagend of the Condo Lovers dan macam-macam lagi lah. Tak abes pukul 6 tu, ade jugak kul 8.30 mlm kat NTV7. Tak cukup dengan tu sambung lagi tengok yang kul 10 mlm TV2. Pendek kata, TV itu aku yang conquered. HAHAHA.
Minat aku kat cite cina ni siap aku rasa akulah heroin dalam cite tu.. tak kire..aku nak jugak jadi heroin dia. kalau tak leh jadi heroin..aku nak jadi hero..HAHAHA.
Time tu pun, cite Vanezuala pun laku keras jugak. Jadi 3 bahasa ni akan terselit dalam perbualan seharian kat umah dengan adik beradik. Kalau pegi sekolah jumpa kawan kaki TV, memang syok la. Kadang-kadang cakap mengarut je lebih..HAHAHA..
Nak sebut umah tapi sebut 'mikasa', nak cakap hati cakap 'mere dil', nak tanya gi mane 'ni qu nali?' Multilanguage mung..hoho.. ko ade?
Hebat tak. Bahasa Kelate + Hindustan + Cina (Mandarin, jarang tgk cite cina Hongkong) + Vanezuala
Ha.. elok lah..kat sekolah pulak add on lagi satu Bahasa Arab.
Pastu bila dah mengenjak alam universiti, aku dah terpengaruh dengan satu lagi bangsa. Yang buat aku terus jatuh cinta more than drama cina aku tuh. Aku rasa la. Semua ni bermula tatkala aku tertengok MV Super Junior cover lagu Haengbok.
Bangsa apakah ini, para lelakinya sungguh mulus kulit mukanya dan bersinar bibirnya mengalahkan aku gadis sejati ini tapi masih mengekalkan ke-gentleman-nya. Bangsa apakah ini????????
P/S:Oh ya. Ekceli aku dengan Bahasa Korea ni dulu-dulu penah dah bertemu. Alah first Drama Korea masuk Malaysiakan Autumn in My Heart. Eh ke Winter Sonata. Tapi aku tak berapa nak layan la juga sebab timing dia betul-betul time orang nak semayang maghrib. Lagipun tak tercerna bahasa dia sebab cakap slow macam berbisik pastu cerita air mata je memanjang. Tak de masa aku nak layang. HAHAHA.
Disebabkan Super Junior inilah maka pencarianku bermula. Dari tak paham sepatah haram perkataan diorang, aku cerna sikit demi sikit. Demi SuJu. Demi Hea Oppa. Sanggup mencari english sub untuk setiap video di youtube yang wujud. Tak pasal-pasal English aku pun improved. Kill two bird with one stone. HAHAHA.
MasyaAllah, bangsa hape ni? sopannyaa oppa baju putih kat depan tu |
Dan dari saat itu, aku menyimpan angan-angan untuk menguasai Bahasa Korea. Demi Hea Oppa terchenta. KOt-kot la terserempak boleh la juga ber'anyeong anyeong'. (annoying ade lah ==") Tinggikan cita-citanya. Hahahaha.. Yelah. Takkan kipas-susah-mati drama Korea + Kpop pandai cakap ' yaa!' je.. tak macho la cenggini. Kuikuikui. Haruslah penuhkan vocab, sesat kat Korea nanti senang.
nak belajar punya pasal sanggup tampal kat pintu umah sewa..ngee |
HEee.. Tau pun nak caya. So, akhirnya berkat minatku yang mendapat akhirnya dapatlah aku belajar Bahasa Korea..
dan entrinya..
bersambung kemudian...kekekeke.. tunggguuu..
serius... kak mia sampai beli cd winter sonata dan autumn in my heart.. sebab takut terlepas tengok kat tv... puas betul tengok kat cd.. dari satu cd ke satu cd... hihihi...
BalasPadamsemangat jugak kak mia tgk drama korea ek..hehehe.. sy dulu camtu jugak..sanngup download semua kpop yg diminati..kekeke
Padam