Annyeong cingu..
Annyeonghaseyo! Jeoneun yongguk saram ieyo.. aku tulis cara nak baca tulisan Hangul besar tu |
Tapi tak pe. Even korang tak nak tau, aku NAAAK jugak bagitau. Hee.. Kalau korang nak tahu, lagilah aku nak bercerita rancak. sep sikit sebab geng aku. kekekeke
citer dia cani..
Yelah, dulukan masa duk UMS aku ade enrole masuk kelas Bahasa Mandarin, tapi alang-alang Mandarin dan Bahasa Arab aku dah kelaut sebab tak berape nak praktis, marilah aku ikhtiar untuk menceburi Bahasa Korea pulak. Dah pulak tu Hea Oppa duk melambai tangan jemput aku kat Incheon Airport, haruslah aku perkasakan impian untuk menguasai Bahasa Korea. Dalam mimpi aku la yang Hae oppa tu duk melambai-lambai. Kalau in reality aku pun tak sure ape nasib aku untuk dikenang kalau benda ni sampai kat ELF yang saseang. tak rela oh!
Hmm..lama jugak sebenarnya masa untuk aku amik mood nbelajar BK (Bahasa Korea) ni. Masa 2009 baru berjinak dengan Kdrama + Kpop + Variety Show bagai. Masa 2012 tu pulak berazam nak belajar, tapi hangat-hangat taik ayam je lebih. Download modul BK je, tapi tak study pun. Busy kerja katanya. Time ni duk tengok romanization lirik-lirik lagu Kpop je. Bizi katenya. Masa 2015, masa duk USM barulah dapat pecahkan mood malas tu. Plus ada masa kan. Boleh la celah barang sejam dua untuk study tu.
Start dari situ, aku slow-slow belajar sendiri. Kenal alphabet hangul, grammar sikit-sikit plus cara pronouns. Urm, tu pun aku blajar dengan Jenny seong seng nim kat channel youtube je. ade mase sejam dua seminggu blaja pun jadilah. Kenal sikit sebanyak perkataan Korea, ok lah.
yorobun, insaheyo. yoginan uni Jenny Seongsengnim ieyo. Yeppoeun seongsengnim. |
Berkat semangat bertekad cemerlang yang inilah aku berjaya survive di Seoul..Kekekeke.. suker nau bile ajumma ajushi puji titew " Hangul caranea.." biarpun cakap berterabur ku rasa..kekeke. (orang lain pegi korea tak reti cakap Hangul pun bley survive je kat sana *Mata keatastangankatbahu*).
Ni Hangul numbering system. Ade 2 jenis. |
Papepun, aku rasa teruja dan hepi bila mana aku rasa yeah, inilah bahasa yang aku rasa perlu perkasakan selepas BI. Biaq jadi bahasa ke-3 utama ku rasa. Mandarin aku biar terkuburlah dulu.bai. Kita dah tak serasi. Bahasa Arab tu stay guna la kan sebab bahasa al-Quran..hee..
So, balik dari Korea, semakin teruja untuk teros belajar dan belajar dan belajar BK. Even orang dah start *matakeatastangankatbahu* sebab maybe diorang rasa aku da over sangat kot. tapi itu tak mematahkan semangat bertekad cemerlang aku. Aku siap beli BUKU BK kot nak belajar..pakai Baucer Buku 1 Malaysia kot. Literally aku dapat FREE la kot. Malaysia tanah tumpah darahku yang bayar kot.Semangat dia haruslah lain macam. Barang free kita kena more appreciate. Kena belajar bersungguh-sungguh. Kot la gi second time jumpa jodoh *batuk-batuk*
Tima Kasih BB1M. Beli buku nipakai 2 keping BB1M nau |
Masuk 2017 ni, semangat aku kemain menjadi lebih jitu. Aku rasa aku nak amik kelas BK. Belajar secara formal. Bertentang mata, berinteraksi dua hala dengan seongsengnim. Bukan ape, mane ade orang belajar sorang-sorang tanpa guru. Boleh jadi sesat. Papepun guru is must. Individu yang boleh betulkan salah silap kita. kan.kan.kan
Aku try usha-usha kat mane aku boleh dapatkan kelas BK dengan harga yang berpatutan. Tentu sekali kat KL ni byk tempat yang tawarkan khidmat belajar BK kan. kan. kan..
Cari punya cari, jumpa jugaklah kelasnya tu. Harga pun boleh tahan. Satu sem RM6++. hmm.. mampukah daku?..hmmm..
Kemuncaknya. Jeng jeng jeng. aku dapat enrole kelas BK secara percuma. APA? PERCUMA. FOC. tak caya?..haa.. nanti next time aku cite lagi.. eh.. ade lagi sambungan??Haruslah..~
Ha.. teruja la tu. siap da abes satu sem aku blajar kat situ dengan seongsengnim yang baik hati.
Haa.. sila jelous. ekeke..
Post PART 3 ni aku buat dalam masa yang terdekat k? ala, jangan la majuk. Kate nak jumpa Lee Jae Suk Oppa nanti. Tahun ni dia tak pegi military lagi. Ade chance lagi jumpa dia ni. Kekekeke..
Stay Tunee..
Show off sikit dapat cert level 2 |
I'm also learning korean right now but its damn hard to get the hang of hangul
BalasPadamYa. After enroll to the class I felt soooooo lost coz for the first time it hard, but after several classes..feeling ok :)
Padamgood luck sis.
seronok kan bila ada 'me time'
BalasPadamsure best.. penat dgn kerja, wajib kena ade me time.baru seimbang..hihi
PadamKena bayar ke masuk kelas ni
BalasPadam