marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 29 Jun 2016

Hangout buka puasa di B.Bap Food, NU Central

.: Assalamualaikum :.



kutip image dari google. Thank you google!

Ari jumaat lepas, aku ngan adik aku berhajat ujung minggu ni nak turun ke umah kakak aku kat Segambut. Memandangkan kakak aku pun beriya-iya mengajak sebab dia baru je balik dari umrah kan.Harus la ade buah tangan something nak bagi kat adik-adik kesayangan dia kan..

So, ape lagi..kecik tapak tangan nyiru I tadahkan..

Adik ak yang bongsu sekarang study kat Uitm Shah Alam, aku kat Bangsar nih..so..kitorang janji jumpa kat KL Sentral je la..boley bukak posa sekali teros..

Lepas je opis time, berdesup la daku ke lrt Station untuk mencarik adik aku kat KL Sentral..mane la tau kot2 dia sesatkan..ahahhaa..nama je dia tu duk bandar, tapi bukannya selalu berjalan..same la cam kakak dia ni ha..

Jumpa kat KL Sentral, tanya nak bukak posa kat mana?.. sementelaah itu, kalau masuk kawasan mall ni, jangan harap la boleh walk in tepat-tepat waktu maghrib.. confirm sume kedai makan full house..dalam otak aku Dubuyo..Dubuyo biarpun ari Rabu sebelum tu da selamat Seafood Cigea selamat masuk dalam perot..kekeke

Lepas melilau seketika.. kitorang decide la nak try kedai makan koreayang lain. B.BAP FOOD. adik aku nih tak boleh nampak B.A.P, B.A.P nih..terus je setuju..group kpop feberet katenya.. aku pulak tak boleh nampak restaurant korea korea ni..teros nak mencubaa...

Sebelum decide nak makan kat situ tak..kena la dulu buat sedikit research psl restaurant ni.. halalan toyyiba ke idok.. so.. dapat review dari blog mana lupe (-.-")..halal katenya.. tak de kerbau pendek (istilah lecturer aku..kekeke) secara nyata dalam menu dan tak pakai alkohol .. insyaAllah halal..

So.. mencarik jugalah restaurant ni dalam NU Central nih.. kat mana..hang kat mana.. pusing-pusing..tak jumpa..isk..rasa directory tulis LG..

a ah.. memeng LG la..lepas tu kena kuar sebab pintu masuk kedai tu kat luar mall.. nak senang cari.. korang nampak Starbuck..kuar pintu situ..pastu gi kiri..menusuri kaki lima mall..nanti jumpala..

Masa nak masuk restaurant tu, jam baru pukul 5 something kot.. memang semangat, budak waiter tu pun macam err..akak x leh masuk lagi ni.. kok dia ingat aku nak makan sekarang ke ape? adeh..dalam kedai memang kosong maksud dia..aku ngan adik aku ni memang semangat dan pantas..hahaha..

interior kedai yang minimalis.Pun aku google jugak ++

Aku kabo kat dia nak booking untuk bukak posa..terus dia bagi menu..lama tengok menu.. dua tiga kali jugak la membeleknnya..khatam 3 kali sebab tak tau nak order ape sebenarnya..kekeke..adi aku cakap presentation gambar tak cantek.. tu yang 3 kali khatam tu..hahaha..

Overall menu yang disediakan adalah memang menu basic makanan korea antaranya, bibimbap, kimbap, sotong goreng masak merah ==", sup ayam gingseng, cigea, ikan bakar, bingsu, air green tea korea, aloa vera, robbuki, deobbukki dan lain-lain lagi..kekekeke..lupe ah nama makanan dalam Korea.. aku sebut dalam BM jerrr...kah3..

Aku ngan adik aku rasa nak try macam-macam, tapi tu nafsu semata-mata.. So, kitorang order robbuki ngan bimbap optopus dan air aleo vera.. cukup la tu..bukan spesies makan banyak pun dua2 makhluk ni..kekeke..

Ingat lepas booking nak blah la main-main dalam NU Central, tu lah rancangan awalnya.. tapi plan berubah lepas tengok ade plug.. haa.. ni nampak gaya berkampung kat sinilah..haha..sementelaah itu, kitorang memang species tak reti masuk mall dan berjalan-jalan window shopping..jadinya.. berkampunglah kami berdua kat kedai tu sampai maghrib..kekeke..

Aku sekarang tgh into Ahn Jae Hyun ngan Gu Hye Sun sebab amazing dengan relationship diorang, kenal setahun teros kawen.. bravo bro..x sia-sia jadi crush 3 minit.. so, layanlah diri ini dalam kedai tu citer BLOOD.. adik aku layan mende ntah kat phone dia..tambah best lagi kat luar tingkap hujan renyai-renyai turun..i sukeeee^^..

Ahn Jae Hyun menemani. sadis gile sebab ni pun crop gambar kat ig.Sobbs..


Sekali-sekala aku tgk jugaklah interior kat dalam kedai ni.. kedai dia dua tingkat tapi x de la besaq..minimalise punya style. Dapur dia boleh see through.. pelayan dia orang melayu siap pakai baju melayu (lelaki) dan budak pompuan baju kurung.. ak ngan adik aku macam.. ni konsep apekahhh.. haha..tapi tak kesahla..janji sopan.. nak pakai hanbok kot mahal kan..hahaha..

Dalam tempoh 2 jam tu ramai jugak la non muslim yang kuar masuk.. yang datang menempah pun tak kurang ramainya.. nak dekat bukak posa je.. full house!.. kemain haaa orang nak berbukak puasa dengan makanan korea ni..haha..makanan dia serve dalam pukul 7 malam keatas..haa bagus jugak tu..kalau kat umah pun kita kul 7 mlm baru ready nak menghidang..

Ngam pukul 7.26 mlm.. allahummalaka sumtu la.. pastu.. ngapp.. sebab gambar da amik sebelum ni..hahahha..

Portion untuk bibimbap saiz dia memang besar.. kalau orang selera besaq boleh la makan abes.. aku kongsi je ngan adik aku sbb da tau, nanti membaziaq.. bibimbap dia bagi 1 sup seaweed dan 3 side dishes.. Robbuki pun cam tu jugak.. ade 1 sup seaweed dan 3 side dishes.

Ape beza robbuki ngan deokbukki?.. haa beza dia robbuki ni ade ramyeon, doekbuki rice cake je.. so..kalau nak multiple taste..amik la robbuki..


Terjumpa gambar ni dalam wassap..haa..jadik la walaupun satu pic je dari tak de kan..



Ranting Robbuki dia aku bagi 4.5/5 bintang..
sebabnya sebelum ni aku penah makan kat Myeongdong Street Restaurant kat Kota Bharu, rasa dia tak kena.. merah je lebih..tapi kat sini, masuk dengan taste aku...cume kaler dia agak plain la skit.. oren-oren gitu..


Ranting bibimbap optopus pulak.. 4.8/5 bintang

 haa..boleh tahan sedap..rasa dia cam optopus masak merah yang aku makan kat Jeon Jul Jib kat Korea.. tapi kat Jeon Jul Bib tu sotong dia lagi fresh + portion dia untuk sotong je da besaq..huhu..tap..tap..tap..air liuq kuar..hahahha..

Air Aleo Vera pulak, sedap.. aku perasan biasa air kat restaurant korea ni memang dia serve tawar.. means tak buh gula la kot..hmm..biasa air yang tawar ni macam minum air kosong la kan.. tapi untuk air Aloe Vera cold ni.. terasa dia punya flavor dan nate de coco tu.. ntah orang panggil ape..kuikuikui..adik aku cakap ni minum air aleo vera Natural Republic ke..-.-"

lepas makan, kitorang pun kuar.. kuar je camtu sbb masa booking da bayar ciap2.. abes kat B.BAP FOOD untuk 2 person RM47.00


p/s: Urghh.. sadis gile sebab gambar semua aku ter-delete. ntah macam mane lappy aku ni save-nya sampai aku boleh ter-delete (ceh, salahkan orang lain pulak).. nanti lengkali aku gi sini aku tempek gambar bebanyak k.of coz la kena pegi lagi. Sedap kot makanan sini!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...