marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Jumaat, 10 Jun 2016

#KeKoreaKita: Petite France

.: Assalamualaikum:.




Hari kedua dibumi Super Junior ni aku and da gang planning nak ke area Gapyeong. Ape yang best kat Gapyeong ni??..Haaa.. kalau korang nak tau, Gapyeong ni adalah area pedalaman skit yang kena bergerak jauh sikit dari Seoul.

Jauh-jauh pun tak pe, bombastik subway train Korea Selatan kan yang paling gempak atas dunia ni..kemain line subway diorang...ade 7 line hangpa tau dak.. kite kat Kl ni pun ade 3 line pun da pening-pening lalat..diorang ade 7 line.. muntah buaya nak paham..pape hal..kitorang serahkan bab2 subway ni kat Umi..Umi lead jalan..kitorang berjimba je.. ..kekeke so..ape lagi..marilah kita pakai kemudahan yang disediakan..

Btw, kalau nak melawat Gapyeong ni, better start dari awal pagi.. bukan ape, kat sana banyak tourist attraction yang boleh dikunjungi..Contoh dia PULAU NAMI, PETITE FRANCE dan THE GARDEN OF MORNING CALM.. ade lagi.. cuma yang ni paling dicadangkan lah..

Nak diskaun harga tiket shuttle bus dan entrance, jangan lupa dapatkan booklet dari KTO Malaysia.. Klik entri ni (DISCOVER KOREA YOUR WAY CAMPAIGN:Cara untuk dapatkan T Money dan Tiket shuttle Bus Gapyeong FREE!)
untuk maklumat tersebut.. :D

Ada dua cara nak ke Gapyeong ni untuk backpackers.

1. Pergi dengan BAS
2. Pergi dengan trains

So, we ouls senang pakai trains je sebab NUNGMARU Guesthouse, GH yang kitorang stay tu dekaaaat je dengan station Myeongdong...

Dari Myeongdong station - Dongdaemun -Cheongyangni,naik ITX - Gapyeong 

Sebenarnya kalau naik subway banyak laluan boleh pakai.. tapi kalau nak cepat pilihan yang tepat adalah dengan menaiki ITX..Kitorang naik ITX sebab rasa da lewat turun dari GH ari tu.. kul 9 pagi baru duk kat Myeongdong Station.. so.. nak jimat masa.. ITX la pilihannya..

pagi-pagi da menapak kat dalam train

Teringat pulak masa kat Stesen Cheongyagni ni.. lepas tiba kat Stesen ni kami cepat-cepat pegi cari tempat beli tiket kot2 boleh naik awal. Tak jumpa pulak tempat tiketnya,rupanya tiket beli kat mesin. Satu hal pulak sebab tak reti nak tekan mana,so ade la nam-dongsaeng (budak remaja gayanya) tulun belikan untuk kitorang 9 orang..huhu.. tiket ni sehala je tau..tak sure ade ke tak tiket return.. 

Since masa tu sebelum kul 10 pg, jadi terpaksa melepak dulu kat stesen ni.. siyes sejuk nak mati sampai aku kena masuk dalam stesen tempat orang menunggu penumpang sebab tak tahan sejuk.. ade dua orang haramoni ni tengok aku ngan Murni kesejukan pastu diorang bagi paket tisu.. suruh jap mukus kuar la tuww..hee.. kamsahamnida haramoni..saranghea..kekeke


Tiket ITX
waktu pegi dapatseat..waktu pulang...

Tiba kat Gapyeong Station lebih kurang 10.53 pagi. Sesampai je kat Gapyeong,keluar kat main entrance pastu tunggu la shuttle bus yang dipanggil Gapyeong City Tour Bus kat pondok bas depan tu.. kalau tak tau..pegi cari Information Centre. Tepi tu je..

Bas da sampai jalan lupa beratur, bagi first impression yang good-good sket kat Korea ni..hee.. So..tiket bas boleh beli kat driver bas. yang dapat kupon pun kena bagi kat driver..Tiket bas ni lebih kurang macam one day pass yang mana korang nak pegi memane area kat kawasan Gapyeong ni (yang selected je ekceli). 

Kat Gapyeong ni we ouls nak jenjalan kat Petite France ngan Pulau Nami. Garden of Morning Calm tu x pegi sebab macam x seswai je nak ke sana dengan musim camni.. Pokok2 semuanya masih lagi botak dan kekoko-kokoan (pun boleh!)...

So, first destination adalah Petite France. Untuk sampai ke Petite France amik masa dalam setengah jam driver tu bawak.. dah la dia bawak ala2 initial D..lagipun area nak ke Petite France tu boleh tahan pusing sana..pusing sini.. So..jangan amik heavy breakfast tau kalau nak ke Petite France dolu.. Tapi kalau nak muntah pun.. dont worry.. ade plastik disediakan..kekekeke..

Sampai lah di Petite France..we ouls pakai tiket yang dapat dalam booklet.. Tq KTO..love u (over..haha)..so dapatla off 2000won kalau tak silap.. 2000 tu banyak tau..dalam RM7.00 you!.. so.. baek pegi dapatkan booklet kalau berhajat nak ke Korea SELATAN nanti (dah kenape kena CAPSLOCK selatan..ngee)..

Petite France..sesuai untuk petite macam aku..keeekeke
but first.. let me berbanana uyu dulu..hari kedua baru bersua dengan banana uyu..
Kat Petite France ni, bagi aku.. takde ape sangat..atau aku x dapat nak menikmati dengan sejukkkk gilerrr.. tak betah lagi dengan suhu kat sini..haha..tapi kat sini..as you oul already knew..tempat ni lokasi penggambaran cite Secret Garden, My Love From Another Star dan banyak lagi variety show yang buat kat sini..

aksi amende ni..sedarla diri itu petite..tak yah nak bersaiz Won Bin..
So kalau korang nak beraksi romantik macam Do Min Jo dan aku (haha)..ha.. boleh la datang sini..atau korang nak main sorok ke.. aku recommend sesangat la.. haha..mmg compem x de orang dapat cari hang..kekekeke..

uhuk!
Kat sini.. nama lagi France, so tema dia pun ke arah tu la.. bangunan kiut miut aku rasa nak je wat balik ==".. pastu banyak puppets seramm doohh!.. same naik je melawat outdoor indoor dia..byk port boleh korang berangan..hahahaha..tapi sebab time tu aku kesejukan yang amat..so..aku jalan-jalan dengan tak berfeeling mane la.. haha..nak try buat aksi2 aneh pun..ak x de mood..kekeke..


sampai je PF, sejuk kemain..nasib baik ade umah agam ni.. boleh tumpang berapi-apian..grrrrrr...
selepas tu.. haruslah memetik apa yang ada...haha..
kereta kuda..tapi yang ada kereta je..kuda nyaa mana..
comel je..
mohon jeles..haha
inilah Petite France yang sebenarnya.. terasa di Paris you..haha
bajet ade la prince charming terlalu kat sini..
suke la..
Kitorang duk melilau ni kat sini sampai kul 1.00 ptg cenggitu..sebab nak kejar Shuttle Bas untuk ke Pulau Nami pulak.. korang jangan ingat bas tu seska ati nak ikot timing korang.. no no no..kul 1.15 ptg tepat bas tu muncul dan kitorang pun naik untuk ke Pulau Nami..yeaa..

Yea tak yea.. mohon tekadkan hati la sebab korang akan merasai Initial D buat kali yang ke dua..kekekeke..ayuh..ke Pulau Nami pulak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...