.: Assalamualaikum:.
Anyeong yorobun...
Bersama orang kuat negeri..heee~ |
Sebelum ingatan mulai padam dalam selebrum aku, adalah lebih baik aku meluncur laju mengarang sepatah dua kata cerita minggu lepas.
Aku ni ntah la kenapa.. nak kata makan semut tu idok le, tapi macam banyak benda aku da start lupa. Adakah ini tanda penuaan atau hatiku dalam fasa denial?! Hmm.. ayat kemain..haha
okey jugak ni tak makan semut pun boleh melupakan kisah lalu dengan begitu saja.
Tak kesah la. Yang penting memang bulan 3 ni bulan yang agak pax untuk aku. Aktiviti fullhouse!
everything kena buat sebelom puasa ye tuan dan puan |
Amende yang sampai full house tu.. Ce habaq skit.
So, nak habaq yang minggu lepas ari jumaat aku join event kerajaan negeriuntuk beliawanis Kelantan iaitu Girls Fun Run. Event berlangsung di perkarangan Stadium IV Muhammad.
satu kampunggg~ |
Happening amatlah daku rasa sementelaah itu last aku berlari-lari ku mencarimuuu ni masa zaman duk USM, fun run jugak yang berlangsung kat Penang. Hepi dapat medal padahal tak sure lari ke berjalan. Time tu tak pe ade saranghae cingguya, pagi-pagi dah buat kimbap buat bekal lepas penat berlari.
Oh sungguh ku rindu waktu hidup dengan The Saranghae Cingguya.
So, demi untuk me'repeat' (pun bolehlah) moment-moment indah walaupun keseorangan tapi ahaks.. aku saje je nak bagi ade aktiviti je sementelaah itu sejak aku kepatahan kaki tempoh hari, kakiku memang tak lasak dah.
Dah hampir setahun da berlalu, alhamdulillah, tak sia-sia KPJ bedah, terbang total hangus 11K untuk rawat kakiku dahulu... Huhuu..
Silalah amik medical card ye anak-anak kalau nak merasa pembedahan minor (tapi bius satu badan) yang mahal.. ngee~
Eh.. macam lari tajuk cerita nih.. ngeeeee..
So, cite dia camni.. Aku registerlah fun run ni dengan adik beradik and anak-anak sedara aku kononnya nak berlari ku mencarimu.. Kitorang ade la dalam seploh orang jugak la camtu termasuk Fatimah anak buah ku yang ke #40. Ibu dia rajin nak tolak stroller katenya..
Jumpa kawan baru.. Tak tahan duk berkak-kak kat dia..tgk2 adik lagi sis |
Tapi sampai kat tempat kejadian, aku extra excited pegi berlari sorang tanpa toleh kat diorang dah.. ahahhaha. Susah nak berlari kalau nak beriringan-iringan ni.. So, aku berlari la.
conquer depan-depan tak tahan |
Tapi-tapi-tapi.. aku lari 5 minit je la.. tu pun masa pelepasan tu sebab semua orang berlari..kalau tak berlari alamatnya mati katak la kena pijak .. ngeehh..
Lepas tu 4.5 km yang lain tu aku berjalan dan jogging sahaja.. Sedar diri sikit umur dah dewasa x boleh nak macam dulu-dulu dah 😂😂😂😂.. Dulu gunung kinabalu pun sanggup di daki sampai member terkejut bila aku sampai kat puncak Law's Peak.
Siap dia cakap " I under estimated u, Ada."
Padahal same-sama sampai puncak .. Jangan ingat ku kecik stamina ku lembek.
Tapi tu dulu la 😂😂
Ni cite sekarang ni.. 2 minit berlari..dah pancit~. Dah jadi camtu janganlah kita menyerah kalah.. Kita masih boleh lagi makin ku kejar makin kau menjauh secara anak-anak (berlari anak dengan kata lainnya).
Dah alang macam tu, aku pun on je la bud earphone supaya kita tak pikei sangat 4.5km yang masih lagi berbaki. Repeat lagu Jenny Blackpink SOLO 40 kali sampai ke sudah..
Jalan-jalan -jalan.. Aku nampak kelibat lepas sorang-sorang anak buah aku. Eh..laju hampa.. bila masa pintas cikda ini, desis hatiku sambil pegi menegur diorang yang dah tercungap-cungap. Cikda pun apa kurangnya..muka dah jadi humairah dah.. Nak bercakap pun sempoott..
Akhirnya.. tiba di garisan penamat. Ye lah.. Memang tak dapat nombor pun. Orang kutip nombor tadi lagi 1-30. Kita ni yang ke berapa hentah la..hahahah. Tapi amazingnya 5.0km tu siap dalam satu jam je. Laju lah kot aku kire. Macam tak de la rasa penat sangat.. Sementara itu perut daku pun masih kosong. Air dan roti dari tadi duk pegang tak sempat nak makan..
penat berlari katanya |
Abes je larian tu masih lagi ade event lain yang menunggu kat perkarangan stadium. Katanya ada talk talk dengan artis jemputan iaitu Zara Zya. Haa..aku ade tengok kat tiktok Zara Zya promote event ni..So..Kena tunggu ni.. Titew nak jumpa artis~..
hai zara zya |
Semangat amik tempat kat depan.. Hahaha.. Ye la dah la malam ni x bley join event da sebab nanti nak kena gerak gi KL. Malam ni event bersama Heliza & Hazwani Helmi (baru nak jumpa kak Ijada x boley), pastu Wani Hasrita lagi..Hmm
Dah alang-alang kat masih kat sini ni, ayuh la kita jumpa Zara Zya. Overall program kerajaan negeri ni berlangsung selama 4 hari 10&11& 17&18 Mac. Gege Gegok Anak Muda Kelate nama program ini. Lebih lanjut folo je FB Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan
Aku nak cakap lebiy-lebih pun da tak jadi sukarelawan dah..Sekarang kita tukang support program je.. Ngee..
Forum Pemudi Dirindui Syurga ni pun best jugak. Penal dia ustazah dan Zara Zya la. Event ni berbentuk ilmu tapi santai.. Haaa.. camtu lah.. Dan part paling best diselangi dengan cabutan bertuah.
Part cabutan bertuah ni best!. Sebab pada hari jumaat yang mulia tu aku pun dapat cabutan bertuah tersebut.. Rezeki tak salah alamat orang kata...ngee..
Najwa bagi gambar ni tanya..aku ke ni dpt hadiah sbb dia jumpa gmbr ni kat FB |
Naseb baek rajin duduk situ sampai abes event, maka dapat la dhadiah cabutan bertuah. kekekekkekekee..
Hepi haa.. dah tu yang bagi hadiah tu Uztaz Wan Roslan Exco Belia, merangkap ex mudir aku dulu..ngee. Pastu yang seronok peluk aku tu sebenarnya cousin aku. Ngeee.. Dia orang kuat program. Rasanya pengarah program. Aku tukang join je.
Oppo pun oppo la.. Kalau dapat Oppa i loike~ ngee |
Seronok nau sementelaah itu jarang benar diri ini setuah ini..
datang dengan harapan, pulang dengan hadiah cabutan bertuah.ngee |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan