marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 25 Februari 2023

Kdrama best: Alchemy of Souls

 .: Assalamualaikum :.

Hmm..

Nak mengarang tapi tak tau nak karang apa. Renung skrin pun belum tentu dapat ilham nak bukak topik apa untuk mengarut2 kat sini. Huhuhu. 

Nak cite pasal keja.. Hurm.. camtu la. camtu tu macam.. Pegi keja.. balik.. dan repeat. 

Dah pulak bila semua kerja settle awl ni macam tak complete pulak hidupnya. Dah biasa rushing-rushing so bila tak de benda nak buat.. Rasa mengantuk pun ada nihh.

Tapi- tapi dan tapi disebalik rutin harian yang boring itu aku dah temui penawarnya..

Hei hei hei..

Dah dua tiga bulan aku cuba alihkan fikiranku yang sarat dengan dengan hal-hal yang buat meruntun jiwa ni akhirnya aku temui penawarnya iaitu dengan menonton Alchemy of Souls 😂😂😂

Fuhh.. Bahaya nau citer ni rupanya..Dah sampai ke mimpi ia coba menggoda aku sampai tido malam pukul 2 pagi pun sanggup. At first aku penah cuba tgk dah sebelum ni.. Mula-mula episod tu agak berat- ntah apa-apa, celaru dan berat memang tak ngam la dengan otak aku yang time tu sakit. So, bila aku tengok mula-mula tu aku pelik kenapa orang recommed suh tengok cite hape kah ini. 

Marah pulak jadinya.. Hahaha..

Tapi bila jiwa dah okey sikit, dan aku pun agak keboringan. Ye la.. banyak benda dah aku let go dalam kepala so.. rupa-rupanya cite Alchemy of Souls ni menghantui idup aku tetibe 😂😂😂

Alchemy of Souls ni cite Kdrama zaman dahulu kala mungkin dah melepasi zaman Jeoson kot sebab tengok ke pemakaian  dan style tu moden dah tu. Dah tak de tocang2 dah. Cite ni dah pun masuk season 2 yang di mana aku memang suka tengok drama-drama yang dah full episod kalau tak aku takut aku meraung jugaklah sebab aku rasa aku dah jadi Naksu dah sekarang ni. 

Dalam masa yang sama aku duk tengok Kdrama Kokdu jugak tp yang tu macam on going drama jadi cintaku dah beralih ke Alchemy of Souls. Aku ni malas nak tertunggu-tunggu sementelaah dengan itu menunggu sesuatu yang sulit bagiku~

 

So buat sama ni aku da tengok 10 episod bermula hari Rabu lepas which is laju bebenor dah ni aku rasa. Rasa tak sabo je nak habiskan terus tapi aku ni species yang tak akan sesuka ati farward cerita so aku teruskan jugak walaupun akan amik masa. 

Alchemy of Souls ni dia macam cite Harry Potter la lebih kurang. Cerita pasal ilmu magic, wizard, pasal muggle, pasal ice stone, salah laku dalam penggunaan ilmu sihir, pasal horcrux, pasal sape paling berkuasa, pasal perlindungan pasal scandal, hal-hal politik dan tak lupa jugak pasal perchentaan yang sulit untuk dihuraikan.. 

Aku hurai dalam bahasa yang mudah je la korang ye.. haha

Tapi best cite ni dalam serious-serious tu boleh dia selit lawak so sebab tu tengok tengah malam pun tak rasa takut la. 

So, korang yang belum tengok tu jom join aku untuk sama-sama masuk ke alam Alchemy of Souls. 

Aku tak kire aku nak jadi Mo Deok-ya bersoulkan Naksu Da.

ngeee..

Kdrama ni ade kat Netflix je korang..~

korang sooo busy tak de masa nak tengok? okey aku paham..

nah link kalau korang nak tau what the name of tiger this drama is about.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...