Annyeong yorobun
Assalamualaikum omma, Assalamualaikum Appa. |
Masuk bulan ni dah 9 bulan ayah dan bulan che kembali ke sisi Yang Maha Perkasa. Al-fatihah untuk kedua ibu bapaku.
Dah jadi rutin pergi ke pusara setiap hari jumaat |
Banyak benda dah terjadi sepanjang bergelar anak yatim piatu ni. Siapa sangka kan. Dalam pun begini alhamdulillah, semua masih terjaga rapi. Baru ni waktu raya aidiladha pun semua berlangsung dengan baik seolah-olah che ayah masih ada.
Busy suasana Rumah Dale Pagar tak usah katalah. Lepas je raya ritu busy dengan raya lagi. Sebagai jentera kita pun mengkalutkan diri dalam keramaian. Walaupun tak besar tapi tetap nak tinggal jejak. Iyalah asal ada rasa sayang kepada agama, kita kena jelas matlamatnya.
We ouls dah mengundi, anda bila lagi. |
Gittew.
Menginfaqkan abang sulung kepada ummah. |
Sepeninggalan ini juga secara official masing-masing dapat bahagian masing-masing adik beradikku 16 orang ini. Waktu hayat che dan ayah dah siap-siap hibah bahagian masing-masing dan untuk rumah pusaka che dan ayah wariskan kepada aku dan adik lelaki bongsu. Rumah ni siap-siap ayah renovate buat dua pintu senang. Bila mereka dah tiada masing-masing akan take care bahagian masing-masing.
Banyak masing-masingnya ya.
Kelakarnya bahagian rumah aku tak de dapur. Waktu ayah sakit tahun lepas tengah sambung dapur basah untuk kenduri kendara. Siap sambung, che pula yang pergi. Dapur tu bahagian rumah adik aku. Jadi aku kena buat sendirilah gamaknya nanti.
Boley la dari takde |
So buat sementara ni, aku buat pantry sementara di ruang Atas Loteng untuk masak-masak bila kepingin nak memasak..heee..
Beraksi. Semua nak dibuat |
Kepingin tak kepingin aku siap beli peti ais baru yang real pulak la kali ni. Hik Hik Hik. tak de yang kecik, yang main-main dah..haaha
Sebab kaler dia menawan kalbu terus order x nak pikei banyak |
Well, as we already know aku malas nak menapak ke dapur rumah. Jauh dia tu kita yang lapar ni pegi dapur makan, naik balik ke bilik, mau lapar balik..huhuhu
Ni kalau kire zaman duk umah sewa kat KL tu kepingin gile nak beli tau |
Lagipun aku fikir aku tak penah ada dapur aku sendiri sejak dahulu lagi. Jealous betol dengan orang-orang lain yang sebaya yang da kawen ade ruang dapur sendiri. Kat rumah aku ade 3 lapis dapur pun susah nak rasa sendiri punya sebab kena kongsi dengan orang kat rumah.. well aku kan tak suka berkongsi hahahaha.
Periuk korea hadiah besday dari my 6th sistah dan dapur tu pun kepingin jugak hahaha |
Dapur rumah aku dulu-dulu kan always meriah. Ade saja makan-makan. Aktiviti-aktiviti keramaian. Sebab tu aku cop aku bukan yang spesies pandai masak since kalau masak-masak ni of course la kakak aku yang always jadi head chef. Aku ni tulang potong-potong, kemas-kemas sampai ke cerah~
35 tahun hindup ni boleh kata 30 tahun tu keja aku sejak azali adalh pasuh pinggan mangkuk periuk belanga sambil kemas bahagian yang diorang sepahkan.
Siap dapur lama dulu ada tagline,
"Lepah kubbe, sipe smula"
Tapi tagline tinggal tagline je la sebab of kos muka yang kena kemas aku dan adik beradik pompuan yang tinggal kat umah tu.
Memasak tu aku pandai juga, tapi secara teori je la..hahahha.
Tapi sekarang, bila memasing dah masuk rumah masing-masing dan aku pun da start memasak ni, heaven pulak rasanya. Sebab aku boleh buat ape-ape folo my style. Nak potong macam mana, nak buh banyak mana, nak durhaka resepi.. nobody cares.
Sebab yang buat aku.. Yang makan pun aku~~~~
Hikhikhik..
Dapur interim. |
Asal ruang dapur interim ni, ruang family kat sini, nak wat study katanya dengan cermin2 bagai, pastu tetiba buat kabinet. Dah alang2 tu aku wat pantry waktu PKP dulu.
Aku tak nampak area mane lagi untuk dibuat dapur kat umah ni, so untuk sementara ni.. kita duk main masak2 kat sini la. Senang. Bukak pintu bilik teros masak ngeee..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan