marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 9 September 2023

Jalan-Jalan-Jalan: Landasan kereta api Guillemard & Masjid Brunei Darul Salam


 .:  Assalamualaikum :.

Anneong yorobun deul.

Hari tu aku jenjalan sambil buat keja kat area Tanah Merah. Dah beberapa kali jugak la dalam tahun ni destinasi aku kalau tak ke Tumpat, akan ke Pasir Mas tak pun akan ke Tanah Merah. Ye lah. Atas urusan keja la. Kalau tahun lepas banyak menghala ke Bachok, Pasir Puteh, tahun ni ke arah sana.

As we ouls know area Tanah Merah ni banyak sebenarnya port-port best untuk berswafoto, mencepta 1001 kenangan. Salah satunya yang naaak sangat aku pegi adalah landasan kereta api Guillemard di kawasan Kusial, Tanah Merah. Tu antara bucket list 2018 aku tu lagi. Haha.

So, minggu lepas dapatlah ku realisasikan impian ini bersama Najwa yang sudi menemani aku untuk menggila bersama. Kekekeke.

Siap je kerja aku kat bandar Tanah Merah, so we ouls ape lagi. Jom lah kita. Actually tak de lah dirancang untuk ke sini, tapi setiap kali sampai je Tanah Merah aku wonder kat mana sebenarnya landasan ini terletak sebab menarik sangat.

Aku tak ingat la gambar kawen sape ntah yang aku penah tengok dulu duk perfotosintesis eh duk fotografi kat jambatan tu. Maybe Nani kot sebab dia kan orang Tanah Merah. Haha.. seronok main petik nama orang.

Hello.. Kita da sampai k

 So, dalam 10 minit dengan bantuan google map dari bandar lama Tanah Merah sampailah oul di kawasan terpencil di lereng bukit diantara ladang getah dan sungai yang luas. Sayup-sayup kelihatan landasan itu dan pemandangan yang sangat memukau nun jauh di sebelah sungai sana. 

Hi Thomas & Friends

Waktu tu tengah hari, memang tak ada orang lain la yang menapak kat hujung dunia itu selain, aku Najwa dan Betsy. Panas mentari tak usahlah dikhabarkan memang rasa sejengkal di kepala. Kat tepi landasan tu ada sebuah taman rekreasi bertemakan kereta api Guillemard sebagai mercu tanda kawasan taklukannya. 


Tangan pun tangan je la waa..

 Taman yang indah, yang dijaga bersih oleh MDTM lah kot. Nampak macam baru2 lagi taman itu. 

Sayup-sayup kelihatan Areumdaun Betsy

Maka tanpa melengahkan masa di bawah panas mentari ceng ceng itu dan paling best tak perlu malu-malu cat untuk bergambar dengan shoot-shoot kalah model sebab macam aku kata tadi, tempat tu hanya ada aku, najwa dan Betsy sahaja. 

Rasa nak ber New Delhi jugak kat sini

 Penat dan panas, kami pun berteduh bawah pondok yang tersedia. Sedang asyik melayan perasan, tiba-tiba adelah sekelamin mak cik pakcik yang teruja macam aku dan Najwa datang bergambar kenangan. 

Hihi kiutnya mereka berdua. Desis hati kecilku sambil membelek- belek Tiktok di Samsung Flip Z. Ye lah penat duk bergambar-gambar tadi nak la melepak-lepak pula. Najwa pula selepas selesai bervideo dengan monumen dan tugu-tugu yang ada kat situ datang duduk di pondok yang sama sambil membelek handphonenya.

"Waa, nok gambar". Begitulah selalunya bila telefon masing-masing menjadi mangsa camera.. kekeke.

Sementara itu datang pulak segerombolan orang yang macam orang dari Majlis atau persekutuan atau kerajaan atau..hmm.. hentah la.. 

First nampak diorang duk berbincang-bincang sesama mereka tentang fasilitis dan acara untuk tempat ni dan part yang paling "best" bila diorang beramai-ramai datang conquer pondok yang aku dan Najwa sedang melepak sambil bermain hp sambil memerhati matahari nan panas ini. Dalam banyak-banyak pondok, pondok yang sedang kitorang berasmaradantana ini jugaklah diorang berkenan nak melepak sekali.

Getus hati ini.~

Maka dengan perasaan berat ouls pun beredar lah dari situ dengan lebih cepat daripada plan asal. Ye lah, diorang berbincang macam aku dan Najwa ni ahli minit mesyuarat pulak gayanya. Nasib baik dia tak tanya apa pandangan aku je. Kalau tak aku nak jawab pandangan aku samar-samar sebab ada yang datang mengganggu hoho.

Jam x tunjuk pun lagi pukul 1 ptg but.. okey.. bagi je kat orang lain menghayati tempat itulah. Siapalah diri ini~ menyanyi dalam hati sambil berlalu menuju ke arah Areumdaun Betsy.

Babai jambatan Guallemard. ~

So, next destination pula adalah of coz la aktiviti makan-makan. Dah tengah hari ni marilah kita lunchion dulu. Dok bincang-bincang dengan Najwa ke mana harus kita mentekedarah ini dan macam biasa, jawapannya adalah mana-mana boleh. 

Di sebabkan mana-mana boleh rasa nak balik je, ye la.. makan kat umah la klu gini, but one doesn't simply simple. Datang jejauh da la kena jadi pelarian untuk sekejap cuma tadi, jangan duk mana-mana boleh la.

So, as per survey dengan pakcik Google, mari kita ke Selera Tepi Sungai. 

X de sungai pongg~

Dengar cite paling pemes dalam google so, in google we trust. 

Panas ceng ceng

Best kat situ, memang besaq gile restaurantnya. Ada jugak jual2 kuih muih. Makanan pulak macam style cafe uni yang pilih nak makan apa lps tu gi bayaq. Style macam RnR camtu. Variety of foods jugak. So we oul makan mee celup je. 

Percayalah mee celup Kelantan paling best walau ke ceruk mana anda berada

Best lagi kat sini ape tau, toilet dia pun macam RnR jugak, besar dan ada surau jugak. I tak sure la restaurant ni duk kat laluan highway ke ape tapi restaurant ni memang the best.

Sedang asyik menjamu selera, rombongan kiah yang kat taman tadi tu singgah makan sini jugak. 

Adeh.. Kenapa synchronize sangat hari ni ni dengan diorang atau restaurant ni je dalam kepala orang bila datang ke situ? 

Persoalan itu saya tinggalkan kepada anda~

Siap je makan, masa masih panjang so, macam nak gi mane eh wa?.

Search ape lagi yang menarik untuk kunjungi tetiba jumpa carian Masjid Brunei Darul Salam kat Pasir Mas atau lebih spesifik kat Danau To' Uban. Ayuhlah kita.

Tapi dalam perjalanan ke Danau To' Uban tu tetiba Najwa teringat aunty dia ade kat sini so dia call makcik dia tanya ade kat rumah ke? Saje. Alang alang duk Tanah Merah ni kita jumpa semua waris warah yang ade umpama waibi turun padang..hehehe.

 So auntynya kate jom jumpa.

Since masa memang tidak menjadi halangan kita waktu ni let's meet& greet so kitorang pegi la jumpa makcik Najwa ni.. Borak-borak. Lah.. rupanya dia kawan kak long aku oh.. and anak dia sorang tu kawan abang aku. Alah. Keciknya dunia ni haha.

After that, kitorang teruskan perjalanan untuk meneruskan rancangan yang tergendala tadi. Masjid ni dah dalam bucket list so nak tak nak, ayuh la kita tgk. Macam aku ni sebab pernah dengar kat Danau to' Uban kan tengah pasang penal solar ke 2 terbesar di asia tenggara (?) (ye ke aku ni, tengok-tengok memandai mandai je). So nak la tengok kejadiannya.. kekeke.

Setelah beberapa kali kesesatan, maka tiba lah kami di tempat yang di tuju. Haha.. kelakarnya kompiden nak pegi tapi jalan nya memang masuk dalam ladang kelapa sawit, nun sayup-sayup hujung dunia. dalam 30 minit jugak lah dalam lorong one way tu tanpa kenderaan lain. Rumah-rumah orang pula jarang-jarang kelihatan. 

Akhirnya sampai.. MasyaAllah. Cantek dan tersegam indah tempat tu. Memang sunyi jugalah di waktu 3 petang ini. Mentari masih terik di kepala. Rupanya Masjid ini masjid yang diwakafkan oleh Sultan Brunei kepada sekolah tahfiz hmm nama apa ye sekolah tahfiz tu .. Haa.. Balaghul Mubin. 

Cantik sangat

Tak sure masjid ni sebuah replika atau digunakan oleh pelajar tahfiz tu sebab waktu kami sampai tu memang sepii~ suasananya. Eh betul lah ni kawasan penal solar tu sebab dari jauh aku nampak sayup-sayup penal solar yang memenuhi ruangan tasik To' Uban ni. 

Dari kejauhan dan kepanasan

Sekejap sahaja kat situ sebab kawasan ni agak terpencil dan bimbang juga keselamatan kami yang berdua saja kat sini so laju je pusing stereng Betsy dan cepat-cepat berlalu. Nak katas seram tu tak juga sebab tempat ni cerah dan terjaga tapi Sepii~.

Sepi~ tapi sempat la gak snap gambar bergaya satu. eh pesal mozek dia sama dgn mozek umah i

So, dapat melihat benda-benda camni pun dah puas hati so masa berlalu dan kami pulang ke destinasi.

Balik rumah aku show off kat abang aku pasal aku ke Danau To' Uban tu tengok masjid kat situ.., sekali dia kata tempat tu ada misteri nusantara. 😱😱😱

Ehhhh.. takoddd..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...