marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 16 Oktober 2025

Jalan-Jalan-Jalan 2025: Ni Hao! China Part 4:Li Jiang Ancient Town Yunan

 .: Assalamualaikum:.

Ni Men Hao!

 Hari ni hari ketiga di bumi China. Malam tadi bila tiba kat Li Jiang Ancient Town ni rasa terujalah dengan hiruk pikuk suasana ancient yang meriah. Terasa duk zaman Maharaja Zhao gittew (Refer komik:Alam Perwira). 

Jangan tak tau jalan kat ancient town ni memang jalan batu kuno dari tamadun China lagi (katanyee), tapi tak tahu la soheh ke tak sebab bab-bab ciplak barang ni China gred dia AAA+. Ngeee

Malam tadi bila tiba kat sini, kitorang menyusuri jalan-jalan untuk pergi dinner dan sempatlah aku isi perut dengan kebab cina. Rasa dia biashe jerr. Mungkin aku kena tabur MSG kot baru dapat rasa yang aku nak atau time ni lidah aku bitter dek masih lagi dalam demam-demam manjah!

Selesai makan, kitorang singgah farmasi untuk beli ubat untuk elak mabuk nanti bila nak naik Dragon Jade Snow Mountain aka Yulong Snow Mountain. Tak tinggi mana. Sekadar 5,596m dari paras laut ajer. Ngeeh. 

Kalau aku naik ni bermaksud ni puncak yang tertinggi aku pernah sampai. Since orang kata kena prepare ubat jadi ayuh la kita membelinya. 

Selesai membeli belah, kitorang masuk balik ke dalam Li Jiang Ancient Town dan sekali lagi dapat merasai hiruk pikuk kota lama ini. Demam menjadi juga time ni dan jam pun menunjukkan pukul 11 malam suda. Orang ramai masih penuh di setiap ceruk jalan lama itu dan aku pun dah tak larat lantas mengajak kak Widad untuk balik ke Hotel. 

By the way, roomate aku untuk trip kali ini adalah Kak Widad dari Melaka. Kak Widad ni kerja kat Arab Saudi as Nurse. So, waktu cuti dia habiskan untuk private trip ke China.

Macam aku pulak, sebab bosan tak tau nak gi ke mana so join trip ni bila kak Nisa ajak. Tapi sebab kak Nisa ber-roomate-kan travel buddy dia so aku ber-roomate-kan kak Widad lah sebab masing-masing solo travel kan.

Actually aku ingat kak Widad ni sebaya or setahun tua dari aku tp jangkaan aku silap. Kak Widad 4-5 tahun tua dari aku jadi nak atau tidak beliau kena la aku respect skit kat akak bagi dia rasa perasaan menjadi kakak so tak kan la nak buat macam buddy-buddy sangat.. Hahahahhaa. 

Kang terbuat macam aku duk kawan dengan Fara & AAB pening akak ni nak melayan.

First kenal dia, igt dia tak friendly sebab kan dia orang Melakau. Nada orang melaka cakap dan cara acik dia tu ketara jugak. Keccutt. Sebab tu aku kena ada rasa hormat kat Kak Widad biarpun baru 3 hari kenal. 

Tapi bila duk bercerita-cerita hal memasing waktu duk bersiap-siap dalam hotel, wehh kamceng oh. 

Baik orangnya. Skin care dia pun suh aku pakai bila aku duk mengomel saya pakai produk mur mur je akak. Barang-barang dia branded oh. Memang tak sekufu la kita  😂

Kitorang share tips skincare, cite pasal diri, benda tu dia kasi aja, benda ni dia kasi aje. Pendek kata dia tak kesah la aku buat perangai aku kat bilik tu, even bila demam batuk ni pun dia dah jadi personal nurse aku dah kejap..

Klu bab-bab amik gambar n amik video pun dia dah jadi personal camerawoman dah gayanya. Yang kita tak suruh rakam pun dia amik, apatah lagi yang kita mintak tolong dia rakamkan. heee..Terbaek akak. 

Rindu akak selaluu 💓

Tapi idoklah kita mengambil kesempatan atas kebaikannya. Kita reply attitude yang sama atau better bila orang buat baik kat kita 😁

Katanya dia join trip ni sebab nak healing dari hal-hal yang tengah berlaku kat dia sekarang. Biasalah. Hal-hal orang dewasa yang aku cuba related-kan dengan orang-orang dewasa. 

Kak Widad pun sama single je macam aku. 

Bertambah la kamceng kan.

Aku ingat untuk hari ke-3 ni badan aku agak meragam. Dengan kurang makannya. Dengan kurang tidonya. 

Dengan kurang mandinya. Hahahahaha.

Bab yang lain ok la.. tapi aku rasa bab kurang mandi tu penyebab utama badan aku tak function hohoho. 

Kita ni orang Malaysia, sejuk mana pun mandi is number one. 

Tapi bila aku duk kat China ni, aku mandi sekali aje sari selama 3 hari. Mula-mula sekali sebab cuaca sejuk dan pertukaran suasana la. Tapi alasan paling rojih adalah disebabkan georafi tandas kat sana yang trasnparent. 

Oh no betul!

Hari first sampai Guangzhao ritu, mandi malam sebelum tido. Tu pun mandi P Ramlee aje. Hari kedua mandi 2 kali tapi still, tak selesa gile tandas camtu. Mandi dalam gelap tutup lampu semua bayangkan. 

Bukan aku tak percaya kat roomate tapi aku tak suka exposion yang level gila dah ni. Dah la diorang pisahkan tempat mandi dengan tandas. Serabut gile bila nak kena keluar masuk bath area and toilet area. 

Amende la tandas gini. Ingat ni RNR?

Dia punya annazofatul minal iman tak bertempat!

Dan hari ke-3 ni, paling kritikal bila mana kitorang kena kuar hotel seawal jam 3-4 pagi. Time ni aku skip la mandi pasal malam td  lebih pkl 12 malam kot aku mandi. Kita halal la. Macam aku mandi the next day la kiranya..hahhaha.

Walaupun bilik hotel selesa, tiido pun tido ayam aje. Ye la. Masa mencemburui kita. KAng tido bebetul maunya kena tinggal. Dalam perjalanan naik van pun tak tido la jugak. Nak gi ke Yulong Snow Mountain pulak amik masa lebih kurang sejam lebih. cenggitu. 

Walaupun dalam gelap dinihari, waktu nak masuk dalam kawasan tu bersusun kenderaan amik line untuk masuk ke parking area. Rasa macam kena seludup pulak sebab ntah imegresen atau polis yang berjaga area tu. Waktu tu kena keluarkan passport.

Sepatutnya hari ke 3 ni hari aku kena charge energy bagi cukup tido tapi ni pukul 4 dah bangun memang the worse day evah! But life must go on!

Seingat aku la bab jenjalan memang tak penah demam or sakit la walaupun lama-lama. Sebab rehat cukup. Stamina kena kuat so, ke hulu hilir air vitamin sentiasa jadi bekalan rasmi. 

Usai sampai kat parking lot, kitorang solat subuh. Elok-elok waktu subuh berkumandang kat handphone dan prepare untuk tengok sunrise katanya. Bayangkan sejuk dia camane. Dari gelap sampai ke cerah kitorang duk kat area peninjau sebelah parking lot.

Shuttle bus everywhere

 Memang membeku duk tunggu matahari terbit celah gunung sampaikan aku terpaksa beli maozi (topi comel). Ade nenek tua menjaja kat sini waktu tunggu matahari terbit. Macam-macam dia jual dari topi, bawak ke inner kaki, stoking, tong oksigen. Gigih.

 Aku beli tak tawar-tawar dah. Pakai terus bagi duet sebab kepala aku memang dah sejuk dan aku rasa sekarang ni aku dah macam Rose waktu tunggu bot penyelamat datang dalam movie Titanic. Aku siap balut badan dengan 2 padding jacket lagi. Sejuk dia hanya Tuhan yang tahu.

Ramai juga kat area ni nak tengok matahari

 Tapi tengok-tengok sampai ke sudah tiba-tiba siang tanpa pancaran matahari yang terik. Sang suria malu-malu nak kuar pagi ni nampaknya. Hm.. Tak sure pulak kalau malam tadi hujan atau berkabus.

Thanks to nenek. My kepala is warm now

 Jam 7.30 pagi kitorang pun mulalah pegi beratur untuk dapatkan tiket naik ke Yulong Snow Mountain ituu. Tapi agak mengecewakan bila Ika bagitau tiket cable car pagi ni tak de sebab kat atas gunung cuaca tak helok jadi dia bagi pilihan untuk kitorang bermain kat kaki gunung aje. 😢

Aktiviti kat Yulong Snow Mountain ni banyak actually. Salah satunya naik ke puncak untuk main salji la. dan tiket tu harga yang kitorang add on dalam trip ni, tapi tak dapat naik lah pulakkkk~

Untuk aaapaaa semua ini datang awal subuh lagi sekiranya tak dapat nak main snow kat puncak Yulong ini~~~~~ ku menyanyi dalam hati. Pakej demam lagi 😞


Yulong, ape nii~

 Tapi, walaubagaimana pun, aktiviti diteruskan. Kitorang dibawa oleh bas untuk ke kaki gunung Yulong Snow Mountain. Ramai juga orang kat sini. Orang China memang suka berjalan eh. 

Ada di mana-mana.  

Menanti turn untuk naik cable car ke kaki gunung tak lama sangat. Sempat aku perati budak-budak remaja yang datang ke sini. Ada juga yang pakai macam pengantin, bila di amati, rupanya diorang buat pre wedding photoshoot gitu.

Nak pre wedding photshott jugaa~

 Kagum aku dengan cuaca sejuk cenggini, selumber aje diorang sarung suit pengantin. Kalau baju pengantin tu korang tahu la sifat dia camane. diorang ni kental gila dengan cuaca sejuk. Aku ni berlapis jaket dah. Siap bersarung tangan lagi

 Aku perati jugak orang yang pakai tong oksigen. Katanya kalau rasa tak cukup udara kena sedut udara dalam tong ni. Aku nak la try jugak rasa camane nak sedut oksigen dalam tong tu tapi tak kesampaian sebab sampai ke sudah aku hanya duk bawak tong tu ke sana ke mari. 

tong oksigen

 Tong oksigen tu adalah termasuk dalam pakej ni dah jadi setiap orang wajib ada sorang satu sekurang-kurangnya. Mungkin aku dah biasa pada ketinggian 3240m (gunung kinabalu & Fan Si Pan), jadi bila sampai ke sudah aku sepertinya tak perlu nak tambah nyawa ngee.

Sampai kat kaki gunung. Masalahnya still jauh lagi dari gunung bersalji itu. Gunung tu memang gah kelihatan dari jarak padang rumput YunShanPing. Tiada apa yang istimewa kat sini selain pemandangan yang memukau. 

Bila dah banyak berjalan da kurang sejuk, laju bukak jaket

 Tapi tak memukau sangat waktu aku sampai ni sebab kabus masih tebal dan aku pun macam terhuyung hayang sikit. Entah mungkin sebab tenat, demam atau kasut yang tak bagi kerjasama. 

Cuba berdamai dengan takdir

 Waktu ni muka aku agak sembab dan rasa tak selesa, rasa nak tido pun ada. Tak surelah kalau ni simpton bila kita berada di paras ketinggian 3240m ini.

Jauuhhhhhhh~

 Dalam jam 10 pagi kitorang bersiap untuk pergi ke Blue Moon Valley. Ada shuttle bas pick up kat dataran nanti. Cuaca waktu ni terang dan cable car untuk ke puncak Yulong Snow mountain berfungsi. 

Memang sedih la tak dapat merasa sejuk betul kat atas sana. Terpaksa aku pasrahkan sambil memerhati langit yang cerah dan lantas naik shuttle bus ke Blue Moon Valley.

Blue Moon Valley mengadap Yulong Snow Mountain

 Ramai manusia kat sini usah dikira. Badan aku pun dah merasa bosan. Aku pulak berterusan minum air vitamin supaya badan tidak lemau. Kat sini ada tasik besar dan tempat-tempat menarik untuk bergambar. 

Beli kupi utk kasi warm badan

 Time ni dah bosan tapi bila kak Widad bukak ip dia nak amik gambar laju aje posingnya hahahaha

Aku tak lama kat sini. Sebab macam dah bosan. Huhuhu.

Waktu ni dah start badan rasa lemau dan tak sihat

 Tengah hari, kitorang berubah destinasi iaitu ke tempat untuk melihat pertunjukan The Impression of Li Jiang. 

Actually semua aktiviti ni berlansung kat area Yulong ni je. Satu-satu tempat memang jauh tapi dia dah sedia shuttle bus so, untuk bergerak tu tak de masalah. yang masalah sekarang, badan aku ni macam dah tak bagi kerjasama. 

Nasib baeklah time tengok The Impression of Li Jiang ni duduk dan tengok aje. Jadi kat sini, aku sempat telan panadol dan separuh masa pertama aje sketsa dia aku sempat bagi perhatian. Separuh lagi aku dah pun tidur dalam kebasahan hujan. 

Lain teros rupa pagi dengan petang 😂😂😂

 Memang hari yang teruk la hari ke 3 dia bumi Yunan ini. Tak syak lagi. Dengan tak makan propernya. Huhuhu. Tadi ada beli ubi keledek kat Bluemoon Lake tapi ntah, tak sedap. Kopi yang aku beli pun tak kena tekakku. Huhuhu

The Impression of Li Jiang ni aku macam confuse dia punya storyline. Tak sure nak express apa selain dari semangat actor & actress yang berlakon, jalan ceritanya sangatlah mengelirukan. 

Last2 semua mati bunuh diri 😂😂😂 dan gunung Yulong ini menjadi saksi. Atau gunung bersalji itu menjadi tempat berkorban. Hentah la. X helok sangat ni kalau nak bawak kanak-kanak datang tengok.

The Impression of Li Jiang Show

 Baik tengok Huan Zhu Ge Ge je la.

Tapi semangat persembahan dan tarian tu boleh dipujilah lebih-lebih lagi pentas dia berlatarkan puncak Yulong. Memang umph! Nampak gagah la

Dan kat sini juga aku dapatlah recharge energy buat seketika dalam hujan. Mujur bawak baju hujan jadi, aku masih selamat dari basah. Persembahan ni lebih kurang dalam sejam.

Selesai tengok show, kitorang ke area parking lot untuk balik ke hotel.  Ni kalau diajak pegi wanr- wanr lagi rasa tak terdaya dah ni.

Waktu ni memang kaw kaw penat, tunggu van tak kunjung tiba dengan orang penuh kat area parking tu. Aku tak ingat adalah hari ni hujung minggu, tapi kawasan ni penuh dengan tourist dari pelbagai negara. Jumpa juga orang kampung, bertegur sapa jugalah.

Van sampai, masuk dan buat kali pertama dalam sejarah di China, aku tido dalam van tersebut senyenyaknya. Sejam lebih kemudian, sampai ke area ancient town, jalan kaki balik ke hotel, rehat sambil kemas-kemas barang dalam luggage dan makan travel pack yang ade kat bilik.

Time ni duk bercerita sakan dengan kak Widad lupa dah nak refresh diri. Waktu ni dah segar sikit badan lepas lunyai sepagi kat gunung. 

Dalam pukul 5 petang, ingat2 nak jenjalan area ancient street kot-kot boleh window shopping dan pakai baju custom diorang. Begitulah aktiviti petang ni. Suasana kat street ni lain betul waktu siang dan malam ye. Waktu sebelum subuh tadi agak sunyi tapi kedai-kedai makan dah ada yang bukak seawal tu.

Waktu petang ni, kebanyakan orang tak ramai macam malam dan kitorang masuk dalam studio untuk sewa baju. Rata-rata lebih kurang aje harga (kot) tapi aku ni bukannya rajin sangat nak survey so aku OK aje untuk sewa baju n photoshoot service kat kedai ni. 

Since lama betul depa duk memilih nak pakai baju mana apa itu, aku pun approach 'lao ban' kat situ dan pilih je baju berdasarkan katalog dia tunjuk. Nak over-over cam tuan puteri Hang Li Po tapi kalau nak yang bajet memang sampai esok pun belum dapat pilih. 

So, pilih aje mane yang dah di-offer dalam katalog, aku fikir.

Daaaan, buat pertama kalinya aku di make-up-kan full face. Actually tak de full face sangat bila mana aku tak pakai pun bulu mata palsu atau ukir kening. Aku gtau MUA make up aje cam biasa, cuma aku tak nak buat kening dan bulu mata. So, make up ni cam make up aku yang biasa buat la cuma kali ni lebih daring dengan kaler dan peralatan make up yang lengkap. 

Boley la nak koya-koya douyin make up sekejap. Melepak putihnyaa hahahahha

Okey kaan make up douyin ni dengan aku~ hiks

 Klu peralatan make up aku? cukup je la puff utk semua kerja tap tap atas muka. Aku tak reti pakai berus oh! dan tak reti pakai mascara jua.

Proses make up aku memang basic aje; 

1. Skin care (toner ->moisturiser ->sunscreen)

2. make up (concealer ->foundation-> blusher -> liptint ->lipbalm)

3. Mata aku just curl aje

So, bila dah make up mudah-mudah ni cepat je la prosesnya dan aku diberi baju yang aku pilih untuk beraksi. Pengalaman ke negara-negara lain mengajarku agar kalau nak pakai custom diorang, prepare awl2 lagi tudung kaler ape kita nak pakai hari tu supaya matching baju kita pilih. 

Since Huan Zhu Ge Ge a suka pakai outfit  kaler merah, aku tak ketinggalan untuk mencoba dalam outfit berwarna merah. Hihihi. 

Tu adalah impianku sejak 13 tahun lagi. Umur 37 tahun baru berhasil hihihi.

Ai Da Ge Ge, Wo shi Malaysia Lai

 Diorang actually macam nak suruh kitorang bukaklah tudung kan, tapi nasib baik ada staf yang entik hui dia tolong bagitau kawan dia yang  kitorang muslim tak boleh lepas hijab so, tak payah nak explain bebanyak, trust the proses.

Bila aku siap make up dan pakai costum, comel je rasa, persis Xiao Yan Zi hahahaha. Time ni tak sure kitorang kena tangkap gambar sendiri ke dia ade hire photographer. Naseb baik photograper keluar dari bilik tersembunyi kat belakang, dan aku dibawa ke area ancient town yang belum penah aku jelajahi untuk sesi photoshoot. 

Baru aku sedar, aku ingat sepanjang berada kat ancient town ni, jalan yang aku duk lalu-lalu tu kira tu je la laluannya padahal, masuk aje lorong lain, rupanya kat sini lagi ancient dengan bangunan-bangunan macam dalam kota lama kat China. 

Teruja. Teruja.

Ge Ge tak nak kalah

 Aku ikut aje si photographer ni bawa aku. Sampai kat sudut tertentu dia suruh aku posing. Eh. Kita ni tak biasa wak nak posing-posing depan ajnabi. Adeh~

Takut dilabel mengada-ngada aku posing aje cam dia instruct. Ade la rasa segan tu tapi who cares baby, selagi dia tak sentuh aku kire 'I am safe' la. Ade instruction yang agak memeningkan maybe dia sedar aku tak suka skinship, dia sentuh aku pakai payung yang dibawanya sekali.

Ok bro, I feel safe with you. This guy tak ade mesra mana pun tapi kira selesa lah bekerja dengan dia.

Tak lama sesi photoshoot tu sebab dua-dua profesional. Hahahaha. Dia pun rasa tak janggal dengan aku, aku pun dah tak janggal dengan dia. Tang kelakarnya dia cakap aku tak paham. Aku cakap, dia tak paham.

Aku macam biasalah, suka bertanya dan bila dia jawab pun bukan aku paham mana. Dengan loghat dia lagi. Pastu bila dia tanya aku pulak, 

"ni ne?"

aku jawab. "Wo Pu Tong". Sambil buat muka kiut mengharapkan dia paham yang aku ni limitation of  hanzi words. Hahahaha

Senja nan berlabuh, maka siaplah sesi photoshoot aku. Aku kembali ke kedai tu balik bersama photographer tu. Bila aku selesai, dia pegi photoshoot orang lain pulak. Shu klu tak silap aku second customer dia. 

With my sister, kak Nisa

 2 orang ahli group gi buat service kat kedai lain sebab takut take time kalau 1 kedai aje kitorang conquer. Kak Nisa selesai lepas tu. Kak Widad dalam proses photoshoot lagi.

Baju ni kitorang boleh pakai sampai kedai tutup yakni sampai 9.30 malam camtu. So boleh la kita berwanr-wanr menjadi entik hui copy ori kat ancient town ni.

picture by Ika

 Hik Hik hik. 

Cuaca sejuk tapi kire tak la keterlaluan dengan baju berlapis-lapis ni. Kak Nisa kata nak tunggu buddies dia untuk siap photoshoot so sementara itu, kita photoshoot sediri-sendiri la. 

Nak tengok yang official belom siap lagi. Huuu tak sabar.. Kekeke.

Turn kitorang dah siap, tunggu orang punyalah lama

 Lama juga photoshoot yang kedai sebelah tu. Jam 9 malam pun masih tak kelihatan, last-last sorang lagi yang belum siap, so kitorang pegi main kat area kincir air untuk bergambar reramai. Tapi masa mencemburui pulak. 

Anak cina pun nak bergambar dengan kitorang ahaks

 Ancient town ni besar gile, tersalah lorong, memang menempah maze la jawabnya. Sebab tu aku duk main kat laluan yang familiar aje. Tu pun terlepas lorong hotel huhuhu.

Welcome to my paradise

 Jam dah lewat, kitorang tiba kat kedai. Kebetulan waktu tu photographer dan staf suruh kitorang pilih gambar yang nak supaya dia dapat buat lagi HD. 

Ape lagi, laju aje masing-masing masuk bilik studio. Gambar aku aje dalam 24 keping, 3 keping dia bagi free untuk edit dan selebihnya kena tambah kalau nak edit. Raw picture nanti dia bagi semua. 

Tak igt dah berapa yuen tapi agak pricey la. Ni utk gambar tak termasuk pakej make up rasanya. Tapi benda ni not always happen so, cincai la. 

Aku nak semua gambar aku. HAHAHA.

Sesi pilih gambar berlangsung. Ade gambar yang aku tak berkenan utk edit, tapi photographer tu suruh edit. Duk main;

"Yao", "Bu Yao". Orang kata 'Bu Yao' dia suruh 'Yao'

Kat situ pun dah take time, Sampai last2 dia kata okey gambar tu dia belanja la kat aku sebab aku kiut. Ngehh!

Nice bro, i agreed lepas aku add on beberapa gambar lain untuk dieditkan. Duk dalam conversation itik dan ayam ni dia tersalah tanya umur aku dan bila aku bagitau umur aku, terkejut dia 😂.  (Mesti dalam hati dia, ayi rupanya~)

Aku pun terkejut jugak. Igt diorang ni baya-baya aku, rupanya diorang 20an semua. Akak entik Hui ni macam tak caya umur aku so aku pun keluar la IC. 

Dia kata aku comel aje. 

Tetiba rasa offended. Hahahaha. 

Ntah la kenapa sejak meningkat dewasa ni bila orang kata aku muda rasa offended bethol. Tapi tak la la nampak cam acik-acik hahahhaa. Tetiba terfikir diorang ni ingat aku muda sebab aku nampak macam budak-budak atau sebab aku rendah atau perangai aku macam budak-budak?

Yelah. Di usia ini, aku ingat bila aku berurusan dengan orang aku control diri aku cam orang dewasa supaya orang tak layan aku macam budak baya dia. Tapi adakah aku dengan tidak sengaja terzahir perangai keanak-anakan itu? 😬

menci betol!

Tak kesahlah. Yang penting aku dah tak sabar nak dapatkan gambar-gambar pose ibarat Huan Zhu Ge Ge /Zhang Ji Yi / Xiao Yan Zi itu. Dan tidak semena-mena, aku install WeChat untuk senang dia send gambar nanti sebab diorang kat sana pakai WeChat aje. 

Aku pakai Google Translate pun depa tanya apps ape aku pakai.

Malam tu, pertama kalinya tidurku nyenyak dan walaupun perasan aku tak makan proper hari ini. Sokey. tido vs makan aku pilih untuk tido. 😊😊😊

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...