Anyeong yorobun.
![]() |
Say no to GENOCIDE! |
Bulan Oktober ni nampak gayanya jadual aku memang full house! Awal bulan sempat pergi mendaki Gunung Stong (Tetiba eh) bersama 44 orang peserta UBES Kelantan (Urusetia Belia & Sukan Kelantan)
Nanti kita story kemudian sebab panjang pulak kena throwbacknya nanti.
Minggu ke-2 Oktober tu waktu rest la sebab rasa tak cukup rest pulak lepas naik gunung. Maklumla. jiwanya aje muda, usia tulang dan muscle dah 37 tahun sis!
Btw, program Pengkalan Chepa Walk 4 G4za ni adalah simbolik untuk solidariti untuk Palestin yang saban hari makin rakus Isewel memamahnya. Kata genjatan senjata 60 hari tapi ade aje perangai zioni$ gila tetap meratah rakyat Palestin dalam tempoh tu.
Btw, tahniah buat rakyat Malaysia yang join Sumud Flotilla. Sebab Global Sumud Flotilla, makin ramai orang bukak mata tentang penderitaan rakyat Palestin. Ni bukan dah jadi soal agama dah tapi soal kemanusiaan. Pelik bila kalau bangsa lain memerintah, manoriti Islam akan tertindas. Tapi Kalau negara Islam yang memerintah, helok aje bangsa lain hidup. Kan. Kan. Kan.
Since, aku tak mampu pun untuk join Sumud Flotilla, walk & run ni salah satu cara untuk aku buktikan bahawa aku senantiasa bersama Palestin. Sehingga Palestin merdeka balik, selagi itulah aku akan berbunyi walaupun secara senyap.
Gambar aib 2008. at least kita penah bergambar dengan kak Ija |
Secara peribadinya, aku dapat kesedaran tentang pemindasan yang berlaku kepada orang Palestin ni sejak aku masuk UMS. Untung waktu aku daftar UMS tahun 2008.
Masa tu zaman Kegemilangan MPP Exco Hal ehwal Islam (atau ape ntah nama exco tu) bawah Tuan Nadhir Nuri, so sempat la awal-awal sem berdemo solidariti untuk Palestin depan Masjid UMS. Dari situ aku banyak cari info tentang Palestin yang pernah aman dan damai, sebuah negara Merdeka.
Sikit sebanyak pahamlah pergolakan yang berlaku kat sana. Zaman sekarang, tak nampak sangat perebutan tempat ibadah siapa, tapi yang ketara adalah zioni$ laknatullah yang sedap membantai orang Palestin.
![]() |
Throwback zaman 2008. Balik kelas nampak MPP duk berdemo kita amik part utk tulis |
Aku tak mampu melawan mengguna senjata, tapi aku tahu kita semua mampu berlawan menggunakan platform-platform lain. Di zaman moden ni, berlawan menggunakan senjata hanya dapat dibuat oleh negara yang ada pembiayaan yang besar dan teknologi yang canggih.
So tak heranlah pembantaian seronok berlaku, Isewel tu memang mampulah dari segi tu sebab sokongan dari negara US dan sekutunya pun kemain lagi kan.
Orang macam kita ni, buat macam Sumud Flotilla & menunjukkan solidariti juga pun mampu menggegar dunia. Dah ramai nampak apa yang berlaku di Palestin adalah genosida secara terbuka dan berlaku secara besar-besaran.
So, kembali ke Pengkalan Chepa 4 G4za ni, rasanya kalau tak silap aku seluruh kelantan buat solidariti ni secara serentak berdasarkan kawasan parlimen masing-masing. Memang meriah la suasananya sebab ada penglibatan orang-orang besar negeri.
Berkumpul di Taman Telok Puteri Padang Tembak, acara bermula jam 7.30 pagi yang dimulakan dengan Senaman Tua. Senaman Tua ni dikelola sendiri oleh Tuan Speaker Adun. Pelepasan bermula seusai itu.
Kitorang berjalan atau berarak sejauh 3.5 KM dan kembali ke Taman Telok Puteri Padang Tembak balik. Perjalanan ni tak ambil masa yang lama, tapi aku suka dengan semangat orang PC ni. Yang tua umur 75 tahun pun ada berjalan tanpa henti. Kalau tengok dari belakang tu persis orang muda walaupun usia menjengah warga tua.
Semangat bethol!
Bila buat area berdekatan dengan rumah ni, ahli keluarga aku memang boleh kata semua join. Family abang & kakak turut sama meramaikan acara ni. Kitorang aje tak kurang dari 20-30 orang yang hadir 😁
Acara berakhir dengan makan pagi kat situ ramai-ramai. Ada satu moment ni, bila dah semua beransur pulang, kitorang adik beradik berkumpul di depan taman untuk tangkap gambar kenangan. Macam biasa, Benda tak plan memang work well. Abang aku yang ke 3 buat chant, FREE FREE PALESTIN.
Bila ade orang ramai tengok suasana tu, dia nak join sekali, mungkin teruja tengok ramai-ramai. Mungkin akak tu pun tak tahu yang kitorang ni satu family yang besar. Bila dia buat request camtu, maka ayuh la kita. Ngee.
Apa-apa pun, semoga Palestin akan merdeka. Untung sebenarnya jadi rakyat Palestin. Ujian mereka di dunia, akhirat pasti dijanjikan syurga. Sedangkan kita jadikan dunia sebagai syurga, akhirat kelak entah apa nasib.
Semoga umat Islam sentiasa dibekalkan iman dan takwa agar kita semua dapat menjadi tetamu Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan