.: Assalamualaikum:.
Ayeong yorobun 😊
Bukan dari hanggeng river okeyyy. |
Hai Kak Nisaaaaaa 😉 |
Kak Nisa lah kawan tu.. ahaks. Kalau yang layan blog aku tau la sapa kak Nisa ni kan..
Masuk tahun ni boleh kalau dah 3 tahun lah kot tak jumpa kak Nisa in person. Kitorang selalu jugak lah contact each other even x jumpa in person pun. Yang nak gi Jeju ritu pon memang dengan dia lah sebenarnya.
Semangat kemain duk discus beli tiket tahun lepas masa Air Asia buat promo hujung tahun. Teros angkut tiket gi Jeju 8 hari kalau tak silap.
Berdua. Katanya gamble lah berdua pun berdua la. Berdua lebih baik bak kata Acha Septiasa.
Tapi tu lah. Kita hanya mampu merancang. Covid-19 tak beransur lagi so aku buat keputusan untuk buat self-volunteer canceling ticket AA so dapat la credit account kat situ.
Nanti bila everything dah ok kita jalan lagi.
Actually jugak banyak kali dah kak Nisa ajak nak jumpa setiap kali dia datang KB. Selalunya clash dengan aktiviti aku. Well umah aku kan aktiviti dia kalah citer Hum Sath Sath Hai. Ade je benda nak buat. Tapi di kesempatan yang ada ni. Bila kak Nisa kata umah sedara dia nak pegi ni dekat je dengan umah aku. Memang kena jadilah ni nak jumpa. Hohoho.
Susah, siyesly susah orang nak jumpa aku. Kalah president negara Uganda beta bilang. Hahaha. Ni pun after plan by plan ni. Last2 unplanning plan jugak yang jalannya.
Bermula dengan aku gi amik kak Nisa kat Hotel Perdana bawak dia breakfast kat Ayang Cafe. Ni je rancangan asal sebab masa mencemburui beliau sbb tgh hari tu dia kena gi umah sedara dia dengan family dia. Yep dia datang with family tu yang susah skit nak bg plan teratur.
Best breakfast sini. Macam-macam jenis roti ada tauu |
Borak-borak-borak ada 15 minit lagi masa yang tinggal untuk dia check out dari Hotel so, masa aku nak bawak balik gi Hotel sempat la menyinggah kat area Dataran Rehal tengah bandar KB. Tak boleh jadi alang-alang dah ke sini bersama bukan orang kelantan ni, kak Nisa ayuh la kita bergambar barang sekeping dua kat sini sementara itu aku pun nama je orang Kota Bharu pastu sekolah kat area Kota Bharu, ingat ade masa nak menapak kat sini???!
Mari kita main tourist-tourist. Tiba-tiba kecek luar. hmm.. |
Kak Nisa pun dengan sepantas kilat jom maka bermain-main macam touristlah kami di sini. eheek..
Gaya 90an amik gambar berpropkan hanset. Tapi waktu ni kak nisa tgh bercakap nga adik dia. |
Jam 2 minit lagi menunjukkan pukul 12 tengah hari lantas aku memberitahu plan baru kat kak Nisa pabila adiknya call bgtau diorang dah check out ready nak gerak ke Pasar Siti Khadijah sebelum gi umah sedara diorang tu. Deras otak aku berfikir why not aku je hantar kak Nisa ni umah sedara dia sementelaah itu jalan balik ke rumah adalah jalan yang sama jer ke rumah sedaranya.
Mula-mula tadi kak Nisa ade bgtau yang adik dia malas nak drive sebab tu dia kejar masa untuk balik hotel tapi bila sekarang ni Hafiz dah nak drive maka, rancangan playing tourist kami diteruskan. hikhikhik.
Knock knock.. |
Serius lah wei memang aku tak penah main sangat area Dataran Rehal ni tau. Kat sini banyak Place of Attraction seperti Dataran Rehal ni, Istana Jahar, Bank Pitis dan tempat-tempat bersejarah termasuklah kedai nasi ulam cikgu. Kalau nak ikutkan dulu kat bangunan Nasi Ulam Cikgu tu aku penah kot amik kelas Lukisan Seni Visual masa form 5 kat situ. Tapi tu lah. Manenya penah nak ajak geng jom kita amik gambar kat sini hoho.
Bukak la beta nak masuk ngeeehh. |
Kalau wat muka camni dapat pitis tak?? |
Orang kelantan panggil duit pitis. So ni bank duit la ye dulu? Like..seriously?? hmm
|
Antara masjid yang tertua di kelantan. Masjid Muhammadi. |
Musim ni masjid pun tak leh masuk sangat. Bergambar tepi arca dia pun jadilah |
Sight seeing diteruskan sehingga merentasi Masjid Muhammadi dan museum. Dan tak pernah aku tau kat sini ada bank Kerapu bangunan ala-ala british sangat teruja wow. Dah rasa macam Deja Vu kot-kot duk kat Vietnam ke. Hikhikhik. Mendaratkan diri di bandar sendiri. Aku yang teruja lebih kot. Kak Nisa mentain ayu dalam baju kurungnya. hahahaha.
Jika saudara bijaksana, sila teka bangunan apakah ini kerna hamba pun tak tahu juga.. |
Serius. Aku memang tak tau ade memorial memorial kat KB ni sebelum ni. Muka teruja giles ni |
Kat tempat orang aku main sakan, apatah lagi kat tempat sendiri.hikhikhik |
Menunggu sesuatu yang sulit bagi ku ~ |
Terus menerus ke Tambatan D'raja dan duk bergambar sakan kat belakang bangunan Hotel Riverview. Hurm elok sangat actually area kawasan ni sebab ade laluan untuk orang joging. Mirip area Hangang river gitu dengan kaler air sungai yang menyamai teh beng. hikhikhik. Best kot kalau-kalau orang ramai selain PBT jaga kebersihan area ni. Harus setanding dengan tempat-tempat luar.
Menara tinjau. Kat sini lah kot orang check jadi tak banjir tiap tahun..kot.. |
Selamat Datang ke Kota Bharu, kata orang Ganu |
Orang kelantan yang darat. Aku rasa first time datang kat tambatan ni hahahaha |
Jalan-jalan-jalan tekak rasa dahaga. Hidrate lah kot di bawah mentari 12 tengah hari. Untung tak terik sangat je cuaca hari tu. Nak kata mendung tak juga. Tapi bayang dia boleh tahan la. 12 tengah hari what do you expect?
Area belakang Hotel Riverview quite bersih sekarang. Memang sesuai untuk aktiviti riadah |
Jom kak Nisa kita lepak-lepak kat cafe sementara itu cafe tumbuh bagaikan cendawan di Kota Bharu ini. Pun begitu, lantas maklumat diinterprasikan oleh otak bahawasanya kan Kopi Mesin Heritage baru je bukak kat area sini.
Yeah.
Maka laju berjalan mencari arah kedai di tuju. Aku ingatkan area depan Tiny Elephant memang nak gi jalan kaki je tapi nasib naik google map dulu perghh..
Memang malas lah nak mengorak langkah sebab rupanya duk kat area Station Bas KB. Pastu nak kena patah balik amik keta. No Way. ngee.
I rasmi dulu naaa.. |
Maka ayuhlah kita mengambil Betsy dulu dan menghala ke Kopi Mesin Heritage. Nak aku review asing tak pasal Kopi Mesin Haritage ni?? K.. tunggu lah entri lain klu aku rajin hoho.
Bandar KB lengang je tapi kat sini ramai orang tak yah cite. Dua tingkat Kopi Mesin tu full house nasib bek je kitorang dapat seat tu pun duk sebelah mengebelah cam top kaunter gitu. Kopi Mesin Haritage ni lain sikit design dia dari Kopi Mesin yang sebelum-sebelum ni. Kalau sebelum ni aku penah review kat sini.
Sebelum tu marilah kita sanitize dulu tangan kita yaa.. |
Kebanyakan Kopi Mesin guna theme kedai dia konsep simple minimalis industrial gitu tapi kat kedai ni diorang guna bangunan yang memang heritage ni dengan konsep heritage dia. Macam kedai nyonya baba gitu dengan sikit-skit barang vintage versi kelantan (demo tok kena barey) hoho.
Kata dahaga nak chill-chill sekali order mac & cheese haha. So slow dia punya service memang 1/5 la. 5 kali aku gi kaunter tanya 5 kali kena tunggu lepas staff kata sekejap~ hurmmm..
Craving for this food nowadays. hmmm |
Siap kek yang sepatutnya makan kat situ kena tapau sbb lambat sangat. so sad kedai dah gempak tapi servis ke laut. Taste untuk makanan dan bavarage dia tak de lah wow sangat sama je dengan Kopi Mesin cawangan lain-lain.
First time minum sparking Blue logoon. Sedap. Not bad. |
Honest review hew hew.
Jam menunjukkan pukul 2 ptg dan family kak Nisa pun dah mencari mana anaknya ni haha. So, nak tak nak perpisahan itu terjadi tanpa rela acehhh..
Memang umah sedara Kak Nisa tu tak jauh pun dari umah aku. oleh kata kampung sebelah je sebelum sampai umah aku.
bff till jannah. Amin |
Pape pun we have a good meeting, a good memory, a good talk and everything. Sehingga suatu masa kita bertemu lagi oh my sister.
Semoga Allah menjaga orang-orang yang aku sayang. Amin.
saranghae *mini heart*
dah lama tak pergi kelantan... makanan sana best
BalasPadamSinggah baca di sini.
BalasPadamRindu hendak melawat Kota Bharu lagi.