marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 17 September 2020

Cuti-Cuti Malaysia: Ayuh ke Pulau Perhentian kita!

 .Assalamualaikum:.

 Anyeong Yorobunnn.


Dah lama tak buat entri. Fuh busy dia memang kalah presiden negara Uganda. Siang hari keja. Malam bukak kedai crochet pulak. Hikhikhik. Sekarang kena korban waktu tido so sad. Tapi takpe. Demi orang yang tempah Brim x Bracelet #FaceMaskAdapter tak tido pun no hal.

So, sejak PKPP ni sejak tu lah busy dia tak leh cite. Dengan mood aku yang kejap okey kejap moody (why sis why) memang malas la nak buat apa. So, di kesempatan yang ada ni, moh le kita bercereta-cereta.

Jadi, mnggu lepas-lepas bersusun cuti yang membuatkan aku meronta-ronta nak gi berjalan-jalan. Dah tiket ke Jeju terpaksa dicancelkan maka, marilah aku merawat jiwa yang kepingin ini ke tempat yang lain. Ayuh ke Pulau Perhentian kitaaaa!.

 

14 sept which means esok T.T
                                                         14 sept 2020 which means.. T.T
 

Nak boleh pegi ke Pulau Perhentian ni pun banyak jugak cekadaknya. Abang akulah. dah elok-elok merancang nak ke pulau dia cuba mencapatikan janji ini. Mommy dah bagi green light dah utk pegi. Dia pulak nak cancel ish I am sooooo tak puas ati. So i pun tanya abang i yang lain (mujur abang-abang ramai) bila abang aku yang ni onnzzzzz, misi diteruskan..huhuhu. Last minute book package. 

 

Muka tak sabar nak masuk dalam ayaq

Naseb bek package available lagi so berjayalah kami selamai 9 orang merentas Laut Cina Selatan ke Pulau Perhentian Kecil pagi-pagi hari.


Package yang kitorang amik ni  termasuk 2 bilik (geng lelaki 6 orang, pompuan 3 orang), transfer boat dari jeti ke Pulau (return), snorking 5 check point attraction sekali ngan equipment di area sekitar pulau perhentian spend dalam RM160. Kitorang bermalam semalaman je lah kat sana. Dekat je Jeti Besut ni dari Kota Bharu ambil masa dalam 1 jam setengah.

Overall not bad untuk percutian kali ni cuma waktu aku pegi tu pax sangat dengan orang ramai. Waktu nak snorkling tu boring nau sebab kena tunggu orang lain untuk penuh kan boat and blablabla. Maybe lagi best kalau nak datang ke pulai ni rombongan 20 orang barulah boleh conquer boat tu hikhikhik. Tak pun sewa boat kecil. Barulah masa dapat digunakan secara maksima kannn..

 


Oh, actually tempat kitorang stay bermalam tu kat kampung nelayan Pulau Perhentian kecil. Kat situ siap ade sekolah lagi. Penduduk kampung tak ramai, yang ramai tourist la kot. Rumah dekat-dekat even guesthouse pun dekat-dekat.








Overall bilik yang kitorang booking last minute ni sama la macam dalam gambar pakej ni. Tingkat paling atas. Pemandangan ke arah lautan. Cantik. 

Kiut pulak tengok susunan umah kat sini. Mengingatkan aku kat Busan. Air laut kat sini tak payah cakap memang cantik. Pemandangan pun indah sangat tak tahu nak gambarkan camane bila tgk air membiru dan jernih ni. Tapi waktu aku pegi ni musim ramai sangat orang. yang indah tu memang kejap-kejap je la dapat tgk. Aku tetap jatuh cinta kat Redang jugak. Redang lawaaaaa^^.

 

Naseb bek tak jakun sangat tengok ikan-ikan bergelimpangan dalam jernih air laut.

 

Ni check point baby shark. Tak jumpa baby shark punn..hurmm kecewa

Pakej yang kitorang amik tu 2 hari satu malam so sesampai je kat pulau perhentian, letak barang-barang kat guesthouse teros salin baju berenang-renang. 

Hari first tu teros settle kan 5 checkpoints teros. Agak berkejar kejaran la jugak actually amik pakej camni. Dengan nak tunggu orang lain penuh kan boatnya lagi. pastu untuk kat setiap cehck point tu rasa tak puas sangat. kejap jew..😑😑😑 alasan dia sebab nak kejar masa. 

Coral pun tak nampak clear sangat actually. Maybe sebab ramai sangat pengunjung so laut berkelodak biar pun panas terik. hmmm.. Tapi still having fun la. Sebab aku gi ngan family. Tak reti berenang is not big problem yang penting tak takut air. Aku pegi ntah sampai mana ntah dengan anak buah aku. Dah la anak buah aku tu tak pakai jeket. Jelous benor rasanya sbb dia boleh masuk rapat sampai dasar hohoho.

Dalam pukul 4.00 ptg kitorang dah naik ke darat dah. Tu la kata tak tau ape benda driver boat mengejarnya. Makan dah tadi tgh hari time driver hantar balik.Makan kat sini boleh tahan jugak harganya. Tapi kena pandai pilih kedai la kot. Yang penting makanan sini sedaplah. Ntah la sedap sebab penat dan lapar main air kan.. hahaha.

Naik bilik mandi bilas basuh baju solat ZZzzZZzzZZzz.

Petang tu kononnya nak gi jenjalan sekitar pulau. Kononnya. Sebab muka sorang-sorang macam mabuk laut duk tersadai kat tepi pantai je la..


Malamnya. Tetiba tak de letrik. Satu pulau bergelap. dalam pukul 9 malam cam tu baru ada balik. Aku dah malam bergelap tu aku ape lagi tido la. alang-alang dah bergelap. Meanwhile di bilik sebelah, diorang tengah prepare nak main masak-masak!.

Siap bawak dapur camping kau. Adeh ni la jadi bila bebudak lealki berkumpul. Diorang siap bawak oden lagi nak masak oden katenyaaaaaa kat Pulau Perhentian. Dalam bilik pun jadilah. Tengah main masak-masak letrik kembali ada. Aku pun jaga dan join diorang hahahaha. 

Untungla ade abang-abang dan anak buah rajinnnn~.

Malam tu tido dengan kenyang siap pegi tapau nasi goreng lagi tau.


Pagi pulak.

Geng anak buah + abang-abang aku sambung mandiu kat pantai sambil breakfast kopi. Sebab pantai kat Pulau Kecil ni kecik je so x best sangat.

Pastu jenjalan lagi. pastu bersiap-siap nak balik. Abe kato nok hiking naik bukit nak gi tengok kincir angin manooooo?/!~~~

Hurrmmmmm...



 Kena datang sekali lagi lah kat sini nampak gayanyaaaa~.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...