.: Assalamualaikum:.
Masuk bulan ni dah 9 bulan Pippin mengidap sporo.
Alhamdulillah 4 bulan kebelakangan ni dia bertambah baik. Luka kat telinga dah tak de. hidung dia dah kembali mengecil. Hope pinkish hidung dia pun akan wujud balik la.
Actually ni fasa satu sporo. Time ni dah nak sembuh dah. Luka atas hidung tu elok lah. Tapi suddenly ubat Pippin waktu ni stok dah habis even kat vet pun. . |
Macam penah aku mengomel pasal si Pippin kat entri ni : Oh My Pippin: Pengalaman Menjaga Kucing Sporo, dia dignosis kena sporo ni bulan Januari 2020 .
To be exact 24 Jan 2020 (wow gile ah aku igt tarikh). Tu pun selepas setengah bulan aku duk biar je dia berkeliaran kat luar umah memalam lantaran ke'busy'an omma keluar mencari rezeki .bhahahaha.
Rindu zaman remaja beliau bila pagi menjelma bertenggek diatas para jendela bilik. Haa.. Nak masuk umah la tu. Pandai pulak cari bilik tuan dia. |
Bila dah jadi camni nyesal giles. Ni baru kucing ye anak-anak. Bila ada anak nanti aku hope dapat anugerah mak mithali lah nanti. hmm. harap la.
First wave of sporo , waktu ni dah nak sehat dah hidung pecah dah makin elok sebelum bagi supplement |
Waktu ni dalam hari ke 35 lebih kurang dah dia berlawan dengan sporo. Tiada perkembangan yang Pippin nak sihat. Khilaf aku tak dapat bagi ubat inox kat dia sampai tiba-tiba seminggu kemudian..
fasa ke-2 sporo |
Luka kat telinga dan kaki berdarah kembali. Dia tiba-tiba terjadi dah la macam cepat je luka tu berdarah balik. Frust gile sebab minggu lepas dia macam dah ceria gembira tak sabar nak main kat tanah dah. Tapi waktu ni tiba-tiba ni kesihatan dia drop. Langsung tak nak makan. Badan dah jadi kurus.
Waktu ni aku dah cuak. Teros menjelajah 3-4 klinik vetarina sekitar Kota Bharu untuk cari bekalan ubat hati tuk dia. Tu pun lepas saranan dari klinik vet kerajaan suruh try cari kat tempat lain. Kalau tak memang mati kutu nak cari kat mana. Penah jugak masuk kedai Pet tapi orang jualkata ni ubat terkawal x de kat kedai dia.
Bekalan ubat-ubatan Pippin |
Luka dia untuk fasa kedua ni cepat sikit recovery. Dalam masa 2-3 minggu luka kat leher dan telinga dah tertutup. Kaki pun luka dah siap terlindung dengan bulu dia tu. Hidung je la agak teruk jadinya sbb sporo memang serang hidung.
Family aku pun naik jealous melihat betapa dedicate nya aku merawat Si Pippin ni. Sabar menghadapi karenah Pippin ni. hewwww. Yelah anak tak de nak jaga. Kita jaga Pippin je la. #kitajagakita.
Di samping ubat-ubat yang aku sebut tu, paling miracle apabila aku bertemu dengan PSHERBS. Betul-betul membantu aku dalam usaha memerangi sporotrichosis ni. Melalui pengkongsian Encik Amin ni lah aku dapat courage untuk jaga Pippin dengan sebaiknya. Dia pun ada jual ubat-ubat herba khas untuk kucing sporo. Dari sini aku belajar cara urus Pippin dengan betul. No wonder la untuk second wave ni cepat je Pippin recovery.
bulu dan badan memang tak sihat dah. badan kuruh kering. Sporo ni ibarat kanser la sebab dia boleh merebak dan ubat yang pipin makan pun agak kuat kesan dia. |
Pun begitu, aku excited. Tuan punya badan lagilah kot. minggu ke-3 untuk second wave ni acap kali pulak dia buat percubaan untuk bolos dari sangkar bila aku duk kemas hasil peninggalannya aka ta*ik. Cepat je dia melangkah meninggalkan aku dan nak pegi rumah jiran sebelah.
Kalau waktu first wave dulu dia acah-acah tinggalkan aku. Tapi bila aku panggil dia stop or duk main-main kat aku. Tapi untuk kali ni dia terus melulu makin laju pulak bila aku panggil. Tapi memandangkan dia luka dia tinggal kat hidung je lagi so, okey la aku lepas la dia janji nanti bila aku balik keja dia ada kat rumah. Tapi biasanya aku pegi cari dulu dia sebelum pegi keja.haha. tu yang buat dia tak puas hati kot.
So, bila dia ada peluang terus dia bolos memang tak pandang aku langsung.
Terus hilang dan aku macam dah tak betul lah mencari-cari dia.
Sehari...
dua hari..
...
Aku redha lah kalau dia tak balik pun. Mungkin tak de rezeki untung aku jaga dia lagi. Pujuk hatiku sambil mengenangkan esok lusa dah nak PKP.
Sehari sebelum PKP, anak buah aku panggil aku katanya dia jumpa Pippin depan rumah. What?. Tak nak berharap tapi still one doesn't simply believe it. Aku pegi tengok lah . YES!
Dia memang balik rumah tapi dalam keadaan aku tak jangka. Kalau biasa bila lama dia tak balik rumah dia akan duduk kat beranda sambil jilat bulu bulu dia dan buat muka "ye Pippin kat sini tak pegi memana punnn. miow" atau demonstrate kaki kekcok (tempang) supaya aku tau dia sakit.
Tapi kepulangan dia untuk kali ni sadis gile. Hampir nyawa-nyawa ikan!. Bau busuk badan ta usah cerita. Bau busuk darah masya Allah. Aku try sentuh dia tapi dia x berganjak. Nafas tinggi rendah- tinggi rendah. Aku tanpa melengahkan masa pakai sarung tangan dan pergi mandikan dia sebab memang tak berupa dah dengan mulut dia berdarah. Hidung berdarah siap hancur. Telinga pun sama. Luka asal dah bukak balik.
Waktu aku mandikan dia tak banyak cekadak. Kalau tak memang nak mencakar je kejanya. Badan dia lemah gila. Makin aku mandikan makin banyak keluar darah ntah dari mana-mana.
Bila aku keringkan rupanya baru perasan kaki belakang kedua-dua belah b dari tadi tak henti-henti mengalir. Dua belah kaki macam lumpuh sebab dia langsung tak boleh bergerak. Bila aku dah siap keringkan dia, aku perasan dia mengesot badan dengan kaki depan sahaja. Hei. What happen Pin? Serius aku mati akal.
Nanti part 3 aku cerita camane Pippin akhirnya sembuh kat third wave ni. Panjang cite dia ....
Kucing saya nama dia Atan. Hari ni baru 1st day vet diagnos dia sporo lepas luka bergaduh dah berminggu tak baik 😭😭 sebelum ni baca cerita orang je. Tak sangka kena kat anak sendiri. Diakan ye.
BalasPadamCite Pippin part 3 takde ke? Nak tahu perkembangan dia pls 🥺
BalasPadam