Pippin The Grey gambar paling latest september |
Tak tahu nak gambarkan macammana perasaan bila tengok Pippin sekarang. Serius rasa terharu bila dia kembali gebu dan montel. Walaupun muka ketat. Sekarang ni dah masuk 9 bulan aku merawat Pippin.
Memang tak senanglah menjaga kucing yang hidap sporo ni. Lebih-lebih lagi kalau mental tak kuat dan kucing tak bagi kerjasama yang baik. Tengok ni dah la. Bila dah third wave ni aku sendiri pun dah rasa hampir putus asa. Hampir 3 bulan duk rawat Pippin tapi sporo asyik on off.
Untuk third wave sporo ni aku hampir nak pegi tidurkan Pippin dah kat Vet sebab aku kesian tengok keadaan dia lepas dia balik hari tu. Lepas tu tengok keadaan dia yang tak ada perubahan dia nak ok. Makan pun dia x leh sebab mulut dia terkoyak kat area bawah bibir. ngerilah jugak aku tengok. Nak suap makanan pun dia tak nak apatah lagi nak kunyah. Diaa duk monyok je dalam sangkar tak boleh bergerak langsung.
Kos perubatan untuk rawat sporo ni memang agak tinggi. Mujurnya bekalan waktu second wave tu masih berbaki so aku tak delah risau sangat. Ubat inox dan hati waktu ni aku stop sebab dia tak nak makan langsung even aku bagi wet food. Mujur ada S3 dan S7 keluaran PSHerbs yang aku beli 2 minggu sebelum tu masih berbaki. S7 tu ubat dalam bentuk cecair. Boleh lah sembur kat bahagian luka-luka dia kat area yang susah nak reach. Sementara S3 berbentuk cream, aku pakai berus untuk sapu luka area muka,mulut dan hidung semua.
Tak tahannya luka-luka lama kembali terbuka pakej siap luka merebak ke kawasan-kawasan lain lagi. Seminggu. Seminggu aku duk berkira-kira nak bawak dia pegi vet ke tak lebih-lebih lagi orang sekeliling aku duk kata Pippin dah tak de harapan untuk hidup. Orang kata aku buat kerja sia-sia. Baik pegi tidurkan dia je dari aku duk bersusah payah camni.
Dia dah start makan. Kadang letak dia kat luar sementara aku kemas sangkar dia |
Mujur aku berdegil terus rawat dia dan waktu tu tempoh PKP manalah boleh nak drive sesuka hati ke sana ke sini, ntah-ntah klinik Veterina tu tutup. Mujur. Pippin masih selamat dalam unit rawatan rapi aku. Seminggu kemudian Pippin dah start ada feel untuk hidup. Dia dah start nak makan dengan baik. Kalau sebelum ni selepas terselamat dari maut dia just minum air je start hari ke 3. Aku bagi dia wetfood lah memandangkan dia nak makan pun terseksa.
Luka area telinga dia tangah menggila pastu aku pun order la kolar ni kat shopee.Punya tunggu lama sampai luka tu dah tertutup baru sampai. 3 minggu jugak nasib baik luka dah ok |
Luka dia agak melampau banyak untuk third wave ni. Boleh kata seluruh badan. Bila dia dah start boleh makan, aku start bagi balik Inox. Tapi untuk kali ni aku ubah sedikit dos ubat dia memandangkan berat dia dah berkurangan. Aku ikut saranan en. Amin PSHerbs tu satu persatu. Aku dah tak bagi dia ubat hati dah bila inox yang aku bagi kat dia tu dos yang rendah. Tapi 2 kali sehari pagi dan petang.
Hingga sekarang aku tetap bagi lagi kat Pippin. Tinggal sebiji je lagi dan habiss |
Kalau dulu-dulu, aku akan bagi Pippin inox 50gm (separuh kapsul) sebelah pagi dan 5ml/ sebiji ubat hati) tapi untuk kali ni aku bagi 25gm (1/4 kapsul) belah pagi dan belah petang. Lagi better sbb hati dia tak effect sangat bila makan dos yang rendah. Still dia makan 50 gm sehari tapi waktu yang lain so tak de la hati dia cepat terkesan.
Luka-luka dia aku akan sapu pakai S3 tak pun S7 tak pun S1 (untuk luka yang berdarah melampau) Jimat sikit sebab kali ni aku dah tak perlu beli ubat hati dan tak perlu risau stok ubat hati tak de.
Ubat aku bagi konsisten tanpa skip. konsisten tanpa skip. (pergh ulang tuu) Pippin pun akur juga yang nak tak nak dia kena makan sebelum aku mengamuk hohoho.
Stok bekalan ubat aku beli secara online time PKP tu. Berkala. Agak nak habis tu aku beli la. Time ni kan musim PKP. Rasa syukur jugak musim ni aku dapat sepenuhnya rawat Pippin sebab tak kerja.
Raya hari tu. Mujur dah ok. Boleh membuas. Tapi tu lah..kurus bulu pun banyak gugur |
Hari ke hari dia menunjukkan keinginan dia untuk hidup pun dah buat aku rasa hepi. Rasa tak sia-sia aku menjaga dia. Orang duk cakap apa aku dah tak peduli dah yang penting Pippin beransur-ansur sihat. Boleh kata time ni pun sporo on off jugak tapi aku yakin Pippin akan sembuh dan aku tak boleh culas bagi dia ubat dan makanan. Waktu ni jugak dia dah tak de rasa nak boloskan diri dah. Memang dengar cakap aku.
Oh ya. Luka dia waktu ni memang teruk sangat dan dalam. Tak macam yang first dan second waves yang boleh recover cepat sbb luka atas permukaan je. Yang ni makan masa. Bayangkan dari bulan 3 sampai sekarang masih lagi di rawat. 7 bulan jugak lah.
Bila dia dah ok. MAcam-macam aku beli. Ni aku tanam rumput gandum dengar cite kucing makan benda ni? |
Tapi puas hati sebab everything dah ok . Sporo dah hilang. Tempat luka semua dah sembuh. Cumanya dia tak boleh jalan normal. Terhincut2 dua-dua belah kaki dah macam racon berjalan dah aku tengok. Tak sure la kalau dulu waktu dia larikan diri tu dia ada excident or jatuh dr tempat tinggi. kaki belakang dia dah tak macam dulu dah.
Makin rajin membeli belah untuk Pippin. |
Tak sah kalau tak check out barang Pippin hari-hari 😂 |
Alhamdulillah. Perasaan lega tu hanya Tuhan yang tahu. Waktu bersusah payah tanpa pengetahuan yang banyak mengenai kucing. Kadang-kadang bila tengok kucing liar yang lain sihat terlintas dalam benak, kenapa kucing lain sihat walafiat je sedangkan Pippin yang aku sayang kena penyakit.
Saje bawak dia pegi pantai. Dah jeju tak dapat pegi. Kita ke Pantai Sabak sudah la Pin |
Tiba-tiba terlintas difikiran mungkin ini bukan ujian untuk Pippin semata tapi untuk tuan dia??.
Wallahualam.
Terasa bahagia bila semua berakhir. Alhamdulillah dapat juga merasai pengalaman menjaga haiwan peliharaan Rasulullah yang sakit. Semoga Pippin terus sihat dan kuat!
Let's be strong always ! |
Ni cerita-cerita berkaitan dengan Pippin:
😺Oh My Pippin : Pengalaman Menjaga Kucing Sporo bahangian 2
😥Oh My Pippin: Pengalaman Menjaga Kucing Sporo
Alhamdulillah Pippin dah sihat, semoga sentiasa sihat Pippin! 🥰
BalasPadamTq awk. Alhamdulillah dia sihat sehingga sekarang. Tapi perangai dia sama je. Tak boleh tgk kucing lain masuk area rumah. Terus nak terkam.
Padamnangis sya baca ending sis🥺 saya tgh patah semangat sekrng jaga kucing sya kena sporo😭 lgi ii student fkir nnti nk masuk bljr semoga sya kuat mcm sis
BalasPadamT.T
Padamawak jangan sedih2 tau.. Semoga kucing awk cpt sembuh. Feel free utk msger sy kat FB Nikki Ada Abdullah kalau nak tips jaga kucing kena sporo tau. Stay strong you can do it!
nangis sya baca ending sis🥺 saya tgh patah semangat sekrng jaga kucing sya kena sporo😭 lgi ii student fkir nnti nk masuk bljr semoga sya kuat mcm sis
BalasPadam