.: Assalamualaikum:.
Yess.. seriously.. aku tak dapat tido.. da banyak cara aku try buat agar segera belayar di alam mimpi.. tapi.. nampak gayanya.. malam ini seperti malam-malam sebelumnya jugak.. tak bley tido..
aku ingatkan malam-malam biasa aku tak dapat tido sebab siangnya aku tak wat something yang memenatkan.. so mata pown wat onarlah kan..tapi sangkaan aku meleset...
hm.. sepatutnya kalau ikutkan perancangan aku tahun lepas la kan (macam lama sangat bunyinya).. aku sepatutnya landing kat bumi penang nih semalam.. tiket flight memang aku booked 16/2/2015...tapi..tapi...tapi...
demi disertasiku demi masterku demi supervisorku.. aku merajinkan diri ini, mematangkan jiwa ini agar berkorban 15 hari lebih awal untuk berada di bumi penang ini.. sob..sob..sob.. sedih la sebab dalma 15 hari tu banyak benda yang berlaku tau kat tanah tumpah darahku.. termasuklah pemergian ayah Zik.. benda paling terkilan sebab tiket aku sepatutnya semalam..orang dari luar kelantan ke kelantan semata-mata untuk penghormatan terakhir kepada ulama'.. aku pulak terkontang kanting kat sini melayan disertasi terchenta.
al-fatihah buat tok guru Nik Aziz. bukan orang jauh, tapi tok sedara serumpun kerabat diraja jembal jugak.
bab 1 dan bab 2 aku teramatlah banyak contengan jalanannya walaupun dah mengalami beberapa tapisan oleh mama sue. pergh.. ingatkan mudah nak mengayat kajian gue.. tapi.. rupanya.. susah dan payah.. ku ingat dah sesedap rasa ku melontar idea menulis,namun,ia masih belum bersinar lagi di hati supervisor ku. maka.. berkali2 lagilah nampak gayanya aku akan menapak membuat correction. ha ha.. seriously.. menulis dalam bentuk penulisan akademik nih banyak cabaran dan dugaan. tapi bagus jugak banyak contengan jalanan kat draf tu.. sekurang-kurangnya ade guideline lepas ni nak menyorot kajian beta camno.. sejajarlah dengan muka beta yang makin masam mencuka sebab duk memerah otak.. haha..
ape pun.. dalam ke-stress-an berkarya yang asyik kena reject, mujurlah aktiviti crochet ku berjalan dengan lancar.. dalam 15 ari ni.. aku isi masa dengan crochet je la..
cronology citer asalnya cenggini
29/1 dapat msg dr supervisorku bertanyakan apa kabar disertasi bab 1 dan 2, ho ho..disebabkan lepas exam teros aku cabut balik kg, maka proposalnya pown belumlah diambik dengan pemeriksa (ada markah- kerja khusus), sebab of courselah pada firasat aku belom dicheck sbb baru lepas exam kot.. maka selumberlah beta bukak sem baru fikir.. haha.. cuti sape tak hepi ke sana ke mari, buat itu dan buat ini..
30/1 sebabkan teguran supervisorku itu maka aku insap, dan mintak tolong kawan yang kat campus ambikkan n pos for me lah, tapi ade problem skit so tak dapat nak pos..
31/1 so aku teros tukar planning, balik campus ari ahad. isnin pada firasat beta dah boleh pegi jumpa pemeriksa sendiri untuk dapatkan proposal tu utk dibuat apa2 pembetulan. i sayang malindo air, pasni malindo air akan menjadik kenderaan ruji beta untuk balik kg (sila ambik saya jadi duta malindo air plis.. tapi x nak la pakai skirt singkat dan baju jarang..hiks) sebabnya, i boleh change tarikh tiket tanpa charge (sebab sebelum tu malindo da tukar time nak berlepas).
2/2 gi jumpa pemeriksa utk dapatkan proposal. banyak bertanda merah, tapi benda tak de la aku larik konsep kajian ke ape.. merah bertanda sebab tak berapa nak ikut format APA style.. haha.. aku kan menulis gaya ADA style nak wat camno.. nasib x masukkan Gaya UMS jew tau.. gi library carik bhn bacaan utk menyedapkan karya disertasi beta. bertemu dengan hamba Allah ni (budak PJJ).. hebat.. ciap dia baca ayat dalam surah al-mukminun kat aku lps dia tau tajuk disertasi gue.. dia cakap time dip dulu dia amik syariah undang-undang.. pergh patut la.. dia ajak gi minum ayaq sambil berbual2 tapi beta time tu tengah fokus carik bahan.. so sori la bro.. bukan beta sombong.. tapi try lagi lain kali k..
3/2 cuti-cuti malaysia. cuti ari wesak. ape aku buat ari ni eh.. ape lagi.. betulkan bab 1 untuk tatapan mama sue aku untuk keesokan hari lah sebab dah janji nak hantar 4/2.. ho ho..orang lain da berzaman hantar draf bab 1 (time masa Dr. tanya kabar disertasiku ape cerita tu..) so kelam kabut la jugakkan.. pulun buat, tambah itu dan ini dan betulkan ape yang dikomen oleh pemeriksa dalam proposal itu.
4/2 fuh.. waktu mendebarkan untuk bertemu dengan mama. mama sue ni tak ade lah macam rimau ke ape ke..tapi sebab kita respect dia.. so setiap tutur kata dia boleh wat kita terasa zup-zup dijiwa.. so rasa nak wat yang terbaek laah..tapi terrbaek- terbaekk pown habis jahanam lingkop kalau dapatkan kat aku.. well me and protocol mana bersatu.. hoho.. then, mama sue tak de la on the spot bincang draf aku tu. just bincang skit2 je pasal ape yang dikomen oleh pemeriksa.. mama bizi dengan stuff2 keja dia so tak lama pown kitorang bincang. yang penting 10/2 kena hantar bab 2 pulak.. ho ho
5-6/2 kononnya protest sebab tak bersedia datang campus awal 15 hari dari dirancang, pas jew anto bab 1, teros le i layan marathon korean drama.. kekekeke.. (padahal itu sahaja yang mampu buat sebab orang lain mana balik campus lagi, aku je terover sayang usm) sambil2 tu usha blog2 crochet dan marathon one piece buat yang ke seratus lima puluh juta kali...kekekeke..
7-9/2 insap balik. selak balik disertasi terchenta. bab 2 rumit skit. sebab kena buat literature review. masa degree dulu aku tak de la rasa susah sangat (dah aku wat website system)..tapi yang ni siyes.. kena mentelaah buku-buku akademik, tesis orang, kertas kerja dengan istilah-istilah sains sosial yang bagi aku amatlah susah nak telan.. haha.. yela.. kita maksudkan pengurusan nih camni-camnih-camnih, alih-alih dalam tulisan orang tu orang ni pengurusan nih blablablabla.. naseb ler.. nak muntah ijau pown ade.. tu baru mengedit karya proposal sendirik da nak muntah ijau..belum lagi bab nak proses aku tulis ape tahun lepas sambil memuji diri sdiri sebab hebatnya boleh buat proposal tebal-tebal (48 muka surat jew pun) haha.. jadi begitulah diri ini 3 hari sebelum nk kena hantar bab 2 disertasi.. haha..sempatlah join aniem ngan kak E jenjalan kat padang kota lama makan pasamboq ngan ABC. nak jogging katenya.. last2 tibai makanan.. kekekeke
10/2 hantar via kerani opis je sebab mama I cuti kecemasan, so tak jumpa lah dan lepas tu enjoyyyyy.. kononn.. enjoy tak enjoy.. hari seterusnya terperap kat bilik sebab tak dapat nak ke mana jugak, first tak de transport, second tak de geng.. berkawan dengan Gan depan bilik jew gi lunch n dinner kat cafe sebab dia pown balik campus awal.. same case ke kita..hahaha.. Gan sambung Master bahagian Planning ape ntah.. dulu dia study architecture (wah!)..tak jadi nak jealous sebab dia cakap dulu dia lagi teruk sebab tak mandi berhari-hari sebab berkurung dalam studio nak kena siapkan project. perghh!
10-15/2 menghabiskan sisa-sisa dan saki baki hari ku di campus dengan mengait dan movie. sesekali merayap ke tesco (padahal sekali je) sebab siyes boring. i ajak abang i jenjalan dia bizi je manjang..hepi giles masa hanim ajak gi beli barang nak wat cupcakes sebab dia dapat order yang banyak. so, akibat keboringan yang melanda, aku meng-offer-kan diri untuk menjadik assistant. naseb bek time ni ak bermastautin kat umah sewa aniem, sebab malam tu yang dapat tau ayah zik tak de.. kalau aku duk sengsorang dalam bilik ostel, siyes aku pown tak tau ape aku buat. at least duk kat umah orang, cool skit. malam tu, tak bulih tidur sebab mengenangkan ayah zik. mungkin sebab roh dia dah sebati dengan kitorang orang kelantan, jadi amat terasalah kehilangan tu. kami sayang tok guru.
16/2 maka hari yang ditunggu-tunggu, supervision class bersama misdev 14 dan mama sue kami. masa bincang sebelum aku balik cuti sem ari tu, aku just ingat kitorang ade supervision class ni je. sebab tu pasal bab-bab disertasi tu aku tak pikei pun masa cuti, rupanya dr. ade bincang dengan budak2 ni dia nak draf setiap bab dalam sem break tu. padan muka gue. sapa suh awal-awal dah cabut. well, time tu kan banjir, of course lah saya nak cepat-cepat berada di tanah tumpah darah untuk memberi sumbangan apa yang patut dan time tu jalan udara je yang boleh lalu, jalan darat semua tersekat kan. maka, masa supervision kelas tadi, mama terangkan lah dengan detail perkara yang perlu ada pada sebuah desertasi dengan sedetail-detail-detailnya. tentang kesalahan-kesalahan yang kena baiki. overall bab 1 dan bab 2 aku punya organisasi dah betul (salah lagi tak tau la sebab memang aku rujuk desertasi lepas sebijik2)..tapi..tapi..tapi.. as aspected-lah budak yang baru belajar nak menulis penulisan akademik. semua muka surat kena conteng.. ha ha.. tak sure berbaloi ke tak 15 hari beta mengorbankan hari beta demi desertasi.. insyaAllah.. semoga ada hikmah :D (ade..ade.. aku dah jadi pro crochet sebab macam-macam benda aku try kait)
So, nak tak nak.. kena selak berkali-kali lagilah disertasi gue. makan mr D, minum mr D tido mr D.. moto terbaru.. bertekad cemerlang.. rilex la da.. setahun je.. pastu kita kawen.. eh tak.. kita ke korea...hahahaha
ingat senang ke batu nak jadi berkilat macam berlian..so..polish lagi.. polish lagi..dan polish lagi.. Ada.. jalan malas.. kalau malas, ingat berapa riban yuran kos.. haha..
p/s: bagi idea camna untuk aku mengantuk? dan tido?.. pelis..
p/s 2: lagi sekali entry tanpa gambar, sila imagine saya tengah mengira bintang k.. silap-silap dapat carik bintang Do Min Jo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan