marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 21 Mac 2020

OhMyCountry : Perintah Kawalan Pergerakan

.: Assalamualaikum :.



Kerana mu..oh Carona


Hari ni dah masuk #day4 Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung kat negara terchenta angara covid-19. Kalau diingatkan ni adalah first time aku merasa sendiri bagaimana orang dulu-dulu hadapi ancaman wabak merbahaya dan berjangkit. Merbahaya sangat si Covid-19 ni yang menyerang tak kira siapa tua, muda ,miskin, kaya orang kenamaan, orang x de nama, orang kuat agama atau tak kuat agama semua dia serang. Seram pulak bila angka yang positive tu meningkat dari hari ke hari. Kat Malaysia sehingga hari ni dah ada 2 kematian. Takziah kepada 2 orang jemaah tabligh yang pergi mengadap Ilahi angkara virus jahat ni.



Ada logik kerajaan suruh kawal pergerakan. Terutamanya dari segi nak putuskan rantaian virus tu sendiri. Ye lah kita tak tahu sama ada kita yang segar bugar sihat ni entah-entah pembawa. Virus ni dia bertahan selama 14 hari dalam badan manusia dan apabila lebih 14 hari dia akan mula nak cari perumah lain. Sebab tulah kerajaan tetapkan untuk waktu ni Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari. Sabarlah wahai rakyat Malaysia. Jangan disebabkan kita satu negara merana.


Situasi kat kelantan pula boleh dikatakan peningkatan yang agak ketara. Waktu #day0 Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan, 17 orang yang disahkan positif covid-19, #day1 bertambah lagi 25 dan #day2 seramai 30. dan semalam #day3 naik mendadak 44 orang. Astagfirullah. Rasa virus ni makin dekat dengan kita. Lagi seram bila orang yang kita kenal pun dijangkiti sama.


Kilang tutup. Kerja dari rumah (walaupun banyaknya duk main..hikhikhik). Satu langkah yang baik sebenarnya apabila semua premis-premis ditutup. Selain aku dapat cuti yang panjang (hikhikhik), pergerakan orang dapatlah dikurangkan dan kontek kita dengan manusia lain dapat diperlahankan. Walaupun keja aku tak de lah jumpa ramai sangat manusia,yang jumpa orang yang sama je. Yang penting i have a lot meeee timeee. 2 minggu kot. heeee..



#day 1 #day2 #day3 telah berlangsung dengan jayanya.. maka marilah kita hadapi days seterusnya dengan berlapang dada. Doa supaya kemelut wabak ini berakhir sebelum ramadan tiba. #pray for Malaysia.



Wabak ini menular di negara kita seawal awal tahun pada 25 Jan 2020 namun kerajaan waktu itu masih mengamalkan dasar keterbukaan dengan menerima warganegara China dan merawat di negara kita. Masih terkawal kata mereka. Dan sebenarnya 22 kes berjaya dirawat sehinggakan selepas 11 hari bebas daripada wabak ini dan penerbangan  dari serata dunia masih lagi berjalan, tiba-tiba negara dikejutkan dengan kes covid-19 yang baru (gelombang ke-2) hasil daripada perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling. Kes demi kes dilaporkan dan sehingga #day3 1030 kes positif dengan 3 kematian.

Update sehingga 11.00 mlm:Hari ni makin bertambah menjadikan jumlah 1183 orang degan 8 kematian

Itu baru dari cluster tabligh, lepas ni tak tahulah cluster mana akan menyusul sebabnya dalam ketegangan situasi perintah kawalan pergerakan banyak pulak event besar-besaran yang berlaku. Perta kat Penanglah,Panic buying orang ramai lah. Perantau yang balik kampung lagi. so..

Bertabahlah kita kalau-kalau kerajaan buat kerahan tentera atau paling worst bila kena #lockdown. Minta dijauhkanlah.

Lagipun kesian bila staff KKM bertungkus lumus buat kerja diorang, kita pulak sedap duk merayap. adeh. cannot brain betul.

Doakan keselamatan dan kemakmuran negara. Kenapa perlu gelabah bila kita boleh jadi tenang. gittew.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...