.: Assalamualaikum:.
Annyeong yorobun.
Disclamer: post ni dari tahun 2025~
Since bulan Oktober pun dah berlabuh, maka kita throwback aktiviti Oktober kita nan satu ini iaitu mendaki Gunung Stong di Dabong Kelantan.
Actually aktiviti ni boleh kata in prompt jugak tapi dianjak ke bulan Oktober. Jadual asal bulan Ogos. Tapi tak pe sebab, FREEEEE 😁😁😁
Program ni di bawah Urusetia Belia dan Sukan Kelantan (UBES), maka bila kerajaan negeri anjur program nyiru saya tadahkan. Sebab dah tahu hal ehwal kebajikan mesti dijaga.
Tq penganjurr 😘
Selain dari tu, aktiviti ni adalah salah satu wishlist 2025 iaitu naik ke KEM BAHA.
Plan nak pegi naik sebelum raya aidilfitri la lepas raya aidiladha la tapii last-last terkubur camtu. Ingatkan wishlist ni kena bawak tahun depan tapi bila UBES bukak penyertaan laju je sign up.
![]() |
| Kasut hiking check, beg hiking check 👍 |
Aku n maknae lah.
Sape lagi partner in crime kalau bab-bab gini. Tapi untuk program ni jadi extra pulak sebab kena daki gunung Stong.
Ahh.. Bring me on!
So, bila dah dekat-dekat tarikh, banyak pulak barang kena add to cart and check out. Ingatkan boleh pergi santai-santai aje. Tapi sebab maknae bersama dan dia memang all out bab-bab mengembara nih dan dah ade 2 kali pengalaman naik Kem Baha, so aku folo je la beli benda-benda yang wajib dan optional. Tapi kalu kire benda optional lagi banyak di check out.
Pengalaman kite naik gunung kinabalu 15 tahun yang lalu je sis~
Waktu tu too young too dumb to realize..
Barang-barang mendaki pun main kutip apa yang ada. Naik gunung kinabalu pakai bagpack UMS lambang puncak jaya je. Berbekalkan sebatang tongkat yang diperbuat dari dahan pokok (dibeli; RM3) dan kasut Adidas kampung.
Indah pulak untuk dikenang!
![]() |
| Hi crush! |
Korang macam tak caya aku penah naik gunung kinabalu boleh usha sini. sini dan sini. Hiks..
Tiba hari yang ditunggu-tunggu, kitorang start xpdc dari Kota Bharu (Pejabat SUK) ke Dabong ambil masa dalam 2-3 jam. Bestnya bila join program kerajaan negeri ni.
First, solat hajat dulu sebelum start bergerak. Rasa ada keberkatan la kat situ. Taklimat oleh Pengarah program dan xpdc bermula.
![]() |
| Abe e hantar gi kat SUK |
Sampai di kaki gunung dalam tengah hari dan kami dijamu makan tengah hari dulu kemudian masing-masing menunaikan solat jamak qasar zuhur-asar. Dalam jam 2.30 petang, pendakian Ke Kem Baha bermula. Sebelum tu ada taklimat oleh ayah mie selaku ketua maling gunung.
![]() |
| 3 jam jugaklah nak sampai kat kaki gunung ni dari KB |
Kitorang dipandu oleh 7 orang maling gunung. Peserta seramai 40-45 orang kalau tak silap.
Mencabarrr~ hahahhaha.
Tapi berbaloi. Bila aku kata mencabar ni disebabkan oleh track dia lah yang mencuram naik. Oh ya. Tak lupa juga kat load bag yang berat huuhuhuhu. rasa dalam 7-8kg camtu. Berat ngaat~
Aku nih nak kata tak fit sangat tu tak de la jugak, boleh je daki dan kira yang terawallah jugak menjejak kai kat Kem Baha tu. Tak sia-sia duk berjalan atas walking pad yang aku beli kat TikTok ngeehh.
Ada la gunanya. Tapi setelah lama menternak lemak dan jarang beraktiviti lasak, maka aku boleh katakan mendaki gunung is not my thing~
![]() |
| Sebelum tahu onak dan durinyaa~ |
Selain aku dan kimah (maknae), kawan kimah, Syu dan kakaknya pun join sama dalam program ni. Takde la aku pishang sangat dengan adik aku nih hahaha. Aku boleh la pair-pair dengan kakak Syu yang bernama Nora tu. Nora muda setahun dari aku.
Amazingnya partnership aku-nora, kimah syu is perfect combo. Apanya tidok. Kimah-Syu tu bebudak aktif yang memang dah penah naik Gunung Stong ni, so dengan celoteh mereka, kitorang yang amatur ini dapatlah gambaran apa yang akan terjadik nanti kat sana.
![]() |
| Air terjun Jelawang |
Tak de gambaran mana pun tapi at least adelah jugak orang yang boleh aku harapkan kalau jadi paper selain maling gunung tu.
Alah, titew kan introvert wak.
![]() |
| Dasar introvert, tp jiwa extrovert |
Aku pun tak ingat sangat berapa jam rekod aku sampai dari kaki gunung ke Kem Baha ni. Maybe sejam lebih la kot. Tapi yang penting antara orang terawallah jugak.
![]() |
| Yang terawal tiba di Kem Baha |
Sampai kat Kem Baha, kitorang disuruh untuk pasang khemah sendiri. Err.. ape? Ngehh. Mane la aku tahu walaupun awal-awal ayah mie dah bagitau kat Campsite Kem Baha ni semua sendiri na. Makan je yang diorang akan sediakan kepada peserta.
Makan 5 kali sehari. Boleh tahan.
Proses pemasangan khemah berjalan dengan baik dengan adanya 2 orang kanak-kanak yang functions selain geng ahkak-ahkak yang memang banyak kali dah mendaki, duk sebelah khemah aku.
Fit kemain diorang ni walaupun lagi tua dari aku. Aku pulak dari nak sampai ke Kem Baha tadi duk pikei, adakah aku memang mengambil tindakan yang benar datang ke sini?.. Hahahaha.
Waga rebahan dibawa mendaki.
Disebabkan advance sangat sekejap je siap pasang khemah, maka aku pun pegi la tolong-tolong peserta lain yang sama terkial-kial macam aku tadi. Biasalah bila rasa dah teror ni haruslah menunjuk skill itu. Eheks.
Siap pasang khemah masa untuk melantak!
![]() |
| Kemain siap ade lampu liplap liplap |
Kitorang ke area pondok makan. Agak gelap jugaklah area sini tapi seronok je nampak maling gunung duk prepare makanan. Sorang-sorang ada style masing-masing. Waktu kitorang sampai tadi tak ada lagi khemah yang terpacak, tapi sekarang baru perasan ramai dah orang-orang sampai kat campsite ni. Masing-masing duk pasang khemah.
Makanan dah pun berisi dalam pinggan dan air o panas tak ketinggalan.. Kitorang pun apa lagi pergilah kat view point yang famous di Kem Baha ni. Makan-makan sambil bergambar. Takjub melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Sayup-sayup pekan Dabong dapat ditengok dari atas.
Waktu ni hanya kitorang aje yang duk bermain-main kat situ. So niceee~
Malam, detiknya bermula. Uish. Aku ni species tido awal, malam tu pulak ade taklimat untuk naik gunung stong. Mula-mula tu pada firasat aku aktiviti santai-santai aje ni. Apelah sangat mendaki cam naek gunung kinabalu aje nanti.
Sedangkan.. lepas dengar taklimat dari malim, siap suh prepare barang-barang penting takut kemungkinan hujan lebat atau sebagainya, perghh.. takut la pulak rasanya.
![]() |
| Kredit to maknae and syu |
Yela..compare dengan zaman dulu kale muda remaja boley la panjat gunung kinabalu itu, tapi memandangkan aku ini udah separuh jubli perak, mungkin mencabar. Tapi takpe. Macam barang-barang dah ready kot.
Yang penting beta kena tidur yang mencukupi baru rasa esok functions. Err.. walaubagai manapun, ingat selesa tido dalam khemah? Diorang kata cuaca sejuk, tapi panassssss giles. Aku mane boleh tido tanpa alas tebal. Huhuhu. pastu lagi rasa terkurung dalam khemah sepanjang malam.
Berapa kali aku terjaga dan cuba mengira biri-biri agar terlena. Tapi failed. Lain la ade internet, boleh la ku skrol tiktok sampai lebam tapi nak save bateri pulak. Hurmm.. Serba tak kena kan. Dan tidak semena-mena, subuh.
Ape lagi laju bangkit pegi ke toilet untuk bersiap.
![]() |
| Salam Subuh dari atas Kem Baha |
![]() |
| Macam tak ready nak gi ukah gunung je guyss..ahaks |
Lepas makan pagi dan taklimat akhir, maka ouls dilepaskan ikut kumpulan. Bersama aku of course ahkak-ahkak kaki mendaki dan buddies aku. Kimah-Syu-Nora.
Mehnah dan tribulasi bethol sewaktu mendaki ke atas ni. Kilometer pertama pun dah pancit. Apa taknya, trailnya sempit, berbatu, tanah kuning dan sekeliling hutan memang seram huhuhu. Kitorang sampai kat check point Sungai Rantai. Dalam 45 minit kot dari kem Baha ke sini. Katanya air sungai ni bersih untuk di minum. Aku iss.. Hmm.. gwuenchana. Botol aku masih ada air.
Agah~
![]() |
| Time ni lawa lagi.. hahahaha |
Expidisi masih diteruskan. Tapi rasa makin jauh dengan geng-geng ahkak tadi. Rasa jauh kena tinggal ni sebab kimah n syu macam tak rok doh. Aku & nora masih steady lah sikit. Dalam duk macam kenaling kena tinggal, mujur la ade kitorang terserempak dengan maling.
Tak tau la dia sengaja lambat-lambat sebab kami group pertama tercorot ni masih di belakang atau dah tu kerja dia kan.
![]() |
| Daun sarsi katanya |
Dari check point Sungai Rantai ke Kem Balak, jalan agak landai dan kitorang pun agak santai berbanding dengan trail tadi yang macam hape dah. Kat sini at least boleh la bersapa-sapa dengan maling tu tanya pasal pokok-pokok liar yang ada di sekeliling ni. Bersama kami tiba-tiba ade seorang AJK program (lupa nama ape) join sekali muncul dari belakang. Maka makin rancaklah perbualan kami dalam hutan itu sambil berjalan menuju puncak.
Santai-santai sampai tak sedar tiba-tiba dah jumpa balik dengan ahli group 7 orang tadi duk tengah rehat kat Kem Balak. Katanya sambil tunggu kitorang. Hihihi. Tapi bila kitorang sampai, kitorang pulak la nak rehat. Hikhikhik. Nasib baik depa tunggu. Dalam 5 minit kitorang bersama-sama meneruskan kembali perjalanan.
Trail Antara Kem Balak ke Gua Bago Last Water Point pun agak landai. Di waterpoint ni mereka berkerumun untuk isi air sebelum ke puncak sebab ni adalah last tempat untuk dapatkan air bersih. Naik nanti tak ade dah. Aku pun amik keputusan untuk mengisi air walaupun aku rasa aku tak minum kottt. Huhuhu. Ntah la. Tak berani laa.
Lepas je check point ini, dugaan sebenar pendakian bermula, geng group aku laju nak matai sampai gengaku 4 orang + 1 ajk + 1 maling lost in contact. Awal-awal tadi macam sama-sama lagi tapi bila dah separuh perjalanan, depa pakai pace berapa laju membukit?.
Ajk & maling mula-mula dengan kitorang pun dah menghilang dalam hutan dan terkontang-kontang 4 orang budak ni mencari jejak depa.
![]() |
| Muka manyak senyum tapi kaki~~~ |
Trail dia memang tak nampak jejak, bila panggil tak bersahutan. 2 orang budak (kimah-syu) pun dah sedaya nak melaju tapi ye la kan, limit sampai situ je. So aku & nora pun rilek-rilek aje la. Takkan lari stong dikejar cuma sekarang ni please, jangan salah jalan. Huhuhuhu.
Nanya.
Duk dalam eh betul ke trail kita lalu ni, dari belakang muncul pulak ajk program yang lain. Lega sket sebab dia laki, kekeke.
We ouls ni ramai mana pompuan pun, the leader kena la lelaki, baru lah sesuai dengan ayat " Arrijalu qawamul ala nisa' ".
Ahh gitu. Ni kan program UBES, kita kena ada asas pegangan yang kuat. ngee
Ajk katanya, dah biasa datang panjat stong ni katanya, so dia la lead jalan. Kitorang cam biasalah.. follow the flow. Dengan malingnya hilang. Ni adalah suatu kesyukuran.
Huhuhu..
![]() |
| "Acu laju-laju gak sikit", aku cuba encourage kimah 😤 |
Dari kejauhan di belakang kitorang dengar suara-suara peserta lain. Rupa-rupanya geng group 2 dah muncul. Tapi tak ramai dalam 3-4 orang. Pergh lega. Titiba kitorang jadi kamceng hikhikhik.. Dalam hutan belantara ni nak sombong-sombong sila buat trail sendiri lah. Kekeke.
Dalam geng dia ade sorang isteri maling gunung. kak da klu tak silap namanya. Dia memang the best la tahu selok belok hutan ni sebab selalu folo suami dia mendaki. Makin legalah bila kitorang mendengar kisah-kisah dan ceritanya sambil duk meniti atas pohon balak yang besar.
Check point seterusnya adalah Sang Kelembai, dan dari Sang Kelembai ke Permatang Bonsai, trailnya memang bukan biashe-biashe dah.
![]() |
| Check point sang kelebai |
Cacak dia macam nak ke syurga. Tak bagi peluang untuk betis berehat. Tapi kita gagahkan juaaaa. Sampai di Permatang Bansai, syukur..
30 minit lagi kalau tak de aral, sampailah kita di puncak. sekarang jam dah nak dekat pukul 12.30 petang. Jangkaan masa ni dah sampai sebab 5 jam lebih kurang perjalanan untuk ke puncak stong. Kitorang tadi naik dalam jam 7 pagi lebih. Masa rehat lama sangat setiap check point huhuhu.
![]() |
| Penaaattt~ |
Cuaca hari ni alhamdulillah, helok aje. Tapi ada ciri-ciri nak hujan sebab mendung. Nak tak nak kena turun awallah asalkan jangan terperangkap kat sini waktu hujan.
Kalau tengok trail ni memang dasyat la kalau hujan. Bila dah sampai atas, cuaca menjadi lebih sejuk. macam mendaki dalam aircond. Pokok-pokok area ni pun dah lain rupanya. Ketinggian kat sini dah lebih 1000m dari paras laut.
![]() |
| daun pokok kat kilometer ni dah macam dalam citer Narnia dah |
![]() |
| Time ni Syu n kimah memang la. Aku n Nora siap duduk kemas elok tunggu depa sampai |
Akhinyaaaa, setelah menempuh onak dan ranjau, alhamdulillah, kitorang tiba di Puncak Gunung Stong pada pukul 1.15 petang. Ahkak2 group 1 tadi siap lama dah duk berehat kat sini. Waktu kitorang sampai diorang dah siap makan dan ready untuk turun
![]() |
| Yahoo. Da sampaii~ |
Huhuhuu. Group ke 2 sampai tu group ouls la. geng corot group 1 dan advance group 2. Hikhikhik. kitorang dalam 7-8 orang gitu. 1 group sebenarnya dalam 14 orang.
![]() |
| Warga rebahan dibawa mendaki |
![]() |
| Muka bangga sebab dapat rungkas gunung stong oh! |
![]() |
| Berlagaklah sikit bila dah sampai ni. Ahaks |
Siap merakam memori di puncak , kitorang amik port untuk lunch. pack makanan ni disediakan oleh malim awal-awal lagi. Sodaaap nasi ayam kicap ni memang licin.
Siap makan, kimah & syu bukak kedai kopi.
![]() |
| Ayuh lunch geng! |
Patut laaaaaaaa slow diorang mendaki, rupanya dalam beg depa penuh peralatan camping. Nak rasa suasana healing di puncak katakaaannn~
Bekalan kopi kitorang pass bagi rasa semua orang. Hahaha. Dalam hutan camni beramah mesra dengan peserta dan ajk dapatlah menjalinkan ukhuwah fillah. Peserta kebanyakan friendly aje.
Suka sangat dengan suasana camni. Program negeri what do you expect?
Kitorang kemas-kemas untuk beredar dari puncak bila group lain dah start sampai di puncak. Dalam jam 2 petang kitorang turun.
Turun ni agak laju dari naik. Dan banyak bertembung dengan peserta-peserta lain jugak. So tak rasa kesunyian dan kesepian macam naik la. Lagipun dah kamceng dgn geng2 group 2 td.
Yang tak bestnya bila tak sampai-sampai kat Kem Baha lagi ni ..huhuhuhu.
![]() |
| Asal ade peluang utk rehat, kitorang stop aje |
Part paling aku rasa lucu dengan diri sendiri bila jumpa balik Last Waterfall tu dah tak beringat terus aje minum air sungai tu tanpa ragu-ragu. First waktu mendaki pagi tadi punya lah susah nak try minum.
Waktu kat trail naik ke puncak pagi tadi aku try la minum air sungai yang aku isi dalam botol sebab berat. Aku nak buang aku rasa macam membazir so aku cuba minum.
Fuhhh.. So refreshing!
Tak jadi nak kurangkan bebanan berat tu tapi aku keep minum air tu. Sampai kat Last waterfall, air aku dah tinggal sikit jadi terus teruja nak minum lagi.. Hohhohoo.
Selesai minum, dengan tak semena-mena aku terus pecut ke Kem Balak (sebab aku tengok kakda dan suami dia) laju, kali ni aku tak nak ketinggalan yang menyebabkan hakimah, syu and nora pun terpaksa pecut jugak. Hahahahha.
Sampai kat Kem Balak, ouls rehat la kat area tadi. Duk tak lama, geng2 group 2 advance tadi sampai sambil mengomel, "kak pakai beg ijau ni lepas minum air, terus berdesup hilang" diiringi ketawa mereka.
Kak beg hijau tu adalah aku. Hhahahhaa.
Bila aku tengok suami kak da (maling) bangun, aku cepat-cepat suruh hakimah bergerak dan diikuti syu dan nora. Yang lain masih lagi menggeliat betulkan urat. Sekali lagi berdesup pergi. Trail kat sini tak seteruk tadi, tapi yang lagi menyedihkan maling tu lagi berdesup hilang dari pandangan walaupun aku dah macam lipas kudung dah berjalannya.
![]() |
| Berdua dengan kimah, aku push suruh dia laju takott kang tetiba si belang muncul |
Aku dan hakimah dalam hutan. Try tunggu syu dan Nora tapi tak sampai-sampai so aku dah hakimah teruslah berjalan sehingga bunyi air sungai Rantai kedengaran sayup-sayup. Tiba kat gigi air sungai, maling tu syiok aje duk bergambar sakan. Aku dengan kimah ni dah basah seluruh badan mengejar beliau hohohoohohoo.
10 minit dari Kem Balak ke Sungai Rantai. Pencapaian betul!
![]() |
| Kite penuh semangat kejar, maling lek2 je duk tunggu sambil main fon..huhu |
Tunggu diorang sampai, kali ni aku and da geng semangat lebih. kitorang nak advance dari maling tadi, so kitorang gerak dulu pape roger. Sorang AJK nak join alhamdulillah.
Rasa dilindungi skit gittew tapi kalau pak belang datang or mahluk menyelinap entah sape yang lari dulu..huhuhuhu..
Maka arakian, yang waktu start pagi tadi amik masa 45 minit dari Kem Baha ke Sungai Rantai, tapi kerana adrinaline kemuncak, perjalanan amik masa 20 minit aje sampai kat Signboard Kem Baha.
Hew Hew Hew.
![]() |
| We did it!!!!!! |
5.30 petang we ouls tiba di Kem Baha dengan jayanya. Makan, solat jamak and masa untuk mandi. Kalau hari ni tak mandi memang melampau la hahahhaa.. Kitorang mandi kat sungai sebab kat toilet memang tak boleh mandi. Selain bekalan air yang tak de (kena punggah air), kat sini letrik pun tak de. Toilet semata-mata untuk tunaikan hajat or salin baju aje.
![]() |
| 25k steps ohhh! |
Malam menjelma, Malam ni mencabar sikit sebab angin kat tapak perkhemahan agak kasar. Hujan mulai rintik. Semua di minta untuk berteduh kat area pondok dapur. Kat sini memang happening dengan maling dan family bersantai dan bersantap. Selain makan makanan yang disediakan diorang turut jamu kitorang dengan makanan-makanan lain juga.
Cuaca kian okey jadi, kitorang pun (tak aku sorang) pun ready untuk beradu sementelaah mereka bertiga masih mempunyai tenaga untuk bercanda di luar sana dalam gelap membungkam.
Me is so sorry, energy aku dari tadi lagi minta untuk dicharge dan tidolah aku dibayangi mimpi yang gelap sebab aku tak ingat pape dah tapi macam biasa, tengah2 malam aku sedar sendiri dan mengira biri-biri.
Keesokan hari, hari terakhir untuk xpdc. Bangun pagi, sarapan di dataran viewpoint lagi. Actually hari ni ramai orang yang datang mendaki. Influencer pun ade tapi tak de la nak pegi tegur hahaha.
Cameramen dia yang tegur kitorang sebab nak port kitorang duk lepak tu ade lah.
Hari ni awan karpet.
![]() |
| Ni ke awan karpet yang dicari-cari oleh para pendaki? |
Pakat terujalah nak bergambar kenangan.
![]() |
| Layan nasik lemak kat port biasa |
Selesai makan dan melepak, masa untuk main sungai lagi. Kali ni port kat Air terjun Telaga Tujuh. Kitorang beramai-ramai ke sana masih kena mendaki dengan trail tak kurang hebat mencabarnya.
Tapi apakan daya, alang-alang dah kat sini, marilah kita tempuh dengan tabah walaupun tulang lutut kata nehi hai.
Kat sini sekali lagi, kimah & Syu bukak kedai. Dibawanya stok makanan-makanan untuk dimasak, air chocolate, kopi untuk menjamu semua orang yang seronok bermain air terjun.
Biar baru je lepas makan, tapi bila main air ni, megi ini tak akan ditolak punya!
![]() |
| Bukak cafe, laku keras |
Selesai kat situ, ingatkan masa untuk berkemas pulak. Tapi tidak. Ada maling mengajak budak-budak ini main gelongsor semula jadi di port air terjun Kolam Puteri.
Pergh.. Sayyup-sayup aku tengok kimah & syu beraksi. Aku yang rasa separuh nafasku pergi.
Agak daring la memang idok la aku nak menyahut cabaran ini. Kena sedar usia kita ini hahhaha.
Selesai bermain di situ, kitorang balik untuk berkemas dan bersiap dan makan tengah hari. Jap lagi cabaran peha dan tutut akan kembali dengan load 7kg. Masa untuk turun ke bawah.
![]() |
| Ayuh kita terjunnnn.. Tak saba nak tido atas katil kat rumah |
Aku rasa nak aje meluncur balik air terjun Jelawang ini atau campak load kat situ tapi memang melampau la pulak. Jadi aku tinggalkan angan-anganku itu dan mula beredar dari Kem Baha yang aku kira kali pertama dan terakhir menjejak kaki dalam hutan belantara ini.
Aku abadikan kenangan bersamamu di dalam blog ini.. Ngeeeh
Waktu turun, 4 budak nakal ini masih lagi dalam jaringan yang sama, sampai separuh jalan, 2 budak dah lost track. sapa lagi kalau bukan kimah & Syu.
Nora steady. Aku memang dah pasrah dan redho. Kaki tak nak bagi kerjasama tapi nak tak nak, kita nak balek wak.
Memang lama terasa waktu nak turun ni. Trail yang digunakan pun tak sama dengan mula-mula datang. Entah, dah tak kesah mencabar ke tak. Yang penting aku nak sampai bawah aje. Naseb baek tak tergolek je ni.
1 jam juga dari Kem Baha ke bawah amik masa. Huhuhuu. Sampai bawah, sesi untuk tukar baju. Tak sanggup aku untuk pakai baju yang lencun itu walaupun kejap lagi tugasku hanyalah berehat dalam bas sampai ke KB.
Outfit bertukar terus. Yang tadi outfit naik gunung terus tertukar jadi outfit pegi KBMall hahahhaa. Aku tak betah pakai tracksuit lama-lama. Aku lebih selesa pakai skirt.
Selesai semua peserta turun, van datang untuk punggah kitorang ke jalan besar Dabong. Area ni biasanya bas tak boleh masuk jadi bas tunggu kat luar.
Sekali lagi kitorang dijamu makan ringan kat kedai yang kitorang makan tengah hari waktu datang baru ni sambil Majlis Penutup Program.
![]() |
| Outfit macam nak gi KB Mall ye lepas turun gunung |
Suasana memang sempoi apabila masing-masing bagi respon yang mengujakan untuk program ni. Peserta-peserta pun bertambah spoting. Friendly dan baik belaka.
Akhirnya, kitorang membolosi perut bas dan perjalanan 3 jam dari Dabong ke Kota Bharu. Dalam bas suasana masih lagi happening sehinggalah sorang lepas sorang peserta turun dari bas. Suasana happening tiba-tiba jadi touching. Tak nak berpisah katanya.
Yang best pak cik Driver main peranan betul dia dengan microfonnya. Hahahhaa. Untuk suasana lebih best, pakcik driver siap berenti bas untuk budak-budak ni singgah beli Pizza Ani Jangok yang famous amos itu.
Kitorang tiba kat Kota Bharu jam 7 malam. Dah la jalan banyak tutup sebab hari tu juga hari Keputeraan Sultan. Lampu-lampu sangatlah meriah.
Tapi aku dah tak sanggup menghadap hiruk pikuk suasana ini dan cepat-cepat naik kereta abe E untuk pulang dan sesungguhnya aku merindui katilku ..Hohoho
Overall, program ni best!
Suka Sangat!




































Tiada ulasan:
Catat Ulasan