marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Jumaat, 24 Januari 2020

Oh My Pippin The Grey: Pippin kena Sporo!

.: Assalamualaikum:.

Semlam aku pegi bawak Pippin ke Vet JPV kat Telipot. Actually aku just baru tau ade klinik vet government punya kat Kelantan ni. Yeah. Klu bukan sebab Pippin sakit memang sampai ke sudah aku tak tau. Aku just nampak vet UMK je. 

boleh dia behave pulak duk dalam keta. senyap je..sekali sekala bunyi miauu
Kenapa dengan Pippin? Nak beranak ke?.

Isk. 

oh my Pippin 😢
Sedih sangat kalau nak cite pasal what happen kat Pippin ni. Ingat post ni aku baru je citer pasal kewujudan Pippin dalam dunia aku?

zaaman kecik comel je..juruss je..

Tapi bila Pippin ni sakit luka-luka hampir seluruh badan, hatiku luluh dibuatnya. Bayangkan dia luka atas hidung, kaki belakang kiri kanan, bawah leher, kat telinga. Tapi tu pun Pippin ada hati lari memalam pergi bergelut dengan kucing-kucing liar. Tiap-tiap malam aku bunyi kucing bercakaran kot, Gaduh bawak geng. 

bila dah menigkat remaja..aish..macam-macam

Oh. Sebelum Pippin jadi bad guy aka gangster kampung, malam-malam aku letak je kat dapur belah luar. Nak letak luar umah tu lah, aku takut dia lupa daratan tak balik-balik nanti. Penat oh nanti nak mandikan dia. Tapi akhir-akhir ni, cam dia memberontak je. Pandai je dia melolos celah mana untuk keluar dari rumah ni. Hampeh betul. 

bila dah dewasaa... masyaAllah.. perangai nauzubillah

Sanggup tu panjat rabung rumah untuk mencari nikmat duniawi yang sementara tu. Apa dia ingat aku letak dia kat dapur tu ingat nak buat tawanan ke. Hei , ingat sikit tuan mu inilah yang bersusah payah time hang patah kaki dulu tau. Aku cuba mengugut Pippin agar dia insaf.

Pandang aku pun da semacam. Muka tak puas ati tu tak tahan. Kadang-kadang dia mogok makan. Kadang-kadang dia mogok tak balik umah.Tapi selalunya kalu aku panggil nama dia buat donno je. Hampeh betol. Pin, ingat sikit sapa yang membelaimu diwaktu  kau tak punya siapa-siapa. Itu AAAKKKUUUUU..

Maybe tengah akil baligh kot. Sebab tu aku biar je dia layan perasaan. Nak bergengster pun terpulang lah. Nak gi berchenta pun suka hatilah. Nak jadi kucing jiran sebelah pun dipersilakan. 

I is merajok.

always..pippin..alwayss..

Padanlah aku tak mandikan dia 4 bulan. Hahahaha. Makanan je bagi. Tu pun umpan dengan wet food sebab dia tak mau makan dah kibbles. Ade la jugak dia balik untuk makan, nak kena belai-belai pastu gi main entah ke mana sampai kerong jadinya. 

Aku ingat kucing putih jiran sebelah tu bestfriend dia la. Kemana saja mesti berdua. Ari tu anak buah aku kena tegur dengan mak cik jiran depan rumah  tanya Pippin tu kucing dia ke pasal ade pegi umah dia dengan kucing putih tu. 

Whatttt??? Lepas tu terserempak dengan orang duk lintas jalan.. Pastu kucing putih tu dah tempang sebelah kaki. Pippin buat balik rumah si kawan tu, siap seret darah dia tu kat coridor rumah aku dengan kakinya yang tempang itu. Hampeh  betol sbb aku yang kena lap. ceh punya kucing.

Back then, aku ingat Pippin kucing betina. Sebenarnya masa kecik aku da check dia kucing jantan, tapi ramai orang kata dia kucing betina sebab perut dia montel dan bulu dia gebu dan perangai elok je sopan santun. kencing pun helok. Dah tu ok la aku pun kata dia kucing betina. That's why aku simpan dia dalam umah jajajajajjaa. Sebab aku takut dia bunting cam mak dia kang tak pasal2 aku kena jadi mak angkat kepada anak-anak pippin lagi. Pippin sekor pun dah cukup enough tuk aku layan. 

tengok cara tdo dah la.. x de kesopanan dan kesusilaan betul

huhuhuhuhuuhuhuhuuhuuhuu. Nak gi kasi tak pegi pegi.. at the end, aku baru tau Pippin kucing jantan sebab pakar kucing sendiri check dan aku pun berhuhuhu. Then lepas tu, aku bagi je dia duk kat luar utk dia jadi lebih perkasa..hahahhaha..

i meant dah dia jantan, no wonder lah klu dia panjat siling curi keluar. dah memang lumrah dia camtu kan. konon hebat. hahahaha.

Aku ingat dia penah depress la si Pippin ni. Pasal apa siyes tak tau. Bukannya boley slow talk. Klu boley slow talk aku takut aku yang depress pulak. Sah ke nak bercakap. Nak bunyi miau pun kire bonus la. Dia balik umah moyok. Mata cam menangis. Pastu duk main kat rumah dah. Tido pun dah reti tido kat umah. Malam-malam pulak macam tak liar cam dulu. Elok je tido kat dapur tu. Hoi pin putus chenta ke?

Dulu aku ingat kucing putih tu lover dia lah kan.. sebab duk berkepit 24 jam. kot la. aku as mommy tak approve sangat dengan kaki tempangnya.. tapi tu lah.. dah nampak sangat bestfriend dan malas lah pulak aku nak amik tau hal ehwal kucing ni. dari dia curi2 gi main mane ntah baik aku biar je sbb last2 aku cari diorang duk bersantai belakang umah tak pun kat umah jiran sebelah.. 

Sah kucing putih tu bestfriend dia sebab sekarang pun diorg still kawan lagi siap klu merajok dengan aku dia pegi bawak dri ke rumah sebelah. Kucing putih tu x de la pulak excited tengok dia datang hahahaha.

Ada jugak time dia cuba dapatkan perhatian orang. Dia buat onar. aku pun tak tau la kenapa. Boleh dia gi berak kat dapur mak aku elok-elok aku da sediakan tempat pembuangan sisa toksik kat dia. Mcam saje je tau.  Nak tunjuk dia punya peel sbb time tu time dia suka hilangkan diri. Dah dia balik aku buat dono je sebab makanan aku da buh siap-siap. Oh that time aku busy kot. Outstation. So jarang nampak Pippin ni. Nak membelai apatah lagi.

Nak tau ape dia buat? Dia berak atas katil aku time aku outstation ! Entah camane pintu bilik aku terbukak.anak buah aku kata memang dia ade bunyi macam kucing duk dalam bilik. Balik-balik tengok-tengok ada susuprise dia bagi kepada ku. Ntah da berapa hari yang pentingnya da la time tu aku ngantuk giles, x pasal2 kena bukak cadar, buang najis dia, basuh tilam lagi Oh my Pippin. but WHYYYY :( omma is sad!

masuk bilik nak tido atas katil. aku letak bawah..dengan selumber naik balik. dah la tido siap berdengkur. tepi skit pin.
Sampai lah baru-baru ni. Dia dah buat perangai lama dia balik. Lari dari rumah. Pagi-pagi hilang dari dapur tempat dia bersemayam malam-malam. Aku ingat mak aku lepaskan waktu subuhh tu dari dapur, tapi rupa-rupanya memang dia lari malam. Ya. Pergi bergelut. Dengan bangga buat balik luka hidung berdarah pakej dengan kaki kekcot (tempang) di pagi hari. Orang nak sentuh cuci luka dia tak bagi pastu bawak diri rumah sebelah. Paper je la Pin. Omma is busy.

Sampai satu malam ni, time nak tido aku duk dgr kucing bergaduh. aku agak ni mesti Pippin. Aku gi check kat luar hah memang si Pippin lah duk tengah bergelut dengan kucing oren. Masa aku keluar dari umah serius seram gile suasana dia. Dah macam cite Harry Potter dah. Aku baru tau yang rumah aku memalam port kucing berkumpul. Sekor-sekor berderam fuh rasa macam Voldemort nak datang. Pippin pulak aku tengok dia tengah bergelut macam bertarung betul.. Bukan manja-manja dah ni. Sakit ati pulak aku nengokknya. 

Tapi ini tak mengganggu urusan aku ke atas Pippin. Lagak seperti ibu Nobita, aku panggil dia. Tau takut. So, bila suasana x segenting tadi aku pegi masuk untuk lerai kan persengketaan itu. Kalau diorang cuba berlawan dengan aku, aku tak teragak-agak buka jurus gomu-gomu no jutsu. huh! ingat beta bukan darah pahlawan ke? 

Mujurnya keadaan dah kendur, bila aku panggil Pippin si kucing oren dah lari lintang pukang ke mana dan Pippin pulak datang menyerot ke arah aku. Good Pin. Salah aku jugak yang buh nama dia ala-ala pahlawan Gandalf The Grey. Malam-malam dia ingat dia tengah berlawan dengan Orcs. Dia tu resembles Pippin The Hobbit from Shire je kot. Tak yah nak melebih k.

Tapi.. my gadddd..Dia menambah luka yang sedia ada. Bawah leher n kaki memang berdarah macam kena hiris. oh omma pulak yang rasa nak demam tengok si Pippin ini. bawak dia naik ke bilik dah lap darah-darah tu. malam ni nak tak nak hang tido dalam bilik ini. tak kire. I mengepek (berleter) kepada si S Pippin. Dia akur lah jugak dalam protestnya. 

Dan malam-malamnya aku curi-curi bawak masuk tido dalam bilik sebab tak nak bg dia gi bertempur dah. Ni kalau mak aku tau aku bawak Pippin masuk bilik ni memang kene ngepek dengan omma tittew..eheekkk..

dan kat luar macam aman x de bunyi kucing gaduh. Yang tak aman si Pippin ni la. Bila banyak malam kena kurung dia stat buat perangai jatuhkan barang aku dalam bilik supaya aku bukak tingkap dan suruh dia kuar. what the??

So, as per result. Luka dia memang dah tak boley bawa bincang. Aku pun carilah klinik hayawan untuk merawat luka Pippin ni. Mujur ade kak Fieza yang guide and bagitau aku psl JPV Telipot ni. Siyes aku tak tau pape. Ritu Pippin patah kaki pun aku balut sdiri. Alhamdulillah membesar dengan jayanya sampai ke medan tempur. Tapi part luka-luka ni.. I is tak boleh.. ngilu kot.

Pippin what happen to you?

Pippin dah diagnosis penyakit Sporotrichosis. Dalam banyak-banyak penyakit. Penyakit ni paling bahaya untuk kucing. Bahaya dia memang boleh membawa maut dalam jangka masa yang panjang. what??????????????? Pippin what you have done??

Siyes aku tak tahu. Siyes aku insan yang lemah. Siyes. I don't want Pippin to leave me yet.

Doktor (doktor  ke kita panggil veterinar) tu bagitau simpton Pippin ni memang dah ke situ. Dan cara rawatan dia hanya lah dengan makan ubat. So untuk itu, aku kena kuarantinkan Pippin daripada orang dan kucing lain. Doktor kata dia dapat penyakit ni berkemungkinan dengan dia duk bergocoh dengan kucing-kucing liar lah. Luka yang tak sembuh tercampur pulak dengan luka bergelut dengan kucing liar jadi dapatlah penyakit ni. 

Sobsobsob. Sepatutnya aku terus bawak Pippin gi jumpa vet awal-awal lagi sebelum luka-luka lain jadik. Walaupun Pippin banyak cakadak. Tapi dia tetap kucing aku.

So, doktor tu suh bagi makan ubat tu sebulan tgkcamane perkembangan luka dia. Ubat tu aku fikir dos kuar kot sebab boleh merosakkan sistem hati so doktor tu suh bagi ubat tuk rawat hati jugak.. oh Pin. Bertabah lah dengan ubat-ubat ini.

Pin.. cepat la sembuh. Omma da beli travel bag dah ni tuk hang. 😭😭😭

Pin jangan tinggal daku. Pin naanti sembuh let's go Jeju together. Pastu I nak tukar nama u. I is tak boley tengok you ganas semacam cam Gandalf. Gandalf tu tak pe dia wizard. U kucing kampung je. tau. Jadi kucing kampung je.

So, alang-alang u dah miserable kan idup I ..

I nak buh nama you Danny. Yes so sesuai. 



1 ulasan:

  1. Do you understand there's a 12 word sentence you can say to your man... that will induce deep emotions of love and instinctual attraction for you buried within his heart?

    Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, please and protect you with all his heart...

    12 Words Will Trigger A Man's Desire Impulse

    This instinct is so hardwired into a man's brain that it will drive him to work better than before to do his best at looking after your relationship.

    Matter-of-fact, fueling this all-powerful instinct is absolutely essential to having the best ever relationship with your man that as soon as you send your man one of the "Secret Signals"...

    ...You will instantly find him open his heart and mind to you in a way he's never experienced before and he will distinguish you as the one and only woman in the world who has ever truly tempted him.

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...