marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 12 Disember 2019

The Only Survivor: Pippin The Grey

.: Assalamualaikum:.

Tak jawab dosa, jawab tanda sayang :)

Hai annyeong yorobun.


Tadi duk sorting insta story kat ig, banyak pulak story si Pippin yang terchepta bersama. Terus buat highlight biarpun dah sethun berlalu.

Ingat tak beta pernah mengomel pasal Rose and anak-anaknya dulu kat blog ni.. Haa..yang belum baca dipersilakan baca ..hee.. tekan je link ni jangan susah-susah..

So, memang mereka semua sempat bermak angkatkan beta sementara Rose berfoya-foya mencari teman baru. Pandai pulak dia beranak, beta yang kena jaga anak-anak dia. Naseb baik je time tu lonely tahap 4. Kalau tak memang tak mungkin la aku nak menjaga si empat ekor ni. I am not animal lover at first. Bukan geli or takut. Tapi memang tak de perasaan hahahhaa.

Nak jadikan cerita, Rose hanya pulang di kala dia rasa dia nak menyusukan anak je. Pastu entah mane-mane dia sembunyikan 4 beradik tu. Sekali jumpa belakang almari adik aku, dua kali jumpa bawah tangga loteng, 3 kali jumpa dalam bilik solat ayah aku. adehhh..

Dan time tu lah, aku volunteer nak menjaga 4 beradik tu.
Aku tak de pengalaman menjaga binatang, especially kucing sebenarnya.

Eh, aku ada tapi rasa tak valid kot sebab time tu aku baru darjah dua. Putih/ Mina/ Simba adalah 1st haiwan kesayangan aku yang aku jumpa waktu balik sekolah terus amik buat kucing angkat sebab dia comel sangat~

So, jadilah aku penjaga 4 beradik ni. Dah la nak cari nama sekor-sekor kemain susah.

First kucing yang aku bagi nama adalah kucing kaler hitam. Dark Monster. Sebab dia hitam lah. Dia nak kate monster langsung tak lah. Dia paling friendly + mudah sakit which paling dekat dengan aku.

Second, Pippin The Grey. Sebab time ni aku duk mentelaah cerita THE LORD OF THE RING jadi terbawa-bawa nama Pippin yang kiut dan miut. Pippin paling kecik antara 4 beradik ni. Dah la gebu, comel, montel kaki macam pakai stokin dan paling penting buas.

Third adalah Legolas The White. Yes, sebab demam TLOTR jugak lah. Kaler Lego macam elf yang fairy so itulah yang paling sesuai. Dia paling rapat dengan Pippin. Macam kembar sebab sama gebu, comel dan montel.

Lastly si Bada Haru. Yes.. Tak de sebab lain adalah sebab Hae Oppa. Dulu Hae oppa ade anak anjin* nama Bada. Bada maksud dia laut. Mujur tak buh nama Lee Dong Hae je kekekke. Haru pulak maksud dia Hari.Haru is nama cafe abang Lee Dong Hae Kaitan dia x de berpaut pun dengan maksud perkataan tu. Semua kaitan dia adalah dengan Hae Oppa..hahahhaha.


4 beradik

Pippin + Lego anak kucing Rose yang cukup kalsium dan membesar dengan buas dan comel. Dark Monster and Bada Haru selalu selsema.

Aku siap bina umah kat diorang nih kat belakang dapur. Bimbang diorang tak de tempat berteduh katenya. Dalam x reti menjaga kucing, plus ketar nak pegang kucing (aku tak alergik tapi x suka sentuh bulu kucing satu masa yang dulu) akhirnya kanak-kanak ini bisa membuatkan aku bagi perhatian. Ade lah dalam 3 bulan diorang dalam jagaan yang baik sehinggalah suatu hari...

Terimalah cinta dari orang biasa..
Jeng..jeng..jeng..

Seekor demi seekor macam kena sumpahan mati seekor demi seekor. Donno why yang tau-tau dah nyawa-nyawa ikan. Kena langgar kereta yang lalu lalang area rumah ni. Sadis dan tragik ssangat. Mula-mula si Dark Monster mati, pastu Bada Haru.. seminggu kemudian, Lego.. Memang speechless sangat siap imagine pasni naseb si Pippin kah? Huwaaaaaaa.

Adik beradik wrestling itu biaasaaa
Memang, Pippin pun tak lari kena tempias. Yang nasib baiknya dia tak mati. Dah la time tu aku outstation pegi Terengganu. Adik aku call bagitau Pippin kena langgar, tapi mak aku sempat nampak dia pegi menyorok bawah meja lama mak aku panggil pun tak keluar-keluar. Ommmaaaaaaa~

Lepas settle keja kat Terengganu terus pecut Betsy balik sebab aku takut Pippin jadi cam Bada je yang nyawa-nyawa ikan masa lepas excident tu. Bada patah paha siap keluar isi memang tak dapat diselamatkan dah sebab teruk sangat keadaannya dulu.



Si pippin memang tak tahu cite. Sampai rumah, aku panggil Pippin dan naseb baik dia datang, terus check what happened. Patah kaki, patah paw dan luka-luka. Mujur tak jadi lagi teruk. Klu tak memang Pippin pun mengikut jejak kekanda-kekanda la nampaknya. Rose langsung tak kelihatan time anak-anak dia meninggalkan alam fana ini. Hampeh punya Rose.

Pippin aku pun rawat. Dia sebenarnya tak nak kasi sentuh area dia patah tu. Mula-mula aku wat ilek wat ok tapi sebab nampak dia sakit sangat jalan pun main seret je kaki dan paw yang patah tu. aku pun buat anduh. Bukan ape. Kang cacat pulak nnti bila dah sembuh.


Time ni memang rasa sayang giles kat Pippin wuwuwuwuuwu. Dah la kesian semua dah tak de. Memang kaw kaw la menjaga si Pippin supaya sihat dan walafiat. Tengok dia main kat tanah area lalu lintas ak gi amik. Kucing kan time ni menikus tak leh tengok benda gerak sibuk nak mengejar. 

Mandi seminggu sekali sebab dah start tinggal dalam umah. Dah la makin besar makin gebu pulak. ramai pulak yang berkenan.Huish.. Omma is jealous but bangga. ahahha.

Bila dah besar ni, panda pulak dia buat hal. Waktu kecik sopan je kencing dalam pasir yang aku siapkan. Makan pun x memilih. Ni bila besar ni. Amboi.. Boleh dia curi keluar malam-malam sampai badan luka-luka, balik Pippin yang jelita dah bertukar comot. Omma is so sad.

Bila dah besar makan memilih, snek keras ape jenama sekali pun dia pandang enting je. Tak layan. Nak wet food je. Nak air coway. Hampeh benor si Pippin ini. Di turutkan sajalah asalkan Pippin tak mati excident. Kang dia buat drama batu belah batu bertangkup kang. Susah plak nanti. Tahulah nyawa ade 9.

Pin. We have long way too go lagi key. Don't die first!

p/s: Pippin masa muda memang jurus perangainya. Semua ingat dia kucing betina.Tapi baru-baru ni ade orang datang check rupanya..baru tau..Pippin sebenarnya kucing jantan..Bhahahahaha. 

p/s: Operasi menggemukkan Pippin sedang giat dijalankan sebab dua minggu lepas dia sakit dan lose weight. Oh my Pippin.

p/s: malas pulak nak transfer ke laptop berjuta gambar terkini beliau. Kalau ade masa i buat tau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...