marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Saturday, September 1, 2018

Random Story of the Week

.: Assalamualaikum:.

Hi guys, x jawab dose, jawab tanda sayang..gittew..

Cane raye korang semua?? kenyang ke idok duk makan daging qorban tu.. hiksss..
Kat umah ni hari-hari duk makan mee celup. Rasa dia perghh.. tak leh nak cakap..
Sedap ngat..dengan daging lembu yang fresh dan lembut gittew.
Memang tak pandang dah kat kantin PPWK dah musim ni..hahaha

Makan-makan jugak, jangan lupe penghayatan disebalik Hari Raya Adha ni ye dik. Sebagai tanda bersyukur, sebagai anda pengorbanan sebagai tanda kita adalah hamba Allah. Semoga meresap penghayatan tu dalam diri kite.. gittew..

So, raya dah habis.

Keja must go on lah ye. Tapi nnati cuti 31 Ogos pulak. Cuti lagi..hiks.

Dengar cite bulan September ni banyak cuti-cuti Malaysia tengah menunggu. yeah.. rancang cuti anda dengan baik ye. jangan sampai masa rugi masa rugi wang ringgit sebab plan ke laut.. kekeke

Dulu.. kalau cuti-cuti ni kite suka sangat lah. Merancang itu dan ini. kalau cuti lama, awal-awal lagi booking tiket kapal terbang balik kampung. Pikei bape ari nak apply leave. Pikei baju ape nak bawak balik. Pekei tu pikei ni.

Tapi sekarang ni tak payah nak pikei balik kampung dah. Sebab kampung depan mate je..hikhikhik. Bestnya cuti pulak duk kat umah pung rasa penat giless sebab time ni la anak-anak buah datang umah tokku diorang. Haaa..kalau diorang berkumpul tak sah katalah. keja jadi 4 kali ganda bertambah..

Minggu ni x de la busy sangat dengan keja.. tapi agak la sbb ade keja yang kena gi somewhere somewhere. tapi tak ape. yang penting kita anak CHEBOL. hahaha. So. Sebab anak CHEBOL nak datang kul wape nak balik kul wape. suka ati. CEH!

CHEBOL tak CHEBOL kena letak niat tu leklok. So ape pun my mission to work adalah UP C DOWN C iaitu  nak tingkatkan prestasi company dan kurangkan controversi. gittew. hahaha.

Minggu ni Bossku dah start nak memindah bilik. Nak ke bilik yang lagi luas katanya. Bilik tu dah berabad tak pakai, aku masuk nih katanya nak ubah angin. okeih juga. bilik lama dia akan ku make over jadi bilik document + pentry. Skrang da ade peti ais lpas ni bertambha-tambah la barang dapur kekekeke.

Lama dah tak berada I'M SINGLE & FREE cenggini. Biasa single tapi beban penuh di bahu. but now. Alhamdulillah. Suka betol aah duk kampung halaman terchenta ni.. tetiba rasa nak order tu, amik je kalau da berkenan. rasa nak makan ni. OK on. Kalau dulu beringat-ingat jugak. Yelah dulu lone ranger di dunia fana. Sekarang family ade sekeliling. Tapi tak bermakna boleh bermewah-mewahan. Kita kena sentiasa amalkan sikap wasatiyyah gittew.

I love to have Betsy around. Senang nak ke mana-mana. Siyes said. Tak payah nak tunggu orang bawakkan. datang amik or tunggu pakcik bas. It's simple. Nak buat tu buat ni tak terbatas. Tak payah gaduh berebut keta. tak payah bertekak nak bubuh minyak keta. hahahaha.

Happy sampai nak salurkan kasih sayang kat anak-anak Rose Mah pun ade. Rose Mah tu kucing kat umah. Baru-baru ni dia beranak empat. Dia kerap betul beranak. Dah la datang dari mane-mane. Sebab dia degil nak jugak stay Dalam Pagar so, kita anggap ke dia kucing rumah. Omma da tak bising sebab Rose Mah pandai tangkap ratatuile. ratatuile dah jarang boleh kata x de dah kat umah. H o h o h o. Tahniah Rose.

Berbalik kat cite dia suka beranak ni. Dalam tempoh 3-4 bulan mesti dia beranak. Nak beranak kemain ko. Bilik adik aku selalu jadi mangsa. Setakat ni 3 kali dah kot dia curi2 beranak kat situ. Lepas sebulan entah mane dia pegi hantar anak-anak dia. Aku ingat dia gi hantar anak-anak dia persue study oversea lah kot sbb tak penah nampak kelibat anak-anak dia langsung. Eh ade sekor je yang selalu mengekor belakang dia skrang. Dah besar dah kucing tu. Dah boleh jadi bapak kucing dah. Ntah-ntah anak-anak Rose Mah yang baru ni pun dia lah bapaknya. Tapi tak mungkin jugak sbb dia cam baik je dgn anak-anak empat ekor tu.

Anak Rose Mah empat ekor ni rasa sayang pulak. Sbb tak nakal + comel + hormon estrogen aku excited state. so aku rasa nak adopt diorang tu jadi kucing angkat..hahaha.

Boleh kata ni first time la kot aku pegang kucing lps Mina aku 20 tahun lps. aku x de la elergik ke taut kucing ke ape tapi sbb dah tak de feeling lps kehilangan Mina tersayang. Mina atau nama lain dia Simba 1st pet aku. Aku ingat masa darjah 2 aku jumpa anak kucing masa balik sekolah. Bulu dia kaler putih comel. Time tu bagi nama Putih. Masa tu excited nak bela kucing sebab time tu kan belajar karangan "Si Tompok haiwan peliharaanku" lah ape lah. Kite dah la tak memelihara pebenda. Camane nak buat karangan?? Jumpa anak kucing terus excited nak haiwan peliharaan..haahaha. Bulu Mina @ Simba kaler putih so tajuk karangan boleh la buat Si Putih kesayanganku. Style budak sangat. Hahahaha..

Actually nama si Putih tu lekat kejap je pastu jadi Mina. sbb terpengaruh dengan cite BADSHAH. Haaa.. Dulu cite hindustan BADSHAH lakonan SRK ni jadi kegilaan kot. Pastu dalam cite tu si Badshah ade la buat citer dia ade kucing nama Mina. Warna dia sebijik kucing aku.

mak ayah ak tak kasi ak bela tapi budak-budak time tu kedegilan mana la terkawal lagi.Siap mandikan buat sangkar buat baju lama-lama mak ayah aku ok. boleh masuk umah tido sekatil..hahahhahahahaha.

Ooo..Baru aku teringat kenapa nama si putih aku Simba. Sebab masa dia kecik rupa dia kiut cam SIMBA THE LION KING. Asal nama Mina tu Simba rupanya. Tapi lepas cite Badshah terus bertukar nama. Sebab dalam cite tu Mina tu kucing yang dah besar. hahahha. tuan sdiri pun baru ingat. ERr.. Tak taulah Mina @ Simba aku tu kucing jantan ke betina. Sampai ke besar tak nampak mengandung. Rasa jantan sebab keperwiraaan dia tiap-tiap malam bercakaran dengan snake sampai badan tu tang mana yang  x de parut sbb kena patuk. Tak gaduh dengan snake, dia gaduh dengan kucing lain. Dulu memalam dia kena letak luar sebab tak larat aku kena bebel bila si Mina @ Simba ni suka hati berak merata. Sape yang kena urus taik dia. Time cam ni AKUUUU jugak yang kena.

Isk.

Selepas Mina dah tak de..ade sekor kucing ni ntah dari mana datang. Jauh jugak la gap dia. dalam 7-8 tahun jugak la si BANGKU datang. BANGKU lagi lah. Berlagak nak mampus. Orang bagi makan sekali teros dia buat cam rumah dia. halau keluar pun tak makan saman. Time ni aku jarang kat umah. Aku duk UMS. tapi kalau ingat balik cite dia. Kelakar pun ade. Berbeza dengan Mina @ Simba aku yang aku rajin mandi belai, si Bangku ni aku reti bagi makan je. tak penah sentuh. nak mandikan apatah lagi..hahaha. nama BANGKU adik aku yang kasik.

Last Bangku meninggal 3-4 tahun lps. Pastu bermaharajalela ratatuile kat umah aku sampailah Rose Mah datang. haha.

So, empat ekor anak Rose Mah ni berjaya tak untukku curah kasih sayang cam Mina @ Simba ni?

Kekekeke.


p/S: Anak-anak Rose Mah ni agak-agak nak letak nama ape ye?

No comments:

Post a Comment

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...