marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Selasa, 3 Disember 2019

Bersyukur seadanya

.: Assalamualaikum:.

Hi guyyss.. 

Musim hujan + sejuk ni rasa rajin pulak nak mengarang. Klu tak biasanya dah selamat landing. Tapi bila mengenangkan resolusi 2018 yang dibawa ke 2019 nan satu ini. Rasa insaf sangat lebih-lebih lagi bila tengok 18 posting je yang terhasil selama hampir setahun ni. huhuhuhuhuhuhu..

Bulan ni dah pun masuk Disember, bermaksud bulan depan dah tahun yang dinanti nati kan sejak sekolah rendah. Hampir bertemu jua kita setelah bertekad lamanya. Dah nak menghampiri wawasan 2020 dah. 

Aku tengah fikir ni, masa wawasan 2020 dicapai, apakah pencapaian yang boleh aku banggakan. Sebagai manusia yang kerdil seriusly tak sangka beberapa perkara yang aku rasa mustahil dulu alhamdulillah, tercapai dengan jayanya. Mungkin ada yang dah terubah arah. Yeah of course kita pun tak tahu ke mana jalan yang akan bakal kita tempuhi but bagi aku yang paling penting mengapai mardhatillah. Reda Allah lah ape lagi.

Nak bergelar engineer bukan cita-cita asal aku walaupun life waktu uni terarah ke bidang tu. Apatah lagi nak masuk dalam bidang networking. Penah jugak pikei dulu apsal lah surrounding keja aku lelaki yang lebih ramai yang mana aku pun turut sama kena jadi hero. Kena berkasar-kasaran. Dulu masa kecik seronok lah. Gender equality. orang lelaki buat tu aku pun boleh buat. But bila dah dewasa, kenapa diorang treat aku cam geng-geng diorang? kalau diorang sailang memang diorang la yang menang. orang pompuan dalam bidang ni manenya kena approve. hampeh betol.

Tapi sekarang bila dah berubah arah, almost keja administration je, rasa more and better. To have me time, to do what ever I feel, to express the feeling. Rasa lagi bahagia. Even keja bunyinya tak segempak  "semalam aku masuk PMU TNB kat Ayer Tawar buat keja situ.." tapi sekurang-kurangnya beban kat bahu tak seberat dulu. 

Mungkin pengalaman lalu yang 180 darjah berubah ni yang mendewasakan diri who knows? 
Of course setiap benda yang jadi ada something untuk kita pelajari kan.
Yang penting bagi aku, bila kita sendiri boleh bersikap jujur dengan diri sendiri.
Apa kita rasa, bila kita lelah, dan mahu menangis.
Aku tak lah sekuat mana. Kadang-kadang perlu bahu untuk bersandar.
Aku dah jumpa bahu tu. 
Mereka yang sanggup mendengar rempekan dan cerita-cerita fantasi dan imaginasi aku. 
Yang boleh berdiri sama tinggi,bersila sama menyanyi.
Jauh hanyalah jarak. Tapi yang berharga tu momen momen bila bersama bahagia.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...