marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Selasa, 24 Disember 2019

Jalan-Jalan-Jalan: Na Na Na Ganu Kiteee!

.: Assalamualaikum :.

Tak jawab dose, jawab tanda sayang :)

nak pose style mira filzah katenyaa
Hari Isnin baru ni sempat pulak beta memboloskan diri quick escape mengikut rombongan abe din n family ke Terengganu.

Cuti-cuti Malaysia katenya. Kak chik baru siap marking paper students katenya. Abe Din FOMO tak deh klu tak berjalan-jalan makan angin tanpa adik beradik di sisi. HAHAHHAHA.

So, beta tanpa berlengah volunteerkan diri as tribute.. kekekkee


adakah ini tujuan utama melencong ke negeri orang?
So, melalui Jertih ke Kuala Terengganu ambil masa lebih kurang 3 jam. Berhenti sarapan di bersimpangan jalan antara Kelantan dan Terengganu dan perjalanan di teruskan sampai ke Paya Bunga Sentral. Untuk ape?

3 jam main filter ig dengan Adi je la
Kata bercuti . 

Marilah kita meluangkan masa menonton muvie di skrin yang besar. Barulah best katenya. Ini adalah aktiviti santai jadi kenapa perlu tergopoh gapah bila kita boleh bersantai. 

Sedang asek beta bergambar bersama-sama dengan photobooth yang ada disekitar area panggung, kak chik and hakimah pun datang membawa tiket wayang yang dibeli.

beratur beli tiket dengan geng2 jumanji
Dia ajak bergambar. Jangan risau.. ade ikhtilat gap kat sini.. huhu
Kimi adalah peminat tegar Ip Man. Cikda rajin tengok sekali jah Ip Man ni masa kat Sabah. Tu pun sebab igt IP internet hahahhaa
Tiga tiket Ejen Ali The Movie. Tiga tiket Jumanji.

 

Hakimah awal-awal lagi dia bagitau dia tok sey tengok Ejen Ali sebab dia langsung tak layan lagi. Means macik yang comel inilah yang bakal menemani dua orang kanak-kanak bawah umur ni nanti. 

Adehh =="

penjaga kanak-kanak rebina
But first. Mari bergambar-gambaran duluan.

only at Terengganu
Mujurlah I ni jiwa kanak-kanak. So. Ali pun Ali lah. I suka Viktor. kikiki.

Ye. Sebenarnya dari minggu lepas lagi Kimi cuba menggoda cikda supaya menonton Ejen Ali kat youtube. Jadi sebagai seorang makcik yang mithali, cikda tergoda. dan memang sempatlah menonton penuh Ejen Ali musim 1 dan 2. Adeh!

Ye. Marilah macikmu yang comel ini menemani anda berdua.
Yes! cerita Ejen Ali memang bukan bishe-bishe!. Best .Bombastik. Penah ko meremang tengok filem bukan hantu kat panggung. 

Feeling dia bukan meremang sebab takut tapi rasa bangga dengan filem animasi Malaysia. Buatan orang kita pulak tu. Sape bilang orang kita bodoh dan pemalas? Meh aku nak sekeh

makcik yang baik adalh makcik yang comel macam aku. hahahahahhahaha

Aku suka dan tak nyesal walau tak leh tengok Jumanji.

5 Star even secara personal aku memang tak suka watak Ali tu. Kalau Ali ni anak buah aku menag kena sekeh hari-hari lah. Perangai terbolas (clumsy) tu ok la semua orang ade, tapi aku anti betul perangai keras kepala dia tu. aci ke benda dia buat benda betul. Eh!

Mujur la Ali bukan anak buah aku..HAHHAHAHHAHA.

Twist plot, cite tu ade watak jahat nama Niki. Ehh~

Nak tau best ke tak silalah ke panggung berdekatan.

Ok abes review #ejenalithemovie.

Orang beli popcorn sblm masuk panggung, tapi ni terbalik lepas abes baru beli sebab bau dia menggugat
+++++++

Selesai tgk wayang kitorang solat kat surau situ. Terus jamak qasar so senang pasni boleh gi main-main-main sampai pengsan. Tu untung tu klu ade ruksah :) nikmat mana nak dinafikan lagi kann..
 
Singah beli keropok losong dulu kat Kuala Terengganu. Spesifik area..Hmm. I is tak sure. kikiki. Selesai membeli, ayuh kita singgah jap Pantai Batu Buruk. Tak lengkap rasanya tak singgah kat sini walaupun Kelantan ade Pantai De Aur dan lain-lain. Tetap kena singgah dan amik gambar barang sekeping dua.

 Maka selepas itu perjalanan di teruskan ke tempat paling teruja untuk dilawati.

Mestilah Draw Bridge Terengganu. Punya lah jealous tengok orang yang ambik gambar dengan jambatan ni haruslah kita nak show off jugak hihi.

Tapi betullah. Gah sangat bila melalui area situ. Rasa macam oversea dah dengan cuaca musim tengkujuh ni. dah macam London dah. Keluar dari Dimax angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut ke sisi pipi (amboi sastera sangat nih..haha).

'Jangan sentuh pipi ini. Untuk yang halal sahaja', desis hatiku (tetiba.. haha)

Bergambar. Terus aktiviti bergambar dan masih bergambar. Terujaaaaaaa~

wo wo wooo.. kaver drama samarinda
ni kaver drama The Avangers
Yang kata kita turun 10 minit je terus jadi 30 minit. Kekekekekekekkekekekekkekekekeke~

Okey, masa sangat mencemburui kita ayuh, destinasi seterusnya.

Miami Beach, Seberang Takir. Syok ohh.. memang syiok. Jalan raya menyusuri sepanjang pantai Seberang Takir dan teruja kuasa dua mode on!

Ya Allah, seriusly sangat-sangat-sangat-sangaaaaat suka dengan bunyi dentuman ombak yang jatuh memukul lantai pantai berbatu. Teruja. tengok diseberang jalan masih rumah-rumah lama berbaris sepanjang jalan. Terasa nak hidup di sini selamanyaaa.

Maafkan aku yang selalu mengganggumu atas urusan rindu - unknown
Kagum dengan rupa Terengganu yang baru ini. Alam yang dindah diperindahkan lagi dengan kemodenan mengikut arus globalisasi. Berdoa agar tanah ini tidak dirosakkan oleh pembangunan yang melampau.

Tetiba bertanya kepada  abang aku,'Abe kita tak dok woris ko hak duk sini. Kot-kot boleh la..ehheemmm..'

ok. start nak mengarut. hahaaha

ni area mane ntah asal nampak tempat macam boleh ootd jom serbu.
Seterusnya perjalan untuk pulang ke kampung halaman diteruskan. Balik ini kita akan melalui jalan pantai menghala ke Kuala Besut seterusnya ke Tok Bali dan seterusnya, Tawang dan seterusnya sampai rumah.

Ok . Cerita tamat..ngee..

p/s: Walaupun jauh datang semata nak tengok wayang, but for me this is better dari ade panggung kat Kelantan. Sebab dia. BOLEH DATANG BERJALANG KE GANUUUUU SOKME SOKME hikhikhik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...