marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sabtu, 22 Disember 2018

LIFE COULD'NT GET BETTER!

.: Assalamualaikum:.

Tak jawap dose. Hiks.

ni lah super hyper junior
My life sekarang dia umpama lagu Suju 'Miracle'. Itu lah yang boleh aku conclude after beberapa tahun merantau berkelana di bumi orang."'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, bai negeri sendiri". Cewahhh, ade can jadi sasterawan negara tak? huhuhu

Dia actually camni. Sebab aku antara ribuan orang Kelantan yang merantau jauh demi mencari erti hidup dan rezeki. Lepas SPM, seriously said rezeki aku bertebaran jauh dari negeri sendiri. Aku syukur Allah bagi laluan yang berliku jadi dapatlah aku rasa sikit hidup berdikari.

Sebelum SPM, aku rasa Kota Bharu lah tempat yang paling jauh aku bergerak sendiri sbb waktu sekolah menengah aku sekolah kat bandar. Even amik masa satu jam nak sampai but still itulah yang aku tempuhi waktu sekolah peralihan sampai separuh form 6 (rajin amik STAM before result SPM kuar).

After result SPM, aku dapat offer sambung study kat Kolej Matrikulasi Kulim, Kedah. Daerah baru yang bakal mencorakkan peta hidup aku. Kat matrik Kulim, aku habiskan lebih kurang 2 sem and after tamat matrikulasi rezeki aku untuk terus mendepang sayap membelah awan. Aku sambung lagi study kat Universiti Malaysia Sabah. Jauh. Sungguh jauh. Kalau orang lain kata diorang sambung oversea, aku pun sama redah Laut China Selatan sebelum sampai negeri bawah bayu tu. Hilir kata orang Kelantan.Cukup 3 tahun berada di Sabah membuat aku membuka mata, tak pandang belakang. Sebenarnya aku bersedia untuk merasai realiti kehidupan bekerjaya di kota!

Tamat sahaja konvokesyen UMS, aku dapat tawaran bekerja di Syarikat IT kat Kuala Lumpur. First time datang KL dengan feeling yang penuh debaran. Mudah sungguh untuk aku memiliki kerjaya nampak gaya. Fikirku. Dalam hati rasa takut. Kang tak pasal-pasal kena scam ke ape ke. HUHUHU..

Tapi disebabkan senior UMS aku yang juga dari Kelantan pun pernah mengikuti internship di syarikat Skali Web Sdn Bhd, jadi aku rasa yakin untuk mengikuti internship kat situ. Dan best jugak sebab seorang lagi senior dari Terengganu pun join internship kat sini. So, aku harap kehidupanku di kota yang penuh dugaan ini terjaga. Paling penting mak ayah restu.

Skali banyak memberi pengalaman bekerja yang best!
Hampir dua tahun berada di KL, masanya tiba untuk aku melebarkan sayap ke bandar lain. Aku memilih untuk sambung Master di Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia. Pertama kali untuk aku berada di bandar satelit ini. Tapi sungguh, dua tahun di USM sungguh cepat berlalu. Belajar di ISDEV membawa aku supaya mengembalikan nastalgia di Maahad Muhammadi Perempuan. Banyak perkara yang aku lepas peluang di Maahad aku tebus di ISDEV. Mencapai result yang cemerlang (3.84) aku kira kejayaan yang membanggakan. Suasana pembelajaran yang kondusif dengan para pensyarah yang mahir dan Saranghea Cingguya yang very supportive membuat aku rasa sangat bertuah.

The Saranghea Cingguya
Selepas program master, aku meneruskan lakaran peta ke Melaka. Mengikuti program SL1M dibawah Telekom Malaysia adalah pengalaman OJT yang bagus aku kira. Program selama setahun, tapi aku hanya berada di Melaka selama 2 bulan untuk mantapkan softskill di Universiti Multimedia dan selebihnya berada di headquarter TM di menara rebung, Kuala Lumpur.

ni geng SL1M 
Selepas 2 tahun, aku kembali ke Kuala Lumpur lagi. Hampir 6 bulan melalui program SL1M, aku mendapat offer bekerja di syarikat CCTV (networking) di Petaling Jaya. Di sini bermula sekali lagi kehidupan di kota yang penuh mencabar. Tak sama seperti kali pertama bekerja di KL, kali ini lebih mencabar. Tiada sahabat tempat mengadu domba. Kehidupan penuh sunyi sepi hanya hiruk pikuk dengan bebanan kerja yang tidak habis hingga kesudah.

tempat lepak utama di KL
Dua perkara yang memujuk aku supaya bertahan. Satu, kelas korea di KTO, Dua apabila aku menyewa bersama Saranghea Cinguya. Aku rasa lega untuk seketika. Tapi kerjaya tidak menjamin masa depan yang cerah. Mungkin disebabkan aku terpaksa mula all over again dalam kerjaya dan suasana persekitaran kerja juga tidak memberangsangkan. Lebih-lebih lagi perasaan nak balik kampung membuak-buak. 

Aku pernah merasa down disebabkan nenek kesayangan aku meninggal waktu baru 2 hari aku berkelana di KL. Dengan tiada siapa yang boleh aku bergantung, terpinga-pinga mengharapkan simpati orang. Mujur waktu tu kakak housemate sudi menghantar aku ke stesen bas untuk pulang ke kampung yang jaraknya agak jauh dari rumah sewa.aku segan ,lebih-lebih lagi baru 2 hari aku kenal mereka. Sampai sekarang aku masih lagi terhutang budi dengan mereka. 

Sejak hari tu, aku tidak senang duduk di KL. Kalau mak ayah aku pula yang pergi. Sejauh mana aku akan korban kan masa dan jarak nanti? adakah urusanku dipermudahkan?aku tertanya-tanya. aku meragui diri sendiri kerana kerjaya sekarang membuatkan aku benar-benar tiada masa untuk buat  perkara lain. 

Hampir 2 tahun persoalan itu bermain di fikiran, akhirnya, offer kerja di Kelantan datang menjelma. Tidak memikirkan baik buruk (sebab time tu aku dah tak boleh enrole kelas korea lantaran komitmen kerja), aku terus bersetuju untuk balik kampung. Aku pulang untuk selamanya. Rasa payah nak tinggalkan KL sebab sepayah itu jugalah aku berusaha untuk menyewa bersama Saranghea Cingguya. Aku harapkan mereka my #sisterhood sepanjang keberadaan di KL.

aktiviti rumah sewa

ne saranghanuen saranghea cingguya
Walaupun aku sebenarnya tidak menerima tawaran kerja di Kelantan disebabkan tawaran itu ditangguhkan kerana premis tersebut sedang buat renovation, aku tetap rasa lega kerana berada di samping keluarga. Aku tidak pula mencari kerja yang sesuai tapi sebaliknya mendaftar masuk Kelas Jahitan PPWK Chempaka yang dikelola oleh Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

Sewaktu keberadaan di KL tempoh hari, aku cuba untuk mencari-cari kelas jahitan sebagai supporting job kalau-kalau aku rasa tak mahu kerja lagi. Di Kelantan aku rasa bersyukur sebab kelas ini wujud dan yuran bulanan murah malah apabila tamat pelatih akan bergraduasi dan diberi sijil! Seolah-olah pujuk dicita, ulam mendatang.

Kembali ke Kelantan. Di sini sekali lagi aku terpaksa set up balik routine harian. Sebabnya sure-lah rutin harian aku sewaktu di perantauan 180 darjah berbeza dengan rutin di rumah. Kalau sewaktu di perantauan everything aku buat sendiri but kat rumah keadaannya tentulah kena sami'na waato'na. kekekeke.

ni memula join kelas jahitan kat KL dengan kak nisa. Baju I jahit tuuu..

Aku sebenarnya pursue salah satu impian aku untuk belajar menjahit. Dulu aku pernah belajar di PPWK yang sama tapi hanya separuh jalan aku quit. Tapi untuk kali ini, seolah-olah memaksa aku untuk habiskan module, aku diberi tanggungjawab oleh cikgu Sheeda supaya menjadi Class Leader. Disamping itu, aku bertanggungjawab untuk tidak ponteng kelas sebab membawa 2 orang pelatih lain bersama-sama membolos Betsy ke kelas.

siapa sangka tangan yang tahu main fb ini mampu menghasilkan 6 modul jahitan dengan jayanyaa

Sudah hampir setahun berlalu. Kelas menjahit sesi 2017/2018 pun dah tamat. Aku dan pelatih lain bergraduasi dengan jayanya. Dan aku masih meneruskan kehidupan di bumi bertuah ini dengan penuh rasa semangat!


with PPWK cingu
arwah cikgu Sheeda yang ambil gambar ketika aku kusyuukk melukis pola

Walaupun offer kerja aku tolak, tapi disebalik itulah menjadi asbab aku ambil keputusan untuk tinggalkan kota yang penuh godaan. Walaupun kadang-kadang terlintas untuk kembali bekerja di sana (kerana aku nak sambung kelas koreaaaaaaaa), aku rasa inilah tempat terbaik untuk aku berkerjaya (oh ya, aku dah kerja sekarang anyway) buat masa sekarang. Aku rindu kepada Saranghea Cingguya. Aku rindu untuk menaiki MRT pergi IKEA dan macam-macam benda aku buat di KL, tapi demi kasihku terhadap keluarga, demi untuk tidak lagi kesepian, aku hanya mampu berserah kepada Allah. 


Terima kasih Allah kerana mencorakkan peta yang penuh warna-warni ini. Kalau tidak kerana pengalaman-pengalaman ini, aku rasa aku tak akan keluar dari zon selesa. Dengan pengalaman yang ada, aku berazam untuk salurkan kepada perkara-perkara yang boleh menguntungkan syarikat dan agama.

Segalanyaku harap padamu, Rab!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...