marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 22 Februari 2021

Drama Review: True Beauty part 2

 .: Assalamualaikum:.

Anyeong yorobun..

Ni suka sangat ke dengan drama ni sampai kena buat part dua? Ahaks.

Nak kata suka sangat tu tak de la... Tapi memang suka pun hahahaks.

Tapi jangan tanya sis team Han Seo Jun ke Team Suho. Sebab dua2 sis not interested. Kunun.

Sasileun yo jaega.. (read: sebenarnya saya)  team kakak Ju kyung! 😄

Lim Hee Kyung hahahhaha~

Kakak dia nih tomboi2 skit. tapi dalam hati ade taman. hua hua hua. Na corom.

Entri ni sebenarnya bukan nak wat review story sangat tapi more to benda yang dalam cite tu related with me. 

Haa.. korang nak tau tak? Aku bila tengok drama korea ke melayu ke omputih ke ape ke, aku tak de tertumpu kat jalan cerita 100%. Kengkadang tu mata tertumpu kat benda lain macam interior design dalam umah ke, pasu bunga ke ape ke. Pendek kata latar tempat dalam cite tu kengkadang secara tak langsung bulih tarik minat kita. (eh yeke? Kita ni mewakili aku sorang ke kita2 semua eh)

Aku dari dulu lagi suka tengok drama korea yang fresh sebab nak tengok interior umah. Tak kisah la cite cheabol ke cerita orang miskin. Mesti ade benda yang menarik minat. Siyes said. Ade je benda-benda menarik nak bagi perhatian bukan setakat tengok muka actor-actress je. 

Percayakah anda aku sebenarnya tak cam pun muka-muka diorang ni sampai la beberapa episod. Even nama diorang pun aku tak ingat. 😄. Ni mujur ade google je ni. Even nama kakak Ju kyung tu yang aku kata team dia pun aku tak ingat 💆. My bad.

So, dalam True Beauty ni ade enam benda yang related nak aku story morey.

1. Latar rumah dan kedai mak  Lim Ju Kyung penuh dengan hasil crochet!

Yang ni aku perasan bila diorang dah pindah rumah balik ke kampung. Wah tak sangka dalam True Beauty banyak hasil kait crochet dipertengahkan. Maybe dia nak tunjuk rumah kampung kan. So elemen handmade perlulah menonjol. 

Sebagai #crochetgeek mata kite selalu memerhati naa..
 
Aku ingat dalam cite ni ayah Ju Kyung la yang mengait semua benda tu sebab mak dia busy keja. Ayah dia pulak jenis faminin sikit. Suka buat keja-keja art & craft. Rumah pun ayah dia yang kemas kan. Pastu baju pun ayah dia yang lipat kan. Terbalik dengan perangai mak dia 😂

Orang korea ni suka produk handmade. Siyes tak tipu. Aku ingat masa kat Nandaemun tempoh hari kitorang ade singgah membeli kat satu kedai ahjumna ni beli banyak cenderahati wat balik Malaysia. Tapi time tu aku tak beli sebab aku bajet nak survey dulu. Lama lepas aku survey aku datang balik kat kedai ahjuma tu. Tapi aku datang sorang sementara duk tunggu yang lain cuci mata kat kedai-kedai lain. 

Sedikit gambar kenangan sewaktu ke Nandeamun market. Tiber~~

Pastu aku try-try la magic word "kaka juseyo" mintak diskaun siap bgtau td dah datang membeli. Dia ingat weh kitorang.  dia cam sebab tengok mafla aku pakai. kitorang semua waktu tu pakai mafla aku kait. Dia siap kata handmade. yeppoyo. haha. Maka dapat la harga diskaun. ngeee..

Tapi camane pun aku agak la (agak ye) producer macam tak tau mengait ni ade banyak jenis. Produk yang kebanyakan ditonjolkan dalam drama tu produk crochet tapi dalam cerita ni waktu Ju kyung bagi gift kat Suho dia bagi hook untuk knitting. Kat situ nampak la bercanggah sikit. Mesti orang yang tak tahu pasal seni kait mengait ni ingat product crochet adalah sama dengan knitting.

Langsung tak sama tau. Crochet pakai 1 hook. Knitting pakai 2 hooks. Dan texture product pun lain. Cara buat pun lain.

knitting style

crochet style
Sama dalam cerita Start-Up. Semua orang tag aku kata Nam Do San mengait. Bila aku tengok dia bukan crochet tapi knitting. 😭. Tapi kat office dia product yang dia kait semua hasil crochet 😭😭😭.

But to tell the truth, persamaan crochet dan knitting pulak sama-sama dapat release tension..

dan boleh lupakan orang juga. Trust me. 

...dan dapat buat duit juga. 😇😇😇

2. Su Ho

Their Su-Ho

Su-Ho maksud dia guardian. Dan nama Su Ho sangat related dengan Exo-L. Hahhaaa. Sebagai exo-L aku hanya kenal sorang je Su Ho atas dunia ni.

Tapi kenapa dua-dua  Suho ni lebih kurang je muka dan perangai dia 😂. Kengkadang aku kompius aku tengah tengok True Beauty ke tengok Exo Show Time ni 😂. Bring back all my memories when my only ex I truly heart was EXo. 

Our Leader nim Su-ho

Pastu demi memastikan kepopulariti our leader-nim masih lagi menyerlah aku try google nama Suho. Naseb baek gambar uri leader-nim masih menggungguli carta.

Huh, tak sia-sia jadi ounnie die-hard fan Exo hahahaha.

Uri Saranghaja 💗

3. Han Seo Jun

Second lead hero dalam True Beauty ni Han Seo Jun. Walaupun ramai yang heart dekat Seo Jun dan tak kurang yang bersimpati dengan dia. Aku tetap team Lim Hee Kyung. Han Seo Jun ni walaupun dia cam gangster dalam True Beauty tapi aku rasa dia anak mak la. Kiut pulak dia punya style.

Mama boy

Cam dia kasar orangnya. Orang pun takut sebab maca dia jenis suka cari pasal dengan orang. Tapi yang sebenarnya dia punya hati tisu je kot. Orang takut dengan dia maybe sebab dia jenis bawak motor besar dan jelingan matanya boleh tahan bekengnya (baca:begis).


Renunganmu~
 

Lama aku peratikan Seo Jun ni. Seperti seseorang. Yang aku kenali sejak dulu lagi~

Lama-lama-lama baru aku terperasan la. Ya. Memang wujud dalam pandangannya 1 Sung oppaa~ aka Ye Sung Super Junior. Hahaha. Character dia camtu la. Sisi lembut mereka adalah orang yang mudah fragile dan tak reti berterus terang.


hai uppa

Okie dokey oh!

Btw. Han Seo Jun ni umur real dia 29 tahun. Cess. Pegang watak budak sekolah pun masuk lagi kot. Aku ingat dia sebaya je dengan Suho tu. Rupanya hyung. huuhu.

 

29 tahun. senpai makan ape?

4. Adik Lim Ju Kyung- Aku lupa nama beliau.

Watak lain yang aku suka adik Lim Ju Kyung yang kiut nieh. Hahaha. kiut ngat dengan cara dia approach budak sekolah dia tu. Even dia tau kawan tu tak secantik bidadari pun still lagi nak. Kena reject beribu kali pun still nak. Benarlah cinta itu tak mengenal rupa. 😃

Kim Min Gi-18 tahun

Kim Ryeowook, 34 tahun

Tapi camane pun. Beribu kali aku tengok budak ni dia tak ubah cam Ryeowok Super Junior gak. Hurm.. Why my eyes. Why. Habis orang aku tengok cam suju oppa ni why. 

Hentahlah. 

Tak kesahlah yang penting Suju selamanyaaaaaaaa~

Uri oppaa

+++++

Sebenarnya banyak lagi benda-benda yang related. Tapi malas pulak nak ulas panjang-panjang ni. Korang kena tengok sendiri baru puas hati tau. Alah tak banyak 16 episod je. 

Sekarang ni aku layan drama on-going. True Beauty dan habis. Mr. Queen pun dah habis. Bila dah habis drama, cam tak tau pulak nak buat ape.

Korang ade drama best untuk di recomend tak? Jom layan sesama!





1 ulasan:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...