marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 11 Februari 2021

Drama Review: True Beauty

 .: Assalamualaikum:.

Sape layan drama Korea True Beauty angkat tangan? Semangat! Masuk-masuk terus tanya soalan kan. Hihi.

 

Anyeong cinguya!

Best tau drama ni. Boleh la layan musim-musim PKP ni tengok drama Korea on-going santai-santai. Cerita budak sekolah boleh la mengenang memori zaman lampau walaupun dulu sekolah semua pompuan. 

Drama True Beauty ni ade 16 episod semuanya. Baru je habis minggu lepas. Jarang acually aku layan on-going drama ni. Layan lepas tu habis. Memang jarang-jarang la. That's mean drama ni best!.

Adaptasi dari webtoon. Webtoon True Beauty pun dapat sambutan hangat tapi aku malas nak membaca kat webtoon so tengok je la kan. 

Tak de beza pun webtoon ngan real 😂

Cite dia pasal budak pompuan sekolah menengah Lim Ju Kyung yang asek kena buli dek budak pompuan yang kunun2nya paling lawa kat sekolah tu. Teruk dia kena sampai satu hari dia amik keputusan drastik nak bunuh diri. Sebab? 

Hari-hari pegi sekolah kena bahan. Sape tahan

Sebab dia kena body shamming dekat sekolah oleh geng budak pompuan yang kunun2nya paling lawa tu. LJK ni kalau kire budak yang ada self-esteem tapi sebabkan budak pompuan-yang-kunun2nya-lawa tu dia amik keputusan nak bunuh diri.

Stress. Tgk episod 1 pun dah nak bunuh diri. Hoho. 

Nasib baek ade orang selamatkan dia dari terjun bangunan, kire dia tak jadi bunuh diri la. Fuh naseb bek kalau tak, tobat aku tak nak tengok cite ni sebab klu starting dia dah melankolik memang tak la aku nak melayannya.

Lucunya sebelum nak bunuh diri tu dah satu family dia hantar last notes. Bila tak jadi bunuh diri ni gelabah nak padam satu persatu last notes dia tu. Naseb baik tak de yang sempat baca lagi so dia relief. Ntah relief ke sedih ntah. Nampak sangat nobody cares her. I felt that girl.

Balik umah rupanya ade lagi kes paling berat! Ayah dia kena scam siap  gadaikan umah hasil titik penuh mak dia. Mengamuk habis mak dia sampai nak bercerai berai. Dengan itu diorang terpaksa berpindah balik ke kampung halaman diorang sebab mak tak de duit dah nak tebus umah. So nanti diorang akan bertukar sekolah jugak.

Ting! 💥💥💥

LJK nampak sini satu sinar baru untuk dia. So, dia tak yah gi sekolah dia dah untuk bertemu dengan budak-pompuan-yang-kunun2nya-lawa tu. Dalam tempoh proses kemas barang untuk berpindah, LJK pecahkan tabung untuk beli alat-alat make up dan belajar kelas make up online. 

Oh ya. Dia kena buli kat sekolah dia tu sebab rupa dia buruk. What the ???? Siyes aku tak leh brain punyalah pengecut budak pompuan-yang-kunun2nya-lawa tu. Siap ajak geng buli LJK kot.

So, bila dia dah pandai make up, confident level dia up balik. Nasib baik jenisnya self-esteem tinggi. So dia diterima baik oleh budak sekolah barunya. Serius dia make up sampai menutup rupa lama dia tu sampai tak de sape kenal LJK yang lama. 

First day datang sekolah baru terus femes

Budak-pompuan-yang-kununn2nya-lawa tu pun siap dah tak cam dia. Epik sangat. Kat sekolah baru tu first day dia dah dapat kawan-kawan baru. Happy tak terkata sebab benda ni first time jadi kat dalam hidup dia sebab sepanjang kewujudan dia semua orang mencemuh dia sebab tak cantik.

Kakak dia cantik. Adik lelaki dia hensem. Dia je yang kureng sikit. Biasalah anak second. Ngee. Orang kata anak kedua unik sikit. Tapi anak kedua belas unik banyak..~

Drama ni jenis straight forward je. Macam drama-drama budak sekolah berebut-berebut boifi dan gurly camtu. 

Tapi moral story cite ni penting kot lebih-lebih lagi di zaman sekarang zaman di mana semua orang rasa insecure dengan orang sekeliling dan mula lah wat perangai. Biasalah zaman remaja ni lah semua perasaan bercampur aduk. Yang membuli rasa insecure nak jadi good-good. Yang dibuli tanpa sebab munasabah memang boleh jadi down. 

Zaman sekolah aku dulu socmad  tak meluas sangat. Paling hebat time tu MiRC. Tak pun friendster. Tu pun bukan selalu boleh on. Time gi CC tak pun online kat rumah yang kena sambung line telefon je. So, nak insecure sangat tu tak de la melainkan gaduh-gaduh manje ngan kengkawan hahaha. Gaduh 2 minit atas sebab tak tunggu gi rehat jew pownn. Kekeke.

Mujur la LJK ni dari awal sampai akhir perangai dia maintain je. Tak de nak berlagak good-good pun bila dah cantik. 

++++++

Biasa kalau aku tengok ongoing drama jarang nak abes. Boleh jadi nervous sengsorang nak tunggu upcoming episode. Buat pulak minggu depan aku aku sibuk biasanya tak tertengok la. So bila True Beauty ni aku tengok sampai habis rasa amazing sangat hahhaa.

So you guys pun boleh spend masa tengok cite ni. Best ke tak best. 

Semua drama korea aku tengok kat viu.com

p/s: Teringat aku masa zaman matrik seseorang ni kutuk aku sebab aku tak reti cakap key el siap kata aku tak leh gi jauh sebab aku obses cakap kelate. Mengajuk cara aku bercakap. Bila jadi camni, bila aku nak bercakap dah jadi gagap. Nak kena translate perkataan lagi..Last-last tak de perkataan keluar dari mulut. 

What the.. So tension masa tu aku rasa down gile. Dah nak buat camane aku tak leh nak tukar slang aku. But fortunately aku pegi Sabah everyone welcomed me even aku cakap kelate. 

p/s 2: Of coz la aku cakap kelate bila dengan orang kelate dah kenapa nak cakap luar?!

1 ulasan:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...