marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Thursday, January 3, 2019

Selamat Tahun Baru 2019 !


.:Assalamualaikum:.

Anyeong cingguuyaa..

Rasanya tak terlambat lagi nak wish to my cinguya HAPPY NEW YEAR 2019 !.

Alhamdulillah, cepatnya masa berlalu tup tup dah masuk tahun baru. Banyak sangat cerita 2018 terlakar cam 365 hari setahun cam tak cukup lak.. hikss.. kena suh bumi pusing slow2 bagi lambat skit hari bertukar.. adeh.. pelik lah jadinya =.="

Takpe lah.. janji badan sihat otak cergas, all is well. Aminn..

Tahun 2019 ni harap-harap menjadi lebih cemerlang dari tahun lepas dan resolusi lebih banyak dicapai. Sebut pasal resolusi tahun lepas. Eh ape citenya.. hikss..kemain 60 list lagi resolusinya.. Tang resolusi tu nanti kita bukak entri lain tau. hee..

So, jom kita tengok antara memori yang sempat terakam sepanjang proses pembesaran di zaman 2018 ni. 

Perasmian Perpustakaan Sayyadatina Hafsah
First program ever untuk tahun 2018. Terlibat sebagai ajk sukarelawan bahagian Pentas Bawah. Perpustakaan ini berada dalam PPAK kat Kota Bharu.

melepak bawah Atas Loteng
Happy giless sebab dah dapat katil idaman Loftbed syle. Memang gayanya melepak bawah ni lah selalu. Sepatutnya bawah ni gelap gelita tapi mujur kat MR DIY ade jual cam lampu siling tu. Lampu tu dalam mini saiz yang dah ade plug terus. So senang kerja tak yang nak diy diy sdiri hiks. Best betul melepak bawah ni time cuaca hujan lebat dan sejuk. Time ni sejukk giles so, sweater kuning ni lah yang jadi mangsa..hikhikhik.. comel je ade telinga kat situ...kuikuikui

join program Santai Sang Puteri anjuran Pejabat Dun Chempaka.
Best join program ni. Bukan selalu nak merasa jenjalan jelajah daerah sendiri. Time ni Pejabat Dun bawak gi jenjalan pegi Rantau Panjang. Aku ni nama je anak jati Kelantan, tapi nak kata jalan-jalan makan angin kat negeri sendiri ni sangaaatlah sikit. Perantau jalanan lah katakaaaan. So kesempatan yang ada ni gara-gara masuk PPWK jangan ditolak. Siap pakej jadi photographer lagi. kekekeke

Jenjalan Pantai Senok akak Pulau Nami Kelantan

Grow up with family is all you need. Datang sini dengan family makan aiskrim, ambik gambar reramai pun boleh jadi bahagia tau even benda tu small the pieces.

Jenjalan makan angin menyusur ke Pulau-Pulau sekitar kawasan Tumpat. MIB cruise.
Yang ni lak kak long belanja sekeluarga naik perahu galah kat MIB (tepi restaurant Pok Mat Teh Madu) menyusuri pulau-pulau sekitar. Antaranya Pulau Beluru, Pulau Duyung(?), Pulau Suri dan lain-lain aku pun lupa daaa..

Kitorang berenti makan tengah hari kat pulau mana ntah. Kire tu pit stop untuk menikmati hidangan makanan tengah hari ala pulau. Best sangat sebab satu famili datang sesama (5 perahu galah). Pastu beraktiviti basikal kat situ sementara mengunggu makan.

Best sangat sebab ade bonding time kat situ n plus tak pernah lagi naik perahu galah menyusuri denai-denai kecik. Pastu terbendang laut luas kat depan. Fuh.. ingat kat negeri orang je camtu. Tak sangka negeri sendiri pun ada tarikannyaa..

Masjid Kristal
After PRU14, my brother ajak jom kita jenjalan pegi melawat negeri adik kita... Gittew. Mentang-mentanglah Terengganu dah bawah pemerintahan yang lain, terus diajak berjalan..kekeke.. Terengganu jugak antara negeri yang jarang dijejaki. Ingatan yang ada pun sekadar ingat masa darjah 6 lapan sekolah lepas UPSR gi Planterium. huhuhu. My brother ajak ni ape lagi. 5 minit boleh bersiap segera. 

Terengganu sangat bersih. Aku kagum lah camane orang terengganu sangat pembersih orangnya. Tak pelik la kak nisa ni suka berkemas je time duk rumah sewa dengan dia dulu.

Santai Tepi Pantai
Again. Hang out with PPWK Cinguya. Ni pun antara program Pejabat Dun Chempaka. Sambil BBQ sambil isi dengan pengisian hati.

Iwa call to the bar
Tahniah la diucapkan kepada adik aku ke 14 ni. Secara rasminya dah menjadi LAWYER. Miss lawyer in the house mengikut jejak abang sulung aku. So, ape lagi join lah sekaki nak rasa kemeriahan ceremony ni. Turut serta abang aku yang sulung, Loya Soho..kekeke

ayah chik nak try selfie dengan handapon baru
Haa..antara memori terlakar bersama sepupu sepapat, pakcik makcik, anak buah adik beradik. CAmni lah selalunya suasana yang berlangsung kalau ada majlis kesyukuran. Kalau selfie tak sah semuaa pun nak masuk..kekekkee..

Majlis Pertunangan Kak Chik Nahawan
Hmm.. bila nak ikut jejak tak tau. Orang dah langkah bendul pun biar je la ><"
hik hik.. pas sorang-sorang bakal menamatkan zaman bujangan mereka tapi aku masih sendiri...hahaha

Tahniah kak chik

Dress To Success with Amin Idris
Tu la untuknya bersama PPWK. Ni antara program anjuran MPKB-BRI yang sempat disertai. Banyak pengisian yang menarik tapi part jumpa Amin Idris tu yang ditunggu-tunggu..  kikiki.

Perkahwinan Lee Seul-Khalid
Public Figure yang menjadi perhatian sebab study-kerja-kahwin dengan orang Korea, Khalid antara yang mengisi memori 2018 aku. Tak sangka family aku attach dengan diorang (actually mula-mula attach edngan Khalid je) disebabkan oleh program negeri yang menjemput Khalid sebagai speaker time tu. Lepas Khalid kawin dengan Lee Seul, diorang still lagi contact dan jemput ke majlis kawen. So ni first time aku jumpa diorang secara face to face. 

Disebabkan diorang attach dengan family aku, makin membuak nak balik duduk kelantan. hahahahaa.. Aku pun nak jugak bersembang dengan Lee Seul dalam bahasa Korea..Kekekekke

Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri di PPWK Chempaka
Diorang adalah sahabat seperjuang dalam memberi warna sepanjang duk Kelantan ni. Pelbagai umur dan latar belakang. Alangkah indahnya kalau cikgu Sheda sempat merasai saat ini. Al-fatihah buat arwah cikgu ku sayang. Semoga cikgu bahagia di sana.

Dann..banyak lagi memori yang rasanya tak habis untuk di senaraikan. So..tempek je gambar heee..

Jadi braidmates kak chik

Khalid & Lee Seul datang beraya. Semua nak amik gambar dengan diorang

My baju raya own sew..yea
Play Salon with puteri
Done. We are now alumni PPWK.
So.. tu antaranya yang jadik 2018.
2019.
semoga lebih baik..

bai..

2 comments:

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...