marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 9 Januari 2011

mt kinabalu, here I am !



.: In the name of Allah
the most Glorious and most Merciful :.


Part 2


"rokkugo..rokkugo..mare meh!"
tiba
-tiba kedengaran sony ericsson w890i menjerit-jerit. Bingitnya lagu Rokkugo dari Super Junior memecah kesunyian dorm no7 pasti membangunkan semua yang nyenyak tidur di buai dingin pagi. aku bangkit dari pembaringan. Jam menunjukkan hampir pukul 2.00 am. sebenarnya, beberapa jam lepas, aku langsung tidak dapat tidur kerana kakiku mula terasa kebas.agak sakit. dan terus meminta-minta minyak panas daripada mereka yang baru bangun tidur untuk mengurangkan kesakitan itu. selepas melumurkan minyak itu di seluruh bahagian kaki, terasa lega kembali. hampir semua sudah pun menolak selimut ke tepi dan bersiap-siap untuk mencabar puncak gunung kinabalu.

sebelum itu, kami akan dijamu supper seawal jam 2 am. kakiku ku kira sudah sepenuhnya stabil, tiada lagi rasa sakit seperti tadi. setiba di restaurant, kelihatan ramai yang sedang menjamu selera menikmati supper 2 am. aku sendiri pun tak ketinggalan untuk menikmati supper dengan memakan roti mentega, mihun goreng, honey star bersusu, secawan kopi sambil mencari kelibat seseorang. masing- masing menikmati juadah supper dengan feel tersendiri, ada yang menapau untuk dijadikan bekalan di puncak nanti. cuaca di luar agak sejuk. aku sendiri yang memakai 4 lapisan baju, dua helai sweater, t-shirt berlengan pendek, 2 lapisan seluar dan 2 lapisan stoking pun masih terasa kedinginan udara di awal pagi itu.



setelah semua bersiap sedia, kami sekali lagi diberi taklimat dan memastikan semua keperluan dan peralatan untuk mendaki dibawa bersama. menyusuri denai-denai di dalam kepekatan gelap yang dingin, hanya di sinari lampu kepala amat membosankan, lebih-lebih lagi laluan ke summit trail tersumbat (mungkin ada yang berhenti melepaskan lelah atau mencari jalan dalam gelap). aku memotong barisan setelah nampak ramai orang dari belakang semakin maju ke depan dan aku juga tak mahu ketinggalan. aku terus maju meninggalkan chong yun fook di belakangku yang aku nampak dia agak kesejukan waktu tu. itulah kali terakhir aku bergandingan dengan ah fook dan yang lain mungkin jauh di belakang sana. berjalan memanjat tangga berbatu dan berkayu sampai tak persan siapa di depan dan siapa di belakang. seingat aku tadi ada yang menegur bertanyakan namaku tetapi akibat pagi yang gelap, aku tak dapat mengecam siapa lelaki tersebut.

sedar tak sedar, beberapa minit berlalu, baru aku perasan di depanku adalah Ken dan Che Yong. Adah yang sama-sama bergandingan dengan aku tadi juga lesap dalam kepekatan 3 lebih pagi. sepanjang perjalanan ke puncak, aku mula mengikuti Ken dan Che Yong untuk menawan puncak gunung kinabalu. sungguh aku rasa bersyukur kerana tidak keseorangan semasa pendakian itu. kalau tak terserempak dengan mereka, mungkin di awal laluan sebelum betul-betul panjat gunung berbatu itu aku akan menunggu groupmates atau pun berpatah balik kerana seram untuk meredah kegelapan pagi yang dingin seorang diri. kami terus mendaki batu- batan, sesekali menggunakan tali yang telah disediakan, tetapi bagiku, cara mendaki dengan tali menyebabkan aku lebih penat daripada memanjat batuan itu. mendaki gunung yang curam itu sungguh memenatkan, kami beberapa kali berehat setelah mendaki beberapa langkah. sempat juga kami memerhatikan langit hitam yang dipenuhi dengan titik-titik bintang. cantik. aku mencari-cari di mana letaknya bintang cancer. tapi sayang, aku belum pernah belajar untuk melihat bintang dengan betul. jadi sekadar memerhati langit ciptaan Yang Maha Pencipta dengan perasaan kagum.

Ken dan Che Yong melayan aku dengan baik, seolah-olah kami sudah lama kenal (memang pun, Ken kan classmate aku ;D). sesekali Ken atau Che Yong berbahasa melayu melayan aku berbual atau mereka akan berbahasa cina apabila perbualan melibatkan mereka berdua. syukur, sekurang-kurangnya aku tak terasa asing di kalangan mereka. teringat sewaktu mendongak ke langit, tiba-tiba Ken berkata dia ada melihat meteor. aku selalu tengok dalam movie atau drama terutama cerita korea, mereka selalu buat hajat sewaktu nampak meteor. kata orang, hajat kita akan tercapai. aku tiba-tiba tersenyum sendiri memikir hajat apa yang akan aku buat kalau ini betul-betul berlaku.

aktiviti panjat memanjat masih lagi berterusan sehingga kami tiba di sayat-sayat hut untuk check point. nasib baik tag namaku sempat di selamatkan oleh seorang perempuan foreigner ketika tag itu terlucut dari tali sewaktu mendaki tadi. aku rasa mungkin perempuan foreigner itu dari luar asia kerana slang bahasa inggerisnya sangat cantik!

" I owe you",kataku berbasi-basi ketika dia memulangkan tag nama tersebut.
" it's ok !", katanya tersenyum

keadaan di pertengahan puncak gunung amat mencabar, walaupun kami dapat berjalan tanpa tali, angin yang bertiup kencang menyebabkan dinginnya mulai meresap ke tulang. kami kini seakan kehabisan tenaga melawan angin sejuk dan terus mendaki. akhirnya kami mengambil keputusan untuk berehat, sambil makan bekalan yang dibawa. aku teringat kek serawak pemberian Amoi yang masih belum terusik ada di dalam beg dan cepat-cepat aku membuka beg. tetapi sukarnya mahu membuka zip beg itu, tanganku kekebasan kerana udara sejuk sudah pun meresap ke ruang rongga tangan. dengan cermat, aku berjaya mengeluarkan kek dr beg. Ken mengeluarkan chocalate, dan tiba-tiba aku ternampak Benard( classmate) muncul dari bawah dan sama-sama kami menikmati bekalan yang ada. Lucunya, kami seolah-olah sedang berpiknik di atas gunung dalam cuaca yang sangat dingin dibawah sinaran lampu kepala!

habis berpiknik di dalam gelap yang berangin, kami meneruskan lagi perjalanan mendaki. kami akhirnya tiba di signboard peta yang menunjukkan lokasi kami sekarang 8.0 km dari bawah gunung. hanya ada 0.5 km lagi untuk menawan puncak gunug kinabalu! hati dibuai ceria. hanya 500m sahaja lagi, aku, Ken dan Che Yong bakal menjejak ke Low's peak, bahagian gunung kinabalu yang tertinggi di Malaysia!

angin di kilometer 8 lebih itu lebih hebat penangannya berbanding di bahagian bawah tadi. mahu saja aku terjatuh akibat di tiup angin, tetapi aku menguatkan cengkaman kaki agar dapat menstabilkan keseimbangan badan. aku cuba menggigit jariku disebalik glove biru tetapi nampaknya, aku tak terasa pun kesakitan. angin sejuk betul-betul meresap ke rongga kulit tanganku. menyesal kerana tidak memakai t-shirt berlengan panjang. beberapa seketika, baru aku perasan kelibat Che Yong , Benard dan seorang lagi kawannya( aku tak pasti siapa, tapi rasanya classmate aku juga) sudah hilang dari pandangan. aku bertanya Ken mana mereka semua. Dia pun kurang pasti sebaliknya menyarankan agar kami tetap teruskan perjalanan yang tinggal beberapa ratus meter ke depan. bunyinya macam dekat.beberapa ratus meter, jarak yang kurang daripada 1km, tetapi akibat kegelapan dan hanya bergantung kepada hayat lampu kepala dan sesekali angin berhembus kasar membuatkan kami kesejukan dan kepenatan, terasa seperti berjalan beratus-ratus batu nautika ==''. Ken mengajak aku berlindung di sebalik batu gergasi untuk berehat seketika sambil membetulkan tag namanya yang tersasar ke belakang. aku mencadangkan agar tag nama itu terus disimpan ke dalam beg agar kejadian seperti aku tadi tidak berlaku lagi. aku membantunya.

kami mendaki lagi. kali ini lebih perit kerana terpaksa memanjat batu-batan yang makin tinggi dan curam ditambah dengan saiznya yang agak besar. tali yang menjadi arah penunjuk ke Low's peak sudah tiada di pandangan mata. "bila lah sun rise nak muncul ni??", fikirku sambil memanjat batuan itu, mungkin kebosanan akibat gelap dan seperti tak tahu arah tuju. kami terus mendaki sehingga terserempak dengan lelaki Kedah dan kawan perempuannya dari Lahad Datu yang bersiap sedia dengan cameranya untuk menangkap gamabar pemandangan apabila matahari muncul nanti. matahari pun seolah-olah mainkan hatiku yang masih lagi belum mahu timbul seakan-akan malas untuk bangkit dari tidur. hanya sayup-sayup kelihatan cahaya magenta keluar disebalik awan berkabus dan diantara bahagian batuan gunung kinabalu. kata lelaki kedah tadi, Low's peak hanya sedikit diatas kami. Kami berasa sungguh gembira dan cepat-cepat melajukan speed pendakian. Ken kini mendahului 2, 3 langkah daripada aku.

akhirnya...jam 5.45 pagi, 7 Jan 2011, Jumaat,kami tiba di puncak gunung yang tertinggi.. bukan sahaja di Malaysia, malah tertinggi di Asia tenggara. aku masih tak percaya aku berjaya menjejak kaki ke sini. Bangga sebagai perempuan, aku pun tak kurang hebatnya! ;D horeyyyyy!!..walaupun kepenatan, tapi senyuman masih tak lekang dari bibir. Ken sendiri pun aku lihat kepenatan. mungkin dia pun turut merasai perasaan bangganya jauh di dalam hati. di situ, kami berjumpa kembali Che Yong. Gembira bertemu kembali. dan kami mengambil tempat yang sesuai untuk memerhati matahari terbit di sebalik awan putih. mahu sahaja aku memeluk manusia di situ, sejuk yang amat tak boleh sudah aku kawal. tapi aku masih sedar..haha..mahu saja aku menangkap gambar di situ.tapi keupayaan w890i tu yang tiada flash menyebabkan aku sedikit kecewa..tiada gambar yang dapat dirakamkan. cuba tengok coverage celcom..penuh 5 bar.siapa yang perlu aku call di saat2 semua orang di bawah gunung kinabalu masih lagi lena di ulit mimpi!.tak jadi mahu berbangga-bangga di atas puncak ..haha..

kelihatan Benard dan diikuti oleh Chen Jie (classmate) tiba di puncak itu. Nasib baik Chen Jie ada kamera, maka dapatlah kami merakam saat-saat terindah di atas awan putih ini. seorang demi seorang wajah yang aku tak kenali, tapi aku pasti dari SKTM juga muncul.jauh dari atas, aku ternampak Isaac (classmate) sedang mendaki ke puncak.aku memanggil dan melambai-lambai ke arahnya.wah, nampaknya dia terkejut melihat aku sudah di puncak;D, di puncak aku sedang menanti ketibaan ahli kumpulanku.tetapi tiada tanda-tanda mereka akan muncul. sewaktu berkira-kira mahu turun ke bawah, tiba-tiba aku ternampak Adah memanjat dari batu ke batu. aku membatalkan hasrat untuk turun bersama-sama Ken, Che Yong, Benard dan Chen Jie. aku sangat gembira bertemu Adah di puncak. Sekurang-kurangnya, aku tahu semua dalam perjalanan ke sini. sesuai dengan pancaran matahari yang makin meninggi, kami bergambar kenang kenangan. ini adalah sekali seumur hidup! tiada yang kedua ku kira. Sempat bergambar dengan Isaac yang masih lagi di puncak gunung.


Orang ramai kelihatan makin banyak membanjiri Low's Peak, jadi aku dan Adah pun cepat-cepat meneruskan perjalanan turun ke bawah. Beri peluang kepada orang lain juga. di pertengahan menuruni gunung, aku ternampak kelibat dua orang seperti mengenaliku.tapi masalahnya aku yang tak cam. Rupa-rupanya Kakak Mui dengan Ah fook yang berbungkus kepala dan muka dengan snow cap. patut la aku tak cam.aku perasan pun sewaktu kakak Mui menjerit namaku. seterusnya, aku terserempak dengan abg pijul, PJ (classmate), Bart. pancaran matahari menampakkan seluruh kawasan gunung berbatu itu. rupa-rupanya, kawasan ini tak segerun yang dibayangkan semalam sewaktu dalam gelap. ianya cukup landai. Sempat lagi bergambar-gambar di pertengahan jalan pulang.tapi cuaca yang sejuk menyebabkan aku cepat-cepat mengatur langkah. terserempak dengan Pina, Dayah dan Vick yang kepenatan. berbual-bual dulu bertanya khabar. mereka sudah kehilangan tenaga.aku terus berjalan sehingga tiba di Sayat-Sayat Hut untuk check point sekali lagi. mahu saja meneruskan perjalanan ke bawah,aku melihat Ken, Che Yong , Bernard dan Mei Ying (classmate) sedang duduk di atas timbunan batu batan dekat dengan kaunter check point tadi. aku pun tumpang duduk bersama-sama. merehatkan badan. berbual-bual dengan mereka sekejap sebelum semua bangun untuk bergerak pulang ke bawah. aku betul-betul sejuk dan fikirku mahu makan kerana sekejap lagi jam 7.30 pg, waktu breakfast akan bermula. dan aku agak lapar. kami turun menyusuri jalan yang telah pun kami lalui awal pagi tadi sambil memerhati keindahan alam.cantik tak terkata. hanya boleh memuji kejadian Ilahi di dalam hati.

rupa-rupanya bahagian di sini lebih bahaya dari bahagian atas puncak, sebab kalau tersalah langkah, dan jatuh, kebarangkalian untuk hidup.. aku pun tak mahu fikir. yang penting, atur langkah dengan berhati-hati, tawakkal alallah..akhirnya gunung berbatu itu berjaya diharungi.selepas beberapa jam, akhirnya jam 8.45 pg, aku sampai ke dorm ku. Ken dan Che Yong sudah pun sampai di dorm masing-masing. kepenatan ketika tiba di bangunan cafe, cuba menangkap gambar dengan w890i, tetapi tiba-tiba skrin phoneku menjadi hitam

"encik sonyyy, adakah anda merajuk sebab aku x guna anda sewaktu di puncak tadi??", aku bercakap seolah-olah w890i manusia..*adakah aku menjadi tak betul setelah berpisah dengan dua orang gentlemen tadi?? ;X*


yeah!..we did it!!

*********************************

......sesungguhnya pengalaman ini sungguh berharga, first time mendaki, dan pendakian ini cukup membanggakan aku kerana badanku juga memberi kerjasama yang baik tanpa rasa kesakitan yang amat.mungkin selepas ini, kesan sakit akibat pendakian mungkin akan terasa, tetapi aku bersedia untuk kemungkinan itu kerana itu adalah normal. pengalaman mendaki dalam gelap akan aku ingat untuk selama-lamanya. mungkin boleh dijadikan cerita untuk anak-anak cucu-cucu esok-esok..haha....

.....................................................................

dalam team aku, hanya Ecah dan Boy sahaja yang tidak berkesempatan untuk memijak gunung berbatu itu, yang lain, mestilah berbangga dengan prestasi masing-masing.

...................................................................

perjalanan pulang turun ke bawah bermula jam 11 pagi, dikala hujan lebat mulai mencurah-curah ke bumi Laban Rata. aku tiba di Timpohon Gate jam 3.15 ptg. kami bertolak pulang ke UMS kira-kira jam 5 ptg setelah semua urusan makan dan sijil selesai. Bangga aku sewaktu ditanya oleh abang kepada Fansuri sama ada berjaya ke puncak atau tak??..sengih-sengih aku menjawab..mesti dia akan tarik balik perasaan kurang yakin dia semalam.

..................................................................

end *part 2*

untuk anda..terima kasih..
u raise me up, so I can stand on the mauntain..
walaupun anda raise me up secara tak sengaja..
tapi sebab awak, saya boleh jadi kuat! ;D
dan harap awak sihat..
jangan sakit..
nanti saya pulak yang sakit ;P
.......................................

p/s: gambar??..alah..tengok dalam FB la..malas nak upload..assignment ku masih menunggu untuk disentuh..

4 ulasan:

  1. saudari tak ajak dah sy mendaki gunung...ishk3! bilo lah sy dapt mendaki gunung kinabalu nih..huhu

    BalasPadam
  2. awop kam sibukk..macam mana saya nak ajak..huhu..rilex2..nati mu gi lah..aku x se gi dos..haha

    BalasPadam
  3. tiba-tiba Ken berkata dia ada melihat meteor. aku selalu tengok dalam movie atau drama terutama cerita korea, mereka selalu buat hajat sewaktu nampak meteor. kata orang, hajat kita akan tercapai. aku tiba-tiba tersenyum sendiri memikir hajat apa yang akan aku buat kalau ini betul-betul berlaku.

    ss: erm..aii..pelik jah..tok ke nok ikut jgp..

    BalasPadam
  4. err..kan saya dah cakap kat situ..saya tersenyum...x mungkin..tp apa salahnya kalau saya berdoa waktu tu..mana tahu ada malaikat yang dekat..mengaminkan doa saya..

    but thx for comment..;D

    BalasPadam

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...