marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 30 Januari 2011

dia dan abang kesayangannya~



.:In the name of Allah
The Most Glorious and The Most Merciful:.

......
walaupun terlambat..tapi rasanya cerita tersebut masih panas lagi dalam memori..
jadi..mari kita berhikayat sang malim deraman barang sekejap dua..
cerita mengenai seorang budak-budak-yang-tak-berapa-budak di suatu tempat yang sudah familiar dengannya tapi tak tau kenapa hari tu..tiba-tiba air matanya tanpa segan silu merembes keluar! heh~..
cerita di bertajuk
'dia dan abang kesayangannya'
hah..sayang la sangat~...
ok..ok..ready dgn tisu semuaaa~..
haha..

journey over the sky bermula..

pada suatu hari yang indah, di sebuah lapangan terbang lcct, terdapat seorang budak yang bernama A** sedang berjalan2 menuju ke terminal dewan ketibaan..dalam igatannya..mungkin abang kesayangannya masih belum tiba untuk menjemputnya kerana sekarang jam menunjukkan 1 30ptg..dan abg kesayangannya mestilah di masjid untuk menunaikan solat jumaat sementelaah itu, hari tersebut adalah hari jumaat..~

A** lambat2 berjalan menuju ke food court lcct dalam limpahan org yang berpusu2 keluar masuk di lcct itu..berjalan lambat2 untuk melengahkan masa supaya cepat berlalu..hampir setengah jam berada di kawasan food court, dia resah sebab abang kesayangannya belum lagi menunjukkan signal kalau2 dia sudah @ belum @ dalam perjalanan (pilih yang mana berkenaan~) ke lcct..akhirnya satu sms di hntar..tak cukup dgn itu, cubaan call juga gagal sbb cik peti pesanan suara saja yang keluar...malas nak berlama2 di food court, A** ambil keputusan untuk menunggu abangnya di kawasan ketibaan sambil ber FB~...

jam menunjukkan jarum pendek menyentuh permukaan 2 dan jarum panjang melepasi 12...A** mulai resah..tp masih lagi dgn FB untk mengusir debaran jiwa sambil hati tertnya2 manalah abang aku sorang ni..manalah tahu..main2..padahal dah lama sampai kat airport..tp saja nak tgk adiknya menggila di airport..sudah la sms tak dibalas..call pun tak..hati membebel-bebel tanpa henti dan sekarang sudah hampir 2.30 ptg~...

'2.45 kalau abe e x balas msg atau call, aku nak call kat umah tnya way nak pg Hentian Putra lah', berkira-kira untuk merajuk..sakan pulak tu..siap imagine lagi lepas ni dah tak nak bercakap dgn abang kononnya kesayangan tu..nak remove friend dr FB..apatah lagi..abg 'Tan' plak kuat menghasut kat sebelah kiri..ajar buat tu buat ni..fikiran tegang seketika..sebak di dada di tahan..'malu la wei kalu nangis kat sini...'sempat hati memujuk~..

belum pun sampai 2.45 ptg tp tangan A** dah gatal2 mencari nama kakak kesayangan yang jauh di kg dalam phone..~
(perbualan ini of cos la dlm bahasa melayu kelate, tp sbb blog ni bacaan umum..jadi penulis akan men standard kan bhsnya mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka..mungkin sikit2 unsur penambahan ;P)

kak niey: elo
A** : kak niey, camana nak pergi Hentian Putra naik bas KL Cental? (* tnya nada separuh cool sbb malas nak layan perasaan)
kak niey: A** naik bas KL Central tu, pasti naik komuter lepas tu gi Hentian putra..mana abe e? tak janji ngan dia ke?

alahai kakak ku sayang, punya la singkat dia punya direction..yang tu aku pun tau..cuma tak tau specific nya komuter tu naik yang pegi mana dia mana bagaimana dan macammana..dan soalan no 2..memang dah buat mata merah dan separuh berair..uwaaaaaa~..

A** : ntah la mana dia pegi..tak nak datang amik kot..( dahh..sudah dah longlai dah~...air mata pun cepat je merembes keluar~)..
kak niey: laa..dia tak sampai lagi la tu..tunggu la sekejap lagi..

dan A** pun mula sebak dan terus sebak dan benci!!..air mata dah tak pandai dah nak stop..dan telephone di sebelah sana macam dah bertukar tangan..dr kak niey pass kepada mummy dan mula la syarahan yang panjang yang A** tak sempat nak tangkap je butirannya sayup2 di telinga..tapi sound background dah start bising2..ada semua suara..abe din..abe lie..abe yie..dan ahh..semua lah kot..cehh...salah timing dia call~...last2 A** bercakap ngan abe lie..abe lie bg direction kira ok la skit dr direction tadi..siap describe lagi tempat tu, komuter dan lain2 tu macam mana..huhu..sebelum talian dimatikan smpat dia berpesan " kalu ado gapo2 call abe direct la"..ngeh3..ada semangat skit lepas dgr macm tu!..
"klik"

air mata tertahan buat seketika..kemas2 barang untuk meneruskan journey to Hentian Putra..A** baru perasan ada sorang budak kecil tengok-tengok dia dari tadi..' rilex la dik..kakak bukan menangis la~' cakap A** dalam hati dan berjalan menuju ke toilet untuk basuh muka..malu la wei muka merah baru lepas nangis..ntah2 orang igt gaduh dengan suami lari dr rumah!..tak ke haru gitu.

belum pun sempat melangkah keluar dari terminal, tgk telepon ada 3 misscall..wow..cepat dan pantas..sapa tu..2 kak niey..1 'abg kesayangan'..peduli lah 'abg kesayangan' tu..adik kesayanganmu pun tahu la berjalan kat kl ni~..call balik kak niey..kali ni abe din yang angkat..dia tnya dah naik bas ke belum..macam mana nak naik kalau tiket tak beli lagi.aku baru je nak beli tiket..then abe din bagitau NIK FATHI aka 'abg kesayangan'ku on da way..on da way kat mana tak plak A** tnya..lalala~
habis je cakap dengan abe din..tiba2 telephone menjerit "lebih tua dari ku..harap sabar menunggu..kepulanganmu ku tungggu" a** set ringtone lagu ni untuk abang2nya..jadi dia pun tahu la sapa yang call tu..

abg kesayangan: aaahh..menangis kat airport..x malu la (ceh..mukadimah pun dah fanassss!)
A**: A** nak naik bas la (merajuk2~)
abg kesayangan: nak naik bas..pegi la..buleh abe e balik terus ni..(hampeh punya abg..bukan nak mintak maaf pun)
A**: eleh..dia tu lambat!
abg kesayangan: duk kat mana tu?
A**: kat tmpat ketibaan la..takkan kat pelepasan plak!
abg kesayangan: mari sini..kat belakang bas hijau..
A**: kat mana?
abg kesayangan: kat kawasan ketibaan la..takkan kat pelepasan (desshummm!..copy ayat aku..double la geram kan~)

dan A** pun berjalan2 kat tempat yang ang kesayangan dia maksudkan tu..poyoi punya abg~..dah la x mintak maaf..A** masuk saja dalam kereta..abg esayangan dia pun bantai gelak....!!!!!!!!..
nasib dia datang dgn cousin..kalau tak..mungkin sempat A** smack down dia dulu sampai puas hati...tapi persoalannya..nanti sapa nak drive balik??..

...................................................................................


haaa..gitu la ceritanyaa~..
sedih kan..kan..kan :P


kalau tengok muka ni..mesti x pernah terfikirkan dia terkeluar air mata kat lcct td kan..haha..
dan abang kesayangannya sempat lagi meng'pau' sundle strawberry nya setibanya di mcD...hampehkan??!..
tp macammana pun
abang dia tetap abg kesayangannya..~
sangat la tersayang~

~cerita di sebalik cerita~
biasanya..time balik kg A** pasti balik ke kelantan dgn flight..tp disebabkan tiket flight ke kelantan sudah mencecah 2 ratus lebih untuk hari tu, jadi dia pun ambil keputusan untuk balik dgn bas express..kiranya ni first time la dia naik bas nak balik kelantan..dan dia bukannya biasa dgn kl..so..disbbkan abg kesayangannya ada kereta (bukan dia punya pun..tp kakak punya~) aku pun berjanji nak pg Hentian putra dgn beliau..huhu..


p/s: disbbkan abang kesayangan nya tersangat lah hensem..jadi sangat bahaya kalau memasukkan gambar dia dalam blog ni..haha~

Selasa, 25 Januari 2011

saya, demam, dan ubat~



.: In the name of Allah
the most Glorious and most Merciful :.

mata saya pedih, muka saya merah..hidung saya sakit..cecair mukus x berenti mengalir..bersin tak habis-habis diselangi batuk!
saya DEMAM!
yeah..
itulah paling obvious sekarang..
dengan cuaca yang kadang-kadang cerah..dan kadang-kadang gelap..
dan tiba-tiba berangin..dan tiba-tiba lagi..berciciran hujan lebat tumpah ke bumi Ilahi..
....
++++++++

saya bangun tido..
dan terasa macam something wrong somewhere..
seolah2 sistem keselamatan badan diceroboh masuk oleh sekumpulan virus..
tapi saya buat bodo saja..sebab saya tahu..dan yakin lagi..sekumpulan sekuriti antibodi saya dapat menjalankan tugas mereka dgn excellent sekali..jarang-jarang sekali mengecewakan tuan punya badan!..jadi sepenuh harapan saya tumpahkan kepada sekumpulan antibodi tanpa menyediakan sebarang bantuan tambahan paracitomol dan adik beradik yang sewaktu dengannya untuk melawan serangan makhluk virus asing itu..heh..macam selalulah~!

tapi..biasa la..hero pun kadang-kadang rebah tersungkur jugak..atromen yang hebat pun selalu je perlu bantuan daripada atromen-atromen yang lain..tak sangka kali ini..sekumpulan antibodi terlatih itu tidak dapat menumpaskan serangan virus-virus asing..biasanya..kurang 24 jam..segala bendasing yang mengganggu pusat kawalan kesihatan dapat dibereskan!..punyalah kecewa tuan punya badan..~..x hero betulll!..
eleh..apa taknya sekumpulan antibodi tu rebah tersungkur..dah la tak diberi bantuan tambahan..merangsang peningkatan virus-virus asing tu adalah~..empunya diri seolah-olah dah tak sayang diri..add on..ais lah..coffee lah..megi yang pedas la..ubat tak amik..jadi,.apa taknya tersungkurlah sekumpulan antibodi..
so,

SALAH SAPA SEBENARNYA DEMAM MELARAT-LARAT DAH LEBIH 3 HARI NI???..



**********************************
hihihi..
saya budak yang hyperactive..saya sangat lasak..
biasa la..saya ni jarang2 kena sakit/demam/ dan sebagainya yang berkaitan dgn body..sbb selalu igt sistem pertahanan badan sangat kuat..susah dibolosi..biasa pun kalau org sebelah demam/selsema..virus tu jarang terkena..so, kira..selalu sihat la kan *ceee..riak tak bertempat!..
jadi bila demam ni melanda..lebih-lebih lagi melarat-larat..saya jadi confuse..
perlu ke makan ubat??..tak boleh ke demam ni dia heal macam tu je..tak payah makan ubat..atau jumpa doktor..*biasa buat gini..dan cepat je dia sembuh sendiri..
tp utk kes ni..sbb x jaga makan dan minum..so..pandai-pndai la nak idup kalau dah melarat-larat demam tu ;P (dan dah jadi sleepless la sejak sakit ni..acchoo sana..achhoo sini..batuk sana..batuk sini.parah2~)

bukan sebab saya takut makan ubat..atau kena injection dgn doktor *err..sebenarnya ada bad story behind..keh3..
tp..
entah la..memang dah perangai macam tu sejak azali *padahal sejak meningkat dewasa~..
jadi dengan kata lainnya..saya suka kalau demam ni berlalu secara natural..x payah force..
*yee..encik2 virus yang tak diundang..sila lah balik ke tempat asal anda...~..
dan lain kali saya berjanji..kalau ada simpton2 demam..saya akan tidak..
minum ais lagi *fingercross ;P

(macam perangai budak-budak kan semenjak dua menjak ni ;P)

+++++++++++++++++++++++++++

Actually,I think Allah loves me more because He gives me this fever to test me how faith I am to Him..so, I won't sigh..not ever hate and regret that I am sick..Sometimes I got jealous with people in sick (not the heavy one..nge~) and felt Allah ignored me..but now..I know..I also the one who is in Allah's care..Thank you Allah ;D

"....only in the remembrance of Allah, can the heart find peace"[Ar-Rad;28]

tapi macam mana pun...
kesihatan itu penting..sakit sekali sekala kira okey dari langsung x sakit kan....
so...
doalah saya cepat sembuh..
saya nak balik rumah dengan sihat walafiat dan selamat..
tq :D



Khamis, 20 Januari 2011

.....

.: In the name of Allah
the most Glorious and most Merciful :.


akhirnya...
selepas memendam rasa sejak dari cuti Raya aidiladha..cuti sem..dan sekarang bakal bertemu lagi dgn cuti Chinese New Year..
akhirnya tewas..1-0 *igat main bola ke ni satu-kosong~
akhirnya..

apabila tak betah berada di perantauan terlalu lama *padahal xsampai pun 6 bulan lagi..walau sekali pun hujan emas bakal mencurah..sekalipun bayu gunung kinabalu sentiasa melambai-lambai..tanah tumpah darah juga akan jadi tempat mengadu..
dengan kata straight forwardnya..nanti start je cuti..aku pun bakal terbang balik umah yang berada di sebelah laut cina selatan ituuuuuu~..
.: dan saya sangat happy ;D :.

mungkin orang x paham kenapa la beria2 sangat nak balik..bukan ada apa pun kat rumah..
sapa kata x ada apa2..
paling penting..
24 jam aku akan kecek kelate..
buleh bertenggek atas katil sambil online x igt dunia..
dan tercrita pasal k-pop dgn
adikku yang sangat obses ;P dgn dunia k-pop..
menjadi pekerja sepenuh masa kat dapur
dipenuhi oleh jemputan ke dinner2 makan kat luar ;D
berderat ke KB mall dengan Une..
mandi laut ;D

dan ALMS bakal menggila lagi
hahhaaha..;D

saya sangat suka..
sangat suka..
memang suka..
:D:D:D

saya arap 8 ari bercuti ini akan jadi cuti yang bermakna..
;D



Ahad, 9 Januari 2011

mt kinabalu, here I am !



.: In the name of Allah
the most Glorious and most Merciful :.


Part 2


"rokkugo..rokkugo..mare meh!"
tiba
-tiba kedengaran sony ericsson w890i menjerit-jerit. Bingitnya lagu Rokkugo dari Super Junior memecah kesunyian dorm no7 pasti membangunkan semua yang nyenyak tidur di buai dingin pagi. aku bangkit dari pembaringan. Jam menunjukkan hampir pukul 2.00 am. sebenarnya, beberapa jam lepas, aku langsung tidak dapat tidur kerana kakiku mula terasa kebas.agak sakit. dan terus meminta-minta minyak panas daripada mereka yang baru bangun tidur untuk mengurangkan kesakitan itu. selepas melumurkan minyak itu di seluruh bahagian kaki, terasa lega kembali. hampir semua sudah pun menolak selimut ke tepi dan bersiap-siap untuk mencabar puncak gunung kinabalu.

sebelum itu, kami akan dijamu supper seawal jam 2 am. kakiku ku kira sudah sepenuhnya stabil, tiada lagi rasa sakit seperti tadi. setiba di restaurant, kelihatan ramai yang sedang menjamu selera menikmati supper 2 am. aku sendiri pun tak ketinggalan untuk menikmati supper dengan memakan roti mentega, mihun goreng, honey star bersusu, secawan kopi sambil mencari kelibat seseorang. masing- masing menikmati juadah supper dengan feel tersendiri, ada yang menapau untuk dijadikan bekalan di puncak nanti. cuaca di luar agak sejuk. aku sendiri yang memakai 4 lapisan baju, dua helai sweater, t-shirt berlengan pendek, 2 lapisan seluar dan 2 lapisan stoking pun masih terasa kedinginan udara di awal pagi itu.



setelah semua bersiap sedia, kami sekali lagi diberi taklimat dan memastikan semua keperluan dan peralatan untuk mendaki dibawa bersama. menyusuri denai-denai di dalam kepekatan gelap yang dingin, hanya di sinari lampu kepala amat membosankan, lebih-lebih lagi laluan ke summit trail tersumbat (mungkin ada yang berhenti melepaskan lelah atau mencari jalan dalam gelap). aku memotong barisan setelah nampak ramai orang dari belakang semakin maju ke depan dan aku juga tak mahu ketinggalan. aku terus maju meninggalkan chong yun fook di belakangku yang aku nampak dia agak kesejukan waktu tu. itulah kali terakhir aku bergandingan dengan ah fook dan yang lain mungkin jauh di belakang sana. berjalan memanjat tangga berbatu dan berkayu sampai tak persan siapa di depan dan siapa di belakang. seingat aku tadi ada yang menegur bertanyakan namaku tetapi akibat pagi yang gelap, aku tak dapat mengecam siapa lelaki tersebut.

sedar tak sedar, beberapa minit berlalu, baru aku perasan di depanku adalah Ken dan Che Yong. Adah yang sama-sama bergandingan dengan aku tadi juga lesap dalam kepekatan 3 lebih pagi. sepanjang perjalanan ke puncak, aku mula mengikuti Ken dan Che Yong untuk menawan puncak gunung kinabalu. sungguh aku rasa bersyukur kerana tidak keseorangan semasa pendakian itu. kalau tak terserempak dengan mereka, mungkin di awal laluan sebelum betul-betul panjat gunung berbatu itu aku akan menunggu groupmates atau pun berpatah balik kerana seram untuk meredah kegelapan pagi yang dingin seorang diri. kami terus mendaki batu- batan, sesekali menggunakan tali yang telah disediakan, tetapi bagiku, cara mendaki dengan tali menyebabkan aku lebih penat daripada memanjat batuan itu. mendaki gunung yang curam itu sungguh memenatkan, kami beberapa kali berehat setelah mendaki beberapa langkah. sempat juga kami memerhatikan langit hitam yang dipenuhi dengan titik-titik bintang. cantik. aku mencari-cari di mana letaknya bintang cancer. tapi sayang, aku belum pernah belajar untuk melihat bintang dengan betul. jadi sekadar memerhati langit ciptaan Yang Maha Pencipta dengan perasaan kagum.

Ken dan Che Yong melayan aku dengan baik, seolah-olah kami sudah lama kenal (memang pun, Ken kan classmate aku ;D). sesekali Ken atau Che Yong berbahasa melayu melayan aku berbual atau mereka akan berbahasa cina apabila perbualan melibatkan mereka berdua. syukur, sekurang-kurangnya aku tak terasa asing di kalangan mereka. teringat sewaktu mendongak ke langit, tiba-tiba Ken berkata dia ada melihat meteor. aku selalu tengok dalam movie atau drama terutama cerita korea, mereka selalu buat hajat sewaktu nampak meteor. kata orang, hajat kita akan tercapai. aku tiba-tiba tersenyum sendiri memikir hajat apa yang akan aku buat kalau ini betul-betul berlaku.

aktiviti panjat memanjat masih lagi berterusan sehingga kami tiba di sayat-sayat hut untuk check point. nasib baik tag namaku sempat di selamatkan oleh seorang perempuan foreigner ketika tag itu terlucut dari tali sewaktu mendaki tadi. aku rasa mungkin perempuan foreigner itu dari luar asia kerana slang bahasa inggerisnya sangat cantik!

" I owe you",kataku berbasi-basi ketika dia memulangkan tag nama tersebut.
" it's ok !", katanya tersenyum

keadaan di pertengahan puncak gunung amat mencabar, walaupun kami dapat berjalan tanpa tali, angin yang bertiup kencang menyebabkan dinginnya mulai meresap ke tulang. kami kini seakan kehabisan tenaga melawan angin sejuk dan terus mendaki. akhirnya kami mengambil keputusan untuk berehat, sambil makan bekalan yang dibawa. aku teringat kek serawak pemberian Amoi yang masih belum terusik ada di dalam beg dan cepat-cepat aku membuka beg. tetapi sukarnya mahu membuka zip beg itu, tanganku kekebasan kerana udara sejuk sudah pun meresap ke ruang rongga tangan. dengan cermat, aku berjaya mengeluarkan kek dr beg. Ken mengeluarkan chocalate, dan tiba-tiba aku ternampak Benard( classmate) muncul dari bawah dan sama-sama kami menikmati bekalan yang ada. Lucunya, kami seolah-olah sedang berpiknik di atas gunung dalam cuaca yang sangat dingin dibawah sinaran lampu kepala!

habis berpiknik di dalam gelap yang berangin, kami meneruskan lagi perjalanan mendaki. kami akhirnya tiba di signboard peta yang menunjukkan lokasi kami sekarang 8.0 km dari bawah gunung. hanya ada 0.5 km lagi untuk menawan puncak gunug kinabalu! hati dibuai ceria. hanya 500m sahaja lagi, aku, Ken dan Che Yong bakal menjejak ke Low's peak, bahagian gunung kinabalu yang tertinggi di Malaysia!

angin di kilometer 8 lebih itu lebih hebat penangannya berbanding di bahagian bawah tadi. mahu saja aku terjatuh akibat di tiup angin, tetapi aku menguatkan cengkaman kaki agar dapat menstabilkan keseimbangan badan. aku cuba menggigit jariku disebalik glove biru tetapi nampaknya, aku tak terasa pun kesakitan. angin sejuk betul-betul meresap ke rongga kulit tanganku. menyesal kerana tidak memakai t-shirt berlengan panjang. beberapa seketika, baru aku perasan kelibat Che Yong , Benard dan seorang lagi kawannya( aku tak pasti siapa, tapi rasanya classmate aku juga) sudah hilang dari pandangan. aku bertanya Ken mana mereka semua. Dia pun kurang pasti sebaliknya menyarankan agar kami tetap teruskan perjalanan yang tinggal beberapa ratus meter ke depan. bunyinya macam dekat.beberapa ratus meter, jarak yang kurang daripada 1km, tetapi akibat kegelapan dan hanya bergantung kepada hayat lampu kepala dan sesekali angin berhembus kasar membuatkan kami kesejukan dan kepenatan, terasa seperti berjalan beratus-ratus batu nautika ==''. Ken mengajak aku berlindung di sebalik batu gergasi untuk berehat seketika sambil membetulkan tag namanya yang tersasar ke belakang. aku mencadangkan agar tag nama itu terus disimpan ke dalam beg agar kejadian seperti aku tadi tidak berlaku lagi. aku membantunya.

kami mendaki lagi. kali ini lebih perit kerana terpaksa memanjat batu-batan yang makin tinggi dan curam ditambah dengan saiznya yang agak besar. tali yang menjadi arah penunjuk ke Low's peak sudah tiada di pandangan mata. "bila lah sun rise nak muncul ni??", fikirku sambil memanjat batuan itu, mungkin kebosanan akibat gelap dan seperti tak tahu arah tuju. kami terus mendaki sehingga terserempak dengan lelaki Kedah dan kawan perempuannya dari Lahad Datu yang bersiap sedia dengan cameranya untuk menangkap gamabar pemandangan apabila matahari muncul nanti. matahari pun seolah-olah mainkan hatiku yang masih lagi belum mahu timbul seakan-akan malas untuk bangkit dari tidur. hanya sayup-sayup kelihatan cahaya magenta keluar disebalik awan berkabus dan diantara bahagian batuan gunung kinabalu. kata lelaki kedah tadi, Low's peak hanya sedikit diatas kami. Kami berasa sungguh gembira dan cepat-cepat melajukan speed pendakian. Ken kini mendahului 2, 3 langkah daripada aku.

akhirnya...jam 5.45 pagi, 7 Jan 2011, Jumaat,kami tiba di puncak gunung yang tertinggi.. bukan sahaja di Malaysia, malah tertinggi di Asia tenggara. aku masih tak percaya aku berjaya menjejak kaki ke sini. Bangga sebagai perempuan, aku pun tak kurang hebatnya! ;D horeyyyyy!!..walaupun kepenatan, tapi senyuman masih tak lekang dari bibir. Ken sendiri pun aku lihat kepenatan. mungkin dia pun turut merasai perasaan bangganya jauh di dalam hati. di situ, kami berjumpa kembali Che Yong. Gembira bertemu kembali. dan kami mengambil tempat yang sesuai untuk memerhati matahari terbit di sebalik awan putih. mahu sahaja aku memeluk manusia di situ, sejuk yang amat tak boleh sudah aku kawal. tapi aku masih sedar..haha..mahu saja aku menangkap gambar di situ.tapi keupayaan w890i tu yang tiada flash menyebabkan aku sedikit kecewa..tiada gambar yang dapat dirakamkan. cuba tengok coverage celcom..penuh 5 bar.siapa yang perlu aku call di saat2 semua orang di bawah gunung kinabalu masih lagi lena di ulit mimpi!.tak jadi mahu berbangga-bangga di atas puncak ..haha..

kelihatan Benard dan diikuti oleh Chen Jie (classmate) tiba di puncak itu. Nasib baik Chen Jie ada kamera, maka dapatlah kami merakam saat-saat terindah di atas awan putih ini. seorang demi seorang wajah yang aku tak kenali, tapi aku pasti dari SKTM juga muncul.jauh dari atas, aku ternampak Isaac (classmate) sedang mendaki ke puncak.aku memanggil dan melambai-lambai ke arahnya.wah, nampaknya dia terkejut melihat aku sudah di puncak;D, di puncak aku sedang menanti ketibaan ahli kumpulanku.tetapi tiada tanda-tanda mereka akan muncul. sewaktu berkira-kira mahu turun ke bawah, tiba-tiba aku ternampak Adah memanjat dari batu ke batu. aku membatalkan hasrat untuk turun bersama-sama Ken, Che Yong, Benard dan Chen Jie. aku sangat gembira bertemu Adah di puncak. Sekurang-kurangnya, aku tahu semua dalam perjalanan ke sini. sesuai dengan pancaran matahari yang makin meninggi, kami bergambar kenang kenangan. ini adalah sekali seumur hidup! tiada yang kedua ku kira. Sempat bergambar dengan Isaac yang masih lagi di puncak gunung.


Orang ramai kelihatan makin banyak membanjiri Low's Peak, jadi aku dan Adah pun cepat-cepat meneruskan perjalanan turun ke bawah. Beri peluang kepada orang lain juga. di pertengahan menuruni gunung, aku ternampak kelibat dua orang seperti mengenaliku.tapi masalahnya aku yang tak cam. Rupa-rupanya Kakak Mui dengan Ah fook yang berbungkus kepala dan muka dengan snow cap. patut la aku tak cam.aku perasan pun sewaktu kakak Mui menjerit namaku. seterusnya, aku terserempak dengan abg pijul, PJ (classmate), Bart. pancaran matahari menampakkan seluruh kawasan gunung berbatu itu. rupa-rupanya, kawasan ini tak segerun yang dibayangkan semalam sewaktu dalam gelap. ianya cukup landai. Sempat lagi bergambar-gambar di pertengahan jalan pulang.tapi cuaca yang sejuk menyebabkan aku cepat-cepat mengatur langkah. terserempak dengan Pina, Dayah dan Vick yang kepenatan. berbual-bual dulu bertanya khabar. mereka sudah kehilangan tenaga.aku terus berjalan sehingga tiba di Sayat-Sayat Hut untuk check point sekali lagi. mahu saja meneruskan perjalanan ke bawah,aku melihat Ken, Che Yong , Bernard dan Mei Ying (classmate) sedang duduk di atas timbunan batu batan dekat dengan kaunter check point tadi. aku pun tumpang duduk bersama-sama. merehatkan badan. berbual-bual dengan mereka sekejap sebelum semua bangun untuk bergerak pulang ke bawah. aku betul-betul sejuk dan fikirku mahu makan kerana sekejap lagi jam 7.30 pg, waktu breakfast akan bermula. dan aku agak lapar. kami turun menyusuri jalan yang telah pun kami lalui awal pagi tadi sambil memerhati keindahan alam.cantik tak terkata. hanya boleh memuji kejadian Ilahi di dalam hati.

rupa-rupanya bahagian di sini lebih bahaya dari bahagian atas puncak, sebab kalau tersalah langkah, dan jatuh, kebarangkalian untuk hidup.. aku pun tak mahu fikir. yang penting, atur langkah dengan berhati-hati, tawakkal alallah..akhirnya gunung berbatu itu berjaya diharungi.selepas beberapa jam, akhirnya jam 8.45 pg, aku sampai ke dorm ku. Ken dan Che Yong sudah pun sampai di dorm masing-masing. kepenatan ketika tiba di bangunan cafe, cuba menangkap gambar dengan w890i, tetapi tiba-tiba skrin phoneku menjadi hitam

"encik sonyyy, adakah anda merajuk sebab aku x guna anda sewaktu di puncak tadi??", aku bercakap seolah-olah w890i manusia..*adakah aku menjadi tak betul setelah berpisah dengan dua orang gentlemen tadi?? ;X*


yeah!..we did it!!

*********************************

......sesungguhnya pengalaman ini sungguh berharga, first time mendaki, dan pendakian ini cukup membanggakan aku kerana badanku juga memberi kerjasama yang baik tanpa rasa kesakitan yang amat.mungkin selepas ini, kesan sakit akibat pendakian mungkin akan terasa, tetapi aku bersedia untuk kemungkinan itu kerana itu adalah normal. pengalaman mendaki dalam gelap akan aku ingat untuk selama-lamanya. mungkin boleh dijadikan cerita untuk anak-anak cucu-cucu esok-esok..haha....

.....................................................................

dalam team aku, hanya Ecah dan Boy sahaja yang tidak berkesempatan untuk memijak gunung berbatu itu, yang lain, mestilah berbangga dengan prestasi masing-masing.

...................................................................

perjalanan pulang turun ke bawah bermula jam 11 pagi, dikala hujan lebat mulai mencurah-curah ke bumi Laban Rata. aku tiba di Timpohon Gate jam 3.15 ptg. kami bertolak pulang ke UMS kira-kira jam 5 ptg setelah semua urusan makan dan sijil selesai. Bangga aku sewaktu ditanya oleh abang kepada Fansuri sama ada berjaya ke puncak atau tak??..sengih-sengih aku menjawab..mesti dia akan tarik balik perasaan kurang yakin dia semalam.

..................................................................

end *part 2*

untuk anda..terima kasih..
u raise me up, so I can stand on the mauntain..
walaupun anda raise me up secara tak sengaja..
tapi sebab awak, saya boleh jadi kuat! ;D
dan harap awak sihat..
jangan sakit..
nanti saya pulak yang sakit ;P
.......................................

p/s: gambar??..alah..tengok dalam FB la..malas nak upload..assignment ku masih menunggu untuk disentuh..

Sabtu, 8 Januari 2011

it's really real !

.: In the name of Allah
the most Glorious and most Merciful :.

part 1

jam 5.00 pagi, ketika penghuni Kolej Kediaman AB masih lagi diulit mimpi, aku bangun mempersiapkan diri dan segala barang keperluan terakhir sebelum mendaki gunung yang tertinggi di Asia, Gunung Kinabalu. Sempat menghantar mesej ringkas kepada kawan-kawan sekumpulan yang lain Ah Fook,Abg Pijul,Bart,Boy,Vick,Pina,Ecah,Adah,Dayah dan yang terakhir kakak Ah fook, Kakak Mui. Hampir setengah tahun menguruskan aktiviti pendakian ke gunung kinabalu akhirnya ia bakal mencapai objektif untuk menawan puncak yang tertinggi.

Selaku pengurus,maka tanggungjawab untuk merosakkan mimpi-mimpi indah mereka harus aku lakukan. Kakak Mui sudah aku kejutkan awal-awal kerana dia menginap di bilikku.Sedang Kakak Mui mandi, aku sempat menggoreng nasi lebihan malam tadi untuk bekalan nanti sewaktu mendaki. Disebabkan roomates ku yang lain masih lagi menyambung cuti semester, aku kira, nasi ni pasti membazir kalau aku biarkan begitu saja.




hampir jam 6.00 pagi,van yang disewa sudah pun tiba di bus stop Kolej AB. sambil menunggu-nunggu semua sampai, aku berborak-borak dengan Uncle Markus selaku driver kami ke Kundasang, spesifiknya Kinabalu Park. Uncle Markus sangat baik dan bertimbang rasa, mudah berunding. dia tidak kisah walaupun kami sedikit kelewatan. Dia lebih suka ikut apa yang aku beritahu. Kami bertolak dari UMS tepat jam 6.30 pagi seperti dijadualkan. Hampir 2 jam perjalanan ke sana, gunung kinabalu sayup-sayup di pandangan mata, sangat teruja untuk memulakan pendakian sejauh 8.5 km itu. kami tiba di kinabalu park kira-kira jam 7 lebih. setiba di bahagian visitor place, kami diberitahu oleh pegawai yang mirip dengan mantan YDP kolej AB, Fansuri, kami akan dibawa oleh 2 org mountain guides. Dia juga memberi pilihan kepada kami untuk memilih sama ada mahu memulakan pendakian melalui Mesilau Trail ataupun Timpohon Gate. kami mengambil keputusan untuk melalui Mesilau Trail sebagaimana orang cakap di sana pemandangan yang indah akan dapat dinikmati. pegawai itu atau aku namakannya sebagai abang kepada Fansuri seperti tidak percaya kami akan menggunakan laluan itu dan berkali-kali dia minta kepastian. kami yang sudah teruja untuk melihat pemandangan yang indah bak kata mereka yang sudah mendaki melalui Mesilau Trail tetap berkeras untuk melalui laluan tersebut. bayaran untuk mountain guide bertambah RM30 menjadikan bayaran untuk mountain guide RM230. Pina selaku pengurup wang berlesen (yang diberi mandat oleh aku..haha) melakukan tugasnya mengutip duit dari setiap orang. note RM230 bertukar tangan, sempat sebelum meninggalkan kaunter "abang kepada Fansuri" itu mengucapkan "good luck" untuk menaikkan semangat kami sambil tersenyum-senyum. Aku fikir dia seorang yang peramah.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Mesilau Trail, kami terlebih dahulu ke Balsam Restaurant untuk mengambil lunch pax sebanyak 11 packs dan 11 batang tongkat sudah pun dibeli untuk kegunaan semasa mendaki nanti. Perjalanan 2 KM untuk tiba di Mesilau Trail nampaknya bukan sedekat yang dibayangkan. sungguh jauh dan berliku-liku, berbukit- bukit dan bersimpang siur. siapa lah dulu buat cadangan nak pergi ke Mesilau berjalan kaki??..alamatnya..sampai kepetang gamaknya..haha..kami asyik ketawa mengenangkan betapa 2km ke Mesilau Trail itu sungguh "dekat". Uncle Markus membawa kami jauh ke dalam. Udara dingin Kundasang mula menjamah rongga badan.

Sampai di Mesilau Trail, sekali lagi "Ceti Halal" membuat kerjanya mengutip bayaran tambang RM18 seorang dari UMS ke Mesilau Trail. Di sana, kami di beri taklimat ringkas oleh Dragon dan Joe selaku mountain guide kami. Rupa-rupanya, pendakian sejauh 6.5 KM sebelum tiba di puncak gunung bukanlah suatu kerja yang mudah. Ianya akan memakan masa dalam 6-7 jam bagi pendakian yang normal untuk sampai Ke Laban Rata, tempat penginapan kami nanti. aku mulai paham kenapa abang kepada Fansuri tadi seakan tak percaya dengan kebolehan kami selaku pendaki yang setahun jagung..dan aku mulai ragu dengan kebolehan aku sendiri.

kami memulakan pendakian kira-kira jam 9.45 pagi. Sempat kami bertemu kumpulan Ken yang seramai 47 org. bertegur sapa dengan rakan-rakan sekelas yang semuanya chinese (dan semuanya ponteng kuliah pertama Tuan Aji dan Puan Sha ==") dan kami menghilang disebalik rimbunan pokok-pokok hutan. sempat aku curi pandang ke arahnya dan hati aku seolah-olah ceria..haha ;D



Perjalanan 1.0 km masih lagi bergandingan dengan group member yang lain kecuali Adah dan hidayah, sudah hilang dari pandangan..jauh di hadapan. kami pula, jadikan aktiviti pendakian ini seperti jalan-jalan masuk kebun supaya stress dengan laluan yang kadang-kadang naik..kadang- kadang turun dan sangat memenatkan..tapi apa pun, berbayar dengan anugerah pemandangan yang sungguh hebat dan cantik..penat dan lelah hilang apabila dapat menikmati panorama yang mengasyikkan. sempat kami bergambar-gambar kerana bukan mudah untuk berada di sini..sekali seumur hidup mungkin! beberapa jam pendakian, aku kehilangan jejak Ah fook, kakak Mui, Abg Pijul, Bart dan Vick. bersama-sama aku adalah pina dan Boy berjalan menyusuri onak dan denai tanpa jemu tetapi sekali-sekala berhenti melepaskan lelah. Aku berjalan malas-malas untuk memberi peluang agar Pina dan Boy tak hilang dari pandangan dan di kilometer berapa entah la..aku seperti mengenali susuk tubuh seseorng yang sedang berjalan meneruskan pendakiannya..Ken..aku terpegun..cepatnyaaaa...ini bermaksud, dia sudah mendahului mereka di belakang. hebat..hebat!..teruja dengan kepantasan dia dan kawannya..aku pun mula bersemangat. berjalan merentasi pohon-pohon kayu hutan dengan perasaan kagum dengan mereka sampai tak sedar sudah meninggalkan pina dan Boy di belakang.Lantak la..sampai di pondok ke 3 (mungkin(?)), aku ternampak Ken dan kawannya lagi. berhenti rehat seketika. Sambil cas energy dengan makan-makan apa yang patut, aku diberitahu pondok seterusnya 1.5 km dari tmpat ini. Berkenalan dengan Che Yong(?), kawan Ken selepas Pina tiba di pondok tersebut dan diikuti oleh ketibaan Boy. kami duduk-duduk sambil makan dan berboral-borak dengan mountain guide dan sempat bermain- main dengan sekumpulan tupai yang jinak dan comel. Hati berbunga seketika ;D ..beberapa seketika wajah Chong Yun Fook kelihatan diikuti oleh ketibaan abg Pijul, vick dan kakak Mui. setelah bertenaga, aku, ah fook, pina dan Boy meneruskan usaha untuk berada di kilometer yang seterusnya.

tak sampai 100m pun, kami dilintas oleh Ken dan kawan-kawannya seramai lebih kurang 3 org. sempat ucapan " 加 油 " keluar dari mulut Ken setiba dia melintasi aku. aku sengih dan membalas perkataan yang sama. kami berempat berjalan lagi merentasi onak, batu-batan, tangga kayu yang curam lagi tinggi, sesekali berhenti 30 saat untuk meneutralkan tenaga. aku berjalan mendahului Ah fook dan yang lain. sesekali aku menoleh ke belakang untuk memasti kan jarak aku dan Ah fook tak jauh tapi dia sibuk mencari angle yang sesuai untuk menangkap gambar keindahan hutan gunung kinabalu dari berjalan menuju puncak. kini, aku keseorangan di dalam hutan yang tebal yang aku sendiri pun tak pasti siapalah yang akan datang tolong aku kalau- kalau ada benda yang tak diingini terjadi?...dan nama siapa yang aku jeritkan dahulu?org didepan kah? atau dibelakang kah? atau nama orang yang jauh disemenanjung sana? tersenyum sendiri apabila memikirkannya. sambil berjalan, aku cuba mengalunkan perlahan-lahan nasyid Asmaul Husna untuk meningkatkan motivasi diri sesuai dengan memuji kebesaran Yang Maha Pencipta. Penat dan lelah kini aku tak peduli lagi.Mendaki-daki tangga yang curam dengan harapan akan terserempak dengan siapa-siapa yang aku kenali.Sebenarnya, pendakian tangga kayu yang jarang-jarang itu sungguh berbaloi kerana tiba sahaja di atas, mataku dijamu dengan pemandangan yang sungguh mengasyikkan dari atas gunung. hilang sudah perasaan takut tadi diganti dengan perasaan indah membuai-buai. Cuba-cuba menangkap gambar di situ untuk di abdikan sebagai memori.. yeah!..take nothing but photographs.Leave nothing but footprints.Tema Kinabalu Park di tag nama itu sungguh bermakna. Sony Ericsson kini menunjukkan bar line coverage celcom penuh, apalagi, aku pun menghantar mms kepada Tikah,adikku yang ke-13 yang jauh di Kelantan. Iya lah sebab tiada siapa yang boleh aku kongsikan perasaan saat itu, jadi family must come first before anybody. tak puas dengan itu, aku menekan speed dail nombor 1, abangku yang sulung untuk memberitahu kedudukanku sekarang,lebih istimewa tempat yang tinggi di hutan gunung kinabalu.haha..bangga betul!..sambil cuma melengahkan masa agar bertemu kembali dengan groupmates, ah fook tiba-tiba melintasi aku ketika aku seronok berbual dengan abe yom. pina, kemudiannya aku kelihatan kelibatnya di tangga kayu melepaskan lelah.aku mematikan panggilan. sempat abe yom berpesan mengenai LI ku..haha..perjalanan diteruskan lagi dengan pina. kelihatan dia sungguh penat. aku sendiri pun hairan. "kenapa belum sampai lagi 1.5 km ni?.berjalan punya la terasa jauh" aku mengomel sendiri dalam hati. mendaki jalan yang curam sedikit, akhirnya kami tiba di pondok yang dimaksudkan oleh Ken tadi. Kelihatan Bart dan Af fook di situ. kami berhenti untuk cas tenaga. Bart kelihatan basah bermandikan peluh. katanya jauh dia berjalan tadi dan sekarang menunggu kami untuk berjalan sama-sama.dia cakap dari jam satu lagi dia menunggu di situ..dan dia berjaya menghabiskan semua makanannya.sekarang sudah mahu jam 2 petang..Bart bertanya sama ada ada apa-apa yang boleh dimakan lagi. aku teringat nasi goreng yang belum lagi habis di makan, aku simpan nasi dalam 2 bekas tapuware cafe..satu bekas sudah pun habis dibelasah oleh mereka dalam van tadi. yang lebih lagi terus aku bagi padanya. aku tak berkira sangat sebab sekarang tak lah sangat lapar. bekalan lunch pax pun masih lagi berbaki. cuma air sekarang semakin mengecil sukatan ML nya. lama kami di situ. berbual-bual dengan mountain guide kami, lucunya apabila guide kami bertanya adakah dia kelihatan sungguh tua sebab kami asyik memanggilnya dengan panggilan uncle, pakcik..dan dia menyuruh kami memanggil dengan nama "Dragon" sahaja tanpa ada title di depan. kami cuba bergurau betulkan sebab kenapa kami panggilnya dgn title tersebut untuk tunjukkan rasa hormat. sudah itu yang dia mahu..panggil sajalah. x payah bayar pun untuk panggil dia Dragon walaupun padaku terasa agak janggal untuk memanggil orang yang lebih tua dengan panggilan nama sahaja. semua yang berada di situ termasuk beberapa orang classmates pecah ketawa apabila Dragon cuba bergurau menanggil aku dengan panggilan mak cik.haha..sekarang baru aku tau apa rasanya." masih muda lagi bah saya ni, ndak layak masih dipanggil mak cik".





setelah tenaga kembali bercas, kami berempat berjalan sama-sama. seperti semua menyesal berpisah sekejap tadi. berhenti sama-sama sama ada mahu bergambar ataupun berehat seketika. sambil-sambil tu, kami berbual-bual dengan Dragon yang mempunyai pengalaman selama 11 tahun mendaki gunung kinabalu sebagai mountain guide. tentang dirinya sebagai penyanyi tempatan yang sudah merakam 2 album. Ada juga dia bagitahu keadaan Ecah yang mana sudah tak mampu untuk meneruskan pendakian ke Laban Rata kemungkinan akan menginap di rumah ranger lodge di Layang-Layang hut. aku kesiankan Ecah dan bimbang dengan semua yang lain. belum muncul. kalau ikutkan kelajuan kami, selayaknya memang tahap kura-kura yang baru bertatih..ataupun tahap bersiar-siar di taman. Ada saja bertanya itu dan ini dengan Dragon. Sesekali menyakat sesama sendiri dan berderai pecah ketawa. berbalik kepada Ecah, sebenarnya, kesihatan Ecah tidaklah sebagus kami sebab dia demam, tapi dia mahu juga datang sebab semuanya sudah dibayar unutk pendakian ini.RM 287.00 untuk pakej pelajar. kalau aku pun tetap berkeras mahu datang. sampai di kilometer seterusnya menghampiri Layang- Layang Hut, masing-masing ketandusan tenaga, di tambah lagi hujan renyai-renyai membasahi bumi hutan gunung kinabalu. jarak masing-masing sudah tidak sekata..makin menjauh lagi..di belakangku adalah Ah fook, di belakang ah fook aku tak pasti sama ada pina atau bart.aku tak tahu.ah fook juga hampir hilang disebalik selekoh-selokoh batu dan tanah tinggi.aku teruskan juga perjalanan yang hanya tinggal lebih kurang 2 km lagi untuk tiba di Laban Rata. aku mesti teruskan juga perjalanan supaya dapat tiba di Laban Rata sebelum matahari merajuk pergi.aku tak mahu dan tak sanggup bergelap di dalam hutan sendiri. tadi kata ah fook "kita akan sampai kebih kurang dalam jam 5 ptg" tektik untuk sedapkan hati sendiri dan sekarang jam menunjukkan hampir 4 ptg. perjalanan tanpa kepastian hanya mengikut laluan yang sudah berjejak masih lagi belum habis. menyusuri tangga berbatu bertanah liat dan hujan menambah lagi rasa hampa dan putus asa tapi memikirkan dia sudah di depan atau mungkin sudahpun selamat tiba di Laban Rata, aku teruskan perjuangan. Cabang 3 diantara mesilau trail,timpohon gate dan Laban Rata sudah jauh di belakang, kini aku bersama-sama ah fook tiba di kawasan gunung berbatu, mendaki tangga kayu yang curam, berbayar dengan sekali lagi pemandangan yang indah..mungkin tiada di bawah sana..bergambar- gambar dulu di situ dan tiba- tiba ah fook menjerit dia sudah nampak bumbung disebalik rimbunan pokok- pokok hutan..gembira sekejap dan membazir masa dengan bergambar.berbaloi juga kerana akhirnya pina dan bart tiba di situ. berjalan tak sampai 100m, rupa-rupanya bumbung hijau itu adalah pondok berhenti rehat willosa shelter ==''. bukan hut..bukan dorm..bukan Gunting Lagadan, tempat yang bakal kami menginap nanti. putus harapan aku dibuatnya.berjalan lagi merentasi batu- batan yang makin besar. kini aku di depan mendahului yang lain sebab letih menunggu mereka. di kawasan ini, sungguh indah..lebih cantik daripada bahagian bawah tadi.pokok- pokok yang tak pernah nampak sebelum ni, atau kalau nampak mungkin di dalam rancangan documentari akhirnya dapat dilihat dengan mata sendiri..subhanallah...sukar menggambarkan perasaan cantik itu. signboard menunjukkan sudah 5km (tapi rasa macam dah berjalan 50km [=.=]) aku berjaya menjelajah hutan ini.tinggal lagi 1 km untuk memberi peluang untuk badan berehat..duduk seketika sambil melepaskan penat di dada dan menunggu mereka yang lain.lama menunggu akhirnya kedengaran suara-suara mereka bersama..aik..macam cam saja suara tu..haha..akhirnya king (abg pijul) berjaya mengejar jejak kami. bergembira seketika.bersungguh-sungguh dia bercerita pengalamannya mengejar kami..habis senergy water, energy food, energy biscuit, energy gel dan semua jenis
bekalan energy nya digunakan untuk mengejar kami.haha..cuaca makin sejuk..masing-masing mula bersarung tangan. sambil berjalan, sambil bercerita dan bergurau-senda.sesekali ketawa pecah( memang betul-betul santai~) dan disebabkan aku sudah letih bergurau dan seperti tenaga sudah pulih (akibat bersantai-santai)..aku pun ambil keputusan untuk melajukan speed. harus tiba sebelum malam.itu matlamatku sekarang. melintasi beberapa orang warga thai, org kedah dan kawannya, classmates..akhirnya..keseorangan tiba di sebuah bagunan yang besar.aku kira ini pejabat operasi di Laban Rata la. pening-pening lalat keseorangan, tak tahu kemana harus dituju. terus ke dorm kah? perlu chek in lagi kah? yang penting Adah dan Dayah mesti sudah sampai..mana mereka?.dalam pening-pening memikirkan mana harus di tuju..masih smepat bermain dengan asap udara di mulut..waa..hebat tu..macam di korea..;D




aku ternampak seorang lelaki sedang menghisap rokok di luar bangunan tersebut dan bertanya dalam bahasa melayu mana aku patut pergi?.rupa-rupanya orang itu adalah warga thai ingatkan orang local.malu sekejap.(kalau ku tahu, akanku berbahasa inggeris dengannya)..jadi terpaksa la aku menterjemah pertanyaanku dalam bahasa inggeris (nasib otakku tak membeku macam badanku)..dia menunjuk supaya aku masuk ke dalam..aku fikir buat apa masuk ke dalam..macam restaurant saja..aku perlu masuk dorm..kemas barang-barang dan berehat sekejap. tiba-tiba seorang lelaki keluar dari pintu restaurant dan menjemput aku masuk.."aik..rasa macam pernah tengok..oh..kawan Ken"..blur seketika..mencari-cari wajah yang dikenali..oh..dia berbaju putih..mungkin lama sudah dia sampai..sdg sibuk..dia tengok dan aku cepat-cepat sedar..malu lah..apa lah aku ni..otak kembali normal..mungkin tadi terbeku akibat sejuk sangat. salah seorang dari ahli kumpulan Ken suruh aku pergi makan. La..dah dinner rupa-rupanya..berjalan 2, 3 langkah, tiba-tiba aku ternampak Adah dan Dayah membelakangi aku sedang menikmati makanan.cepat aku pergi memeluk Adah..untuk bagitahu dia aku sangat bersyukur tiba di sini dan jumpa diorang dan aku sangat sejuk..

Jam lebih kurang 6.30 ptg aku selamat tiba di Laban Rata.Alhamdulillah..pergi ambil makanan di kaunter makanan..tapi tiba-tiba rasa lapar menghilang apabila menyuap nasi dua, tiga kali ke mulut..ape kahhh??..tadi lapar bukan main..punyalah harga dinner tu RM60.00 nett..rugilah kalau aku tak makan banyak-bayak.15 minit lepas tu, Dragon datang bertanya yang lain dan berpesan supaya menapau makanan untuk yang belum sampai sebab jam7.30 ptg waktu dinner sudah habis.apalagi..kerja tapau- menapau giat berjalan. kelihatan ah fook tiba di depan pintu restaurant, cepat-cepat aku panggil dia datang supaya kejadian blur macam aku tadi tidak lagi berulang. kelihatan dia sungguh penat dan aku pun terus menghidang apa-apa makanan dan air untuk dia sambil tapau untuk yang lain." mana yang lain?" aku bertanya. dia hanya memberi isyarat dgn kepala menunjukkan diorang masih di belakang.jauh aatau dekat tak pulak aku tanya sebab kelihatannya seperti penat betul.jadi diam-diam la kami di meja makan.sesekali menambah lauk apa yang kurang sebab sekejap lagi masa dinner sudah tamat.

kemudian Bart tiba, 10 minit kemudian abg pijul dengan pina..dan aku Adah dan Dayah cuba sediakan apa-apa makanan dari kaunter makanan untuk mereka supaya mereka tak perlu bangun dengan kerap. keadaan aku tidaklah sangat letih dan kakiku macam belum lagi sangat sakit..hanya rasa macam gigit semut saja. dan yang paling penting, aku mampu tersenyum..itu lebih baik dari segalanya;D kecoh seketika dimeja makan apabila tenaga masing-masing kembali pulih seperti sedia kala.macam biasalah akan terjadi kalau kami berkumpul ramai-ramai. pasti sudah lupa di mana berada dan buat macam tempat sendiri dan aku sangat gembira begini. mengingatkan aku tentang rumah dan keluargaku jauh di sebalik gunung kinabalu ini. sesekali aku curi pandang sekeliling, dia memang sibuk.sekejap ke hulu, sekejap ke hilir mengambil makanan untuk kawan-kawannya..lagi, apabila kami berselisih aku macam tak ambil pusing dan peduli..padahal jauh aku pun rasa nak tegur dia..sekadar menghadiahkan senyuman mungkin boleh diterima kot.

tak lama selepas itu, kakak Mui dan Boy akhirnya tiba. kepenatan melawan cuaca yang gelap diluar sana meredah batu batan yang bertaburan di setiap denai.bersambung lagi cerita kami di meja makan, geng lelaki sudah pun naik ke bilik untuk menyalin pakaian dan mengemas diri. tinggal aku dan pina menemankan Boy dan Kakak Mui makan dan bercerita. akhir sekali, kedatangan vick melengkapkan bilangan ahli group kami sementelaah itu, Ecah sudah pun diberitahu oleh Dragon dia akan berada di Layang-Layang hut. berselera melihat Vick makan sambil bercerita pengalamannya di tengah-tengah hutan dikala mahatari membenamkan diri.

akur dengan kepenatan, masing-masing mengambil keputusan untuk merehatkan badan kerana esok jam 2 pagi, kami akan dikejutkan untuk menawan puncak gunung kinabalu. Jam 9.45 malam, lampu bilik nombor 7 dimatikan. semua nyenyak di buai letih dan penat berusaha keras sepanjang perjalanan ke sini. aku bersyukur kerana berjaya ke peringkat ini..dan dalam tempoh ini Allah memberiku pelepasan 'red light' untuk tidak melanggar perintahNya.

*************************************

tamat *part 1*
to be continue....

Selasa, 4 Januari 2011

berat

.: In the name of Allah
the most Glorious and most Merciful :.

Ya Allah..
ku mohon..
ku berhajat..
ku meminta..
hanya padaMu..
keredhaan..
rahmat kasih sayang..
dan janganlah Kau pesongkan hatiku setelah kau beriku hidayah..
Ya Allah..
ku mengharapkan keampunan daripadaMu..
selayaknya kerana Kau lah Yang Maha Pengampun..
Kau jua Ya Allah..
yang kenal diriku lebih dari aku mengenaliku sendiri..
Ya Allah..
aku masih ada Mu yang maha Penyayang..
jika dunia ini bertindak kejam terhadapku..

***
manusia..
dia ada pemikiran dia..
dan x boleh kita salahkan dia kalau dia cakap benda yang kita tak suka..
sbb dia manusia..
x sempurna..
dan..biarlah..
aku x mahu argue pasal ni..
tapi..
hatiku sedikit tercalar..
dalam tempoh tu..
aku sedang menunggu
tapi tak ada orang datang..
merawat jiwa aku yang keresahan..sbb..
merasakan aku masih di landasan yang sama..
dan kini..
ada yang datang..
dan bgtau..
pasal itu...

p/s:
i just an ordinary servant..maybe can't be compared with you..u maybe already full with tarbiyah..but don't ever think u r perfect.. Allah knows who is good or not..i don't want to make any excuse about this..coz i know..i was wrong..but please..don't say i'm 'fa ta ro'..it's too much!!


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...