marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Selasa, 3 Oktober 2017

Street Mural Art at Kota Bharu

.: Assalamualaikum:.

Annyeong!


Actually lepas SPM kan, aku tak pernah lekat kat tanah tumpah darahu aka Kelantan. Asyek ke luar dari Kelantan. Dah la tu zaman sekolah aku tau naik bas SKMK pegi sekolah, balik sekolah dari Remove Class sampai la SPM. Gitulah penghidupanku sepanjang kedewasaan itu. Kalau dari segi pembangunan yang berlangsung kat Kota Bharu ni, semua dalam tangan aku start dari zaman wakaf kayu jati kat stesen bas wujud sampai la roboh sebab nak buat bangunan. Dari jalan sehala, balik-balik kampung eh, tak tau dah nak lalu jalan mene kalau menapak kat KB.

Lepas SPM aku belajar kat Matrik Kulim, Kedah setahun, pastu masuk UMS 3 tahun pastu keja kat KL 2 tahun pastu sambung Master kat Penang setahun setengah and then last baru ni kat Melaka 2 Bulan sebelum transfer ke KL lebih kurang setahun setengah. Pergh penat asyek duk merantau je kejanya. Lebih kurang 10 tahun bilik aku kena tinggal kat tuan dia..huuhuhu.

Dek ke'darat'an (baca:tak mature) dengan kampung halaman sendiri, maka baru ni aku sempat berjalan-jalan meng'expore' negeri sendiri. Sebelum ni aku duk kagum lukisan mural kat Penang tanpa ku sedari, our state also has it! berlatarkan suasana masyarakat arab, aku kire kreatif lebih-lebih lagi kawasan tu berdekatan dengan tempat "Oghe Ngaja" setiap hari Jumaat. Jadi gi time tu rasalah kemeriahannya disamping dengar ustaz ngajar pakai speaker besar, pasar minggu pun turut dibuka.

Must it rice. Nasi Kerabu yang setiap kunyahan sangatlah syurga

Ni majlis tari menari hape nih

Air yogurt Ustaz Rashid memang mengimbau memori.

Cuba membuat magic..kot

Spot Oo-Dah saranghea

Cer baca ape dia tulis

Pehe ko?

Haa, dalam Mandarin pun ade.

Oo-Dah memey photoshop. eh photogenic

I can open your mind~~~~ - Aladdin nyanyi kat Princess Tikah..kuikuikui
Hmm, tak banyak pun gambar diambil sebab excited sangat duk menghayati suasana sebab dah lama tak menjejak kaki kat situ. Lagipun segan la pulak nak posing lama-lama sebab orang lalu lalang senantiasa.

So, untuk sesape yang datang ke Kota Bharu, jangan lupa singgah kat sini. Jalan Tok Hakim Kota Bharu. Landing mark dia Pejabat PAS Kota Bharu.

Lepas tu gi lah pekena Teh Tarik Madu Kedai Pok Mat. Sedap katenya.

Ahad, 1 Oktober 2017

Ke KL meronggeng - To MyTown & IKEA

.:Assalamualaikum:.

Annyeong. Huhuhu.. Terlebih lame lak tak mengarang. Kesibukan kian menghimpitku. Isk.
Tapi even busy felt content. Gittew. Sebab felt content maka, blog mula terabai. eh.

Ari tu aku gi KL. Hajatnya nak menunaikan hajat yang banyak. Yela. Kata leaving KL for good ape ke helnya datang balik. Actually banyak tujuan utama ke KL ritu. Katenya nak gi amik Betsy. I ouls tiggalkan Betsy seketika kat Dila & Fara untuk kejap sebab ritu balek kampung ngan abang. Sekejap tak kejap nak sebulan jugaklah hidupku tanpa Areudaun Betsy terchenta.

So, alang-alang datang nak amik Besty, kita punggah segala reta kat umah sewa tu. Dari sebesar-besar barang sampai sekecil-kecil barang. Yela. Jangan jadi sampah masyarakat nak menyemak bengbarang kita dekat rumah sewa. Kesian housemate dan bakal rental lain kalau ruang duk penuh dengan bengbarang kite. kan.kkan.kan.

So, alang-alang da sampai KL ni, xpdc seterusnya atau main coursenya adalah untuk meraikan ari perkahwinan Aniem nun jauh di sana di Taiping. Aku mane penah rasa pegi kenduri pakai keta sdiri, so time nilah untuk aku buat amal jariah dekat bebudak saranghea cingguya nak pegi sekali.Sebelum-sebelum ni asyek aku je muka yang menumpang iyo dak. kekekeke.

Maka, datanglah aku dengan adik bongsuku ke KL dengan menaiki Bas Express Mutiara 9 malam sampai kat TBS kul 5.30 pagi. Sebab datang ala-ala backpackers so, lepas solat subuh, kitorang duk melepak kat TBS sampai KFC bukak. Sebabnya jap lagi ingat nak gi nek MRT menuju ke Mytown Mall. Ade hajat nak gi buat kat situ. Kekekeke.

Muka tak mandi teros masuk mall..eh
So, lepas je makan kat KFC menu breakfast nasi lemak yang rasa so-so, means tak sedap sangat..haha, kitorang mula bergerak menuju ke LRT Bandar Tasik Selatan. Hajatnya nak tukar kat stesen Plaza Rakyat pastu nek MRT stesen Merdeka pastu turun ke Cochrane. Amik masa lebih kurang 30 minit, sampai la we oul ke tempat yang dituju. Siyes best nek MRT line 1 ni. Feeling dia memang cam duk obersea. Dulu time gi Seoul lebih kurang camni la feeling dia. Pasni orang luar datang KL, boley la merasa feeling cenggitu Hope orang awam retila jugak jaga kebersihan dan tak buat vandalisme merata lepas ni.

Beza LRT & LRT adalah saiz dia ya tuan dan puan


Oh ye, kat Mytown ni ade jugak IKEA berdampingan bersama. So kalau masuk Mytown tak sah kalau singgah IKEA. Tapi kalau datang IKEA malas da kot nak masuk Mytown sebab penat mengukur kelebaran IKEA tu. Since time kitorang sampai jam menunjukkan jam 9.40 pagi, jadi Mytown tu belum lagi beroperasi. Jadi ke IKEA lah kita merasa meatball dan lain-lain lagi. Tapi kitorang ubah planning since perot pun still jadi berisi nasi lemak KFC, maka kitorang masuk show room menjamu mata sekejap sementara Mytown nak memulakan operasi. 

buat macam rumah sendiri lah
Kul 11.00 pagi cenggitu, kitorang menuju ke Mytown atau lebih specific lagi ke Golden Screen Cinema (GSC) untuk booking tayangan Battleship Island yang paling awal. HAHAHAHA. Tu la hajatnya untuk ke sini. Peluang tak selalu ade, bulan 9 adalah bulan birthday adik aku so free-free dapat 2 tiket wayang free dari GSC. Tayangan depends on star mark. Naseb baek Battleship Island antara yang star mark. TQ GSC. We love You.

Nak tengok wayang percuma kat GSC, layari laman web GSC dan daftar sebagai ahli.

Semangat dari Kelantan datang tengok Joongki Oppa before he settle down. Sooob lap air mata. so, ade sejam lagi dari tayangan start, kitorang kembali mengukur kelebaran IKEA. Lepas tu pegi GSC balik. Hew hew. Actually ni kali ke 2 datang Mytown Mall ni tengok wayang. Ritu waktu opening tiket dapat free jugak. Fuh memang syoik habess kalau nak marathon movie. Fara & Nara Shi la buat keja tu. Aku tengok satu movie je pun da hepi..kekeke..

Overall Battleship Island movie best. Zaman penjajahan Jepun dulu kala, camane orang Jepun tindas orang Korea sampai kena jadi pelombong dan pelacur. Kalau tengok cite ni tak ubah cam Jepun buat kat orang Tanah Melayu masa menjajah tanah air kita lah. Maybe gitu la yang jadi kat atuk nenek moyang kita masa kena kerah buat landasan kereta api maut kat Vietnam. Siyes sadis. Jadi ouls, marilah kita menjaga kedaulatan negara kita agar penjajahan ini tidak lagi berlaku kat tanah tumpah darahku.



Lepas abes cite, masa untuk kembali ke rumah sewa. Tapi sempat lagi menjejak kaki ke IKEA lagi ..hahaha.. Tak tau ape yang best sangat IKEA tu sampai 3 kali sari pegi. Since rumah sewa aku kat Kota Damansara, so naek MRT menghala ke Sungai Buluh kompem sampai. Tapi pengembaraan tak terhenti kat situ, tapi sempat singgah kat KL Sentral sebab nak check tukaran won berape sekarang. Tapi harga still mahal bagi aku so tak jadi tukar lagi. Hope akan naik la nilai RM before balik kampung oppa. eh.

Dari station Cochrane ke KL Sentral turun di Muzium dan berjalan lah ke KL Sentral ya.So nak balik ke Kota Damansara, naik balik kat Muzium menghala ke Sungai Buluh. Lebih kurang 7-8 station sampai lah kat Kota Dam. Pastu nek bas MRT turun depan rumah. Yea.. masuk umah tengok tade orang so mandilah da seharian bermain..kekekeke. Tiba kat umah dalam kul 4.30 ptg cenggitu.. panjang sungguh perjalanan hari ni. Tapi esok masih ada lagi.. Perjalanan ke Taiping bersama Saranghea Cinguya mode active.

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...