marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 6 Ogos 2018

Oh Areumdaun Betsy!

.: Assalamualaikum :.

Tak jawab dosaa,
jawab tanda sayang ;)

Areumdaun Betsy (Betsy Si Cantik!)


Dalam sari dua ni, cian Areumdaun Betsy merah meyala kesayangan hamba! Bertalu-talu pulak dugaan si Perodua Axia ni.

Hari tu sekali hampir nak kena sendeh dekat abang dia si Bezza kelabu. Bezza tu tak bersalah. tapi ah kak misi yang bawak si Bezza tu yang buruk akhlaknya. Dah la sendeh Areumdaun aku, pastu lepas check line keta dia OK terus menjerit

"Bagi signal doh key tadi!!"

Terus berdesup membelah jalan. Adab mana adab wahai ak kak misi wei. Agak la macam dia sorang masuk simpang bagi signal. Orang lain ni tak.

Geram pulak bila teringat.

Citer dia  camni. Pas buh petrol kat Petron PC ni, aku pun nak kuar la dari station tu. Petron tu letak dia kat area busy orang kuar masuk sbb situ ade traffic light. Aku ni penuh berhemah dan berhati-hati tunggu turn nak masuk line jalan raya la, time tu belah aku ni baru je ijau, keta memang laju2 la berdesup nak ke destinasi masing-masing kan.

Waktu aku gerak tetiba Bezza nih sailang sebelah kiri aku. Elok la time tu jugak aku tengah mengelak lubang so aku pusing stereng ke kiri jugak. Aku tak perasan bila ah kak tu duk belakang aku ntah la sbb time aku kuar dr station minyak tu dia baru duk buh minyak.

"Sreettt".. siyeslah keta tu da bergesel dengan Areumdaun Betsy. Isk. Aku terpana seketika. Ah kak tu berenti keta hampir nak masuk jalan raya. Siyes la dia berenti keta kat situ. Dia pastu check ade kesan tak kat keta dia. aku tak kuar lagi sbb tergamam time tu. Tapi turun la jugak sbb tkkan dia je mengusha aku kena tengok jugak betul tak dia seret keta aku. Pastu igt nak tnya dia ok ke tak.

Aku turun dan check la keta. Ok fine. ade la 3-4 jalur halussssss. Ah kak tu pun sbb dia usha keta dia cam x de kesan so, cepat-cepat dia naik keta sambil laung macam kat atas tu sambil berlalu pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga depan jalan raya....

Bersabarlah oh sayang..


Dia tak tgk pun keadaan Betsy aku! Dia tak de pun nak say sorry! dia terus je blah macam dia igt dia tgh bergaduh dengan adik dia??!!

Arap no plat keta je baru tapi perangai memang barai. Cian la sape yang dia rawat tu..isk isk isk.

Aku ekor dia masa atas jalan tau pulak nak lari-lari. ape igt aku ngan Betsy kecik tak padan nak lawan dia yang gemuk gedempol tu. heh!
 

 Tak pasal-pasal Betsy ak dapat jalur free. Naseb baik aku tampal sticker kedai MR DIY kat bucu depan Betsy tu. Sticker tu jenis gelembung skit so, jalur tu tak dalam mane la. Tu pun ade cite jugak apsal aku tampal sticker kat bucu tu. Dulu masa aku duk KL dulu, acah-acah baru dapat Betsy teros mendapat. Bumper tepi tu masa kena tu cam tercabut, tapi naseb baik gi Perodua dia kasi skru balek.

Free je pastu tak de nya nak claim insurans bagai nak tukar bumper baru sbb lps buh skru tu ok dah terletak cuma calar tu nampak buruk sangat so aku tampal la sticker kiut miut..hahaha..

luka lama

Kiut ape..huhuhu
Nampak gaya kena buh sticker baru nih...kekekeke..

Sedih tu sedih la..tapi lagi sedih dengan perangai ah kak tu. kit ati bila teringat tau..sobbb..

Minggu lps pulak tetiba  tayar Betsy cam kurang sangat. 2-3 minggu da perasan tapi tak ketara sangat. Malam balik dari jaga booth ade anak buah tegur tayar keta cam kempis. Hmm.. Da la bawak bengbarang pameran berat2 belaka.

Esok malam pulak abe E ajak kuar semua pegi sumbat dalam Betsy. Memang ketara la tak de angin nya. So, menapak kat stesen minyak buh angin perasan kat tayar ade skru. Uwaaaaa.. rasa nak menangis meratap oh Betsy. Terasa cam paku masuk kaki tau!

Abang ni tgh cungkil skru kat tayar


Esoknya gi kat kedai tayar mintak abang pomen buat ape yang patut. Hahahaha.. Aku pun tak tau nak buat camne. Tanya bebudak ni dia kata gi hntr kedai buang skru tampal tiub.Au duk imagine mesti lama keja-keja cenggni.. yela nak bukak tanyar bagai nak tampal tiub kan. Lama pun tak pe lah sbb murah. abang aku cakap rege rm4-5 je. Fuh naseb bek. ingatkan kena tukar tayar. hahaha..

Sekali abang tu buat. 5 minit da siap. Adeh! teknologi searang mudah giless.. Dia angkat keta kasi tinggi skit so dia boley pusing tayar kan. dah jumpa mana skru tu dia pun cabut, pastu cepat-cepat cucuk dgn alat dia. pastu ready tiub itam, jolok je masuk lubang yang lekat skru tadi..dan buh angin balik. dan siap!


Pergh.. torrrbaek lah bang. Pastu boleh la bawak Betsy dengan tenang dan damai. Takleh nak agak mane Betsy kena skru tu. Sbb jalan kat sini merata aku jelajah kot. Kampung.. bandar semua serbu..hohoho.

Now Betsy da Ok dah. Arap la. Bila pulak nak mandikan dia tau tau la..LAst mandi masa sari sebelum raya..hahahaha..

Banyak da kot menghabeskan wang saku demi Betsy terchenta. Nasib bek aku bukan kaki modified keta..kalau tak tak tau la..hahaha.

Ritu sebelum raya dah selamat RM180 pasang karpet. huhuhu. Nanti nak gi service lagi. Pastu road tax. Dan ulangtahun ke 3 kita bersamaaa..

Omma nuen Areumdaun hansang sarangheyo..

Maka dengan itu Betsy, berbahagialah bersamaomma mu ini..kekeke..

Love you always Areumdaun Betsy. Kenanglah saat suka duka kita bersama.

Gittew.

Ahad, 5 Ogos 2018

HAPPY BIRTHDAY TO ME !

.: Assalamualaikum :.

Tak jawab dosa jawab tanda sayang..hikhik


me sepanjang zaman (paling bulat masa duk matrk makan 6 kali sehari. Matrik mara what do u expect?)

btw hmm.. selepas berabad baru ade posting baru. ok just blame me. tak de alasan nak bagi dah lantaran kealpaan diriku yang kerdil dan hina.
huhuhu.


btw. Mat Ri Ye.

haha. tu yang budak zmn milinium ucap Selamat Hari Raya k. So aku koya-koya dak generasi Z haruslah ber mat-ri-ye gak. ikut peredaran zaman katnye.(act draf ni da tulis lama da 2 bulan perap baru post )

Koya-koya jadi da-dak urban nih tak sedar beta dah officially masuk 3 series last 2 days. keh hek hek. Welcome Nikki Ada Abdullah to thirty years olds where real life is begin. ye ke?? kekeke

Untuk yang ke 30 tahun ni, aku fokus untuk love myself giteew. baru aku sedar selama ni aku always tend to ignore my birthday celebration. aku kalau boleh tak suka terima wishes dari orang or remind myself today is my birthday. Tapi tidak untuk kali ke 30 ni. akan ku buat ku rasa ada memori untuk aku ingat di kemudian hari. For this year ape ak buat bla bla bla.. and of course must put in the blog so I can continue remember that feeling.. gittew.

So, the day before my birthday was so special. Even without proper planning, we managed to send us to LA Hot Spring, Some where at Jertih. Ada cerita spontaneous for that day actually.

Start the day with my che,ayah, Tikah , abe E & abe yom & family go to hantar Diha kat UIA Kuantan for Matriculation. Yezza that Diha my first anak buah already go abroad to pursue her study. Cepat masa berlalu Diha pun da besar panjang.

da besaq anak buah ak.
So, tinggal sekerat je la yang stay kat umah, baru ready nak smabng tido (hiks) teringat kak chik ade bgtau nak gi Taman Tengku Anas, start from today she n family wanna change the life style to healthy life style.. gittew..

So, ouls pun pegi la Taman Tengku Anis for support kak chik n da gang. Bermula kat situ lah start aktiviti spontaneous. Dari Taman Tengku Anis ke Kopitiam  Kita yang famous amous dengan roti titab. Makan kat situ ok la. Roti titab dia sedap.

Otw balik rumah, hajat nak gi Butik Siti Nor nak amik shawl sepupu kawen, tp sesat pulak kekekeke. duk tengah mencari jalan menuju kebenaran, tetiba kak chik call katanya cepat balik jom bersiap nak gi LA Hot Spring. Alamak!

Ingat LA Hot Spring tu belakang rumah ke hape?? LA Hot Spring tu kat JERTIH, TERENGGANU kot! berdesup uturn balik rumah dengan semangat berkobar-kobar kemas baju bawak ape yang patut. Ha helok la sangat sebab diorang memang tak mandi pagi lagi. Aku sorang je rajin mandi pagi tadi. tak caya try cium bau. bau je tau..kekekke

So, tak sampai setengah jam bersiap, maka xpdc di teruskan. Vrommm dengan keta bro kitee..

ktorang smpai kat Jertih before solat Jumaat so sempat lagi beli bekal kat kepsi dengan megi kat 7e. Bersauna kejap dalam Isuzu abe Din sebab menikmati megi time dia tgh drive.Kekekeke. Abe Din n Kimi bersolat jumaat dekat masjid kampung La. Dah nak dekat da dgn LA hot spring dah ni. Yeah.. Selepas orang solat jumaat giliran gegurls pulak solat zhr + asar (jamak qasar) dan lepas tu menuju lah ouls ke tempat yang dituju sambil menikmati pemandangan kampung La yang indah sayup mata memandang hijau bumi Tuhan.

Sepanjang aku berjalan di Tganu ni, aku rasa terengganu negeri adalah negeri yang bersih. Sebabnya waktu kat La Hot Spring tu langsung tak de pampers baby yang tersorok celah pokok or what so ever plastik yang bergelimpangan or lidi-lidi yang bertaburan. There is no istilah campak sampah merata-rata.even daun kering berguguran pun tak tau bila masa diorang sapu. tak de ok.

Aku perati je family yang datang, semua (boleh dikatakan) bwk plastik sampah sendiri. Makanan + minuman tersusun rapi atas tikar or meja (macam pasar malam). aku respect betullah cara orang terengganu datang berpicnic! even tong sampah yang ade pun tak ade sampah pun berlonggok. Hmm..maybe diorang buat balik sampah tu kot. Hebat!

Settle berendam kaki dalam kolam air panas lbh kurang dalam sejam berada di situ, kitorang amik keputusan nak peti LATA KOLAM sebab alang-alang da datang ni nak berendam la oii. tak rok kalu seadar selam kaki jer kuikuikui. nak berendam dalam hot spring tak la kang tak pasal2 jadi steambot haahhaa.

fanassss air nyaa..
Nasib baik la Lata Kolam tu tak jauh mana dari LA hot spring. So, excited lah ouls untuk berendam kat sana. Pergh.. Lata Kolam is so marvelous! serious aah best sebab sungai dia panjang menyusuri hutan lepas tu batuan kat sungai tu memang semula jadi membentuk sungai jadi macam kolam. tak paham kan. kalau korang sampai sini paham la ape yang aku nak ckp.

depan tu banya lagi port yang luas terbentang tau!
Part yang best adalah kita tak berebut dengan family orang lain utk main air. memang play until drop dengan air yang sejuk, laju dan agak dalam. memang best la untu berendam. Privacy tu satu hal jugak. time ni la kalau korang nak jadi pandalela pun nak kuak lentang ke kupu-kupu ke serlahkan bakat anda..hahahaha. Sebab aku adik beradik kecuali abe din yang lain memang hancusss berenang.

Nama je anak pantai tapi nak terapung badan pun failed..hahahaha. kitorang main kat birai air je sebenarnya. tapi disebabkan area kitorang main tu disediakan tali so, kalau gerak kat area dalam sikti pun still selamat sebab berpaut pada tali. haahha.. acah nampak terer menyelam padahal kaki pegang tali..hahhahaaha.

best..best best!
Memang main till drop. lapa naik darat makan saki baki kepsi macam pelarian kebuluran. hahahha.

Tempat elok. Kat sini ade jugak rumah telaga yang viral tu..ade la dlm 3 biji. sape la yang berani menyewa kat situ tak tau la..haha.. ade gak disedikan ATV. pastu toilet dia elok jugak. Banyak.

kitorang kat situ sampai petang. Lepas siap main. ayuh kita pulang anak-anak.Waktu balik kak chik sempat beli petai. Hantu petai jugak rupenya. hahahah.


wajah bosku yang buat planning last minute
Okey.. tu cite sari sebelum genap usia 3 series tahun. Di hari waktu umur 30 tahun. halamak. I is lupa ape aku buat ari tu.adeh.


Tapi thing yang aku igt buat pizza since I eat pizza more than cake. Eat depan tv with my adik2 +abe lie since others x dak. simple je. Pastu pau anak buat suruh beli keychain kiut smpena besday cheekyda dia. aahahahhaha.

simple x simple pizza tu kalau salah buat nasib laaa..


bangga dengan hasil pau..hahahaha


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...