Tak jawab dosa, jawab tanda sayang..ngee..
Wah.. Bila pegi umrah. tak gitau pun?
Hiks.. actually dah balik pown.
Kite pon even dah balik dari tanah suci pun kenkadang tu rasa eh, betul ke aku duk kat tanah suci 12 hari ni sambil tersengih-sengih ingat suasana kat sana..
MasyaAllah best. memang best. Dah la menjelajah negara orang, negara orang tu bukan negara yang calang-calang. Negara yang dah memang2 Allah bagi kelebihan barangsiapa yang menjejak kaki ke Tanah Suci ni, dapat pahala ibadah extra gitu..
Dapat duit lebih kita nak, apatah lagi dapat pahala lebih. Iye dok??
Ye la. sis pown tak sangka seawal ini dijemput Ilahi untuk menjadi duyufurahman di Tanah Suci. Dulu ingat-ingat paling awal pun time dah jadi isteri orang kot, umur dalam 35 tahun insyaAllah merasa Tanah Suci ini. Itulah, kita merancang, tapi rancangan Allah lagi best.Tup-tup umur 30 tahun dah dapat jadi tetamu Allah. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Rezeki. :)
Tak dapat jodoh awal, dapat jadi duyufurahman awal pun kira rahmat la kan. So, nikmat Allah yang mana nak kita dustai??
Sebenarnya ni rancangan omma lah nak bawak anak-anak buat umrah untuk tahun 2019 same-same. Biasa omma pegi dengan appa je. Mungkin nak bagi anak-anak teruja kan. Dari tahun lps lagi duk bunyi, sape rajin buat benda-benda sunat macam solat rawatib ke ape ke dia nak bawak kitorang pegi umrah FREE!
alhamdulillah |
Semangat jugak lah (ecehh) memasing yang bujang ni omma kate nak sponsor. Tapi last-last 3 kerat je yang confirm nak pegi sekali sebab dua lagi ade tuntutan keja. We ouls 3 orang keja gak tapi dah bgtau bos memasing awal-awal so dapat lah pelepasan 2 minggu cuti bergaji hohoho.
Dalam bulan Jan omma duk bising-bising dah nak passport, ic, surat beranak bagai untuk reference agensi pakej kitorang. Omma & appa dah biasa sangat dah dengan pakej umrah ni so, kita tak mencelah langsung nak add on kena buat tu or ni.
paling-paling kena buat pun tangkap gambar untuk visa 3 keping,pastu cucuk vaksin maningococcal (cegah penyakit berkaitan dengan selaput otak). tu je. Vaksin tu RM150 expired sampai 2020. Tu adalah requirement lah ye. Nak gi oversea ni jangan buat mudah lebih-lebih lagi dua tanah suci ni tempat berkumpul umat seluruh alam. So vaksinlah diri anda sebelum mudarat. Pesanan ikhlas untuk semua. ngeee..
Sis ni actually tau lah umrah-ziarah-tanah suci ni secara teorinya. Tapi specifiknya atau detailnya atau praktisnya sistor kurang. Bukan jahil. Tapi benda tak penah buat jadi jakunlah ye. So, melalui pembacaan buku dan kat google, sis imagine lah ooo.. rukun umrah cam ni, niat camni, pastu fadhilat dia itu dan ini. Siyes I all out bab bacaan dan pahaman. Dulu masa peksa form 4 SMU sis dapat MUMTAZ untuk paper Feqah k.
Pembacaan dan pemahaman sis lagi jelas bila mutawif CITRA UMRAH & TOUR SDN BHD (pakej umrah i oull) bercerita dengan lebih detail lagi masa taklimat umrah hari tu. Dia punya detail A lah. Sonok rasa macam duk dalam kelas kat sekolah balik.huhuhu. Cumanya nanti kena praktis betul lah x de dah exam bertulis. huhuhu. 2 hari lagi dah nak pegi dah.
Hari yang ditunggu-tunggu, hari Isnin 18/2/19 maka bertolaklah sis dan family seramai 4 orang bersama beberapa orang jemaah yang lain ke KL.Seterusnya dari KL berkumpullah kami seramai 25 orang jemaah umrah dan seorang mutawif Syeikh Haji Athiif ke tempat yang dituju. Dari KL kitorang turun di Madinah, so tak perlu niat ihram lagi.
orang lain sekampung hantar gi umrah..ouls rilex je anak beranak..yang ramai.. |
Turun di Madinah cam tu biasa-biasa cam nak gi Korea je.rilex je. kekeke.Nanti dari Madinah ke Mekah barulah niat ihram dan kena jaga pantang larang ihram supaya tak dikenakan dam. So time ni orang lelaki tak perlu pakai pakaian ihram pun. Pakai je cam nak gi Korea as long as menutup aurat. ngee..
So, perjalanan dari KL-Madinah ambil masa lebih kurang 9 jam. Kitorang dari KB-KL-MED direct naik MALAYSIA AIRLINES so luggage tak perlu nak bersusah payah angkut mengangkut. Ni memang best lah sebab flight direct kan. Lenggang kangkung je masa nak boarding.
Dalam flight memula membolosi perut pesawat tu cam biasalah orang kampung, pakai nak duk dengan anak beranak dia je. hihiihi..naseb bek steward/ess okey je. dah paham sangat dengan orang-orang pegi umrah kot. Diorang ok je kalau ade sesapa nak tukar sesama diorang. Flight gerak lambat sikit iaitu dalam 3.15 ptg camtu. Sepatutnya 2.30 ptg klu tak silap.
selepas membolosi perut pesawat |
So, apa yang sistor buat dalam penerbangan selama 9 jam ni? lama kot! klu penerbangan 6 jam 45 minit sistor mengait,tido or bersembang, untuk penerbangan kali ini sis melayan jiwa tengok kerenah orang 2 jam, tido 3 jam, tgk cite THE HOBBIT 3 jam (tak sempat tak abes..huhuhu) 1 jam sis duk makan. 1 jam tu 2 kali makan. First makan waktu memula naik, second waktu nak masuk dinner. cenggitu. Flight yang datang ni rasa masa memang panjang giles. Ape taknya bertembung 2 kali siang kot. Untung dalam flight tak de yang nak kena solat sebab 2 kali siang kekeke..zohor & asar dah jamak kasar kat airport tadi. hiks
makan 2 kali sehari |
layan sajaaa ini sbb yang lain x best..hahaha |
Sampai kat Madinah after 9 hours journey, rsa sakit pinggang.huhu. ye lah bayangkan 9 jam tu duk atas kerusi je keja nya. Toilet pun masuk sekali je selama 9 jam tu. Yang kelakarnya even 9 jam duk dalam flight waktu tempatan baru nak menjengah kul 9 malam. adeh. punyalah lama walhal kat Malaysia ni ade la dekat kul 12 tengah malam. logik la kannn..
airport Madinah after imegresen |
Sampai kat Madinah, siap urusan imigresen dan ambil luggage semua, mutawif bawa kita ke Hotel di suatu kawasan berdekatan dengan Masjidil Nabawi. Dalam bas mutawif sampaikan tazkirah serta taklimat do and don't kat sini. Kita masuk Madinah dan berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.
muka sembab je masa sampai airport Madinah |
Rasa terharu. Rasa sayu, rasa tak percaya betul ka aku dah sampai di tempat yang agung ni. Serius tak percaya boleh merasa sendiri bukan baca dari mana-mana buku atau tulisan orang. Sendiri sedang mengalami.
Kalaulah orang sedar kelebihan berada ditanah suci Madinah ni, pasti rasa sayang nak tinggalkan madinah. Di Madinah, tempat paling berprestij tak lain tak bukan lah tentu je Masjidil Nabawi. Fadhilat sesiapa yang bersolat fardhu kat sini dapat 1000 kali ganda pahala solat fardhu di tempat lain kecuali masjidil haram. Kita orang Islam pahala ni lah yang dicari-cari kannnnnnn..Sebab tu lah kita kena datang ke sini bila datang nak buat umrah. Duit lebih nak. Pahala lebih takkan tolak kot?
Suhu dia kemain lagi menikam sum sum. 9 darjah selsius je. huhuhu. Tapi hairan jugak dalam kepekatan dinihari pakat dressing nipis je gerak gi masjid. Cam aku pakai tshirt nga seluar panjang (pijama), jubah dan telekung je setiap kali gi masjid nabawi.kaki lak pakai je stoking sbb kat sini jarang eh nampak orang pakai kain telekung wat solat. sesimple tu je. sweater pun dah x igt duk mane. hari-hari cam tu la. orang laki pun same.kat sini x yah berfashion cam gi korea. sarung jubah je. jubah pulak lelawa. isk.kekeke.
Sampai hotel bawak je diri masuk cafe untuk makan malam. Makan malam dia lama jugak kul 6 ptg sampai kul 10.30 mlm. Tapi kitorang sampai tu dah nak kul 10.30 dah so, orang pun x de sangat kat cafe tu. Siap makan masuk hotel. Kitorang dapat bilik kat level 6. Sebilik 4 orang. Sis , sistor and appa, omma. Abang sis duk geng bujang dia level 5. Malam tu x ade apa sangat kita buat just kemas-kemas barang, rest jap, mandi solat dan tido je la. tido pun agak lewat dah dalam kul 1 pagi camtu. Sebab toilet kan kena gilir-gilir. So, esok kul 4 pagi dah nak kena bangun. So tidor lah kami senyenyaknyaa..
Tamat travelog UMRAH hari pertama.
Harap ade mase lah nak menulis lagi..hikss..