.: Assalamualaikum:.
Hi everything!
Yes. Hari ni dah masuk 27 hari PKP dilaksanakan di Malaysia. Semua orang ingat hepi sebab hari yang ditunggu-tunggu dah nak habis tapi once doesn't simply simple sebab covid-19 masih lagi bermaharajalela di dunia. Ye. bertabahlah kita semua sebab PKP fasa 3 akan berjalan sampai 28 April 2020 which means bulan puasa pun kita akan berkurung jugak.
Mungkin iblis tengah gelak kat kita sekarang sebab kena kurung awal dari diorang. opss.
Nevermind coz kalau ikutkan situasi pelan rangsangan ekonomi negara sekarang ni kerajaan nak bendung covid-19 ni paling kurang pun amik masa 3 bulan. Tu paling minimum lah kot. So, nak tak nak kita ni rakyat yang elok perangainya eloklah dengar cakap. Tak payah nak bersungut sangat sebab semua benda kat dunia ni tengah mengalami benda yang sama. Tak payah nak keruhkan keadaan lagi.
Yang penting dalam tempoh PKP ni apa yang dah kita capai. Maybe before ni kita busy sangat sampai terabai apa yang sepatutnya dibuat boleh lah slow-slow take care balik. Misalnya buat posting di blog ke (heee..mengata diri sendiri adalah dimaafkan) gittew.
Macam yang aku kata kat posting lepas, aku is ok dengan kehidupan camni. Bukan aku tak berdukacita dengan apa yang jadi sekarang tapi sebab ada masa yang banyak kat umah. Bila banyak masa dekat rumah, dengan orang lain pun ada kat umah dia jadi banyak aktiviti bersama boleh dibuat.
Kalau sebelum ni memang buat sesama jugak, tapi keadaan everyone busy jadi masa nak bergurau senda jadi singkat. Sekarang nih, start subuh semayang berjemaah sampai isyak. Ayah dah boleh cuci tangan tak yah jadi imam sebab bangbil or abe E akan naik jadi imam. Lepas semayang sempat borak-borak dengan family. Topik apa tengok atas benda apa yang jadi. Ayah and che pun dah pandai bergurau jadi suasana jadi happening lah dengan lawak abe E lagi.
Tang dapur pun camtu jugak. walaupun penat asek duk membasuh pinggan mangkuk periuk belanga tapi benda ni la bagi family jadi happening. Tu tak masuk lagi pakej tetiba yang ni nak buat resepi dia. yang ni nak buat resepi dia dalam waktu yang sama. kecoh dapur tak yah cakaplah.
Lasak tak lasak dapur musim PKP ni sampai dapur masak pun dah bertukar. Semangat memasak katanya. Dari makan pagi sampai ke makan malam. Ni kalah restaurant 5 bintang tau.
urhm..
harap semua masih bertenanglah menghadapi tahun 2020. Maybe ini adalah peluang untuk kita rest kejap sementara menunggu 100 tahun akan datang (kalau panjang umur). Semoga semua dalam lindungan Ilahi
p/s: later i update with picture. So malas huhuhuhu.