marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 28 Oktober 2024

2024 Hello Thailand! : Menjelajah Selatan Thailand


.: Assalamualaikum :.

Hai hai hai.. 

Sawadeekaaaaap ouls.

Tetiba sawadeekap dih. Kekekeke.

Actually beta baru balik dari Bangkok setelah 2 minggu baru ni pun pegi jenjalan Thailand juga bersama abe Din, Kak chik n Kimi with abe E, Ain n Fatima. Ahaks.

Baru ni masa cuti Keputeraan Sultan Kelantan, satu Kelantan pegi serang imegresen Rantau Panjang kau. Jalan yang 500 meter tak sampai dari pintu masuk imegresen tu yang amik masa 3 saat, 3 jam setengah baru boleh lalu. Kesian diri sendiri.. Keekekeke.

Demi mengabdikan kenangan ke Thailand ni ayuh la kita buat posting. Kali ni kita menjejak kaki 2 kali di selatan Thailand sekali, di ibu negara Bangkok sekali.

Meh la kita story2 sister

Masa cuti Keputeraan Sultan Kelantan ritu, abe Din la beria-ria nak gi ke Selatan Thailand dengan keta dia. Sementelaah itu kak chik pundah siap buat permohnan restas negara. Jangan tak tau bagi penjawat awam atau badan berkanun diorang tak leh rentas negara sesuka hati walaupun nak gi Golok je pun. Kena buat permohonan dulu.

Tak menyabar, semangat aku tido umah abe Din malam tu supaya lepas subuh boleh mulakan siri penjelajahan ini. Hak Hak Hak.

Masalahnya bila sampai pintu masuk sempadan Rantau Panjang, masyaAllah, memnag rakyat Kelantan sehati sejiwa ke camane. Berduyun-duyun kenderaan atas jalan raya bersusun untuk merentas bersama. kitorang yang sampai kat cabang 4 Rantau Panjang pujul 7.45 pagi nih, pukul 11 pagi baru boleh masuk oh!

3 jam lebih sangkut akhirnya ayuh kitaaa..

Siap cop passport kat kedua-dua imegresen, masa untuk beraksi. Benda yang nasib naiknya adalah walaupun waktu Malaysia dah pukul 1. Siam masih lagi pkl 12. So, benda pertama yang dicari adalah kedai makan yang selalu abe Din pegi makan breakfast kat Golok. Hari ni breakfast kita jam 12 tengah hari ye tuan-tuan dan Puan-puan. Nasik ayam dia sedap dooh!

Loveee~


Beli sim card baru. Iyelah ape gunanya talipon canggih-canggih tapi tak leh update story on time. Ahaks. Dan tukar duet 200 riyal dapat la dalam 155 baht. Kire time ni murah la sikit duet baht sebab RM tengah naik katanya.

Lepas siap breakfast, maka ayuh la kita gi area Narathiwat pulak. Iteneri abe Din ni tak payah. Dia repeat je benda yang lebih. Ni kire kali ke 3 dah aku pegi Selatan Thailand dengan abe Din so, nothing unexpected hahahaha. So, layan jalan raya je la sepanjang masa.

First tempat yang kitorang singgah adalah Taley Sea kat area Pantai daerah Narathiwat. Kalau tahun lepas kitorang pegi Summer Thon, kali ni kita masuk Taley Sea pula. Sebelah menyebelah je kedai makannya.

2023 first time Datang Nara. Ni kat Summer Thon
Second time 2023 gak, masih lagi duk main kat Summer Thon

Macam biasa, makanan Thailand memang tidak mengecewakan. Sedap dooh!. Even presentation macam masakan Malaysia namun, kelazatannya memang lain. 

Menjamu selera lagi pada jam 3 ptg di persisiran pantai. Siap menjamu selera, ayuh kita naik ke Pathanni. Itulah destinasi asal untuk trip kali ini. Nak merasa embun pagi Thailand so, marilah kita bermusafir ke Pathanni.

Sepanjang jalan, suasana agak kelam kabut. Rupanya besday sultan kelantan ni dia dekat dengan besday raja diorang. Jalan ada yang tutup ada yang kena sekatan dan macam-macam lah. Tapi, takpe. Kita bolos sajaaaa.

Sampai di Pathanni hampir senja dan kitorang menginap di Hotel... Hmm.. ok suda lupa namanya. My brother yang book so i dono. Part yang best. Abang aku book 3 bilik. Sebab mula-mula tu abe E kata nak join tido kat Pathanni tp beliau lipak saat akhir sebab Ain kena jadi juri ape ntah le.

Jadi tak pasal-pasal aku dapat 1 bilik, kimi dapat 1 bilik. Bermaharaja lela la daku dalam bilik sorang-sorang ahaks~

Malam tu kitorang gi pasar malam nama hape ntah dekat dengan university of Songkla. Fuhh..aku pes time kot masuk pasar malam Thailand. Dia punya display tu cam food festival Malaysia dah. Kemain. Dah tu makanan kalau dikira harga memang murah. Dan yang penting peniaganya adalah thailand muslim la. so, untung la boleh memborong dengan jayanyaaa~

Sempat lepak depan ni dulu

Aku tak pernah merasa ayam susu yang viral, so. Bak sini ayam susu.Since aku dah berpaling tadah dengan coffee dan seumpamanya, aku ganti dengan air buah tembikai. Even air-air lain memang menggoda. Dan tak ketinggalan juga bila dah sampai thailand ni kena la makan kerabu megi ori. hikhikhik.

Tgh tunggu kerabu megi


Abe Din, Kak chik, kimi pun dengan pilihan makanan masing-masing. Kitorang makan dalam pasr tu teros x bawak balik hotel.

Sebelum tu kitorang singgah BigC. Pasaraya macam Gaint la kot untuk saje tengok2 barang. Tapi sempat rembat baju untuk Hana Ameena, anak buah aku yang terlatest iaitu yang ke #45 (rasanya la).

Malam agak singkat, kitorang pun pulang ke sarang. Masa utk zZzZz

Sebab jam kat sini awl sejam, jadi minum kat bilik sambil menikmati panorama Pathani

Hari kedua. Lepas check out kitorang singgah makan breakfast kat Arini Cafe (kalau tak silap nama kedai tu). Kenapa aku igt sebab abang aku asek buat lawak, ari ni makan kat sini.. esok makan kat mana? k.Fine.

Agak lambat kedai ni serve makanan. Aku & kak chik dah buat perangai la sebab 1 jam tunggu tapi tak de ura-ura makanan nak sampai. Hangin. 

Ye la.. orang nak gi banyak tempat lagi ni. ni da pukul 10pagi da..huhuhu

Naseb baik nasi kerabu dia sedap. Lps abes makan kitorang ronda-ronda bandar Pathanni. Cari cafe viral semata-mata nak bergambar je.. ahaks. Ye la. Baru lepas makan. Lagipun kebanyakan cafe pukul 11 pagi baru open. 

Kami datang utk OOTD
Unik giless coffe shop dia

Jam pkl 11 lebih kak chik nak gi kedai makan feberet dia. Okey.. macam biasa aku mana ingat. Kak chik kata nak beli Miang kham untuk bagi kat sanak saudara dia di Malaysia.

Kat situ kitorang sempat la merasa masakan panas & dessert Thailand lagi. Dan of coz Miang Kham pun I tapau bawak balik sebab kak chik kata sedaaaap. Yup aku pernah merasa sekali kat Pulau Sri Tanjung, Memey sedak, memey jaddi!

Sebelum kitorang turun ke Narathiwat, abe din terperasan monumen masjid yang dia rasa dia kenal so kitorang pun menuju lah ke Masjid itu. Rupanya kat situ terletaknya masjid Cabang 3 atau juga dikenali Masjid Raja Pathanni yang masyhur. So apa lagi.. Usha la.

Kalau dulu kitorang sempat melawat dan solat kat masjid kersik yang masih gah dan meamng digunakan walaupun mencapai usia 510 tahun. Tapi siri penjalajahan kali ni ke masjid Raja Pathanni pula. 

2023 kat Masjid Kersik

Actually sebelum tu tak tau pun mana apa masjid tu sebab dia pakai tulisan siam dan jawi. Naseb baek aku pandai jawi jadi aku tau la ni masjid cabang tiga. Adapun aku gi tepi masjid tu yang ada macam cafe dia eja rumi tapi lain pulak tulisnya.'Jabang kita' ditulisnya. kompius.

Kat situ ada pusat pengajian

Dan dengan penemuan itu ktorang pun gi selongkar kot-kot jumpa penemuan sejarah lain. Ahaks. Actually me myself ni kan keturunan Kerabat Diraja Jembal rasa terpanggil untuk pelajari sejarah-sejarah asal usul kita di area persekitaran Selatan Thailand ni. Islam dulu-dulu berkembang pesat kot kat sini kalau tak manelah masjid 510 tahun masih utuh berdiri dan bukan jadi monumen silam semata-mata!

Paksa kimi amik gambar ahaks.

Dan, selepas tu kitorang pun turun lah ke Narathiwat dan bosan nau perjalanannya. Jalan straight x de corner-corner dah. Sekejap panas, tapi sekejap hujan. Anythinglah.

Kebosanan hilang bila my brother singgah berhenti kat PTT yang ada Amazon Cafe terbesaq di area Narathiwat. Lepas solat, kakiku laju menuju ke seven7 untuk memborong makanan dan minuman di 7-11. Jangan tak tau ini adalah aktiviti rakyat Malaysia buat panic buying kat sana. Masuk dalma 7-11 tengok-tengok banana uyu my peberet da abes.  nak nanges rasanya. sob sob sob. Korang nii~

Lepas tu tu majuk dengan 7-11 lantas membawa diri untuk habiskan duet dengan membeli ayam grill kat 5 star kiosk ayam sebelah 7-11. Dari dulu lagi aku teringin nak beli ayam ni hiks. Tapi ntah kenapa hari ni baru terlintas nak beli. Ayam 5 star ni halal. Owner dia Islam kata orang yang menjual. 

Fuhh Sedaaaaaap. Sampai Kimi yang meh tu pun rasa teruja dapat makan ayam grill dan lepas tu bila ayh dia singgah PTT lain untuk menjejak 7-11 sebelum balik Malaysia dia teros membeli ayam sekor.

Kira-kira jam 5 petang kitorang dah keluar dari border dan waktu tempatan berubah menjadi jam 6 ptg tiba-tiba. Part paling tak tahan adalah 3 saat sahaja pergerakan dari gate imegresen Malaysia ke traffic light Rantau panjang tu.

Ohh~

Sampai Malaysia terchenta ini rasa bahagia lah. i donno, me prefer my tanah tumpah darah dari tempat orang walaupun di negara orang begemerlapan. Memang bangus negara orang, tapi bila go deep merenung keluar jendera, pembangunan dan kestabilan negera kita pun tak kurang hebatnya. Masing-masing ada cara untuk improve depends on how the suasana is.

Rightt???~

Okey itu sahaja posting ni. Nanti kita story-story gi Bangkok pulak na. (Hmm..posting Fan Si Pan bila keluar sis~) 

errr..



link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...