.: Assalamualaikum:.
Anyeong yorobunnnnn..
mat tahun baru ouls.
Tetiba memalam rajin check blog maka tercetuslah satu posting disini tanpa dirancang.
BTW, me is quite busy jugak nowadays. Keja ofis melambak. Awal tahun ni kena la urus hal-hal perkaitan dengan kewangan untuk dihantar kepada auditor. Huhuhu. Selain itu juga tak kurang busynya juga dengan hal rumah tangga ini.
Cuti sekolah ritu my sister of fourth and family balik bercuti kat kampung. And as usual, my houselah menjadi tempat persinggahan bila adik-beradik pulang ke kampung. Nak jadikan cerita juga bila tahun 2023 musim Oghe Dale Pagar melangsungkan perkahwinan, jadi untuk 2024, diorang berpusu-pusu beranak lah pulak. Ahaks.
Yang mana bila ada hal-hal camni, bab-bab ziarah, makan-makan memang dah macam Hum Sath Sath Hai la jawabnya. Bermula dengan Diha aka anak buah sulungku beranak pada bulan 12 baru ni, ouls of us ape lagi, laju je gi KL nak tengok the first cucu everrrr~
Dah tu tak beringat, sekampung tinggalkan kampung pegi KL nak tengok cucu..huhuhu. 3 hari jugaklah bermusafir kat sana dengan 4 buah kereta. Lepas seminggu 2 kakak ke empat balik kampung lebih kurang seminggu. Ape lagi. Yang ni lagilah habis segala aktiviti berjalan tanpa dirancang.
Boleh-boleh kakak aku ini host sukaneka suka-suka pada pukul 3.00 petang. Sukaneka tu berlangsung jam 6.00 petang. Kata penyertaan untuk anak-anak buah je tapi yang tua umur 50 tahun pun join sekaki. adehhh
Lepas tu tetiba, abang ke 3 ajak pegi Kuala Ganu. Ini pun suka-suka hati tetiba yang diberitahu malam sebelum kejadian. Huhuhuhuhuhu. Layankan je la. Naseb baek abang.. klu orang lain memang tak dok maso nok laye~
Tak cukup dengan itu? tetiba anak buah tempah court badminton dan dapat sambutan hangat dari 1 court terus jadi 3 court, muka sama yang hari-hari ni jugak yang memeriahkan suasana court tu. Orang main badmintan beregu 2 orang, tapi dapat kat bebudak ni dah jadi gelanggang sepak takraw dah. beregu 3 😂
Ade lagi, girl's day out, aku and adik beradik pompuan saje keluar mengopi, tengok-tengok abang aku yang ke 10 FOMO nak join sekali. Gegak gumpita Kupinangmu Dengan Bismillah Cafe dengan cerita yang sama sejak 2 tahun lepas, masing-masing bercerita mengenangkan arwah omma & appa. Waktu nak balik, kakak berbasi-basi la dengan budak kat kaunter, orang tu kata, tak pe jarang-jarang jumpa..
Haaa.. jarang la sangat~~~~
Lepas tu, Diha buat balik cucu, 'Mas namamu siapa', 'Abdullah' (lah, tiba-tiba) sebab nama cucu sulung beta itu Abdullah Muhamed sempena nama tokku belah kedua-dua. Dan aku pun memandai bubuh nicknamenya , 'Loh'. Sebab teringat che panggil nama manja ayah camtu la kalau bercakap berdua 😍. Tok panggil abe walaupun beza jarak umur jauh. Yang penting ayah restu hehehehe bahasakan nama. Ngeee..
Dan sehingga itu, my life sangatlah contain. Dan rasa terisi walaupun sendiri. Tiber.
Hal ini menyebabkan aku rasa nak fulfill azam 2012 dulu aje.
Ni... xian zai... zai nali? wo chenda xiang de ni..
As 2-3 tahun lepas aku tak de azam, maka rasa tahun ni aku kena ada azam baru. First, nak pikei nak gi jenjalan kat mana. Second, Nak reno rumah. third, cari soulmate aku sesat kat mana. Adik aku suh aku kawen masa hari raya. 😂. Firasat aku mengatakan 2 azam ni probability akan berjaya tapi yang ke 3 tu.. hmmm.. kita serah kepada Allah SWT.
K bai.
p/s: gambar akan menyusul kalau i rajin edit post ini.