Anyeong yorobun
Ni Hao!
So, untuk tahun 2025 ni kan aku kepingin nak pegi jenjalan. Kepingin nak gi jenjalan tu sampai sanggup nih join private package travel by Tika. Tu pun last minute booking bila kak nisa pancing aku untuk join trip ni dengan dia.
Sebab ade kak nisa je aku berani. Klu tak, harap maklong paklong je la. Kalau tak aku tunggu jela abe Din ajak gi lek Siam or The Sarangahe Cingguya berbunyi untuk our anual trip. Tapi ni bila da masuk bulan 3 everybody cam sepi seribu bahasa jadi aku pun plan la sdiri.ehek.
Aku pegi China ni or lebih spesifiknya area Yunan ni hari ke 11 aidilfitri. Haa.. Semangat berhari raya orang kata. Yela. Beli tiket pun masa bulan posa ritu. Trip ni 10 hari jugaklah dari Airport KBR-KUL- Guangzhao-Kunming-Xiangerila-Lijiang-Dali-Kunming-Guangzhao-KUL-KBR
Aku tak expect lama cam tu travel kali ni, Bawa luggage 17kg je padahal space banyak lagi boleh muat. 23kg klu tak silap aku. Tapi almaklumla aku ni kalau boleh seringan dan secompress yang mungkin aku buat. Kalau capsule Bulma tu wujud maybe aku la orang no 1 yang beli dan pakai. Ahahhaa. Apa boleh buat, aku ni tak suka mengangkut-angkut kesana sesini berat-berat.
So, Hari yang ditunggu-tunggu menjelma. Pagi jumaat bersiap-siap turun rumah lepas gi kubur ziarah Che n ayah aku bergegas ke airport yang 7 minit je dari umah. Tak rushing~
Sampai kat KLIA 2, tukar terminal KLIA 1 dan jumpa lah kak Nisa kat situ. Group ni seramai 6 orang dan seorang tour guide. Kak nisa actually dengan group travel buddy dia seramai 3 orang (4 orang all together) and me join last minute and sorang akak dari Melaka yang join bersama. Tour guide tu Atikah or Ika nama diberi. Actually aku la orang yang last sign in, so tiket pun berasingan dengan depa semua. So patutnya aku lah yang solo travel kann?
So, bila sorang-dua orang da sampai kat KLIA 1 ni ayuh la kita sumbat perut dulu. Dah tengah hari ni so, kitorang makan dolu kat food court KLIA 2 la kat level 2. Then, siap makan kitorang berkumpul kat arrival hall kat level 5.
![]() |
Syuhada dan shuhada. Jumpa kawan baru umur muda lagii |
Bila everybody dah complete, siap makan siap solat and everything kitorang pun pegi check in luggage and ticket. Luggage nanti akan direct ke Kunming, tapi we ouls akan transit dulu kat Guangzhao sebab akan tiba dalam kul 9 pm dan next flight esok pagi dalam pukul 8 am.
Penerbangan kali ni aku naek China Southern Airline selama 4 jam 15 min. Cam AA je hahhaa. Kitorang dapat vegeterian food yang include dalam ticket tapi untuk dapatkan makanan yang muslim friendly ni kena buat request la kat airline ni. Tour guide dah buat request so dapatlah ouls mkn dengan hepi.
Cam biasa dalam flight, awal-awal naek aku dah ZzZ. Duduk pulak kat seat tak sekali dengan ahli rombongan, naseb la. Dah kata aku yang last sign in masuk group kan. Aku duk kat aisle so, selain tido tak de ape yang boleh dibuat. Bangun tido bila makanan diedarkan aje. Dan berbasi-basi dengan chinese couple sebelah and chinese boy tepi aisle. Tapi diorang semua rakyat Malaysia. Hahhaha.. Polite je diorang, cakap melayu dengan aku.
Chinese couple sebelah aku ni diorang travel sebab nak gi amik wedding fotoshoot kat China. Mesmerizing betul aku bila tgk depa ni muda lagi kot, dah kawen. Sebab chinese biasa lambat kawen. Ngee.. tengok depa loving couple so, aku jangan duk wat friendly hahaha,- Pesan kat diri sendiri
Lengzhai tepi aisle aku pulak ajak borak sebab tekun dia duk tengok aku mengait. Actually aku selain tido sempat la kait tumbler holder lps siap makan. Mood tido tu dah hilang sebab aku kan duk area aisle jadi kawasan kuar masuk couple tu nak gi toilet. Tido kang sape yang kesian nanti. Diorang atau aku?
Kire hobi la mengait dalam flight ni. Kalau perjalanan yang panjang memang bosan duk dalam flght sebab tu aku ready dengan yarn n hook. Ade masa kita kait. Nak kill time orang kata.
![]() |
siap satu barang |
Lengzhai tu tanya aku keja lecturer ke? sebab dia student kat mane lupe. Nak kata muka aku tu cam muka lecturer dia la tuu~
"eh tak lah keja opis je', Aku kata.
"Oh, I thought you lecturer sebab nampak you macam sophisticated", ujarnya. Me be liked 😅😆😌😬
Yela ape sophiticated muka pun baru lepas bangun tido 😂😂😂
So, 4 jam 15 minit berlalu dengan beberapa kali adegen turbulent. Tapi takpe.. kita tawakal aje ye. Sebab bila duk dalam flight ni, memang 50-50 je la. Ready mengucap.
Sampai Guangzhao, lepas imegresen semua, masa untuk free n easy sepatutnya, tapi bila bersembang dengan aunties dari Malaysia depa kata kita boleh minta hotel bila stranded cenggini untuk tunggu next flight kalau naik China Southern Airline. 6 jam hingga 30 jam.
So memandangkan we ouls memang lebih dari 6 jam stranded ni ayuh kita ke desk service untuk bermalam di hotel. Atikah pun dia kata first time ni dia nak try sebab sebelum ni bila dia bawa orang memang duk dalam airport sampai la next flight.
![]() |
Dapat hotel Rezen |
Al-kisahnya, pkl 12 malam baru sampai hotel yang disediakan so, sekadar bersihkan diri dan tido untuk malam ni sebab esok pkl 5 pagi dah kena keluar hotel untuk check in flight ke Kunming. Hotel yang diberikan tu dalam 2-3 star, memang lena tido takut tak bangun sebab badan aku ni dah mula beragam ahahha.
First time hidup dalam hotel tapi kat toilet (jamban) tak dak paip wayar. Huh, bayangkan. Dan toilet dia cermin aje. Ngeri!
Aku sebilik dengan Kak Nisa time ni. Kitorang nak borak banyak-banyak tapi masa terbatas. Waktu tido aku da ni ahaks.
Esoknya, 5 pagi bas bergerak pegi ke terminal airport untuk flight seterusnya jam 8 pagi. Biasalah kalau airport ni kena ready 3 jam awal kalau tak nak debaran jiwa. Siap cek imegresen (yang lagi strict dari Malaysia), so bila da lepas lega la kitorang. ada sejam lagi sebelum berlepas dan boleh la lepak2 dulu kat kerusi. Jam 8 pagi kitorang memenuhi perut China Sourthern Airline buat kali ke dua untuk ke Kunming dan perjalanan dalam flight memakan masa 2 jam lebih kurang.
![]() |
datang china tapi speaking malay. Sebab? orang malaysia jumpa orang malaysia teruju oh |
Airline yang ni lebih besar dari yang semalam, 3 lapis row seat dan ade screen lcd untuk dilayan. Tapi bosan sebab aku ingat aku nak layan cite TLOTR buat kali kesejuta tapi tak masuk mood ahaks. Seat aku sekali lagi kat aisle dan kali ni aku menarik perhatian makcik dari China pulak, sebab ada peramugari datang jumpa aku bagitau makanan aku tak dibuat sebab nama aku tercicir dalam list muslim food tapi dia bg buah je la untuk alas perut. Dia siap kata kalau nak nasi dia pun boleh, eehhhhh.. idok le.
Bila jadi camtu makcik seat sebelah siap offer pisang dia lagi kat aku ahaks. Dia siap kata dia tau aku takleh makan pork bla bla bla. Sengih je la sebab aku bukan paham mana pun. Boley la sikit2 paham bhs tubuh. Dan aku dengan suami makcik saling berpandangan dan sengih je sebab pakcik tu dia nak bercakap juga tapi dia tak reti jugak. ahahhaa.
Rasa penerbangan ni aku tak sempat tido. Aku layan perasaan sambil duk ubah-ubah movie and last sekali aku ingat aku dengar lagu China la.. hahaha. bosan.
Bila dah sampai airport Kunming dan kelakar gile adalah semua makhluk tertumpu kat toilet. Dalam flight tadi dah aku masuk tapi biasalah simpton masuk airport mesti nak singgah toilet. Since toilet first arrival penuh, so aku laju je gi cari toilet lain kat depan.. masuk-masuk, air tak de kat sink.
Halamaaaaakkkkk.. uwa.. tapi da tak leh tahan, mujur air mineral dalam flight td ada, so, itulah nyawa. Kuar toilet, baruku sedar, bukan air kat sinki tak de tapi tak pandai guna sensor diaaaa 😂
Memang tak keluar la sebab sensor tak dapat kesan. Adduhhh. Susah nau duk negara canggih ni. Tadi kemain aku try camtu camni, air tak nak kuar. Rupanya sensor dia duk bawah pili. Aduhhh!
Tak kesah la, hajat dah tercapai.
Kat Airport ni imegresen dia garang. Huhu. Tapi tak boleh blah bila semua tempat bertanda ada tulisan melayu. Tak cukup dengan itu, robot dia pun cakap melayu. Baru aku paham kenapa orang China bila datang Malaysia, marah-marah sebab tulisan cina tak banyak kat tempat kita.
Awk, inilah yang dipanggil cinta bertepuk sebelah tangan, ngeee~
Beres di imegresen, angkut luggage, masa untuk beraksi. Berkicap dan lunyai sebab dengan penat, luggage 17kg, side bag lagi, bagpack lagi, ayuhlah kita cari stesen LRT untuk ke stesen kereta api laju untuk kita ke Xiangerila. Padah datang China tapi tak study, so memang aku folo je la tour guide aku bawak pg mana.
![]() |
Ayuhh |
Memang penat dengan berkejaran camtu. Bahang-bahang nak demam tu dah ade dah. Sebab badan aku dah lesu dan kepanasan. Tekak dah rasa perit mencucuk. Tapi kitakan dalam trip ni, kena semangat huhuhu
Alhamdulillah, akhirnya sampai di station keretaapi, waktu ni dalam pkl 12 tgh hari dan tiket pukul 1.15 ptg camtu. Ade masa lagi ni kitorang singgah membeli di kedai roti. 1st time untuk makan di China sementelaah dari tadi perut hanya berisi pisang sahaja. Satu-satunya kedai roti qingzhen (muslim) yang boleh makan adalah kedai yang ada kat stesen kereta api laju tu lah. Laju semua masuk dalam kedai tu tapi pilihan tak banyak mana, so aku amik la roti inti redbean dan kopi dalam botol.
![]() |
Sedaap |
Masa nak gi berkumpul tu ternampak megi yang ada tanda tulisan 2 ketul kaler hijau (qingzhen) siap aku banding2 kan lagi logo kat megi tu dengan tulisan 2 ketul kat kedai roti tu.. eh sama.. kompem halal. tapi tak tahu perisa ape pulak satu hal.
Naseb baek google translate function (actually klu korang duk kat China, google apps tak berfungsi kat sana- tapi naseb bek aku roaming jadi function la). So aku amik perisa daging yang tak pedas. Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.. Sini nak bayar pakai touch N go je. Function oh!
Bila tau TnG function laju je aku top up duet masuk dalam tu. Pertukaran mata wang tak payah nak pikei sbb dia sum up dalam MYR , so kita tak yah nak congak2 convert. 15 minit sebelum masuk ke terminal, semua kelam kabut, ape taknya tour guide hilang dari pandangan rupanya dia sempat kuar stesen pg beli buah kat area pasar. ke kat mana entah la. Berdesup semua cepat2 masuk dalam gerabak sebab ketapi ni x tunggu kita. Memang panctual.
Dapat tempat duduk, lega sikit. Perjalanan ni amik masa 5 jam walaupun dengan kereta api laju berkelajuan 3++/km. Jauhhhhhhhhhhhhhh gile.
![]() |
Bosan dalam train laju |
Dalam perjalanan tu kita boleh tengok la pemandangan yang indah, gunung ganang, tasik di Dali dan macam-macam lah sampai tido bangun balik, sambung tido, bosan pegi cek toilet dan lain-lain yang berkesempatan. Sampailah Xianggerila (ShangriLa) dalam pukul 6.30 petang.
![]() |
Angin memang menusuk kalbu. Mujur baju sweater exo ni mampu menahan kesejukan |
Fuhhh, tetiba kesejukan menyelubungi diri. Btw jam Malaysia-China ni tak berubah pun. Waktu pun sama. Keluar aje pintu gerbang stesen, ada 2 buah kereta dtg jemput kitorang. Pergh, keta sini lalu tepi kita memang tak berbunyi, sedar2 duk tepi kita. EV katakannn~
Keta tu bawa kitorang ke hotel tempat penginapan. Sambil Tika check in dan urus kerja dia, aku pun ape lagi, lapaq ni bukak la megi yang beli tadi. Sedap oh!
Megi dia bukan kaling-kaling. Tak rasa pun macam makanan murahan. Broth dia macam baru kuar dr periuk oh. Makan pulak dalam cuaca sejuk camni memang onz.
![]() |
So Shedaap |
Dapat aje bilik,kitorang terus masuk dan rest kejap. Jap lagi nak kuar ni. Nak cari makan. Huhuhu. Penat tapi camni la kalau berjalankan. Takkan nak duk dalam bilik hotel pulak lepas mengharungi mehnah dan tribulasi 2 hari dah huhuuhu. Aku masuk satu bilik dengan akak yang travel solo tu sebab kak nisa dah lama janji nak duk dengan buddy dia, Mardiah. So, me is OK je. Boleh buat kawan baru lagipun akak tu x de geng cam aku.
So, sambil duk bersiap-siap nak kuar, we ouls icebreaking la skit-skit. Alhamdulillah, cepat kamceng walaupun awkward la sikit. Kak Widad ni bukan sikit2 beza umur dengan aku, tapi lebih dari 5 tahun yang mana beliau tentu2 lah status akak-akak yang betul akak. Ngeeh. Klu setakat setahun dua tu boleh la anggap kengkawan gittew.
Siap solat jamak, kitorg pun nak kuar. Kat luar dah gelap dah. Tika kata jap lagi kita akan turun pegi restauran and pastu free & easy kat dataran area situ. Onz.
![]() |
Nasi goreng China. Akhirnya hahahha |
![]() |
Pantang nampak tempat duduk. kuikuikui |
![]() |
Tq kak nisa sebab ajak ada gi derak sekali <3 |
Sedihnya restaurant yang kitorang nak pegi tu tutup pulak hari ni. Tapi nasib baik ada restaurant lain yang walking distance aje. So, layankan aje. Malam-malam ni kita main area walking distance aje. Sejuk menusuk kalbu, rupanya dah macam musim winter oh. Nak tak nak padding sweater la yang paling seswai untuk dipakai.
![]() |
Ni lah yak yang terfemous utk dijumpai |
![]() |
Bersusun motor EV |
So, selesai makan kitorang pegi ber- wanr wanr di area dataran. Kat sini meriah betul, ade tgh bertaichi ade yang buat street buskin dan sebagai tourist ramai yang bergmabar kenangan lah. Atas bukit ade tokong-tokong yang meriah dengan lampu warna warni. Kitorang tak lama mana pun kat sini. Sambil-sambil sight seeing n tangkap gambr, kiotrang pun balik ke bilik. Esok awal2 lagi nak pegi ke daerah Bai Shui Tai. White Terrace. What is thatt?? i doono too.. nge