Benda ni terjadi minggu lepas. Masih panas untuk aku kenang. Masih membara rasa kesal dalam diri dan aku perlu keluarkan ia supaya tidak mengganggu aku lagi.
Aku sedih. Memang. Aku tak pernah diperlakukan begitu.
Kita hormat orang. Orang hormat kita. Orang bersikap kurang ajar, aku tak akan duduk bersahaja.
Minggu lepas, to be exact hari Isnin. 3 hari bulan November 2025. Peristiwa berdarah. Sekurang-kurangnya untuk aku.
Sedar dalam ingatan aku di tampar oleh abang ke 8. Gara-gara gilanya membara!
Lama aku pendam hal ini. Dari tahun lepas, dari tahun arwah che dan ayah meninggal. Hanya aku yang merasai diusik perangai gila abang sendiri.
Kerana apa? Kerana aku tempias yang dia dendam selama 13 tahun!
Kerana aku serumah dengannya!
dan
hanya aku yang dia boleh usik!
Rumah pusaka terbukti lama sebelum che ayah pergi ada lagi adalah hak aku dan 3 beradik lain. Aku, Bangbil, Iwa & Kimah.
Ayah masa tu sampai merajuk kerana kami buat acuh-tak acuh bila ayah suruh kami berempat untuk membuat proses penukaran nama di geran tanah. Mungkin ayah rasa tiba masanya untuk membahagikan hartanya atau ayah sudah sedar bahawa rumah agam ini menjadi masalah suatu hari nanti sekiranya ayah lambat bertindak.
Dalam PKP, kami berempat beramai-ramai ke pejabat tanah untuk menyelesaikan hak pemindahan nama di geran tanah. Selain kami 4 beradik, ayah juga panggil anak-anaknya yang jauh untuk menyelesaikan hal yang sama.
Ayah mengamanahkan tanah ini beserta rumah kepada kami 4 beradik dan berharap tiada pertikaian pada masa akan datang kelak.
Waktu tu, selain ayah & che, anak-anak yang masih bujang adalah penghuni rumah agam itu. Abang ke-8 dan abang ke 10 antara penghuninya selain aku dan adik-adik.
Ayah juga menyuruh abang ke 10 menukar nama tanah yang baru dibelinya kepada nama abang ke 10 dan mendirikan rumah di atas itu segera.
Manakala abang yang ke 8 juga mempunyai tanah dan rumah yang sudah siap bersama abang yang ke 7. Rumah berkembar.Tapi proses bertukar nama tidak dibuat waktu arwah ayah masih ada dan ia tinggal menjadi harta pusaka.
Berbalik kepada peristiwa berdarah, dia banyak kali mengganggu kehidupanku di rumah agam ini. Waktu zaman ayah & che masih ada, sekurang-kurangnya perangai dia masih terkawal. Aku tak pernah mencari balah dengan dia walaupun dia sering membuat provokasi kepada kami.
In fact aku antara orang yang back up dia kalau ada aje hal yg dia. Back up la mengenangkan masa kecik2 dulu dia ni baik jugaklah orangnya. sekurang2 nya zmn sekolah rendah dulu dia yg bawak aku pegi sekolah naik basikal. Dia pakai beg aku, aku pakai beg dia. dia darjah 6 aku darjah 1. aku ingat jugak dia dan abg ke 7 selamatkan aku masa lemas mandi kolam tepi kilang.
Aku boleh melawan dia sebab aku ada back up che & ayah dan aku sentiasa ada di rumah. Yang lain bekerja luar dari kawasan rumah tapi aku bekerja dalam kawasan rumah.
Rumah seolah-olah dalam kawalannya. Geramnya area di tingkat bawah di conquer habis. Sehingga laundry area yang aku renovate 2 tahun lepas pun menjadi kawasan dia. Frust nya ya Allah!
Itu belum lagi kira dia yang selalu mengganggu emosiku dengan mengeluarkan sumpah seranah bila terserempak. Ya Allah, aku tak tahu apa yang merasuk diri dia. Dia sengaja provoke macam tu supaya aku bertindak dan dia ada sebab untuk membuat sesuatu.
Sehingga aku terpaksa menukar laluan untuk masuk ke dalam rumah sendiri. Dia pernah naik gila mengamuk kepada aku bahawa dia benci melihat aku lalu depan matanya dan menuduh aku membela saka!
Sakit hati namun bila diluahkan seolah aku yang mengada! Aku sedih.
Malas untuk berkira-kira dengan dia, aku guna pintu rumah yang lain. Ironinya, ini adalah rumahku tapi dikontrol oleh manusia lain. Rumah agam ini besar saiznya. Pernah aku cerita dalam posting yang lepas, ayah buat rombakan rumah di bahagian keluarga dan mendirikan ruang rumah yang baru. Kata ayah, ruang lama adalah kepunyaan aku dan ruang baru adalah kepunyaan adikku yang ke 14.
Tidak aku dengki atau takwil walaupun dapat bahagian rumah lama kerana dapat rumah itu pun adalah satu rahmah yang besar. Aku pernah berkira-kira mahu membeli rumah dahulu tapi niat aku dihalang oleh arwah che tapi waktu tu aku tak tahu ayah dan che nak bagi rumah ini kepada aku.
Rumah aku dan adik ke 14 pada mulanya bergabung, ada pintu dari dalam untuk akses ke rumah masing-masing, tapi apabila ayah dan che tiada, perangai abang ke 8 menjadi-jadi. Banyak perkara yang menyakitkan hati yang diprovok oleh dia terhadap kami sehingga adik ke 14 membuat tembok kekal memisahkan kedua rumah ini. Menjadikan aku tinggal bersamanya.
Abang ke 7,apabila ayah bagitahu tanah dan rumah untuknya siap, dia terus berpindah ke tempat haknya. Tapi tidak untuk abang yang ke 8. Dia sukar untuk dibual bicara. Tidak menghormati adik beradik dan mengeluarkan bermacam-macam tuduhan terhadap kami. Katanya kami buat rampasan kuasa dan sebagainya. Sebagai tebusan, aku yang menjadi mangsa!
Paling menyedihkan apabila abang-abang yang lain seolah-olah ambil ruang untuk bersikap neutral. Tak fikir jauh keselamatan adik-adik perempuan mereka. Mungkin tak takut untuk dipersoalkan dihari muka kelak. Aku pasrah tapi aku tak reda. Biar Allah mengadili hak aku sebagai saudara perempuan mereka.
Sikit pun aku takkan lupa bila abang yang ke 2 respon kepada peristiwa hari itu. Abang ke 8 itu menampar aku di rumahnya. Didepan anak-anak saudaraku yang lain. Dia kata, " Kenapa datang bergaduh di rumahnya?" sedangkan aku tak bergaduh dengan abang yang ke 10 tapi aku dikasari di depan matanya!
Al-kisahnya begini...
Dalam jam 3.45 petang, aku balik dari pejabat yang sepelaung dari rumahku. Ya, tempat aku bekerja adalah di kilang perabot yang ditinggalkan oleh arwah ayah & che kepada aku, abang yang ke 2 & abang yang ke 10 untuk mengurus. Kami punyai share yang diberikan oleh arwah ayah kepada kami pada tahun 2020.
bila masuk rumah aku dapati home CCTV terburai di lantai. Aku tak fikir panjang. Aku tak perlu menuduh orang lain. Aku tahu ini angkara siapa. Sudah masak dengan keadaan ini. Selama 2 tahun tinggal bersama, banyak harta benda aku rosak kerana lelaki ini!
Dalam 2 tahun ini boleh dikira banyaknya harta benda rosak akibat gila lelaki ini. Frame gambar konvo aku adalah harta pertama yang dia pecahkan pada tahun 2022! Sebelum itu, mesin jahit arwah che dimusnahkan oleh nya. Ada hantu katanya. Ada benda dia tak puas hati, dia campak tirai kayu putih. 2 patah riuk. 1 lagi walaupun tak patah riuk tapi agak teruk kondisinya. aku sandar aja sebelah almari hitam.
Robot vacum aku pernah menjadi mangsanya juga, bising katanya menggangu tidurnya. Orang lain waktu siang bekerja, tapi waktu siangnya dalah tidur. Bila aku confront kenapa vacum aku terburai dia kata dengan acuh tak acuh, dengan muka bengis tak tahu! Sakit hati tak?
Sakit hati, agak pedih. Sejarah berulang lagi. Dia ingat aku pasang CCTV untuk tengok dia?
Aku dengar dari jauh suaranya yang gelak besar. Entah sedang memerli aku atau sedang melihat cerita yang geli hati. Kalau hari biasa, aku pergi confront depan-depan, tapi kali ni aku rasa aku penat untuk mendengar cerita bodohnya. Aku biarkan saja dan berlalu ke tingkat atas.
Aku ada bagitahu abang-abang aku yang tapi sia-sia. Ya. Salah aku sebab mengada, buat cerita.
Waktu petang. Aku sedar abang yang ke 8 tapi sudah keluar rumah. Aku cepat-cepat kunci pintu rumah dari dalam rumah. Aku tak mahu dia tinggal di rumah ni lagi.
AKU TAK MAHU TINGGAL DENGAN ORANG GILA!
Selesai kunci pintu, aku pun keluar rumah. Aku nak pergi rumah abang yang ke 2 di sebelah rumah. Anak buah aku ada permainan baru. Dia buat balik mesin kopi baru dan sebagai makcik yang kepochi, aku nak join sama memeriahkan suasana itu.
Abang yang ke 10 sudah disitu bersama anak saudara ku yang lain. Masing-masing teruja melihat mesin kopi baru yang lengkap segala alat. Aku jumpa dengan abang yang ke 2. Mahu ke KL katanya sekejap lagi. Flight delay.
Sedang seronok tengok abe (anak sedara) buat kopi tiba-tiba terasa ada lembaga di belakang aku. Tanpa sempat aku berkata dia terus tarik dan menampar aku. Sakit! Perit! Malu! dan Bingung!
Rupanya abang ke 8 aku datang ke rumah abang yang ke 2. Sebelum menampar aku sempat dia tanya kenapa kunci pintu? Soalan yang bodoh dan perbuatan yang bodoh. Tiada apa yang boleh aku describe perasaan aku ketika itu. Abe cepat-cepat pegang dan sandar abang ke 8 ke dinding. Dia masih nak melawan, Aku pun naik angin melihat dia dalam pegangan abe aku pun rasa nak balas balik tamparan tersebut.
Jangan cabar aku. Aku pun ada maruah juga!
Nasib baik Adi (anak saudara) pegang dan 2 kali dia tarik aku supaya bersurai dan bawa ke tempat lain. Serious, tadi aku mahu melawan. Aku sakit hati dan emosi! Aku tak mahu duduk diam. Tapi bila semua lelaki mengambil alih keadaan, aku menarik nafas lega dan bertenang!
Aku cuba bayangkan situasi ini berlaku saat aku masuk rumah tadi. Mungkin aku telah terkulai atau sudah keluar paper. Aku pun tak tahu situasi akan berlaku sekiranya aku hadap seorang diri. Sekarang aku ada anak-anak saudaraku yang cuba kawal situasi. Saat ini aku bersyukur ia berlaku di depan ramai orang. Aku berterima kasih kepada anak-anak saudaraku. Rasanya amat terhutang budi.
Berlaku adegan perang mulut antara abang ke2 dan abang ke8. Situasi menjadi lebih bodoh kerana benda yang keluar dari kedua-dua amat menyerabutkan. Tiada yang bertanya tentang tindakannya dan tiada yang bertanya keadaan aku.
Entah apa yang aku rasakan. Hanya mampu berdoa kepada Allah agar diberi kebaikan dalam kehidupan.
p/s: entahlah. Sejak mak yah tak de ni aku tak de tempat untuk mengadu. Aku takut aku tak mampu nak kuat seorang. Aku pun tak tahu apakah endingnya tapi aku berdoa agar abang ke 8 diberi hidayah dan dia tersentak dari lamunan dan khayalan dengan apa yang telah dia buat kepada kami adik-adik terutamanya. Aku boleh kata aku tak takut kepadanya tapi demi hormat kepadanya selaku abang, demi ibubapaku aku cuba rawat hati aku walaupun dia gila.
Aku hanya maafkan dia bila dia minta maaf secara ikhlas dan kalau boleh pergi dari rumahku. Aku tak nak fikir tentang dia.
Cerita sambungan akan datang.....