marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Sunday, March 1, 2015

DIY: Magic Box for Hiding Electrical Plug

.: Assalamualaikum :.

Hee..

Serabut kan kalau asyik tersepak extension plug kat bawah meja.. tak pasang extension kang susah pulak nak share power supply..

haaa... aku ade idea bijak camne nak mengurangkan keserabutan ni.. hee.. aku kan seorang yang tak boleh dengan benda-benda yang sepah2 ni.. rasa tak tenteram idop..kekekke..

So.. naseb baek lah ade kotak kasut hasil membeli sneakers yang siyes lawo yang membuatkan ku jatuh hati padanya sampai kotak dia pun tak sanggup nak buang..haha

epik sangat~..

kebetulan ade kotak kasut nih..haruslah laju-laju pikei nak wat ape.. ingat senang nak dapat kotak free.. keke.. aku tau kalau aku merepek panjang.. so..tanpa membuang masa meh sini meh.. kita tengok camne cara aku menyorok extension plug dengan cara yang palinggg niceee..hee


jom!

***

Bahan-bahannya adalah:
1. Gunting 
2. kertas pembalut  
3. pisau   
4. gam
5. Marker
6. papan potong 
7. Paling penting, Kotak kasut (tak kesah la penutup dia sambung terus dengan badan atau tak ye. tapi aku punya sambung terus, senang keja..ngee)


sebenarnya paling penting, kertas pembalut, gam, pisau je.. yang lain tu memeriahkan majlis je..hahaha

palinggggg pentingg..

 Step:

1. mula-mula sekali, ambil kotak tu, lepas tu tekap kepala plug extension kat bahagian tepi kotak untuk dapatkan ukuran dia.. tanda dengan marker. (Rujuk gambar bawah na..)

2.  Lepas tu, amik extension, tekap kat kotak untuk dapatkan anggaran ukuran plug-plug yang bakal dipakai pada extension tu.. tak payah susah-susah, buat je macam aku buat kat dalam gambar bawah tu.. tanda ngan marker.

3. Potong bahagian yang ditanda dengan marker itu dengan penuh kasih sayang dan sila pakai pisau k.. kalau nak hasil yang menyusahkan.. sila lah pakai pisau dapur.. ngeee..



 4. lepas tu.. ambil kertas pembalut, adjust ukuran unutk dapatkan saiz yang patut (alah.. cam nak bungkus hadiah tu.. cumanya.. dibahagian kotak yang berlubang tu tanda siap-siap pakai marker untuk dipotong. lepas tu.. untuk proses membalut.. gam seluruh kertas tu agar kertas pembalut dan kotak saling lekat-melekati tanpa sebarang gangguan lohong-lohong angin yang tak diperlukan.. (ayat sastera sangatt~)



tadaaaaa.. jadik lah cam nih..
 5. agar tidak berlaku sebarang kesilapan.. maka setiap produk yang dihasilkan harus diuji termasuklah kotak ajaib ini.. so..ape lagi.. dapatkan extension tu.. pastikan kepala plug extension dapat melalui lubang dah dah dibuat khassss untuk beliau.. ( kalau tak muat.. pandai-pandai lah ye)..

apabila semuanya stabil.. maka.. masukkan kepala-kepala plug device yang lain melalui lubang yang disediakan.. pelan-pelan agar tak berlaku kemalangan jiwa ya tuan-tuan dan puan-puan..
 bila dah berjaya masukkan.. sila pasang suiznya..

dan.. kalau resultnya seperti gambar di bawah... yaahh.. tahniah.. anda berjaya!


beginilah lebih dan kurang ye..

maka.. tempatkan lah ia ditempat yang sama.. dan alamilah perbezaannya..

tutup kotak

buka kotak
 so.. apa lagi.. senang je nak jadi kreatif ni kan.. kalau anda teguh jiwanya.. 30 minit dah ciap.. ngee... banyak benefitnya.. selain tak tersepak di kaki.. pemandangan di mata pun lebih sejahteraaa... ngeee..


p/s: adik aku cakap bahaya jugak kertas dan elektrik nih.. so.. nak selamat.. bagi aku korang kena jaga dua benda..

1. pastikan lubang yang korang potong tu.. besar.. kalau perlu wat lah lubang-lubang agar udara panas dapat keluar..

dan satu lagi

2. pastikan barangan anda barang yang ade cap SIRIM dan bukannya made in China semata..

terima kaseeyyyy :D

share lah kalau suka.

No comments:

Post a Comment

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...