.: Assalamualaikum :.
Hee.. aneoyongg !!!
Aku baru je balik daripada program Kem Ibadah Muslim yang berlangsung kat SMK BJ. Jadi fesi lepas di-offer oleh Zufar ( coursemate). Hee.. cepat je kalu bab-bab gi beramah mesra bersama-sama kanak-kanak nih.. hobi katenye.. kekekke..
Name nak glamour je kan..hahha.. penah baca post crisis identity aku dulu dulu tak??.. seriously nama Syuhada, Syu, dan Ada ramai gilerrr di zaman ini.. so aku bertekad cemerlang nak orang panggil aku dengan panggilan Nicky plop.. apsal x panggil Nick?? pown sebab ramai jugak orang pakai.. i feelno good ;'' ( |
Actually da lama da aku cuci tangan bab-bab handle program nih.. kalu jadi fesi pun paling last mase duk kat UMS dulu la kot time rajin follow kak farah join program-program luar.
Best! itulah yang aku rasa dalam 2 hari bersama adik-adik form 5 SMKBJ nih.. jangan tak tau SMKBJ nih sekolah berprestig tinggi you.. SPM bebaru ni pun dapat ranking sekolah ketiga terbaik seluruh Pulau Pinang. takke gubra nak gi programkan adik-adik kat sekolah ni??..huhu..
barisan fesi dari USM. alah bukan orang lain.. Fad ngan Mira.. my coursemates |
overall, walaupun banyak aktiviti-aktiviti yang di aturkan banyak yang ad-hoc.. dan fesi pun brape kerat je yang handle.. tapi alhamdulillah..objektif program tercapai..alhamdulillah.. yihaa.. tahniah kepada Zufar sebab dia lah leader team kami..
adik-adik form 5 SMKBJ bagi aku personally adalah deabak.. haha.. diorang nih dari segi akhlak bagus.. dengar cakap.. ye la budak-budak bijak kan..sekali cakap dah paham da.. cumanya maybe diorang belum lagi ready nak baiki pergaulan dan pakaian..hee.. insyaAllah skit demi skit..kan..adik-adik kan.. mane tau lepas program nih memasing dapat kekuatan nak berubah..heee..
aktiviti dalam surau semasa adik-adik lelaki solat jumaat. slot ni best bagi aku sebab kat sini cepat je kitorang get close ngan adik-adik. yang paling bijak Fad la sebab dia bahagikan group based on gelaran kak long, kak ngah , kak lang, kak chik dan Ucu.. serious happy budak-budak ni so dapat lah slot berjalan dengan lancar. kitorang bagi adik-adik ni 5 situasi yang biasa terjadi kat remaja dan diorang nih akan bertindak jadi kaunselor untuk selesaikan masalah.. macam-macam gaya you.. hahaha
sebagai fesi amatur yang da lama cuci tangan, aku bagi layanan yang terbaiklah kepada bebudak group aku.. sebagai orang yang tua beberapa tahun..aku bagi sedikit sebanyak guideline untuk diorang ready nak tempoh alam lain lepas SPM kelak.. panjang lagi perjalanan diorang nih.. kan..
Calon-calon SPM 2015 |
Kusyuk menulis semuanya |
so.. untuk program 2 hari 1 malam ni.. module dia betul-betul pack.. bayangkan malam tu masuk tido kul 2.30 pagi.. kena bangun kul 5 pagi tuk qiam.. huhuhu..
dapat feedback yang positif dari adik-adik lebih-lebih lagi untuk slot Running Man, ceramah (penceramah jemputan kelassss kau!) dan EQS.. kan best kalau ade siri 2.. bley follow up perkembangan diorang lepas ni kan..
Untuk Slot Running Man, ape yang best adalah sebab diorang dapat buat aktiviti outdoor dan kena bergerak dari check point ke check point. ada at least 8 check point yang disediakan.. diorang kena settlekan setiap tugasan yang di berikan.. memasing cam seronok abes cam gayanya..
antara check point dan aktivitinya:
Check point 1: Wipe Out!
Fesi demo cara-cara amik wuduk pakai sebotol air mineral 500ml. lepas tu cabar adik-adik amik wuduk pakai air dalam botol mineral jugak tapi lagi sikit dari fesi.
Check point 2: Cekodok
Fesi demo cara-cara bertayammum pakai tepung sebagai ganti debu. lepas tu adik-adik kena repeat demo.. nasib la lepas tu muka cam tepung gomok kan..haha
Check point 3: Survival
Fesi bagi adik-adik sebiji telur ngan lighter.. pepandai la adik-adik buat supaya telur tu abes dimakan
Check Point 4: Flying Shoes
Sorang wakil kumpulan kena ikat mata, tiga orang yang lain akan campak kasut diorang dan mintak si yang kena ikat mata tu amik kasut tu balik based on arahan 3 orang tu.. nasib la kalau masuk dalam parit kan..haha
check point 5: Cakelat Arab
Adik-adik diminta hafal sama ada doa dan terjemahan dhuha based on nasyid doa dhuha tu.. kalau x dapat, kena laaa makan 'cakelat arab' (bawang putih)..ahhaha..
checkpoint 6: Flying Ball
adik-adik diminta baling bola supaya dapat sumbat ke dalam 3 lubang gol sekali gus.
checkpoint 7: piccaso
adik-adik kena melukis gambar berdasarkan kad yang dicabut oleh kawan dia. sorang cabut, 4 yang lain tukang lukis continuously dan lepas lukisan siap dilukis, adik-adik lain kena teka amenda yang kengkawan dia lukis. game nih x leh bercakap dan setiap orang dibekalkan 5 saat je untuk selesaikan lukisan dia.
kumpulan last yang sempat bergambar mesra dari check point 7 a.k.a check point yang aku jaga..kesemuaan kumpulan yang sempat ke checkpoint ni dapat meneka lukisan kawan-kawan diorang walaupun lukisan yang last tu memang piccaso tahap 5..ahahaha..lengkali aku nak bagi lukisan yang payah skit..ahahhaha
checkpoint 8: Siratol Mustakim
Check bacaan al-fatihah adik-adik beserta makna sekali.
bagi aku.. program-program sebegini harus diadakan untuk membantu adik-adik sekolah kita dari segi akhlak dan spiritual.. yela..adik-adik ni kan..diorang just follow je ape trend yang ade depan mata.. cikgu kat sekolah boleh bantu diorang dari segi akedemik..tapi dari segi spiritual maybe tak sempat nak counter.. susah jugak la kalau nak berharap dengan kelas pendidikan Islam dan kelas pendidikan moral yang seminggu 2 kali je dalam jadual..
Prank dari fesi-fesi lelaki ex-SMKBJ.. lepas abes gamne running man, diorang mintak adik-adik ni berkumpul satu tempat. Zufar sebagai master plan masa ni membuat ulasan pasal game tu..time cakap dia cakap "PERHATIAN!!" teros ex-SMKBJ curah dan sembur air kat adik-adik ni.. ahhahha.. tak cukup dengan air, tepung lebih tunjuk cara bertayammum pun dipakai.. ahahahhaa..
sempat mintak adik-adik group aku bagi komen tuk fesi dan overall program.. yeah.. komen yang baik.. :D |
prestasi sekolah up.. akhlak pelajar terjaga...sekolah dapat nama.. pengetua sekolah mane tak nak kan...heeee..
Jika ada sumur diladang, izinkan kami menumpang mandi, jika ada masa yang panjang, insyaAllah berjumpa lagi :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan