Hee..
Serabut kan kalau asyik tersepak extension plug kat bawah meja.. tak pasang extension kang susah pulak nak share power supply..
haaa... aku ade idea bijak camne nak mengurangkan keserabutan ni.. hee.. aku kan seorang yang tak boleh dengan benda-benda yang sepah2 ni.. rasa tak tenteram idop..kekekke..
So.. naseb baek lah ade kotak kasut hasil membeli sneakers yang siyes lawo yang membuatkan ku jatuh hati padanya sampai kotak dia pun tak sanggup nak buang..haha
epik sangat~..
kebetulan ade kotak kasut nih..haruslah laju-laju pikei nak wat ape.. ingat senang nak dapat kotak free.. keke.. aku tau kalau aku merepek panjang.. so..tanpa membuang masa meh sini meh.. kita tengok camne cara aku menyorok extension plug dengan cara yang palinggg niceee..hee
jom!
***
Bahan-bahannya adalah:
1. Gunting
2. kertas pembalut
3. pisau
4. gam
5. Marker
6. papan potong
7. Paling penting, Kotak kasut (tak kesah la penutup dia sambung terus dengan badan atau tak ye. tapi aku punya sambung terus, senang keja..ngee)
sebenarnya paling penting, kertas pembalut, gam, pisau je.. yang lain tu memeriahkan majlis je..hahaha |
palinggggg pentingg.. |
Step:
1. mula-mula sekali, ambil kotak tu, lepas tu tekap kepala plug extension kat bahagian tepi kotak untuk dapatkan ukuran dia.. tanda dengan marker. (Rujuk gambar bawah na..)
2. Lepas tu, amik extension, tekap kat kotak untuk dapatkan anggaran ukuran plug-plug yang bakal dipakai pada extension tu.. tak payah susah-susah, buat je macam aku buat kat dalam gambar bawah tu.. tanda ngan marker.
3. Potong bahagian yang ditanda dengan marker itu dengan penuh kasih sayang dan sila pakai pisau k.. kalau nak hasil yang menyusahkan.. sila lah pakai pisau dapur.. ngeee..
tadaaaaa.. jadik lah cam nih.. |
apabila semuanya stabil.. maka.. masukkan kepala-kepala plug device yang lain melalui lubang yang disediakan.. pelan-pelan agar tak berlaku kemalangan jiwa ya tuan-tuan dan puan-puan..
bila dah berjaya masukkan.. sila pasang suiznya..
dan.. kalau resultnya seperti gambar di bawah... yaahh.. tahniah.. anda berjaya!
beginilah lebih dan kurang ye.. |
maka.. tempatkan lah ia ditempat yang sama.. dan alamilah perbezaannya.. |
tutup kotak |
buka kotak |
p/s: adik aku cakap bahaya jugak kertas dan elektrik nih.. so.. nak selamat.. bagi aku korang kena jaga dua benda..
1. pastikan lubang yang korang potong tu.. besar.. kalau perlu wat lah lubang-lubang agar udara panas dapat keluar..
dan satu lagi
2. pastikan barangan anda barang yang ade cap SIRIM dan bukannya made in China semata..
terima kaseeyyyy :D
share lah kalau suka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan