marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Rabu, 30 September 2015

Majlis Hari Raya AidilAdha Isdev 2015


.: Assalamualaikum:.


Untuk Hari Raya Aidiladha Isdev 2015, untuk tahun ni, gerak kerjanya adalah kitorang la.. MISDEV 14.

Untuk pengendalian dari cari lembu, tumbangkan lembu, masak-masak, tempat, semua dalam skop kerja kitorang yang mana masuk dalam silibus Pengurusan Pembangunan Insaniah. Hebat tak bidang tugas keja kitorang?.. kendalikan upacara korban dan Majlis Hari Raya Aidiladha sekali.


Tapi sebenarnya, lembu, orang yang ambil/beli bahagian lembu, masak-memasak, tempat tu dah diuruskan oleh Isdev sendiri.. kitorang ni just melaksanakan amanat Prof dan para pensyarah lain agar Majlis ni menjadi realiti je.. kekekke..

Jadi, disebabkan Hari Raya Aidiladha jatuh hari Khamis.. dan untuk melakukan upacara qurban haiwan ternakan ni, hari last adalah hari Ahad (4 hari je dibenarkan untuk menyembelih haiwan qurban iaitu hari raya dan hari-hari tasyrik).. untuk info qurban lebih lanjut... mohon ke sini ..ngee..

Jadi, Ustaz Isam selaku tuan pengarah aktiviti dan para MISDEV14 bersetuju sebulat suara memilih hari Ahad untuk melakukan sembelihan disebabkan oleh kekangan masa (sebab raya of coz la semua nak bersama family dan tanggungjawab melaksanakan ibadat qurban tempat lain) dan hari Selasa pula, hari berlangsungnya Majlis Hari Raya Aidiladha Isdev 2015 di peringkat USM.

Program sembelihan lembu berlangsung kat Sg Bakap, jadi kesitulah kami, MISDEV 14 untuk bergotong royong.. sembelihan of coz la dilakukan oleh orang yang pakar iaitu dari pihak Pak Long (tukang lembu).. kitorang tukang lapah dan potong daging, dan tukang timbang, asingkan daging untuk Majlis Hari Raya dan untuk diberikan hadiah kepada fakir miskin dan lain-lain laagi la..dari pagi sampai zohor, situlah kitorang berada.. ngee...


 

 Sebelum lembu dikorbankan, Ustaz Isam selaku pengarah cum ustaz menerangkan tentang rukun-rukun sembelih haiwan korban, sesi Q&A pun juga berlangsung.

Ustaz Afnan pulak sebagai mursyidul Am Misdev 14, menerangkan simbolik disebalik pengorbanan,qurban dan raya aidil adha...

Bagi aku, secara peribadinya, bagus jugak adakan sesi penerangan camni di waktu ni untuk recalled balik ilmu-ilmu dan cerita-cerita yang selalu kita dengar di kuliah.. unutk kuatkan lagi perasaan kita untuk memahami ibadah qurban ni..

biasa kalau kat kampung-kampung, kita tau nak tumbangkan lembu je,tanpa hayati simbolik disebalik qurban tu..  





 Misdev 14 yang tak sabar-sabar nak potongkan daging..semua kitorang buat.. budak lelaki lapah..kitorang yang pompuan tukang potong dan lain-lain..amatur katenyaaa...kekekeke.. biasa dapat yang da ciap..ngee..

  but first let us wefieee...

aktiviti yang wajib..ahahaha..

 

Selepas kerja-kerja yang berkaitan dengan lembu.. amik nafas jap kat atas pondok rumah pak long ni..amboi mira.. sakan gaduh ngan Muhammad, anak kak bie nampak..



 ok.. ready... baru semua amik port masing-masing kalau ade camera kan..


Us.. Misdev 14 bersama Prof dan  Dr. Shahir. terima kasih sebab sudi datang tengok-tengok kitorang bekerja..heee..
penat tapi hepi sebab da selesai part 1..tunggu untuk Majlis Raya je nanti..





 Dititipkan oleh AdeYunita Mafruhat


++++++


Maka, hari selasa pun tiba.. dan kitorang pun mulalah bekerja kembali..ngee..

Majlis berlangsung kat Jabatan Pembangunan USM. Tahun ni, Isdev nak meraikan  orang-orang yang bekerja kat Jabatan Pemangunan. Nak raikan pakcik makcik cleaner, tukang dan staff seluruhnya yang bekerja keras dalam memastikan USM bersih dan cekap.. Nak meraikan wira yang tak didendangkan.. katenye..

Semua pekerja di Jabatan Pembangunan USM dijemput, termasuklah non-muslim... untuk non-muslim kite hidangkan juadah yang special untuk meraikan diorang.

Untuk majlis hari raya ni pun, kami masih menggunakan khidmat catering Pak Long Mak Long.. juadah dia cam kenduri..ngee.. the best!



 Shawls sponsored by Atas Loteng dan Aniemah Bunga Tangan & Cupcakes :P
 
 but, first.. let us wefieee...

wajib


 sebahagian dari gegurls Misdev14.. muka lawa lagi sebelum catering datang...kekekeke



kenape sume mengadap sane??masa ni tengah tunggu arahan tuan pengarah kite..


 Sementara majlis bermula.. pasangkan skating.. alih meja.. ubah tu ubah ni.. buat tu buat ni..


 Busy Puan Fadhliana kita...
 

 Ketibaan Dr. Wan dan staff-staff Isdev ke Majlis..



Misdev15 pun turut serta dalam mengemblengkan tenaga..


 

Orang dapur kitaaa...pakar dalam majlis kenduri kendara nampak.. berkenan??.. boleh la ke Isdev..ngeee




 Cik Ma dan kak Bi

Lantaran semua bizi time majlis berlangsung, ke hulu ke hilir melayan para tetamu.. jadi gambarnya.. tak de.. ;'(



 Lauk-pauk yang lebihan untuk di bungkus dan diedarkan kepada ajk dan semua yang terlibat..



Last, but not least.. gambar diorang lelaki yang bertungkus lumus untuk majlis ini.. kang cakap aku bias pulak asyik gambar titew je..

Orang kuat program..kekekkee

Maka dengan itu, selesai sudah tugasan pertama kami untuk kursus Pengurusan Pembangunan Insaniah. Tunggu program yang lain lain menyusul pulak..

Seronok bekerja dengan MISDEV14 walaupun mula-mula huru-hara, tapi kiotrang dapat kawal dan program dapat berjalan dengan lancar dan baik..

Semua pensyarah berpuas hati dengan Majlis Hari Raya Aidiladha 2015. :D

Alhamdulillah.






Isnin, 28 September 2015

Raya Aidiladha 2015

.: Assalamualaikum:.

Annyeonggg ^^

Salam aidiladha 1436H

Tahun ni, raya aidiladha aku tak balik kampung.. tak balik kelantan..huhu..seingat aku la.. setiap kali raya ade je muka beta kat rumah.. tapi kali ni..aku pilih nak stay kat USM.. penah jugak la tak balik raya mase first year duk kat UMS dulu.. 8 tahun yang dulu la.. masa zaman keja.. balik je..huhu.. tahun ni nak rasa kelainan katenye.. kot-kot tahun depan kawen dengan orang jauh (kot-kot sangkut orang korea ke..bhabhahaha).. kena la belajar berjauhan dengan keluarga di hari berbahagia... ye tak.. ini pon satu pengorbanan jugak..ngee..

 tapi yang pasti sebab dia.. aku tak beli tiket flight or tiket bas awal-awal.. padan muka !..

tak ape la.. yang berlalu tu.. biar kan.. lembu-lembu dan majlis raya tetap gak berlangsung dan aku tak de pong meriah jugak rasanya raya kat umah tu..huhuhuhu..

cuma .. beta yang kat sinilah.. mereput sengsorang... (sape suruh tak beli tiketttt awal)...

sangkaan awal je la mereput di hari raya.. tapi.. tu lah.. kita merancang.. tapi Allah yang tentukan.. Aniem last minute cakap dia pun tak jadi balik raya jugaklah.. sebab.. tak de pape event kat rumah dia.. ummi ngan abah dia maybe gi menolong kat umah orang lain.. jadi..dia ingat nak balik petang raya la.. lagipun Aniem katenye nak ciapkan paperwork dia....

So berbahagialah kami berdua menyambut hari raya di hostel.. berdua lebih baik.kekekkeke..

ye la.. untuk mewujudkan suasana raya yang mulia ini.. malam raya tu..dengan semangat pertiwi.. kitorang pegi beli bengbarang kat Mydin.. nak buat nasi ayam raya katenye.. resepi nasik ayam belum tentu ade.. Aniem ngan aku bukannya tau nak wat nasik ayam.. cari bahan-bahan kat mydin tu pun berdasarkan resepi yang dikutip dari internet, dan on da spot pilih bahan- bahan tu.. orang kat Mydin jangan cakap la ramai ke tak.. malam raya..paham-paham laaa..


**********

pagi raya, sayu dengar takbir raya.. huhuhu.. tengah imagine.. kalau kat umah time ni mesti duk kalut nak gi solat raya.. berebut nak iron baju, berebut toilet..pung pang pung pang kalut kat dapur T.T

Tiba-tiba masuk wassap family.. diorang hantar gambar..



hamboi... ni mesti baru lepas solat sunat hari raya nih... biasa gini laaa tiap-tiap tahun..

aku agak skrip sebelum gambar ni diambil adalah... " mari kita men- jealous -kan orang yang tak balik kampung..sape suruh tak nak balik..har..har...har.."

FYI, selain aku..adik lelaki aku yang bongsu pun tak balik jugak.. yela.. dia lagi la jauh.. duk Mesir sana..




pastu aku pong balas balik " Ini sahaja yang mampu breakfast di pagi raya.." dengan harapan diorang bersimpati dengan nasib anak perantauan.. simpati ape.. lepas tu.. bertalu-talu gambar raya sakan diorang masuk dalam wassap..

hampeh bebeno!.. T.T (memencilkan diri di hujung bucu meja)

What so everlah.. Hari raya mane boleh sedih-sedih..kan.. ciap pakai baju cecantik lagi tau walaupun duk dalam bilik je..haha..

 So.. aku ngan Aniem pun mulakan aktiviti masak memasak kami.. har har har.. ni part yang trill la sebab..dua-dua.. nak cakap tak pandai masak tu..tipu la even masak megi kan.. tapi untuk nasik ayam ni.. memang first time la jadik chef nya.. biasa tolong-tolong basuh, potong, perap je.. tapi kali ni.. semua by own kan..

Berusaha bebenor kat dapur kecik kitorang ni dengan cara nak buat nasiknya, perap ayamnya.. supnya...

maka... ja Jjanggg...



jadi lah jugak.. sedap la jugak... untuk first attempt kami masak ni.. resepinya kitorang kutip kat sini.

Nasik air tangan Aniem, perap ayam aku, sup Ary... rupanya Ary pun tak balik jugak walaupun rumah dia area kedah je.. Ary lagi kesian.. tajuk disertasi dia kena ubah... so..apabila ubah tajuk... maka isi pun kena la ubah.. so..nak tak nak.. kena la bekerja keras..

Lepas makan tengah hari, baru teringat, ari tu janji nak wat puding caramel untuk Aniem.. dari bila lagi ntah janji nak buat, tapi sokmo bahan-bahan nak buat tak cukup.. check barang-barang kat dapur.. oh..semua ade la.. jadi ape lagi... demimu Aniem..

Siyes, rajin bebenor masuk dapur memasak ari ni.. lepas breakfast, lunch, lepas lunch..masak pulak untuk hi tea (cewah).. ni betul-betul da jadi Rooftop Cafe ni..haha..

Jadi, berbekalkan resepi puding caramel Kak Na (kakak aku yang ke 5).. maka operasi membuat puding caramel bermula..

resepi dia siyes senang gile..

korang just need, gula (untuk caramel), susu cair, 4 biji telur, asen vanilla


tu je..

Ja JJannng!...
 

   
kemain, plate presentation kan..haha..haruslah.. puding ni sedap ingredient special adalah "Love, Harry Love " mengajuk cara Proffesor Dumbledor cakap kat Harry Potter masa dia tanya kenapa Voldermort tak dapat bunuh dia masa kecik tu.. hiks..tetiba je kan..

FYI, dapur kecik kami tak de pun pengukus, tapi biasalah.. life hacks haruslah diapply time-time cenggini..tak tau camane nak cakap camane DIY yang kiotrang buat tu.. nnti ade masa.. beta akan post kan entrynya..


Petangnya pulak, tak dok kejoe bak kata Fara.. dalam kul 6 petang cenggitu lepas Aniem siap paperwork dia, tetiba kitorang randomly bersiap untuk nak wat OOTD katenyee... Aniem tak jadi nak balik umah.. esok pagi katenye nak balik.. sebab esok dia ade event kat umah kawan dia..


 


 Semangat hari raya..haha



nice picture.. hai bunga loceng kaler kuning..




Dua budak nakal duk main atas jalan raya..



 Yang ni rare dan betul-betul tak dok kijoe.. mentang-mentang USM sunyi dan sepi.. ciap wat cover album The Beatles la pulok..

 
USM sunyi sepi.. yang bunyi hanyalah gendang bebudak chinese yang tengah berlatih kat tepi library.. molek aah.. kitorang duk photoshoot sini..kekekke

 OOTD saya hari ini adalah, jubah made in mekah yang dihadiahkan oleh abe Din semasa dia menunaikan umrah baru-baru ni..

Shawl pashmina dari kiosk kat BJ..Kasut pula kasut dari Pantai Timur hypermarket.. #Bajet

pastu, masukkan gambar ni dalam group wassap family... dengan niat nak kasik tau.. still ade life la walau tak dapat balik umah..hahahha..




 Perhatikan dua gambar ni.. dan cari benda pelik =="...

When your sibling want you to come home for Eid, but you just can't....

Tikah terlebih rajin edit gambar untuk cukupkan korum raya The Bujang Belaka..

tapi.. abe yie mano??..

dan bangbil.. selipar ilang ko??..

hampeh kan..haha


Sabtu, 26 September 2015

Day 3 in Brunei: Ke Kampung Ayer Brunei dan sekitar Bandar Seri Bangawan


 .: Assalamualaikum :.





Kampung Ayer adalah salah satu tarikan kat Brunei, sebab tu la kot ke Kampung Ayer ni termasuk dalam aktivti kami semasa berlangsungnya Program Makmal Sosio-Akademik ISDEV-UNISSA ni.. Baru 3 hari menjejakkan kaki ke Brunei, kami berpeluang meluaskan langkah melakar peta kami ke Kampung Ayer... Untung kan..hee..


Untuk melihat kawasan Kampung Ayer ni, of course la kenderaan wajib dia adalah boat.. tak kesah la boat laju ke, boat slow ke.. yang penting boat..keke.. Kampung Ayer ni dikatakan Kampung atas air yang paling luas kat dunia ni.. Sebab tulah jadi tempat yang wajib dilawati kalau datang Brunei. Katanya tempat ini wujud sejak 800 tahun yang lalu..so boleh dikatakan fasilities dia cukup la.. ade balai polis, balai bomba, masjid, sekolah, pasar dan lain-lain lagi dalam Kampung Ayer ni..

Berminat nak tau lebih lanjut pasal Kampung Ayer, sila lawat site ni k.. nge^^ (Punya la tak rajin nak jelaskan..kekeke)..promote page orang sikit.. nge..

Pape pun, dapat melihat tempat orang adalah perkara yang menguntungkan dan mengembirakan lebih-lebih di samping kengkawan yang sekepala...ngeee...


Pagi-pagi pukul 6.50 pagi dah ready ke Rizqun untuk breakfast.. muka sorang-sorang semangat kemain.. aku borak ape ngan Dr Wan time ni ek.. entah la..



sebelum bertolak.. haruslah bergambar kenangan..ukhuwah fillah abadan abada



Sesampainya kami kat jeti untuk naik boat. Fandi selaku AJK brief la ape yang patut.. "Kamu urang jangan mandi sini yakalau tak nak kena ngap dengan bujang senang..".. maybe ini kot yang Fandi cakap.. erk..



Full houseee...

Melawat sekeliling Kampung Ayer dari hujung jeti ke hujung kampung, ke sana.. kesini.. bawah rumah orang.. tepi rumah orang.. sungai dalam..sungai tak dalam semuaaaaa kami lalu...kekekeke..



kat sini.. kitorang dapat turun dari boat dan menjelajah bangunan kat sini.. galeri ...err.. lupa nama bangunan ni..tp bukan kat tempat dlm gambar ni..tp sebelah dia.. (ape aku mengarut ni).






Masuk dalam galeri tu.. jumpa laaaaa alat- alat ni..orang display je.. tp dapat kat kitorang...ngeee...



Rombongan cik kiah..



dalam boat harus bergambar..kekekeke


Naik je atas tanah besar, ingatkan time to back home.. tapi tak..kitorang dibawa berjalan di sekitar Bandar Seri Bangawan ni lagi.. kat sini jumpa poster besaq CN Blue..mentang-mentang la situ ade bangku bagai.. melepaklah kami dekat situ sambil makan-makan.. oh ye.. kami kat sini ni geng budak nakal jewww.. haha.. yang lain dah bertebaran ntah ke mana sebab aktiviti bebas kan..



Lepas abes makan, kiotrang ke Masjid Omar 'Ali Saifudien. Haa..jangan tak tau.. masjid ni masuk dalam rancangan korea tau.. The Law of The Jungle..








bergambar like a tourist la..ape lagi..




lepas solat zohor..



Konon abang Andy bagi penerangan la pasal masjid ni..

 




Lepas tu, singgah lagi ke bangunan Alat- Alat kebesaran diRaja Brunei. Kat sini.. aku jalan seround.. pastu jumpa kusi..dudukkkkk je sebab energy drained... ye la..satu ari berjalan..hohoho..

lama duk melepak kat sini.. baru perasan ZL aku ilang.. mane pegi..mane pagi.. kalut seketika.. carik..carik..carik..recall...recall..recall (sebab aku tau aku spesies careless skit dengan bebarang nih)... last aku duk pegang beliau masa dalam bas UNISSA.. so ape lagi.. berdesut la ke tempat parking bas..

alhamdulillah.. ZL duk tercongak atas kusi.. ni mesti masa turun bas aku tak perasan kat ZL ni.. (biasa kalau bukan dalam beg..ZL duk atas lap la..ZL ade.. cayang ZL (walaupun berura-ura nak beli galaxy A8)..hahaha.. no no no.. kita kan da janji nak sehati serta sejiwa selama 10 tahun..kekekke..


itu sahaja cerita untuk ari ke 3 .. (ade banyaaaak lagi.. tapi.. tak larat nak tulis dan recalled cite..ngeee..



Rabu, 16 September 2015

CROCHET TIME: Lovely Crochet Class 3


.: Assalamualaikum:.

Hey guys.. Happy Malaysia Day.. I am wishing for better Malaysia for future generation :D

......

I am quite busy this period.. yeah..as Master student of course! Besides, there are plenty of works waiting for me to finish as we grow up..  right?..

So.. my third class of crochet was happened last 2 weeks actually. It was happened on 31 August 2015 somewhere at Kota Bharu after came back from Brunei Study Trip... It was rushing but to think kak Zai (the one who invited me to teach crochet stuff to participants), I don't feel burdensome.  It was cooled!.. I received new students a lot.. Thanks to Nisa' Kelantan for organizing this event so I can improve my teaching skill and improve myself to be a good crocheter. Like Chan Yeol said, " I feel matured one level ;P "..


The event went well but sadly, the participants can't finish their product within time provided so, it made me feel little sad because last time participants can finish well..

There were maybe because of some factors.. the teacher was not enough skill? or too tired ? or not prepared well ?(yes, this part I blamed myself, I need to make well preparation. Or maybe the location was not really convenience for crochet activity or the number of participants quite a lot, so I can't personally teach them.. I should discuss with kak Zai about this thinggy next time.

However, as I said, the class went well, and the children did well just they can't finish the syllabus :)



 Like always, before start crochet activity, they must hear some theory of crochet stuff..ngee



 They paid attention I see.. good :D




 Dedicate me is dedicate.. teaching them from  zero..



 So.. it's time to crochet ..



 My precious student :D.. haha.. kak Wani was always attend to Lovely Crochet Class.. and she is now expert in crochet.. :D



 Watching them crochet..



Show them how amigurumi pattern is defferent from flower pattern..



So.. I hope they can practice alot.. yeah..

More pictures & how to joint the class? or everything you want to know about class.. please contact Nisa' Kelantan page

If you interested with the private class or searching for crochet tools, feel free to like my page, Atas Loteng 100% Handmade Crochet, or.. contact via wassap 013-4428320 or ig Atas Loteng Production.


Story about last classes Lovely Crochet 1, Lovely Crochet 2 ( Just notis I didn't make entry for second class..sorry..)

Anything regarding crochet stuff..


link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...