marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 3 September 2015

Day 1: Arrived at Brunei Darussalam


.: Assalamualaikum :.


Hee.. annyeong!..


gamaknya..sehingga mood masih lagi dalam Brunei mood.. maka..adalah bagus untuk diri ini bercareta mengenai kehidupan beta selama 33 di Brunei kan..ngee..



Sebenarnya.. masa pergi Brunei tu.. masih lagi dalam mood raya.. kot.. masa tu baru hari ke-10 Syawal..what??..baru hari ke 10 syawal??..ngee.. daku sempat beraya kat umah lebih kurang seminggu tau.. ingat senang  ke pengorbanan cenggini nak dibuat..nge.. sebelum 10 syawal, aku balik ke Penang dulu dalam 7 Syawal gitu untuk kemaskan harta-harta yang perlu di packkan.. kang kalut pulak nanti..


Aku terbang ke Bandar Seri Bangawan melalui Penang, transit jap kat KLIA 2 dan baru sampai Brunei. gitulah perancangannya.. aku terbang melalui Penang sebabnya semua keperluan nak dibawa selama 33 hari ni of course la tinggal kat hostel dari A to Z.. dan lagi.. my dear brother yang ke 11, Une kan ade kat Penang untuk hantar aku ke airport nanti..atau mintak tolong Aniem hantar sebab.. Aniem kan best roommate ever... kekekeke..  begitulah congak aku dalam hati..


Tapi itulah.. kita merancang..Allah pun merancang jugak.. dan of course la perancangan Allah lagi berhikmah..kan..kan..kan.. nak dijadikkan cite.. abang I balik kampung masa I balik Penang! .. OMG! .. and then time tu pown Aniem tak free sebab duk KL hantar kakak dia gi KL.. OMG kuasa dua! ...sob..sob..sob.. terkial-kial jugak la nak carik orang hantarkan pegi airport nanti.. sebabnya pagi lepas subuh kot kena ade kat airport..


Putus harapan jap sebab bukan ramai pown daku kenal orang yang ade kat Penang nih.. da la time cuti sem.. student cab of kos la tak de.. hampir-hampir nak mintak tolong sahabat aku rindu hantar kan.. ngee.. tapi memandangkan da lama tak contact belia..aku segan...kekeke.. biar awal-awal sem dulu dia cakap..anything happened let me know.. nge..


Last mintak tolong Anis Misdev14 hantarkan.. sebab jalan sehala Anis gi keja kat Tabung Haji.. tu pun nasib baik Anis boleh hantar sebab dia cakap dia nak balik kampung minggu tu..huhuhu.. Tq Nis.. cayang Anis.. hee.. TQ Allah atas bantuan ini.. aku percaya kat sini aku blajar something berguna untuk kemudian hari :D.. salah satunya.. jangan beragak-agak.. not anyone will present when you really need them..


Misdev14 yang naek flight dari Penang ke KLIA2 aku, Ana, Umi, Cik Ma. Yang lain naek dari KLIA2..


tamat cite suspen aku..kekeke.. yang penting selamat tiba kat airport, check in, breakfast kat kepsi pastu membolos diri masuk dalam flight and tak sabaq nak jumpa Fara, Tirah n Tikah :D




 Walau ape pun jadik.. smile like an idiot..ngee.. senyum tu kan sedekah :D

 


 Tunggu nak boloskan diri dalam Air Asia ke KLIA2.. hantar report dulu ke group Anak-anak soleh bagitau beta da nak berangkat ke Brunei :D



 Sampai kat KLIA2, keluar hall ketibaan teros gi carik geng..ngee.. Fara, Tikah  duk tunggu berejam da kat area tu..Jumpa balek geng Hilton Resident..haha.. hepi lah..kalau tak senyap je di sebalik kerusi Air Asia.




Masing-masing nak drop luggage..kemain besaq beg sorang-sorang.. Time nih..depan aku ade family korea.. Appa, Omma dan Adel.. anak dia dalam umur 7 tahun gitu.. aku duk pandang je..tunggu peluang kot-kot boley greet diorang dlm Bahasa Korean..ngeee.. well.. buat ape blaja bahasa korea klu tak bley bercakap.. 

peluang aku tiba time anak laki dia membuas.. dia duk main pembaris besi yang boleh belengkar kat tangan tu tercampak kena aku sikit.. cepat-cepat ayah dia cakap Sorry.. ape lagi.. maka cepat la aku balas gwencana sambil senyum.. dia suprise aku boleh cakap tapi aku fokus kat anak dia je (kang ayah dia tanya macam-macam aku tak leh reply pulak..ngee).. tanya nama anak dia nama ape..

"iremi myoyeyo?" tanya aku

ayah dia tak clear aku cakap ape.. " Morago?" dia tanya balik.

naseb baik aku paham ayah dia tanya ape..so aku repeat balik soalan aku.. lepas tu baru dia paham aku tanya apa..

"Ki Mi eyo.."

"ooOo.." tu je aku mampu balas. panjang lebar lagi, memang ke laut la..haha.. aku pun jalan la sambil tolak troli..

"annyeong.." perkataan yang paling aku pandai..haha..

Maka excited state lah beta sebab dapat bercakap korea walaupun sepatah dua dengan orang korea.. 

** orang selalu buat muka or bagi komen negatif kalau aku cakap aku suka orang korea.. sedih tau.. tapi bagi aku..diorang pun bangsa yang baik, contohnya ajushi  yang aku jumpa ni.. waktu nak drop luggage tu, depan dia ade 2 orang aunties yang duk terkial-kial duk angkat luggage nak untuk check in, ajushi ni mulanya duk main handphone sambil tunggu turn dia untuk drop, tapi sebab dia nampak situasi tu, terus dia simpan handphone dia and tolong aunties tu angkat luggage tanpa banyak soal dan muka dia ikhlas kot.. kalau aku isteri ajushi ni.. mesti ak da rasa bangga ade oppa yang gentleman cenggini..

Same happened masa Hari Keputeraan Sultan Brunei, I met Korean people again and has gantleman manner jugak :D

So, ottoke I should not fall in love with people macam diorang kan..???   **



 Menyusuri gate-gate pelepasan be liked.. hoho.. seriously penat kaki melangkah sebab gate kitorang palinggggg hujung.. tu pun lepas 2 kali imigresen dan imbas barang.. punyalah kan..kekekeke.. nama lagi pelepasan antarabangsa.. wajib la..kekkeke..




Muka excited masing-masing lepas 2 jam 45 minit lebih kurang duk dalam flight.. dah sampai negeri Brunei Darussalam. Sebelum menyusuri hall ketibaan, Dr Wan selaku pengiring kitorang sampaikan taklimat dan amanat ringkas supaya kitorang berbehave skit nanti duk Brunei.. ngee..
 

Setibanya sampai di Perkarangan Ketibaan.. kami disambut oleh pihak UNISSA dan Pehin.



 waktu zohor berkumandang time kami dalam flight, jadi ade setengah dah solat dalam flight. Yang tak solat dalam flight, kitorang solat kat surau di Brunei International Airport.. mula-mula masuk, fuhh... ni surau ke masjid..huu.. besaq bebenor.. katanya dapat memuatkan 300 jemaah sekali gus.. wah.. ni baru betul negara Islam :)



 lepas semua da ready, kami dibawa ke UNISSA, Gadong dengan bas comel ni.. secomel driver bas dia..ngeee..



Port kami dari awal sampai akhir program.. :D


Taklimat ringkas oleh Ustaz Adi Asmat selaku pengerusi program Makmal Sosio-Akademik ISDEV-UNISSA dan pembahagian bilik :)





Tempat makan kami sepanjang program adalah di Rizqun International Hotel.Terima kasih Pehin atas sponsorship ini.. kami sangat-sangat menghargai.. yelah..bukan untuk dinner sahaja, tapi untuk dinner,breakfast dan lunch sepanjang 33 hari ini..


Seterusnya, malam tu juga diadakan sesi ta'aruf diantara peserta (ISDEV), sebab walaupun kami dari ISDEV, kami juga tak mengenali semua peserta ni.. sebabnya peserta terdiri daripada RISDEV (PHD) dan MISDEV (MASTER), cam aku, aku kenal anak-anak didik Dr. Sue je la yang lain tak kenal. Kenal anak-anak didik Dr.Sue pun sebab Dr. selalu buat monthly supervision.. kalau tak.. heee.. na moulla~..



Jadi dengan itu, selamat bermusafir, berjalan melihat kebesaran Tuhan dan ragam manusia :D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...