marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Khamis, 28 Julai 2016

#KeKoreaKita: Namsangol Hanok Village

.:Assalamualaikum :.

Annyeong!


Koyalah sekejap kunun-kunun menunggu orang yang tak kunjug tiba
Moh kita bercerita kembara beta bersama #sarangheacinguya di Seoul (lagi). Hari ketiga di sini, kami rancang untuk melawat Namsangol Hanok Village. Area dia di sebelah Myeongdong ni je. Planning awal nak pegi hari first sekali naik Namsan Cable Car (sebut gaya Tao), tapi memandangkan masa mencemburui kita tak sempat nak pegi. Tak apelah. Jadi hari ni lah kita berjalan meneroka rumah hanok ye dak. 

Namsangol Hanok Village. Image dari Google

Kirenya hanok ni umah kampung ataupun tradisional orang Korea la ni. Jangan tak tau, kat tengah-tengah bandar ni ade perkampungan korea tau. Tapi pape pun,yang dekat Namsangol Hanok Village ni takde orang tinggal. Sini cam display item la. Tapi yang bestnya masuk adalah PERCUMAAAAAAA. Yang betul ade orang tinggal kat area Bukchon. Makanya, kalau nak beriang-ria hari raya kat sinilah. Nak buat party (we like to party..yea yea yeaa~), silakanlah (kalau tak malu la haha).

So, awal pagi keluar dari GH yang saaangat best, Nungmaru GH. Oh ye. Hari ni jugak kitorang check out dari GH ni sebabnya enam orang akan ke Busan, dua orang ke Apgujeong dan sorang balik ke Malaysia. Murni yang balik ke Malaysia, dia beli awal skit sebab dia keja. Yang lain, melangok je la sebab baru bebas dari disertasi 5 hari yang lepas. HAHAHA.

Yang pegi Busan adalah Nara Shi, Husna, Syu, Umi, Fara dan Puteh. eh nama aku mana? Budak yang degil yang nak stay di Seoul semestinya aku.HAHAHA. dan my loyal BBF haruslah join skali ngan plan roommate dia. So, yang ke Apgujeong tu aku ngan Aniem la. Nak gi melawat office Oppa dan Dongsaeng katenya. Lalala~

Nungmaru GH JANG! Apartment yang selesa untuk kitorang berlapan.

*Jumpa dengan backpacker cikgu-cikgu pencen. Kalau da pencen korang bley agak la kan berape umur cikgu-cikgu ni. Seriously aku tabik spring dekat cikgu-cikgu ni yang gigih datang Korea sendiri tanpa ejen. Biar berusia asal jiwa muda..hee. Selamat pagi cikgu!*

Tapi sebelum ke Namsangol Hanok Village, kitorang drop dulu luggage kat reception counter. Tokey Nungmaru GH  memang baek ah kasi kitorang drop luggage dulu kat situ. Aku ngan Aniem malam karang baru amik nanti nak gi Apgujeong. Bebudak nak gi Busan tu, ari lastt nak gi airport baru diorang amik.

Settle bab luggage, marilah kita berjalan menuju ke tempat yang dituju tapi sempat lagi amik gambar kat Entrance Company Game. Katanya Fara dan Nara, owner dia retis. Ntah. Na Mollayo. Ala. Lupa lak nak bergambar dengan kedai haramoni yang jual banana uyu murah tu. Biasa kedai haramoni belum bukak lagi pagi-pagi ni. Sebab tu selalu ke sana waktu malam je (padahalnya laluan waktu balek berjalan).

Bergambar kenangan dulu kat sini.
Myeongdong Street
So, nak ke Namsangol Hanok Village, jalan kaki je. Menyusuri laluan pejalan kaki berbekalkan peta di tangan. Salah jalan tu tak usah di tanya, tapi last-last sampai la jugak. Hahaha.
Contengan jalanan. Spot my writing..haha

Asal ade je gambar unnie, kena bergambar. Kat bas pun jadik
Marilah kita ber #OOTD gaya hipster. Kat dinding street ni banyak area yang bley ber #OOTD kot

  **OOTD saya hari ni adalah berlapais-lapis baju dan kalerful. tema dia adalah my feberet kaler, kuning + merah. Main lapis je sebab cuaca memang tak same langsung dengan Cameron Highland. Dalam skirt aku pakai jeans kot.hahahha**

Ni area Namsan Park. Kalau musim luruh or spring or summer aku rasa tempat ni mesti lawa gile. Time ni ade pokok yang daunnya mati..

Sampai nak dekat entrance Namsangol tu tetiba ajushi approach kitorang. Tawarkan khidmat indoor photoshoot pakai hanbok. 

Aku pau google image kedai ajushi nih
Aku memula tak berminat. Yelah buat ape amik gambar dalam studio, benda mainstream sangat. Aku nak yang rare (padahal penah pakai hanbok masa kat KTO KL ritu. Mahal 30 000 won pulak tu.Lebih kurang RM100. Tak berbaloi, tak berbaloi.

Tak nak mengalah, sajangnim (Tokey hanbok) tu pujuk lagi kitorang dengan harga yang lebih murah 20 000 Won plus boleh pakai outdoor.Ha.. tetiba aku berminat.

Disebabkan aku yang duk nego ngan sajangnim ni, giliran aku pulak pancing sajangnim. Aku cepat tanya bebudak ni sape nak pakai hanbok, boleh pakai kat gi jenjalan masuk Namsangol nanti. Cepat je semua nak pakai. Aku, Aniem, Husna, Syu nak. Tapi sempat lagi nego ngan sajangnim tu 15 000 won. tapi lantas ade suara yang suh nego 10 000 won. Aku pun ape lagi try nasib kan, kalau sajangnim bagi, rezeki..hoho..

Sajangnim tu berfikir-fikir untung ke tak. Aku pulak duk "Kakajuseyo. Net saram jeoha, chabal ajushi, man won". *mata kelip-kelip* Konon kiut la buat cenggitu. Garu kepala jap sajangnim tu. Pastu dia cakap OK. YeS!!!

Maksud ayat aku tu, diskaun pelis, kitorang empat orang nak, bagi la 10 000 won, please ajushi, ne? .Korang kalau nak murah-murah, try la ayat pengasih ni. Hahaha.

So, sajangnim tu pun da excited nak sewakan hanbok tu kat bebudak ni ntah dari mane ni cepat-cepat ajak kitorang naik ke studio #ArirangStudio (korang kalau nak merasa pakai hanbok, sewa kat sini, tepi Namsangol Hanok Village je studio dia). Aku agak dia excited sebab aku cakap Korea kot. Sebabnya, masuk dalam studio tu cepat dia tunjuk hanbok mana patut pakai, siap match dengan tudung kitorang lagi.

Pulak tu, Umi ngan Murni pun nak try jugak lepas tengok semua duk melawa dengan hanbok memasing. Kitorang lepas pakai hanbok sempat lagi posing dalam studio tu (cakap tak nak tadi~) sambil-sambil duk menunggu budak-budak ni bersiap pakai. Sarangnim yang excited tengok studio dia yang meriah tu terus suggest haa, tangkap gambar cenggini, tangkap gambar cenggitu. kemain. Sampai aku dengar staff dia mengomel


Full service sarangnim beri padahal shoot pakai camera hp je. Sebab kitorang x amik indoor. Yang ni teaser lol
Ahahaaha, ada gaya Empress Ki tak?
"Rilex boh, puak-puak ni tak lari eh. Jange la excited sangat". Haha, dia cakap Korea la, takkan Kelate plop boh! Aku da translate dalam dielek Kelate. Keke

Pastu masa tu jugak, ade sorang customer (girl) dari Filipine kalau tak silap aku duk tunggu turn dia untuk pakai baju. Lawa siot baju dia, macam hanbok permaisuri dengan kualiti kain dan sarat dengan tenunan. Aku tak beragak tanya brape sewa, dia cakap 30 000 Won untuk indoor shoot.

Waktu tu barulah aku tersedar, 30 000 Won yang sajangnim tawarkan tu untuk high quality punya hanbok la sebab yang kitorang tengah cuba ni, biasa-biasa je. Tapi even biasa-biasa, sajangnim bagi kat aku yang siyes lawa kot. Pastu bley bawak main kat luar lagi tu. Ha, ko dapat dengan harga yang murah RM35, pakai sampai lencun la nanti.

So, Sesi masuk ke Namsangol Hanok Village bermula. Fuh dia punya feeling memang special sebab pakai hanbok. Kalau 1st day masuk Geongbokgong Palace rasa macam tourist, tapi sekarang nih rasa cam aku tengah berada kat zaman Joseon lak. Ala-ala Splash Splash Love gituw~

Dah lulus jadi Korean tak ni??ngee
Baru je masuk entrance Namsangol Hanok Village tu, perasaan cam retist + model tak berbayar pun ade. Ouls jadi perhatian oh. Kebetulan masa tu  segerombonlan tourists dari Teipei  tengah nak kuar, diorang greet kitorang ciap nak bergambar sesame. Ahahha. Awkward moment jap sebab jadi gini. Hahaha. Diorang ingat ouls orang Korea. Ahahaha. Tapi tak ke pelik sebab ouls pakai tudung kan.Kekeke.

Main Entrance Namsangol Hanok Village
Punyalah panjang perjalanan nak mengukur kelebaran area Namsangol tu sebabnya asyik duk jadi model tak berbayar je. Memula rajin jugak nak berbalas senyuman dan tunduk hormat, tapi last-last tak buat contact mata dengan tourist sebab kitorang pun nak gi main jugak ++. nak je suggest suh diorang pakai hanbok kat #ArirangStudio tu baru diorang tak impress sangat dengan ouls..HAHAHA.

Berjaya lari dari mata-mata yang memandang, kitorang pun start la bertebaran nak shoot gambar cantik katenya. kekeke. Tang situ, tang sini, abes semua angle dan corner lah jadi mangsa. Nara Shi and Fara tak nak pakai hanbok (alasan diorang da pakai time KTO dulu), so diorang offer nak jadi cordinoona cum photographer. Haa.. Elok sangatlah tu.


Ade iras-iras Gunju tak?ngee
Tiba-tiba ade orang sentuh aku suh ikat dia punya hanbok. Ok, sis cuba.
Tak sure ni Kota London ke Kota Joseon
Start dah nak membuas

Ni tengah buat aksi tak senonoh, pastu gelak sdiri
Bersama my cordinoona cum Photographer.
Gambar yang aku sengsorang kat sini Fara yang shoot. Gambar ni ajushi yang amik sebab dia kecian kot tengok kitorang duk bergambar sengsorang..haha dengan baik ati dia nak tulun amik kan. Ajushi jjang!



Diorang tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan kitorang.Lai Lai Lai..kekeke
Asyik-asyik diorang je dalam frame. Ni all of us la pulak..kekkeke
Tetiba hakak tadi dtg jugak nak bergambar hepi-hepi dengan kitorang. Layan saja..ahahahaa


So, bermainlah kami dalam Namsagol Hanok Village dengan happy ever after sampai lupa cuaca sejuk dan masa berlalu dengan jayanya.


In case sape yang mencarik Arirang Studio untuk sewa hanbok, boleh la gi kat kedai dia kat situ. Sebut nama aku kot-kot dapat free.. kekekkeeke..

Jom ke Itaewon lak yuk!




Khamis, 21 Julai 2016

#KeKoreaKita: Nami Island

.: Assalamualaikum:.

Annyeong dari Pulau Nami..

Welcome to Republic Of Nami Island..
Sampai-sampai.. jumpa benda ni..
Pulau Nami adalah antara main attraction why kita datang Korea kan.kan.kan.. haha. Absolutely untuk melewati masa-masa berlalu dekat Nami Island. Masa mula-mula kenal Korea,ni lah antara tempat yang naaaaaak sangat pegi.. keke..

Exterior di Pulau Nami
Galleri di Pulau Nami
Padahalnya pulau ni bukannya besar. Bukannya ade ape. Kalau tak silap ni pulau buatan. Dulu tempat ni tempat pembuangan sisa pepejal. Terasing di daerah sepi pulak tu. Tapi atas inisiatif kerajaan Korea,diorang bangunkan tempat ni. Last-last berjuta-juta manusia sanggup datang ke sini.Kekeke. Tempat lawa. Sape x nak datangkan..

Ramai orang masa mula-mula sampai tu..
Signature tempat ni of coz la citer Winter Sonata. Tapi aku tak tengok cite ni,so aku pun tak tau. Keke.. yang aku tau aku naaaaak datang sini untuk makan nasi goncang..keke..
++++

So, lepas abes merayau kat Petite France, kitorang teruskan kembara ke Pulau Nami ni. Setengah jam dari sana dengan menaiki shuttle bus yang akan amik korang dari seberang jalan depan entrance Petite France tu. Jangan tersalah tunggu,kang tak pasal-pasal berjanggut korang dekat situ. Bas ni akan datang tepat pada masa selang sejam, so jangan tersalah timinglah. Kalau tak, berjalan kaki lah hangpa ke Pulau Nami tu..kekekeke

Bunga segan segan nak kuar.. maklumlah cejukkan..
Perjalanan selama setengah jam tu bolehlah korang jamu mata puas-puas ye.Jangan lupa, jalan yang berliku juga harus kau tempuhi, so sedialah plastik sebelum muntah..kekeke..

Ayuh kawan kawan..
 Bas berenti kat depan convenience store, maka turunlah ouls disitu terpinga-pinga. Hah, manenye Nami Island? nak beli tiket kat mane? rupenya dari tempat bas tu berenti korang kena berjalan lah sampai ke area jeti. Tiket beli kat jeti tu ye. 8000 Won sorang x de diskaun..

Tiket masuk..
Kalau feri da ade, naik la. Tapi kalau feri tak de..boleh la korang berjimba-jimba di area jeti tu sebab lanskap situ lawa. Tapi sebab masa mencemburui we ouls time tu, setibanya feri datang, teros je membolos masuk ke dalam perut feri.

Tak nak nek feri.. naik benda ni pun boleh.
Actually feri Pulau Nami ni berkeliaran setiap 5 minit, so don't worry be happy. Feri sentiasa ada..kekekke.. dalam perut feri, berdiri je lah sebab tak disediakan bangku pun dalam tu.No hallah. 5 minit je pun. Kalau nasib korang baik, pegi la kat deck feri, mana tau bley panjat tengok kat luar.. 

Ayuh bergeraklah kita ke Pulau Nami


Sampai feri kat Pulau Nami tu, berpusu-pusu orang kuar, fuh memang ramai! Ramai tu satu hal, pelbagai jenis orang ade.So no wonder la Pulau Nami dianggap satu negara yang lain (Republic of Nami).. Flag negara-negara lain pun turut terpacak. Siyes pandai Korean Government tarik orang luar datang melawat negara diorangkan. Kat sini, bendera Jalur Gemilang pun turut kelihatan..

Welcome  to Nami Island~
Laluan pejalan kaki..
Tak tau bila sampai hujungnya..
XOXO
Alang-alang da sampai sini dalam waktu petang, so kitorang bergegas cari surau la dulu. Al maklumlah, kat sini ade surau. Mudahlah nak jamak qasar kalau datang sini. Nak sampai ke area bangunan kuning ni kemain jauh..dari main entrance tadi tu sampai ke sudah duk berjalan. 

Dalam bangunan ni ade surau. oh so yellow.. I like!
Haa..teruja tak?
Jalan-jalan-jalan. Sampailah anda.Terpikei sampai bila kena jalan ni.Haha.Agak jauh la jugak..makan pun belom. Nanti korang akan jumpa sign board, maknanya nak dekat da tu.

Jalan sampai anda jumpa signboard ni..MUSALLA besaq-besaq tu..
Area tasik tempat bangunan kuning
Penat oh berjalan nak sampai sini..

Haaa.. kat sini lah sebenarnya area liburan di Pulau Nami ni. Berliburlah kite iye.

Area kedai makan dorasek tu..
Selesai solat, kitorang rancang untuk lunch.. cari mane kedai yang jual dorasek tu. Dorasek? apekah dorasek tu. oh..dorasek tu nasi goncang tu laa. Nama koreanya Dorasek ye tuan tuan dan puan puan.kekeke..

Interior dalam kedai tu. Muka tahan lapaq..keke
Rupanya kedai tu sebelah belakang dari area bangunan kuning tu je. Dari bangunan kuning tu, korang jalan kat titian, sebelah kiri tu lah kedai dia. Kedai dia masa kitorang pegi tak de ramai orang. we ouls dan ade satu lagi family group dari Malaysia.
 
Tu lah rupa Dorasek Kimchi aku.. yang dalam tapuware tu bekal dari dapur kami
Depan kedai Dorasek
Tak sure kedai makan lain ade tak dorasek ni sbb tak sempat nak explore hoho.Memandangkan kedai makan ni jual dorasek yang menawarkan halalan toyyiba, jd kedai ni la jadi pilihannya.

Doraseknya ade beberapa type dia, tapi yang sure-sure boleh dimakan adalah yang seafood dan kimchi. Daging or ayam sah-sah la tak semelih cara Islam. So, out. Makan yang boleh je. Sebab lapar + sejukkkk buurrrr.. maka aku pesan yang la dorasek kimchi telur mata dan sup odeng  yang tapi tak sedap..hahaha. Dorasek tu boleh lah rasa. Tu pun kongsi ngan Aniem.Tapi last-last aku makan sorang sebab Aniem cakap dia x leh nak telan.

 Tapi sebelum  makan, mohon goncang dululah ye untuk sebatikan rasanya. Jangan lupa pakai glove sebab bekas dia panas kemain. masa tukang masak tu sediakan dorasek ni, aku ade intai la cara dia buat. Perghh.senang je pun. campak-campak ala-ala hot plate gitu..ciap!

nasi + minyak bijan + kimchi + telur

makan dorasek ni cam makan nasik goreng la gittew..

Abeh makan masa untuk pusing Pulau Nami. Yeaa..

Gendang perut tali kecapi, kenyang perut..hepii^^
Us sebelum membawa hala masing-masing
"Awak..awak.. awak da tak sayang kite ke?". Aku pun nak berdrama jugak..ahahaha
Masa agak mencemburui kita la waktu duk Pulau Nami ni. Tak sempat nak berbasikal. Nak posing lelama kat tiap-tiap port pun susah. Sejuk pun satu hal jugak hahaha. Agak nasib baik sebab tak ramai orang time ni.So, tak yah la nak bersesak-sesakkan..
kabarnya sangat sejukk menggeletar
 Masa ni pun masing-masing da berpecah, aku duk berjalan ngan Aniem. Yang lain, hmm maybe bawak haluan masing-masing. Bajet masad uk bincang-bincang nak balik naik feri dalam pukul 4 ptg. Tapi tgk-tgk da kul 5 ptg. Ottoke? ciap kena tinggal kat shuttle bas lagi hahaha..
Pokok-pokok yang gah berdiri di sini..
Aku rasa kalau nak menjelajah seluruh Pulau Nami ni, nak  pukul 1 ptg da duk kat atas pulau ni. Solat dan makan kat sini. Pastu sewa baskal. Baru puas ati. Cam aku ni. Rasa cam kena datang balik sebab banyak lagi tempat yang aku tak sempat nak singgah..wowowo..~

Me was here
So, nak jadikan cite, shuttle bas yang pukul 5 ptg tu aku ngan Aniem tak sempat naik. Nak tunggu bas yang kul 6 ptg, bapak lama sangat tuuu ngan cuaca makin sejukk,mukus kuar non stop, mujur je ade tisu haramoni bagi pagi tadi. Angin tak bertiup pun dah menggigil sampai ke tulang sum sum.. apatah lagi time dia bertiup kan. Rasa duk dalam peti sejuk kau.

3 minit duk melilau ape patut kita buat ni nim. Apa patut kita buat. Last-last decide nak naek teksi jela huhu..

"San man won.." kata ajushi teksi tu sambil tunjuk 3 batang jari. San man won pun san man won lah. Janji jumpa balik dengan group dan berteduh dari kesejukan yang amat ni ><"

Sekejap je ajushi tu bawak, dah sampai kat Gapyeong Station, nak jadikan cite, rupenya, Fara,Puteh, Nara Shi ngan Husna rupanya tak de kat Gapyeong Station. Diorang pun tertinggal shuttle bas ==". yang sempat naik shuttle bus hanyalah Umi, Syu ngan Murni. Umi, Syu ngan Murni ciap da nek train da time tu sebab ingat kitorang sempat folo.

Fara, Puteh, Nara Shi ngan Husna pun last-last naek teksi jugak. Rupanya lagi diorang da nampak kitorang masa kat depan convenience store area bas tu turunkan kitorang td. Cuma tak sempat kejar je. Aku ngan Aniem kan time tu siyes kalut gile mmg tak pandang kiri kanan pun hahaha..

Akhirnya bersatulah kami 6 orang tu kat Gapyeong Station, beli tiket train ITX yang masa dia paling dekat. No seating seat pun no seating seat la. Janji sampai kat Seoul..hahaha..

Train ITX sampai,kami pun memboloskan diri ke dalam perut train tu. Awkward moment sebab tak tau nak landing kat mana, sebab beli tiket standing seat kan. Berdirilah cite dia. Tapi persoalannya nak berdiri kat mana? gerabak yang kitorang masuk tu semua ade kerusi satu-satu cam dalam bas, aneh gile kalau berdiri di area tu. Dan tak de nampak orang berdiri pun sebenarnya.

So, nak tak nak beralih la kitorang kat gerabak lain, ikot budak korea, haa. Masuklah kami kegerabak yang x de kerusi dan macam kaki lima giteww..kat situ diorang orang Korea standing.. kat situ la kitorang standing.. standing tu kejap je.. pastu masing-masing bukak sila.. so, suasana bertukar macam kat masjid duk wat tahlil. Lol!

Ok..sape nak lead tahlil kita. Sambil masing-masing ready nak download app tahlil dan doa kat Google Play
Area yang kitorang conquer bersama budak-budak Korea ni makin ramai la pulak orang. Ade sorang budak ni (orang Korea la) dia duduk la kat corner gerabak tu depan macam sebuah chamber. Lama jugaklah dia menapak kat situ, tetiba datang seorang nona ni press satu button kat tepi pintu chamber tu. Lah! rupenya toilet. Baru  dia perasan selama ni dia duk depan pintu tandas rupenye.. adeh!.. dia sdiri pun tak tau tu toilet ==" Btw nama je pun toilet, but dalam dia. aku rasa cam bilik power rangers.Lol! canggihhh. Even pintu dia pun style slide. Memang kalau bukak pintu tu rasa kool gile sebab macam baru kuar dari tempat yang canggih (amende aku nak sampaikan ni).

So, sampailah kami kat Cheongyangni Station,kat luar da gelap. Dalam kul 8 cenggitu lah kot.Jumpa balik depan Umi, Syu ngan Murni, pastu naek train lagi menuju ke destinasi baru. Nandeamun. Spesificnya Nandeamun Market. Nak gi shopping buah tangan skit sebab tak sure pasni ade masa ke tak nak bershopping-shopping ni.

Sampai je kat Nandeamun Market, suasana agak sunyi, pelik pulak rasanya. Rupanya, kedai kat Nandeaumun Market ni diorang tutup awal pukul 8-9 malam. Diorang da menjual sepagi sepetang.Sebab tu malam tutup. Ingatkan suasana macam Myeongdong Street yang makin malam makin ramai..Huhuhu..

Tapi sebelum semua kedai dan gerai terkatup rapat, we ouls pun mulakan xpdc mencari barang yang nak. Macam aku benda pertama nakkkkkkk beli of coz la chopstick n sudu korea untuk ALMS dan JAMS. Signature tuu. Mahal tuuu nilainya di sisi aku. Baru nampak Korea. Pastu jugak frigde magnet utk adik-beradik aku + T-shirt utk abang-abang bujangku.. Tu je benda yang aku nak kutip kat sini. Yang lain, x minat sangat.kott~..

Kemain ahjumma ajushi yang menjual ni. Tau je we ouls dari Malaysia, teros diorang greet dalam BM.

Let's shopping people. Cari ajushi ni sebab beli ngan dia almost barang dapat diskaun. Jgn lupa " ka ka juseyo " ^^

"Selamat datang"..
"Mari sini, murah gileeer"..
"Ada diskaun"..
Ade je ayat diorang pakai untuk mengayat kitorang untuk jenguk dan memborong kat kedai diorang Dah la tak bunyi slang. Ingat orang Malaysia mana yang menjual kat sini.. Huhuhu..

So,kat Nandeamun Market ni, selamatlah duet korang terbang. Tapi barang-barang kat sini boleh tahan murah. Memang berbaloi!..

Siap shopping, aku dah tak menahan da tengok gerai Pusan Udong yang murah. 500Won jer kot. Kat Myeongdong 1000Won tau. Agak tengok gerai ajumma ni tak suybhah dengan benda-benda yang tak leh makan, so we ouls pun beli la udong yang debu tu..Haha..

Sedap lah makan panas-panas disaat suhu makin menurun ni. Memandangan aku dengan kuah sup ni mmg tak boley pisah, kuah dia lepas segelas, segelas lagi ak mintak..kekeke..Layan je ahjumma dengan budak Malaysia ni. Dah la  makan nak kena cedokkan.

Nak makan style dalam drama korea,tapi awkward moment buat style sdiri haha. Actually, kalau aku tengok la orang korea kalau makan kat gerai cenggini, dia style layan diri.. Amik, makan, nak top-up, top-up lah, pastu bayar. Yang kami ni duk tunggu ahjumma cedokkan.. kekekeke..pastu banyak songeh..

Btw aku tak makan deobbuki T.T sebab Miss Yat (lecturer UMS aku yang kaki Korea) cakap deobbukki tak halal sebab rempah dia pakai amende ntah.. tu info yang Miss Yat bagi. Aku x sure,so aku x makan la. Tapi ade je review yang gitau teobbukki halal. Hhmm.. Sebab aku tak sure so aku amik jalan tengah, x makan. Kalau korang mmg sure halal, makan la:D

Lepas dah da abes shopping, time to go home la. Penat kot. Kaki macam ape dah.Bahu pikul beg sakit cam ape nih. bawak peti sejuk katenya.

Tapi otw balik GH sempat sambar 2 pax (satu pax ade 4) banana uyu untuk bawak balik ke Malaysia.Disebabkan banana uyu kat kedai haramoni ni murah, teros aku dan Aniem borong. Beli banyak lagi murah. Memang peberet la murah-murah ni..kekeke.. lepas tu tiap-tiap malam pegi melawat kedai haramoni ni untuk beli banana uyu.. Lepas beli baru duk pikei luggage tak muat dan berat la oii..

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...