marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Isnin, 16 Januari 2017

Aku dan Betsy Areumdaun

.: Assalamualaikum :.

My first car-Axia Advance

Nak memiliki keta adalah antara salah satu impian aku. Yelah.tengok sonoknyaaaa orang ade keta senang gerak sane sini. Kite jugaklah yang pakai bas nombor 11 (aka kakiku kaku kok kaku kaku kuku kaki kakakku) ke sana kemari. Bertemankan driver bas dan kengkadang tak de driver pong (LRT).


Impian tu aku simpan sejak mula-mula aku stat keja Skali Web Services Sdn Bhd dulu. Maklum la, berkerjaya katenya. Tapi disebabkan masa tu kereta bukan satu keperluan yang penting untuk aku miliki sebab office tepi umah, x de kuasa aku nak beli keta pastu park je. Parking lak kena bayar. Tak berbaloi. Maka duet gajiku perlahan-lahan aku kebumikan dalam bank agar suatu ari nanti aku boleh pakai at least buat bayaq muka kereta pun jadilah..


Tu cite 2013. 2014 aku continue study kat Penang. Thx to Aniem and her beloved Saga Arobat bernama Azizah, sepanjang pengajian di sana Azizah adalah penyelamat terlaju di abad ini. Hmm.. tapi sepanjang 2 thn tak pulak aku berani bawak Azizah huhuhu.. Bukan ape, cheq x berani bwk manual..ahahahaha.

2016. Masuk TM, bahang-bahang ingin memiliki kereta mulai timbul lagi. Ape taknya, terasa gak la ngan staff sane sbb aku tak berkenderaan jd sukar ak nak gi ikut utk pegi site. Lantaran time tu rajin pulak nak kena standby malam kat Cyberjaya. Nasib baik aku SLIM, so x de kenderaan bley jadi excuse paling munasabah la klu tak pegi. Tapi still rasa tak best sbb tak perform. amboi.haha..

Dan, bila da dpt keja baru, aku banyak nak kena travel keja luar even position aku time tu Inside Technical Engineer. Patutnya tak payah kena gi kuar, tapi staff x cukup, terpaksalah aku juuugaaaak yang kena. Back up keja orang je nasibnya.

Pulak tu pandai janji ngan boss masa interview 3 bln lps keja, insyaAllah aku ade kenderaan sdiri. Nak perform katenya, janji kena tepati. Tapi aku dapat keta awal sebulan.  

So, keluarlah Betsy Areumdaun merahku officially bulan Oktober 29, 2016.

Betsy Areumdaun keluaran Perodua jenis Axia. Aku pilih kaler merah sebab aku rasa kuning Axia tak lawa. Nak keluarkan Betsy pun ade jugak pancalobanya, tapi segeera aku selesaikan.kekekeke.

BETSY Areumdaun. Kata orang, lebih mesra kalau kita letakkan nama untuk kenderaan kita. Axia tu nama standard, kat kiri kanan pun berlambak Axia. Lebih-lebih lagi kaler merah. Dari jauh da nampak. That's the main reason aku letak nama Betsy.

Gugusan kunci-kunci

Ape maksud Betsy Areumdaun? Betsy tu aku just google je nama apa seswai untuk kereta. Bermacam-macam nama kuar, tapi last sekali aku pilih Betsy coz I bet my life to get Betsy this time. BET become Betsy. Areumdaun ape benda pulak. Haa.. Second name Betsy adalah perkataan Korea. Maksud dia cantik, Beautiful. Seswai dengan Betsy yang merelip lap lip lap tu..kekeke. 

Coz this is must to picture picture. kekekeke


First present for Betsy Areumdaun. 

Sebelum aku keluarkan Betsy ni, aku kalau boleh nak second hand car je. Tak kesah sangat second hand pun janji sampai ke destinasi. Tapi second hand pun ak tanak keta lain. Aku nak Kelisa je. Aku memang dari kecik lagi mata aku duk pandang Kelisa je. Macam comel je. Macam kecik je. ku suka. Semangat sampai contact agen cane nak beli keta second hand Kelisa. Harga yang ditawarkan time tu boleh tahan mahal jugak even Kelisa ni dah lama dah dihentikan pengeluaran tahun 2007 kalau tak silap.Dia ganti Viva, adik Viva, Axia bentuk nak same sepupu dia MyVi tapi enjin kakak dia. Tapi harga Kelisa boleh tahan. Paling murah agen tu cakap RM15k. Masih cantik dan elok katanya.

Since aku pikei, bayar sekali harung terus x yah bayar bulan-bulan dah. Kata teori aku, memang aku nak angkat jadi dah tapi pandangan family aku lain. Diorang cakap kalau nak beli elok beli yang baru, tak banyak karenah. Second hand belum tentu lagi. Lebih2 lagi keta yang berusia nak dekat 10 tahun. Process nak beli keta second hand stuck jugak la jadinya lebih-lebih lagi agen tu duk kelantan, aku duk KL. Memang susah la benda x de depan mata. Sape nak carik keta second hand area KB bley la contact Fizi (013 924 1907). Dia sebenarnya suami kawan aku.


Tak jadi amik keta second hand, teros angkut keta first hand. ngee.. terpaksa la komit tiap2 bulan. Btw, aku hepi bertemankan Betsy ke sana ke mari. Sebelum ni, skill drive aku tak de elok sangat pasal bukan selalu ade peluang bawak keta. Tapi sekarang insyaAllah improve sikit demi sikit. Thx gak kat opis mate aku sbb diorang sudi kasi aku bwk keta diorang sebelum ade Betsy.

Mujur ade WSE Tira yang banyak kali aku drive sebelum dpt Betsy..kekeke

106 bulan terikat ku dan Betsy. HAPPY 77 DAYS Betsy Areumdaun!

Ahad, 15 Januari 2017

Tukar Umobile Hero U28 ke Hero U70


.: Assalamualaikum :.



Jangok-jangok ni nak ke mana?

Semalam hari Sabtu,cuti hujung minggu, aku rajin menapak ke Sunway Putra Mall. Tujuan dia adalah satu. Untuk tukar Umobile pelan. Nak upgrade jadi U70 katenya. Call orang free ke semua rangkaian katenya. kekekke. Benda free haruslah aku sambar dengan berhemah.. kekeke..

Hmm.. Aku adalah pengguna Umobile yang setia. Seriously I said. Dari 4 tahun lepas lagi aku tukar dari telco Celcom ke Umobile. Tak penah rasa nak berpaling arah or nak reject Umobile nih. Betapa aku rasa pilihan terbaek aku pilih dalam arena ini. Penah pakai Digi seminggu, penah rasa Maxis jugak, Tapi Umobile tak pernah mengecewakan hati ini. kekeke.

Pernah aku cite kenapa dulu aku reject line Celcom padahal dah bertahun pakai start dari aku dapt henpon sampai la zaman masuk kerja. Ade la dekat 6-7 tahun. Lepas 6-7 tahun tu, cintau terus pada Umobile. Kekekke.

Umobile ni, kalau aku beralih arah pun, aku beralih arah kepada pelan-pelan yang ditawarkan. Sebab pelan Umobile ni gile-gile punya promotion. Hang ade jumpa kat memane telco lain yang offer free video stream? free call? free itu dan ini? JARANG!


Dulu aku penah pakai U50, penah buat share sesame device member (pakai note galaxy). Tapi kengkadang perasan, data selalu membazir je,x abes pakai. Maklumlah 5GB sebulan aku nak surf ape time tu, kat umah dah ade Wi-Fi kat campus USM pun ade Wi-Fi. So, aku downgrade kan pelan jadi U28. 3GB pun cukup laaaa utk aku yang scroll FB, insta je kejanya.. kekeke

Even aku dah downgrade kan pelan Umobile, Umobile tetap jugak raikan aku dengan bagi FREE VIDEO -ONZ DATA 3 GB tahun lepas. Haaaa? Ape FREE VIDEO STREAM? saya sukaaaa!!!! sementelaah itu aku sedang jatuh chenta kepada oppa-oppaku nun jauh diseberang sana. Haruslah aku mendengar khabar mereka dengan melayari setiap ceruk video yang berkaitan. kekeke..

Sehinggalah baru-baru ni, bila bil phone aku meningkat secara mendadak. Actually aku dah dapat agak sebab kenapa. Sebab kerja aku sekarang memerlukan aku call every single people just to  nak tanya," encik dapat tak email saya?", apatah lagi benda lain-lain kan.

Umobile U28 bagi 50 min/month free call ke setiap rangkaian. Bermaksud sekarang ni aku dah guna lebih 50min sebulan. Ceh, sebelum ni,free call aku burn cenggitu je sebab tak de orang pun yang aku nak call kecuali family.

Memandangkan keperluan perlu dipertingkatkan, aku pun nak upgrade pelan aku jadi U70. Apsal aku tak upgrade U50 je, Jimat skit. No no no. Disebabkan sekarang ni aku punya priority adalah for calling, U50 bag FREE 30min EVERYDAY for UMOBILE network, for ALL network still lagi 50min/month. Aku agak orang muda-muda je yang pakai Umobile ni, orang yang berusia lain takrajin rasanya nak gi tukar telco. So, nak make it safe, upgrade ke U70. 15GB speed data, 7GB free Video Onz, Music-Onz unlimited. Unlimited call. Fuh..sape tak nak? Ade telco lain boleh challenge dgn harga yang cenggini?

Korang bandingkan lah sdiri

Since, aku dah lama x menapak kat Customer Service Centre Umobile. So, macam sebelum-sebelum ni kalau aku berhajat nak tukar pelan, aku akan pergi lah melawat CSC Umobile sekali-sekala. Sekali aku pegi sana, katanya ah Boy situ.

"kalau you nak tukar pelan you kena pegi Customer  Service Centre kat Time Square sana atau you boleh buat call saja bagitau you nak tukar pelan".

Ape, semudah tu je? Tukar pelan by call je kalau malas nak menapak kat Times Square. fuhhh!. Senang giles. Maka, berjalan-jalan lah aku dengan anak buah aku belanja diorang makan kat Dubuyo sebab rajin teman makcik dia ke Mall.

Belanja budak-budak rebina yang penat nak melayan

Balik umah, sambil tunggu Betsy mandi selepas 2 bulan tak proper mandi, aku pun call customer service dia. Lepas pengesahan semua, bgtau nak tukar pelan. Terus jadik!.

Katanya dalam sejam pelan akan bertukar. Alamak, kalau tau mudah camni, bangun-bangun tido teros aku call customer service diorang. Siyes aku suka !


Lepas tunggu sejam. Aku tak tau telco lain, tapi kalau Umobile dia ade MyUMobile utk monitor. Donlod je kat play store


Mandikan Betsy, petang tu hujan. Adeh. Btw, UMobile yang aku pakai adalah postpaid..ngee

Rabu, 4 Januari 2017

Happy New Year 2017


.: Assalamualaikum :.

Lebih kurang 5 bulan aku menyepi dari memblog. Ade rindu tak? ngee.

Since I quite busy a few months ni, maka sunyi dah sepilah jawab dia. Actually senyap sebab da tak jadi CEO wannabe kat TM dah. Alhamdulillah, ade rezeki time tu dapat offer kerja lain.

Btw, Selamat Tahun Baru 2017. Hope tahun ni memberi harapan sirna kepada kita semua insyaAllah. Too many things happens past few months sampai sedar-sedar dah 2017. kan.

As tahun baru muncul, rasa nak #throwback moment penting 2016 ni..



1. Tamat buat Master
2. Gi KOREAaaaaaaaa
3. Masuk SL1M TM
4. Graduate Master
5. Buat 'comeback' ke KL after 2 tahun as Trainee kat TM
5. My nanny pergi meninggalkan dunia yang fana, al-fatihah untuk Tokku Som sayang..
6. Dapat permanent job kat PJ, drop SL1M TM
7. Akhirnya berjaya membeli Betsy Areumdaun
8. Beli tiket ke Korea lagi utk trip 2017- trip dengan mysiblings
9. Stay kat umah Kak Niey as sekrangkan dah boleh drive sendiri
10. Hmm, x dapat pikei untuk no 10..kekeke

Alhamdulillah segala pancaloba 2016 berjaya ditempuhi dengan baik. Nak kate resolusi-resolusi 2016 tercapai tu tak de lah. Tapi most of them dapat dicapai dengan baik dan best, benda-benda yang tak sangka boleh buat tahun 2016, Allah bagi lepas.. Dengan izin Allah.

Untuk 2017 ni, aku berharap masa untuk jadi lebih mapan dan berdaya saing. Jadi dengan itu, aku buat beberapa resolusi untuk hari bahagiaaku nanti. Arap la..huhuhu..

1. Masuk Kelas Bahasa Korea as untuk boleh improve lagi bahasa Korea aku yang tak seberapa ni. At least 2 ways communication lagi better dari one way communication. So, aku rasa better study Bahasa Korea ni dengan sonsaengnim.

2. Habis bayar PTPTN tahun ni. InsyaAllah. Means aku kena banyaaak berjimat dan cermat dan kena cari side income yang lain untuk tampung kehidupan agar lebih stable. Tahun ni masuk tahun baru, komitmen kewangan makin bertambah le.

3. LASIK/LASEK. Hope dapat buat LASIK/LASEK tahun ni. Kalau ade orang nak sponsor lagilah aku seronok..kekeke

4.EARN MORE MONEY. Atas sebab-sebab di atas. Dengar cite pendapatan buat UBER atau GRABCAR lumayan. Ade sesape nak share tak? ngeeeee

5. Get a one job/task/talent yang aku boleh train untuk jadi expert untuk jadikan sebagai career. Contoh yang mudah, Jadi Fashion Designer. Amik kursus jahitan, commit and then buat benda tu as career. Coz, I just realise me is someone who love doing what ever I feel good.  Mudah skit nak ke mana ke mari .Kmacam sekarang ni, coz kite keja dengan orang, aku jadi terbatas nak buat benda aku rasa nak buat. Misalnya, dengan keadaan sekarang ni, mane dah aku ade pelaung nak buat sukarelawan banjir. aku suka bab-bab tolong orang banjir nih! huhu




link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...