marquee

.:Sudi sudilah tinggalkan jejak blog anda supaya saya dapat membalas kunjungan^.^:.

Ahad, 15 Januari 2017

Tukar Umobile Hero U28 ke Hero U70


.: Assalamualaikum :.



Jangok-jangok ni nak ke mana?

Semalam hari Sabtu,cuti hujung minggu, aku rajin menapak ke Sunway Putra Mall. Tujuan dia adalah satu. Untuk tukar Umobile pelan. Nak upgrade jadi U70 katenya. Call orang free ke semua rangkaian katenya. kekekke. Benda free haruslah aku sambar dengan berhemah.. kekeke..

Hmm.. Aku adalah pengguna Umobile yang setia. Seriously I said. Dari 4 tahun lepas lagi aku tukar dari telco Celcom ke Umobile. Tak penah rasa nak berpaling arah or nak reject Umobile nih. Betapa aku rasa pilihan terbaek aku pilih dalam arena ini. Penah pakai Digi seminggu, penah rasa Maxis jugak, Tapi Umobile tak pernah mengecewakan hati ini. kekeke.

Pernah aku cite kenapa dulu aku reject line Celcom padahal dah bertahun pakai start dari aku dapt henpon sampai la zaman masuk kerja. Ade la dekat 6-7 tahun. Lepas 6-7 tahun tu, cintau terus pada Umobile. Kekekke.

Umobile ni, kalau aku beralih arah pun, aku beralih arah kepada pelan-pelan yang ditawarkan. Sebab pelan Umobile ni gile-gile punya promotion. Hang ade jumpa kat memane telco lain yang offer free video stream? free call? free itu dan ini? JARANG!


Dulu aku penah pakai U50, penah buat share sesame device member (pakai note galaxy). Tapi kengkadang perasan, data selalu membazir je,x abes pakai. Maklumlah 5GB sebulan aku nak surf ape time tu, kat umah dah ade Wi-Fi kat campus USM pun ade Wi-Fi. So, aku downgrade kan pelan jadi U28. 3GB pun cukup laaaa utk aku yang scroll FB, insta je kejanya.. kekeke

Even aku dah downgrade kan pelan Umobile, Umobile tetap jugak raikan aku dengan bagi FREE VIDEO -ONZ DATA 3 GB tahun lepas. Haaaa? Ape FREE VIDEO STREAM? saya sukaaaa!!!! sementelaah itu aku sedang jatuh chenta kepada oppa-oppaku nun jauh diseberang sana. Haruslah aku mendengar khabar mereka dengan melayari setiap ceruk video yang berkaitan. kekeke..

Sehinggalah baru-baru ni, bila bil phone aku meningkat secara mendadak. Actually aku dah dapat agak sebab kenapa. Sebab kerja aku sekarang memerlukan aku call every single people just to  nak tanya," encik dapat tak email saya?", apatah lagi benda lain-lain kan.

Umobile U28 bagi 50 min/month free call ke setiap rangkaian. Bermaksud sekarang ni aku dah guna lebih 50min sebulan. Ceh, sebelum ni,free call aku burn cenggitu je sebab tak de orang pun yang aku nak call kecuali family.

Memandangkan keperluan perlu dipertingkatkan, aku pun nak upgrade pelan aku jadi U70. Apsal aku tak upgrade U50 je, Jimat skit. No no no. Disebabkan sekarang ni aku punya priority adalah for calling, U50 bag FREE 30min EVERYDAY for UMOBILE network, for ALL network still lagi 50min/month. Aku agak orang muda-muda je yang pakai Umobile ni, orang yang berusia lain takrajin rasanya nak gi tukar telco. So, nak make it safe, upgrade ke U70. 15GB speed data, 7GB free Video Onz, Music-Onz unlimited. Unlimited call. Fuh..sape tak nak? Ade telco lain boleh challenge dgn harga yang cenggini?

Korang bandingkan lah sdiri

Since, aku dah lama x menapak kat Customer Service Centre Umobile. So, macam sebelum-sebelum ni kalau aku berhajat nak tukar pelan, aku akan pergi lah melawat CSC Umobile sekali-sekala. Sekali aku pegi sana, katanya ah Boy situ.

"kalau you nak tukar pelan you kena pegi Customer  Service Centre kat Time Square sana atau you boleh buat call saja bagitau you nak tukar pelan".

Ape, semudah tu je? Tukar pelan by call je kalau malas nak menapak kat Times Square. fuhhh!. Senang giles. Maka, berjalan-jalan lah aku dengan anak buah aku belanja diorang makan kat Dubuyo sebab rajin teman makcik dia ke Mall.

Belanja budak-budak rebina yang penat nak melayan

Balik umah, sambil tunggu Betsy mandi selepas 2 bulan tak proper mandi, aku pun call customer service dia. Lepas pengesahan semua, bgtau nak tukar pelan. Terus jadik!.

Katanya dalam sejam pelan akan bertukar. Alamak, kalau tau mudah camni, bangun-bangun tido teros aku call customer service diorang. Siyes aku suka !


Lepas tunggu sejam. Aku tak tau telco lain, tapi kalau Umobile dia ade MyUMobile utk monitor. Donlod je kat play store


Mandikan Betsy, petang tu hujan. Adeh. Btw, UMobile yang aku pakai adalah postpaid..ngee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...